Apakah MPEN akan mempunyai ‘Agenda Melayu’?

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Dato’ Seri Mohd. Najib Tun  Razak tengahari ini mengumumkan senarai anggota Majlis Perundingan Ekonomi Negara (National Economic Advisory Council). Sembilan orang pakar ekonomi akan dilantik, termasuk dari luar negara.

Laporan Utusan Malaysia:

Sembilan pakar ekonomi anggotai MPEN

10/07/2009 3:28pm

 

Oleh ZABRY MOHAMAD (zj)
zabrymohamad.madzlan@utusangroup.com.my

 

PUTRAJAYA 10 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pelantikan sembilan tokoh untuk menganggotai Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN).

Menurut Perdana Menteri, kesemua mereka merupakan pakar ekonomi tempatan dan luar negara.

“Penglibatan dan penggabungan tokoh-tokoh pakar tempatan serta luar negara yang berpengalaman luas dan mendalami dari segi perspektif global adalah untuk memberi pandangan dan syor yang komprehensif bagi merangka strategi model ekonomi baru yang berkesan.

“Ia bertujuan mengatasi cabaran ekonomi negara untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Mereka yang dilantik ialah:

1. Profesor Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak

Beliau merupakan Naib Canselor Universiti Sains Malaysia; ahli Majlis Inovasi Negara dan penasihat kepada Institut Penyelidikan Pengajian Tinggi Kebangsaan.

2. Datuk Andrew Sheng

Beliau merupakan bekas Ketua Pakar Ekonomi Bank Negara dan ahli Majlis Ekonomi. Beliau juga ialah Ketua Penasihat Suruhanjaya Kawalan Perbankan China dan Ahli Lembaga Kawalan Pusat Kewangan Qatar.

3. Datuk Dr. Zainal Aznam Mohd. Yusof

Beliau ialah ahli Majlis Ekonomi; bekas Timbalan Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS) dan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) serta pernah menjadi perunding kepada Pertubuhan Pembangunan Perindustrian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unido), Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) dan Bank Dunia.

4. Datuk Dr. Hamzah Kassim

Beliau ialah ahli penasihat Badan Bertindak Pelaksanaan Negara (NITF) dan bekas Pengarah Kajian ISIS. Beliau pernah menyediakan Rancangan Induk Teknologi Industri dan memiliki pengalaman lebih 30 tahun dalam industri di peringkat antarabangsa dan sektor awam.

5. Datuk Nicholas S. Zefferys

Beliau merupakan penasihat korporat yang mempunyai 40 tahun pengalaman dalam jawatan pengurusan strategik di syarikat multinasional merentasi beberapa bidang industri termasuk elektronik, penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembuatan serta kewangan. Pada masa ini beliau merupakan ahli lembaga pengarah beberapa syarikat dalam dan luar negara.

6. Dr. Mahani Zainal Abidin

Beliau ialah Ketua Pengarah ISIS dan pernah memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pasukan Petugas Khas Globalisasi serta Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).

7. Dr. Yukon Huang

Pada masa ini, beliau ialah Penasihat Kanan Bank Dunia dan Bank Pembangunan Asia (ADB). Beliau merupakan pakar dalam bidang kewangan dan pembangunan meliputi Wilayah Asia Timur serta bekas Kesatuan Soviet.

8. Dr. Horni J. Kharas

Beliau merupakan Fello Kanan Pusat Pembangunan Wollfensohn, Brookings Institution dan Ketua Pakar Ekonomi Wilayah Asia Timur di Bank Dunia. Kepakarannya meliputi bidang perancangan dasar bagi pembangunan ekonomi, pembangunan sektor swasta dan perdagangan antarabangsa.

9. Profesor Dr. Danny Quah

Beliau adalah Ketua Jabatan Ekonomi di London School of Economics (LSE). Beliau juga menjadi pensyarah di Universiti Harvard dan penasihat kepada Bank of England, Bank Dunia serta Lembaga Kewangan Singapura.

Sebelum ini, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Amirsham Abdul Aziz, 59, dilantik sebagai Pengerusi MPEN berkuat kuasa 1 Jun lalu. – Utusan

****************************

 

Secara kasarnya, mereka yang dilantik ini merupakan pakar yang berpenglaman. Cabaran untuk menentukan ekonomi negara mampu bertahan dan kemudian bersaing dalam kegawatan kewangan yang sedang melanda seluruh dunia hari ini adalah amat berat.

Persoalan sekarang, apakah lantikan yang dibuat ini tepat dan bersesuaian dengan kehendak dan keadaan sebenar negara?

Dua dari ahli yang dilantik merupakan pakar yang berpengalaman dalam Bank Dunia, iaitu Dr. Huang, Dr. Kharas dan Prof. Dr. Quah. Samada pengalaman pakar ini relevan atau tidak dengan konteks keperluan negara, masih lagi menjadi kemusykilan. Yang nyatanya, sistem kewangan Wall Street dan The City hampir lumpuh dan memerlukan begitu banyak suntikan modal agar bank dan syarikat modal Barat ini tidak muflis dan menyeret ekonomi yang sudahpun merundum ini. Namun begitu, perlantikan mereka ini sebagai penasihat untuk menyelesaikan masalah ekonomi Malaysia menjadi tanda tanya dan apakah mereka akan membawakan preskripsi dunia kewangan Barat, yang sudah terbukti terlalu banyak kepincangan dan gagal, termasuk untuk ekonomi gergasi seperti Amerika Syarikat.

Semasa Malaysia dilanda kegawatan ekonomi akibat serangan oleh penyangak matawang bermula pertengahan 1997, preskripsi sistem kewangan Barat untuk menaikan faedah pinjaman mula digunakan dan akhirnya membawa padah. Akibatnya, banyak syarikat gulung tikar dan muflis apabila kekangan kredit menyempitkan kemampuan syarikat ini beroperasi dan menyelesaikan kommitmen kewangan dan pasaran modal masing masing. Ini termasuk syarikat Bumiputra yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur (pada masa itu).

Contohnya ialah apabila pemaju gergasi Melayu Dato’ Sulaiman Manan terpaksa mengadaikan syarikatnya Taiping Consolidated Berhad kepada YTL Corporation Berhad dan hartanah bernilai tinggi seperti Lot 10, Star Hill, J W Marriott dan Sentulraya terlepas ketangan Bukan Bumiputra sebegitu sahaja kerana dasar yang diguna pakai untuk tidak membela syarikat yang tidak mampu menyelesai kommitmen kewangan. Ini adalah preskripsi kewangan Barat yang diterapkan Menteri Kewangan ketika itu Anwar Ibrahim.

Apabila Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad membuat keputusan mengambil alih jawatan Menteri Kewangan pada 1 September 1998, sehari kemudian diumumkan dasar kawalan modal, termasuk mengeluarkan Ringgit dari pasaran matawang dan mengikat kepada nilai kekal berbanding pada US Dollar. Kesanya adalah serta merta dan sistem kewangan dan pasaran modal mula ‘berhenti berdarah’. Akibatnya proses pemulihan ekonomi mula boleh dilakukan walaupun indeks komposit BSKL jatuh sehingga 291 mata. Satu plan tindakan untuk menangani institusi kewangan yang menghadapi masalah hutang tidak berbayar ( NPL) dan suntikan modal diusahakan serta merta dan menunjukan kejayaan yang memberangsangkan. Preskripsi ini terntaya bersesuaian dengan keperluan Malaysia ini diguna pakai berbanding penyelesaian Barat, yang sebenarnya berpaksikan sistem kewangan Yahudi Neo Con.

Satu lagi preskripsi yang dimestikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad ialah MTEN berunding setiap pagi untuk menganalisa, membincangakandan memberi penyelesaian. Apabila keputusan dibuat, MTEN akan menentukan plan intu diselia rapi dan keputusan yang diambil secara rambang dianalisa untuk mengukur keberkesanya. Pendekatan cara ini merupakan gerak-kerja orang Melayu secara kolektif masa dikampung (menghalusi, berpakat dan bergotong royong untuk membuat kerja), maka apa apa masalah dapat ditangani segera dan kejayaan diperolehi dengan masa dan sumber yang sedikit. Yang paling utama ialah preskripsi yang diguna pakai tidak mengorbankan orang Melayu, terutama golongan usahawan dan korporat, lebih lebih lagi dalam persimpangan tekanan dan kekangan senario krisis kewangan rantau dan benua.

Dr Quah merupakan penasihat Monetary Authority of Singapore (MAS), salah satu organisasi yang merumitkan proses warga kerja rakyat Malaysia yang menyumbang  kedalam Central Provident Fund (CPF) mengeluarkan simpanan hari tua mereka walaupun tidak lagi berkerja di Singapura. Dianggarkan 300,000 tenaga kerja terlibat dan majoriti mereka ini orang Melayu.

Bukankah wajar komposisi ahli MPEN sekurang kurangnya mewakili demografi taburan warga Malaysia menurut etnik? Persoalan seterusnya apakah MPEN akan mempunyai ‘Agenda Melayu’, sedangkan majoriti ahli yang dilantik adalah dikalangan  setakat Bukan Melayu, malah Bukan Warga Malaysia dan lebih buruk lagi, berfalsafah sistem kewangan Barat?

Menurut senarai yang dilantik, kemungkinan hanya tiga orang ahli merupakan mereka yang layak disifatkan sebagai berperasaan nasionalis dan akan mengambil kira ‘Agenda Melayu’ dalam membuat sebarang pertimbangan sebelum bersetuju untuk mencapai apa apa keputusan. Ini amat tidak memberansangkan kerana mereka hanya merupakan minoriti satu pertiga dari MPEN. Dijangkakan MPEN akan lebih mirip membuat keputusan yang sealiran dengan preskripsi ekonomi yang ditaja dan amalkan ekonomi Barat.

Pengerusi MPEN Tan Sri Amirsham Abdul Aziz merupakan personaliti kewangan yang boleh disifatkan sebagai ‘gagal’. Ini kerana beliau merupakan Pengarah Urusan Maybank yang sepatutnya bertanggung jawab dalam skandal melibatkan pelaburan Bank Internasional Indonesia  yang menyaksikan kerugian beratus juta Ringgit dan Maybank terpaksa mengadakan rights issue modal untuk menampung kerugian pelaburan yang gagal. Beliau juga merupakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (yang bertanggung jawab keatas EPU) semasa keputusan menaikan harga runcit petrol sebanyak 78 sen secara mendadak menjadi harga RM2.70 seliter. Kesan kenaikan ini masih belum dapat dipulihkan sehingga hari ini kerana kenaikan harga barangan, kos pengeluaran dan indeks harga, yang menjadi bebanan berat majoriti rakyat Malaysia, terutama orang Melayu. Daya pembelian rakyat Malaysia, terutama orang Melayu menguncup dengan drastiknya akibat tindakan terburu buru ini.

Keputusan untuk melantik MPEN hari ini amat dikhuatiri tidak akan memberikan sebarang pertimbangan kepada ‘Agenda Melayu’, yang amat penting untuk Malaysia memandangkan 65% warga Malaysia adalah dikalangan orang Melayu dan Bumiputra, yang masih memerlukan bantuan dan perancangan untuk mereka sama kedudukan dan mampu bersaing dengan etnik lain. Menjaga kepentingan orang Melayu wajar menjadi agenda utama negara agar kestabilan dapat dijamin dan proses pemulihan ekonomi berjalan lancar.

Diharapkan ini bukanlah ‘hadiah kejutan’ (surprise gift – shock treatment) untuk orang Melayu sempena ‘Perayaan 100 Hari sebagai PM’ yang begitu digembar gemburkan ini. Pengumunan MECD dikecualikan dalam senarai Kabinet 9 April 2009, ‘Biasiswa Nasional’  dan liberalisasi pasaran modal sudah cukup memberikan kejutan kepada mereka yang sensitif atas kepentingan ‘Agenda Melayu’ untuk kesejahteraan strategik dan kestabilan sosio-politik Malaysia secara total.

Published in: on July 11, 2009 at 00:03  Comments (32)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/07/11/apakah-mpen-akan-mempunyai-agenda-melayu/trackback/

RSS feed for comments on this post.

32 CommentsLeave a comment

  1. Apa yang kita boleh harapkan dari anak-anak Tun Razak? Adik beliau membuang Bumiputera daripada Bank Bumiputera Malaysia Berhad kepada CIMB Bank….. Kini abang sulong beliau mengikis hak-hak Melayu dan Islam seperti menghapuskan quota 30% kepada Bumiputera dalam ekuiti (sepatutnya beliau tingkatkan lagi kepada 65%)serta menghapuskan kuota biasiswa khusus kepada Bumiputera.

    Semua diatas telah mengikis hak-hak yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 4. Pastinya UMNO akan hilang kepercayaan dan musibahnya kita tunggu PRU13 nanti.

  2. Salam sdra,

    Sememangnya semua kaum warga negara di malaysia ini akan menunggu dengan penuh minat apakah cadangan dan rumusan yang akan dibuat olih pakar-pakar yang telah dilantik itu dapat menangani dan membebaskan Malaysia dari masalah ekonomi yang kita hadapi sekarang dengan cepat dan berkesan.
    Sebagai rakyat kaum peribumi yang 65% dari jumlah penduduk di negara ini, kita mengharapkan kerajaan BN melalui UMNO dapat membuat sesuatu untuk mengambil kira kepentingan ekonomi rakyat terbanyak dan membantu kita bersama-sama keluar dari kemelut ini.Jangan hanya negara sahaja yang dapat keluar dari tekanan ekonomi global ini sedangkan gejala jurang ekonomi antara rakyat yang kaya dan miskin semangkin melebar.

    Berdasarkan kepada profil tenaga pakar yang dilantik hanya beberapa orang sahaja yang mempunyai roh peribumi sebenar.Kita selama ini menyandarkan harapan dan masa depan kita kepada kerajaan BN/UMNO.Keputusan kerajaan akhir-akhir ini dalam menjayakan inspirasi SATU MALAYSIA nampaknya banyak yang mengikis harapan kita dan menjauhkan hati kecil rakyat terbanyak.

    Kita masih mengharapkan BN/UMNO yang menjadi Tiang Sandar majoriti kita kaum peribumi, walaupun kini sudah agak lemah dan mula condong tidak akan membawa rebah.Barang dijauhkan kalaupun nak tumbang janganlah ianya melintang alor atau sungai, takut nanti akan dijadikan tempat KERA MENITI.

  3. Saya cukup setuju dengan Bigdog.
    Cara terbaik menjaga kepentingan Melayu ialah memberi lebih banyak rasuah kepada ahli keluarga Umno.

    Macamana seorang anak yang mempunyai bapa yang paling kaya dalam batch saya diberi biasiswa yang tidak dipohon olehnya ?

    Kenapa seorang anak cina dari keluarga miskin tinggal di rumah setinggan dan berjaya menjadi pelajar terbaik dilarang mengambil borang biasiswa oleh jabatan atas sebab dia seorang cina ? Apakah cina tidak boleh menjadi warga yang baik dan suatu hari akan membalas jasa negara dengan berkhidmat kepada seluruh rakyat tak kira bangsa ?

    Berapa lama prinsip ‘Murahan’ umno dapat bertahan ?
    Berapa banyak rasuah berselindung di bawah kuota dapat bertahan ? Setiap satu rasuah diberi, macammana yang 10 orang lagi ?

    Bukankah seorang yang layak secara adil patut diberi keadilan yang sepatutnya. Bukankah seorang yang mampu mengubah nasib rakyat patut diberi peluang adil untuk berjasa kepada negara. Kenapa mesti dibantu seorang yang tidak layak untuk ke hadapan. Bukankah ini akan membiak lebih banyak kecelakaan ?

    Amnil contoh seorang yang tidak layak diberi lesen bas. Dia menyewa lesen itu untuk keuntungan mudah. Tabiatnya juga diperlihatkan kepada anak-anaknya. Cara mudah atau short-cut juga digunakan dalam mendidik anak-anak yang membesar jadi samseng dan mat rempit. Dan lesen ini diberi bukan kerana dia Melayu sahaja .. tetapi Melayu umno. Ini kisah benar. Saya lihat dan mengalaminya sendiri.

    Apa yang Bigdog perjuangkan bukan bangsa dan negara. Tetapi politik murahan. Kalau benar nak perjuangkan nasib Melayu, tibalah masa menyemarakan kaum Melayu untuk berusaha gigih, menukar budaya hidup, konsep pemikiran untuk maju ke hadapan, mempercayai diri sendiri, berkeyakinan untuk melangkah lebih jauh, bersemangat untuk membantu golongan yang terpinggir secara adil dan saksama.

    Renung-renungkan-lah.

    • Pendapat yang cukup bernas dan tepat. Tetapi, sejak bila si Big Dog ni pernah berhujah secara waras?

    • Hebat. Spot on Bradder!

      Kalau berani, sila kemukakan nama penuh, KP, Alamat. Supaya nama Saudara boleh disenaraikan (sekiranya saudara MElayu, Iban, Dayak atau setaraf dengan rakyat Malaysia yang bergelar BUMIPUTRA) kedalam senarai BUMIPUTRA YANG TIDAK MEMERLUKAN HAK HAK SEBAGAIMANA DI PERUNTUKKAN OLEH PERLEMBAGAAN MALAYSIA. Untuk pengetahuan saudara, nama nama ini akan didaftarkan bagi memudahkan kami menyerahkan kepada pihak berwajib, seperti pejabat pendaftran negara dan sewaktu dengannya.

      Saya akan sediakan satu pool, di blog saya tak lama lagi.

      paktehadam.blogspot.com

  4. Saudara,

    Saya terasa kerdil untuk berbuat apa-apa mengenaikan isu yang telah saudara utarakan. Saya hanya mampun bersuara untuk mengucapkan terima kasih kerana berkongsi dengan kami. Saya bukan pakar untuk berhujah dengan “pakar-pakar” yang terpilih itu, apabila lagi dengaN Perdana Menteri sendiri.

    Mungkin saya cuma boleh bersuara begini saja:-

    Kepada Kerajaan Malaysia yang diketuai oleh Perdana Menteri, saya rayu agak baliklah semula ke perkara pokok kerana Malaysia adalah di dalam kemelut yang tidak jelas hujung pangkalnya ketika ini. Pokok pangkalnya adalah (bagi saya):-

    1. Rukun Negara
    2. Perlembagaan Persekutuan
    3. Sejarah Malaysia yang asalnya Tanah Melayu
    4. Orang Melayu – majority penduduk di Semenanjung
    5. Pribumi – majoriti penduduk di Sabah & Sarawak.

    Saya tidak rasa perkara-perkara asas di atas di ambil peduli oleh kerajaan kerana:-

    1. Lihatnya apa jadinya dengan Bahasa Kebangsaan Malaysia
    2. Lihatnya bagaimana penduduk majoriti dilayan dibangdingkan dengan yang minoriti
    3. Lihatnya bagaimana orang Melayu bila hendak bersuara sedikit
    4. Lihatnya siapa-siapa yang dok di atas “kepuk padi”. Apa jadi dengan “pelahap-pelahap rakus” yang “memukul habis” kekayaan negara tanpa menghiraukan nasib bangsa dan negara demi ketamakan masing-masing?

    Apa kerajaan masih membuata tuli lagi? Melentur buluh biarkan dari rebungnya. Tapi Menteri Pelajaran menolak mentah-mentah usaha-usaha pembentukan negaRA dan anak bangsa ini yang hendak diterapkan melalui KEMPEN SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA yang lebih bercirikan negara Malaysia yang sejati?

    Tolonglah sampaikan luahan ini kepada yang berkenaan.

    “Bumi ini Bumi TANAH MELAYU”

    Semerah Padi

    • Hebat. Spot on Bradder!

      Kalau berani, sila kemukakan nama penuh, KP, Alamat. Supaya nama Saudara boleh disenaraikan (sekiranya saudara MElayu, Iban, Dayak atau setaraf dengan rakyat Malaysia yang bergelar BUMIPUTRA) kedalam senarai BUMIPUTRA YANG TIDAK MEMERLUKAN HAK HAK SEBAGAIMANA DI PERUNTUKKAN OLEH PERLEMBAGAAN MALAYSIA. Untuk pengetahuan saudara, nama nama ini akan didaftarkan bagi memudahkan kami menyerahkan kepada pihak berwajib, seperti pejabat pendaftran negara dan sewaktu dengannya.

      Saya akan sediakan satu pool, di blog saya tak lama lagi.

  5. Maaf Saudara kerana saya ingin betulkan balik draf komen saya di atas. (Isinya sama, cuma betulkan ejaan dan nahu sedikit)

    Saudara,

    Saya terasa kerdil untuk berbuat apa-apa mengenai isu yang telah saudara utarakan. Saya hanya mampu bersuara untuk mengucapkan terima kasih kerana berkongsi dengan kami. Saya bukan pakar untuk berhujah dengan “pakar-pakar” yang terpilih itu, apabila lagi dengan Perdana Menteri sendiri.

    Mungkin saya cuma boleh bersuara begini saja:-

    Kepada Kerajaan Malaysia yang diketuai oleh Perdana Menteri, saya rayu agar baliklah semula ke perkara pokok kerana Malaysia adalah di dalam kemelut yang tidak jelas hujung pangkalnya ketika ini. Pokok pangkalnya adalah (bagi saya):-

    1. Rukun Negara
    2. Perlembagaan Persekutuan
    3. Sejarah Malaysia yang asalnya Tanah Melayu
    4. Orang Melayu – majoriti penduduk di Semenanjung
    5. Pribumi – majoriti penduduk di Sabah & Sarawak.

    Saya tidak rasa perkara-perkara asas di atas di ambil peduli oleh kerajaan kerana:-

    1. Lihatlah apa jadinya dengan Bahasa Kebangsaan Malaysia
    2. Lihatlah bagaimana penduduk majoriti dilayan dibandingkan dengan yang minoriti
    3. Lihatlah bagaimana orang Melayu bila hendak bersuara sedikit
    4. Lihatlah siapa-siapa yang dok di atas “kepuk padi”. Apa jadi dengan “pelahap-pelahap rakus” yang “memukul habis” kekayaan negara tanpa menghiraukan nasib bangsa dan negara demi ketamakan masing-masing?

    Apa kerajaan masih membuta tuli lagi? Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tapi Menteri Pelajaran menolak mentah-mentah usaha-usaha pembentukan negara dan anak bangsa ini yang hendak diterapkan melalui KEMPEN SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA yang lebih bercirikan negara Malaysia yang sejati.

    Tolonglah sampaikan luahan ini kepada yang berkenaan.

    “Bumi ini Bumi TANAH MELAYU”

    Semerah Padi

    • Bumi ini BUMI MELAYU tetapi kalau Melayu hanya mengharapkan sedekah 30% percuma maka tiadalah harapan untuk Melayu dan akan sentiasa dijual oleh Melayu UMNO. Melayu perlu BERUSAHA. Melayu bukan lemah. Kalu berusaha Melayu mampu dapat bukan hanya 65% malah 65% dunia pun boleh. Maka hentikan Melayu UMNO dariu menjual MElayu. Hapuskan NEP. Bersatulah bawah PAS. Hanya PAS yang boleh selmatkan MElayu.

      • Jika kamu mahu NEP di hapuskan, sanggup kah kamu lepaskan kerakyatan kamu? Tahu kah kamu bahawa NEP itu di gubal di bawah Hak Istimewa Melayu, Per 153 Perlembagaan negara ini? Sedar kah kamu bahawa Hak Istimewa itu di persetujukan pemimpin pemimpin bukan Melayu sebagai balasan kapada hal bahawa pimimpin-pemimpin Melayu bersetuju bukan Melayu di beri kerakyatan di masa Merdeka dahulu? Kamu patut tahu apa itu quid pro quo. Itu ada lah balasan. Jadi, kalau kamu mahu NEP di bubabarkan, Melayu boleh minta kamu lucutkan kerakyatan kamu. Ini semua tidak baik, bukan? Kita harus saling menghormati satu sama lain sebagai rakyat negara ini.

        Kamu hendak lah mengtahui sejarah negara ini. Kamu jangan gunakan sindiran saperti rakyat “2nd Class”. Jangan mengata Melayu minta sedekah 30%. Jangan menyindir Melayu tidak berkerja kuat. Kamu harus sedar Melayu ketinggalan amat jauh kebelakang di bidang ekonomi dan pelajaran akibat dasar penjajah British yang membantu kaum kamu dapat mining leases, berbagai lesen berniaga dan sekolah peringkat primary dan secondary yang cukup di bandar bandar di mana banyak kaum kamu tinggal. Melayu amat sedikit sekali di bantu. Sekolah di kampong tidak berapa banyak sehingga budak Melayu terpaksa berjalan kaki, berkaki ayam, 4-5 batu satu hala ke sekolah, kelaparan dari subuh hingga zohor tiap hari. Ini masih berlaku walau pun beberapa tahun salepas Merdeka.

        Kamu tidak menghormati apa yang datuk nenek kamu telah persetujui di masa Merdeka dahulu, apa yang di kenali sebagai “Kontrak Sosial”. Inti-pati kontrak itu sudah termaktub di Perlembagaan negara. Kamu mesti hormati Perlembagaan negara. Itu ada lah undang undang yang paling tinggi di negara ini. Menghormati Perlembagaan ada lah suatu tanda kesetiaan rakyat Malaysia kapada negara nya. Menghormati satu sama lain ada lah penting untuk keamanan negara.

        Jangan campur tangan dalam masaelah Melayu sekarang. Jangan mengeksploitasi keadaan. Ini tidak baik dan kita mesti elakkan kata kata dan tingkah laku yang memburukkan keadaan.

      • 2nd class

        Copy aku nya address. Jangan lupe hantar name dan profile lengkap untuk gugurkan nama dari senarai penerima sedekah ( HAK lah BAHALOL)

  6. Hairan bin ajaib pada aku,lepas mengumumkan perubahan dasar liberilasasi,terbuka pasaran kewangan,Ekuinas, mansuh FIC,bagi masuk peguam asing,dan felda global, dah abih semua umum, baru nak lantik PENASIHAT.

    Maana nya penasihat kena ikut cakap bos ?
    Atau mengrestukan segala perlaksanaan perubahan dasar ?
    Pinjam pendek kate owang putih “rubberstamap””air of legitimatacy””intelectual eloquence” ….
    changkat lobak.
    arjuna waspada.

  7. BigDog,

    Face it…..No more Special Treatment… No more 30% …No Need for AliBabas… No Need for Bumi Chairman and Proxies….

    Its the Age of 1Malaysia…NEAC’s Job is for 1Malaysia…. All for One and One For All.
    Not for the Old ways…

    You are the Old ways….

    • These “new ways” that you talked about was Malaysia’s policy for her first twelve years. It did not work for socio-political stability and the despairity erupted to something really ugly.

      These “old ways” you talked about are not for the Malays only. Its for Malaysia. It provided a lot of stability so that the minorities are free to do and own businesses (up to 100%, if they are not plc), own properties (especially luxury ones) and play politics (almost to their heart’s content!).

      Since Malaysia practiced these “old ways”, the ugly inter racial conflict had been succesfully avoided, even when Jakartans saw theirs a little over ten years ago.

      As we say it in Malay, “Tepuk dada, tanya selera”. Obviously you wouldn’t imagine getting the cake on your plate and actually eating it. Now, would you?

  8. 1Malaysia adalah klon MALAYSIAN MALAYSIA, fikirkan…

  9. Which economic policy is used is technically irrelevant because there will always be a very wide scope for maneuver.

    UMNO should scrutinize every aspect of every proposal, as the changes might be huge, and its best you guys understand what you really want. They have top-of-the-line economists and policymakers at their disposal, so every fact can be twisted to their liking and needs.

    If UMNO haven’t employed independent economists and policymakers to study the changes and lobby for their needs, I think they should do it ASAP. There is a disconnect between what the party wants, and what is being implemented at the top. As for the explanations and slogans, they are irrelevant. UMNO should be really careful in ensuring they are not taken for a ride.

  10. Balik-balik isu kerakyatan.

    Pilih antara 2 … bagi rasuah kat Melayu umno atau hilang kerakyatan. Berapa banyak rasuah yang boleh diberi ?

    Ramai Melayu yang telah berjaya atas usaha sendiri. Tetapi Melayu-Melayu ini selalu dipandang rendah kerana selalu dianggap penerima rasuah NEP walaupun tidak. Yang Geng Umno Bigdog pulak tak malu-malu mengatakan mereka adalah penerima rasuah baru boleh berjaya. Jadi mestilah undi Umno geng Bigdog.

    Melayu ada kaki, tangan dan kepala.
    Melayu mempunyai kekuatan fizikal dan mental.
    Melayu perlu ditiup semangat untuk berdikari.
    Bukannya diapi-apikan untuk jadi pemalas, peminta sedekah. Bangga pulak tuu !

    Kenapa mesti seorang Guru Melayu yang berjaya diberi diskaun untuk membeli rumah, tetapi seorang rakyat Malaysia yang sama patriotik perlu membayar lebih.

    Dan kenapa pulak seorang penyangak juga diberi diskaun hanya kerana warna kulitnya, walhal kerja dia siang malam merompak dan melakukan jenayah.

    Hendak seribu daya, …. janganlah jual maruah Melayu demi Politik Murahan.

    Nasib rakyat Malaysia kini di tangan YAB Najib.
    Saya yakin Najib memperjuangkan nasib rakyat, memajukan negara tak kira bangsa dan agama.

    Cuma saya amat berharap Bigdog dan geng janganlah gunakan politik murahan. Sama-sama fikirkan cara untuk meniup semangat untuk berdikari. Kalau Dr.M boleh maju tanpa NEP … kenapa rakyat lain tak boleh ? Apa Dr.M saja Melayu yang kuat, yang lain-lain kantoi ? Sudah tentu tidak.

    Jika begini lah sikap Bigdog, saya tak mampu mempertahankan Umno dan BN lagi.

    • Saya risau dengan pendirian anda. Apa kah yang anda maksudkan rasuah itu? Coba lah anda berikan definasi rasuah dan bokti nya. Menomah sahaja tidak baik.

      Sepatut nya anda melapurkan kapada MACC “anak cina (yang) di larang ambil borang biasiswa oleh jabatan atas sebab dia seorang cina” itu. Mungkin anda reka sahaja cerita itu di sini dengan tidak memberi butir-butir nama, tarikh, masa, di mana, nama kaki-tangan (bukan kah mereka pakai tanda nama?).

      Kalau benar anak Cina itu tidak di benarkan ambil borang, dan kalau tak mahu melaporkan nya ke MACC, mengapa tidak menjumpai dan minta pertolongan Wakil Rakyat nya? Pergi merendahkan diri lah, mohon, merayu, tidak secara yang anda buat sekarang ini, menomah, melalak dengan tidak ada bokti di keluarkan. Cara ini tidak akan mendapat belas dan budi sesiapa.

      Saya sendiri tahu dan kenal sa orang anak Cina di suatu bandar kecil, yang ayah nya mempunyai rumah dan 12 ekar tanah kelapa sawit, yang mendapat 7A di SPM yang lalu, dan di beri biasiswa kejuruteraan kimia di luar negeri. Saya di beri tahu ada banyak lagi yang saperti itu. Bukan kah mereka yang “deserving” (dari beberapa segi) di beri bantuan Kerajaan?

      Anda tidak suka saya bangkitkan perkara kerakyatan. Kalau begitu, jangan lah ungkitkan perkara Hak Istimewa Melayu – NEP, diskaun beli rumah dan sebagai nya. Fahamkan sejarah negara dan peruntukan peruntukan dalam Perlembagaan, hormati dan ikuti lah Perlembagaan negara ini. Anda diam di negara ini sekarang dan perlu berbuat demikian.

    • Banggang betullah rakyat Malaysia sekor ni (Kalaulah rakyat Malaysia!)!!!!!

      Isu kerakyatan adalah PENGORBANAN TERBESAR ORG MELAYU UTK CAPAI KEMERDEKAAN!!!!

      Memang ada org UMNO rasuah. Itu tidak dinafikan. Itu sebab ada org UMNO diseret ke Mahkamah. Mcm Datuk Saidin Tambi. Tapi tak semua pemimpin UMNO rasuah! Kalau SEMUA PEMIMPIN UMNO RASUAH, tak mungkin Malaya Merdeka (Mesti Tunku boleh dirasuah British utk tidak mendesak Kemerdekaan)! Tak mungkin tubuhkan Petronas (Mesti Shell rasuah Tun Razak agar biarkan semua hasil petroleum Shell dapat monopoli!)! Tak mungkin PNB & ASN ditubuhkan (Mesti Guthrie/Sime Darby/Harrison Crossfield rasuah Tun Hussein supaya tak buat ‘Dawn Raid’)! Tak mungkin Proton ditubuhkan (Mesti Mitsubishi rasuah Tun Mahathir utk bagi jenama itu monopoli)!

      Kalau SEMUA PEMIMPIN UMNO RASUAH TAK MUNGKIN NEGARA CAPAI PERTUMBUHAN SAMPAI EKONOMI SEBEGINI PESAT!

      Mesti Malaysia ini masih tahap sama cam Uganda atau Zimbabwe! Paling handal pun cam Kenya!

      Bacalah blog Dato A Kadir Jasin. Pergi tengok senarai pencapaian ekonomi negara semenjak ada DEB!

      Kalau kerajaan tak ujudkan diskaun khas utk Bumiputra dan sesetengah tempat, kuota pemilikan, maknanya nanti ada kawasan tertentu tak da lansung org Melayu. Nanti jadi lagi 13 Mei (sebab taburan rakyat dlm kawasan bandar tak sekata)!

      ORG MELAYU PERTAHANKAN HAK = NASIONALISM!

      Ini bukan politik murahan!

      Politik murahan = “Nyawa saya terancam, itu sebab saya cari perlindungan dlm kedutaan Turki”

      Politik murahan = Janji ambik alih kerajaan pusat pada 16/9/08, YG MASIH BELUM DITUNAIKAN!!!!!

      Politik murahan = Benarkan Chin Peng balik Malaysia!!!!!!

      Politik murahan = “Tuhan pun mencarut”!!!!!

      Politik murahan = “Kami DAP Kedah sokong balik kerajaan PAS Kedah”!!!!!

  11. Ambil iktibar apa berlaku di Urumqi. Cina tetap Cina.

  12. Apa yang cuba ditekankan oleh bigdog ialah keanggotaan MPEN yang tidak seimbang, tidak bersesuaian dengan kehendak dan keadaan sebenar negara, dan boleh menjejaskan Agenda Melayu. Saya tiada masalah dengan hujah ini.

    Kenapa perlu lantik pakar-pakar luar negara yang akan membawa preskripsi dunia kewangan Barat yang jelas telah gagal pada masa kegawatan ekonomi 1997? Model Barat yang didukung oleh Bank Dunia dan IMF memang tidak bersesuaian dengan negara, malah sejarah telah menunjukkan ia boleh melumpuhkan negara, seperti yang berlaku di negara-negara Amerika Selatan, Indonesia dan Thailand. Ini soalan yang sangat relevant dan perlu difikirkan semula oleh kerajaan. Bukankah negara kita mempunyai pakar-pakar ekonomi yang berkaliber dan berpengalaman dalam memerintah negara, seperti Tun Mahathir, Tun Daim, Tan Sri Razaleigh, dll.? Hairan juga mengapa DS Najib tidak memikirkian mereka.

    Point yang dibawa oleh arjuna waspada juga amat tepat. Jika dasar-dasar penting negara telah pun diumumkan, apa pula peranan sebenar MPEN?

    Dasar-dasar yang diperkenalkan oleh DS Najib dalam 100 hari memerintah membawa banyak tanda tanya? Adakah beliau ingin menjadi pemimpin populist? Adakah dasar-dasar berkenaan benar-benar melambangkan slogan 1Malaysia = Rakyat Didahulukan? Adakah ia hasil dari tekanan politik yang sukar ditentang?

  13. Memang jelas DAP, PAS dan Keadilan menggunakan Politik Murahan yang keji, perkauman serta fitnah. Itulah sebabnya saya berhempas pulas menentang tohmahan mereka. Dari blog ke blog, malah sentiasa membuktikan mereka adalah pembohong terbesar.

    Tapi jangan lah BN dan Umno ikut serta guna politik murahan atas alasan geng Si Sodomi menggunakannya.

    Rakyat ada mata dan telinga. Rakyat ada otak. Hanya sebilangan kecil yang fanatik atau berpura-pura mempercayai tohmahan geng Sodomi.

    Isu kerakyatan, tak akan difahami oleh generasi muda yang bapanya dilahirkan di Malaysia, yang datuk malah moyang pun dilahirkan di sini. Malah anak Melayu terkebil-kebil bila diberitahu kawan cina ini bukan rakyat Malaysia. Apakah kejadahnya ? Kalau moyang pun dilahirkan di Malaysia bukan rakyat Malaysia … habis rakyat apa ? Kawannya yang seorang hisap dadah … dikira rakyat Malaysia yang patriotik kah ?

    Patriotik atau kelayakan menjadi rakyat bukan lagi terletak atas kaum …. tetapi jati diri yang sebenar.

    Bukan terletak pada Bahasa tetapi pada ilmu dan moral seseorang.

    Ramai orang iban dan kadazan malah orang di Bertam,Gua Musang tak fasih Bahasa Malaysia … apakah mereka pengkhianat negara ? Yang fasih pulak … kerja merempat .. tak pum merempit di sana sini.

    Bila sebut berdikari … geng Bigdog akan kenapa mesti berdikarai … kami memberi kerakyatan untuk menjadi peminta sedekah.

    Mungkin alasan British telah menghalang kemajuan Melayu. Tapi itu alsan berapa dekad sudah ?

    Lihat secara per individu.

    Si Shauqi anak kepada seorang doktor, dan ibunya seorang guru. Dia sendiri telah menjadi engineer. Kenapa mesti dia diberi diskaun membeli rumah. Kenapa anaknya mesti diberi keistimewaan masuk sekolah Mara atau biasiswa berdasarkan kaum ? Apakah keluarganya atau dirinya masih ditindas British dan terpaksa hidup di sawah padi ?

    Hakiki inilah yang dapat dilihat generasi sekarang. Bukannya foto hitam putih dalam buku sejarah.

    Mungkin Umno Geng Bigdog masih tamak ataupun pengecut.
    Sudah tentu bukan kerana ingin memimpin Melayu untuk maju lagi.

    • Umno Geng Bigdog memang mempermainkan perasaan Melayu miskin supaya sentiasa menyokong dasar NEP secara membabi buta demi mereka terus kaya raya mengambil keuntungan.

    • Good Point Bro MOMO

      Kalau macam tu, kalau you kaya atau berkemampuan. Jatuh haram kalau ambik gak bisiswa tu. So, tolong berjuang macam sekarang (buat announcement pada semua blogger you give up your HAK (walaupun you kata ianya sedekah) and willing to nominate any body, means EVERYBODY that is MALAYSIAN tentunya)

      Walk the talk. Tolong nyatakan nama betul, no. kad pengenalan kepada paktehadam.blogspot.com. (belum buat lagi tapak untuk itu… akan datang.jenng je jeng….)

      Saya mohon, calun untuk pilihan you nanti tu biarlah daripada orang miskin yang layak daripada melayu lah dulu ye!(jangalah lah you ambil bukanbumiputra sebab family dia tak hisap dadah, si melyu ni walaupun pandai, tapi sebab dia anak luar nikah atau adik dia hisap dadah, you reject pulak dia ye!)

      Niat you memang baik.Tanya TGNA, orang yang paling utama didalam menerima sedekah kamu adalah dari kalangan yang paling hampir dengan kamu.

  14. Kenapa Melayu nak pertahan hak Melayu dipertikai oleh Melayu sendiri? Patutlah semasa Dollah Tido jadi PM dengan mudah ada Melayu (sealiran momo Said) yang sokong serahkan Pulau Batu Putih pada Singapura.

    Ingatlah bidalan “Seperti Belanda Minta Tanah” tidak akan cukup permintaan mereka sehingga Bangsa Asing) dapat menyapu bersih segala khazanah Tanah Melayu ini.

    Ini bumi Melayu. Ambil contoh U.A.E. Dengan melihat kepada kesilapan orang Melayu dengan mudah memberi kerakyatan kepada bangsa asing, U.A.E setahun dua yang lepas menggubal undang-undang Imigresen yang baru. Semua PR (majoriti sudah lebih 25 tahun di UAE) diminta keluar dan masuk kembali ke UAE. Dengan undang-undang baru, orang-orang India, Pakistan, Filipina dan lain-lain lagi perlu keluar dari UAE setian 3 tahun. Makanya, UAE hanya untuk keturunan pribumi Arab.

    Hany Melayu yang bodoh sahaja dengan mudah mahu hapuskan keistimewaan pribumi seperti ternyata dengan jelas dalam Perlembagaan Malaysia.

    Jika trend Melayu bodoh ini tidak dikekang, percayalah, Melayu tidak akan ada negara sendiri. Lihat pada yang hampir iaitu Singapura.

    LU PIKIR LA SENDIRI

  15. Must you racialize everything BD? Any economic taskforce in Malaysia must have the objective of benefiting ALL Malaysians… with a Malaysian Agenda in mind. Not some narrow agenda of protecting an elite clique of Class-F contractors and cronies under the guise of bangsa-this, bangsa-that.

    Our economy is in trouble, we need good brains to bring us out, and here you are complaining the council does not have enough Malays.

    • Taking care the interests of the majority is about taking care interests of the nation. Taking care the interests of the majority is not racializing but actually democratic.

      Yes, there are great Malay economic minds who the Government should consider instead listening to IMF/World Bank so called experts.

      Personalities like Raja Tan Sri Arshad Tun Uda, Dato’ Dr Abdul Samad Alias, Dato’ Mohd. Desa Pachi (all renowned chartered accountants), Tan Sri Sanusi Junid, Dato’ Mohd. Salleh Abdul Majid. There are also in the likes of seasoned bankers such as Tan Sri Ahmad Mohd. Don, Tan Sri Azman Hashim and Dato’ Malik Merican. Tan Sri Dr Arshad Ayob was also in Bank Negara, Ministry of Agriculture and of course, a master of developmental economics.

      Of course someone said big names Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin and Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah, who have holistically seen-that-done-that in Malaysian developmental economics, which include weathering Malaysia through economic storms.

      These are brainy Malays. We don’t need IMF/World Bank trained-foreigner-hearted-developmental-economy-theorists.

  16. Bright Eye/ Wide Open Eye (suka lu lah)

    You punya kata kata cukup bermutu UNTUK KEBAIKAN SEMUA MALAYSIAN. Saya percaya saudara juga adalah pejuang demokrasi, keadilan dan kesamarataan. Daripada pemahaman saya, saudara melihatnya dari kaca mata bangsa saudara. Saudara akan tanya, macammna saya boleh kata Bright Eye bukan Melayu? Jawapan saya ” Lenggok ayat dan bahasa penuh kemanisan adalah begitu jelas lagi sekata – (typical)”

    Walaumacam manapun, saya ucapkan tahniah diatas semangat saudara didalam memperjuangkan bangsa saudara di Negara ini. Akan tetapi, cara Manis di Bibir, tidak lagi berkesan seperti sebelum PRU 12, kerana sedikit demi sedikit golongan Hypocrite ini ditelanjang oleh kesilapan demi kesilapan seperti di P Pinang, Kedah, Selangor, Perak malah Kelantan!

  17. ASM UNIT TRUSTs
    Siapa punye tuan yang bagi nasihat ni ?
    PNB jual ASM 1.3 billion kuota Melayu kpd bukan bumiputra.
    Adakah ini sebagai balasan sokongan atau orang melayu dah taada duit lagi ?
    Apa lagi dalam karung 1Malaysia PM untuk jadi kan wawasan 1Malaysia kenyataan
    Mengapakah tidak di tawarkan beri peluang kapada Tabung Haji,PPZ, MOCCIS,Bank Rakyat,Ajensi Ekonomi Negeri,Tabung Perwira,Tabung Polis,MARA UNIT TRUST ?
    Tabung terengganu dah ade I billion royalti tak kan ta bolih beli sikit kut ?
    DenganSatu pangillan talipon semua bolih dapat melabur !!!.
    Ini kuota Melayu dan tidak di rampas dari orang bukan bumiputra.
    Geram rase,sakit hati.(bukan kerana ta beli ,tapi kenapa ajensi melayu tak di arah beli)
    changkat lobak.
    arjuna waspada.

  18. […] the Minister in charge of EPU, he wold have a direct responsibility of the National Economic Advisory Council. So far, not much could be desired from this council which is filled with IMF alumnis. Presently, […]

  19. […] Orang Melayu sebagai warga majoriti Malaysia dan tunggak asas Perjuangan kelahiran dan pembinaan negara-bangsa wajar untuk tidak lagi menerima sebarang kompromi untuk memberikan lebih banyak lagi konsessi kepada minoriti Bukan Melayu, sekadar menjaga hati mereka dengan harapan meraih secebis undi yang belum tentu diperolehi. Cukuplah sekadar konsessi yang diberikan PM Najib seperti ‘Biasiswa Meritorasi’, liberalisasi pasaran modal dan FIC dan MPEN yang dianggap tiris ‘Agenda Melayu’.   […]

  20. […] Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MPEN) yang diumumkan PM Dato’ Seri Najib juga bukan sahaja tidak melambangkan orang tempatan dan rakyat Malaysia, malah orang Melayu merupakan minoriti dikalangan penasihat asing bagi melakarkan plan ekonomi yang semestinya merangkumi orang Melayu sebagai warga majoriti Malaysia. Lebih membimbangkan ialah sebilangan dari MPEN merupakan golongan ekonomis yang mirip kepada Bank Dunia/IMF sedangkan Malaysia pernah mengabaikan penyelesaian barat bagi menangani kemelut ekonomi dan kewangan Asia 1997-8 dengan preskripsi sendiri. Percaturan PM ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad ternyata berjaya dan memberi kesan pemulihan dalam jangkamasa singkat. […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: