Mana perginya pengusung ‘Keranda Artikel 152’?

Baru baru ini, semasa Menteri Pelajaran TPM Tan Sri Muhyiddin Md.Yasin mengumumkan pemansuhan PPSMI, antara yang paling bergembira adalah Persatuan Penulis Nasional (PENA). NGO yang berperanan menjadi cakna sastera ini menentang hebat PPSMI sehingga sanggup bergabung dengan Dong Ziong untuk menubuhkan Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP).

Semasa diumumkan pemansuhan PPSMI, ianya merangkumi dasar baru membenarkan sains dan matematik sekolah Cina diajar dalam Bahasa Mandarin dan sekolah Tamil diajar dalam Bahasa Tamil. Sekiranya ada hujah mengenai PPSMI merupakan bertentangan dengan Akta Pendidikan 1996, bukankah kebenaran sains dan matematik diajar dalam bahasa bukan Bahasa Melayu ini melanggari peruntukan itu?

keranda-152-pkpim-anti-ppsmi-705686

Sekiranya ianya melanggar peruntukan tersebut, tidakkah PENA perlu menganjur semula demonstrasi dan memikul semula ‘Keranda Artikel 152’ itu, sebagai illustrasi perjuangan memartabatkan Bahasa Melayu?

PENA wajar menuntut agar sistem persekolahan satu aliran diujudkan, sesuai dengan perjuangan memartabatkan Bahasa Melayu. PENA sebagai NGO yang kunun kunun memperjuangkan Bahasa Melayu perlu memberikan tekanan agar ujud ‘kesungguhan politik’ (political will) untuk sistem satu aliran diujudkan sebagai salah satu cara untuk menyatu padukan kaum dan kumpulan etnik, sesuai dengan aspirasi 1 Malaysia. Sekiranya gagal, maka agenda PENA dalam episod ini adalah gimik politik aktivitis  dikalangan mereka yang bertopengkan sebagai ‘Pejuang Bahasa’ semata mata.

Apakah PENA tidak lama lagi bersedia untuk dilabel sebagai NGO yang “CAKAP TAK SERUPA BIKIN……”?

Published in: on July 12, 2009 at 00:04  Comments (20)