Mana perginya pengusung ‘Keranda Artikel 152’?

Baru baru ini, semasa Menteri Pelajaran TPM Tan Sri Muhyiddin Md.Yasin mengumumkan pemansuhan PPSMI, antara yang paling bergembira adalah Persatuan Penulis Nasional (PENA). NGO yang berperanan menjadi cakna sastera ini menentang hebat PPSMI sehingga sanggup bergabung dengan Dong Ziong untuk menubuhkan Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP).

Semasa diumumkan pemansuhan PPSMI, ianya merangkumi dasar baru membenarkan sains dan matematik sekolah Cina diajar dalam Bahasa Mandarin dan sekolah Tamil diajar dalam Bahasa Tamil. Sekiranya ada hujah mengenai PPSMI merupakan bertentangan dengan Akta Pendidikan 1996, bukankah kebenaran sains dan matematik diajar dalam bahasa bukan Bahasa Melayu ini melanggari peruntukan itu?

keranda-152-pkpim-anti-ppsmi-705686

Sekiranya ianya melanggar peruntukan tersebut, tidakkah PENA perlu menganjur semula demonstrasi dan memikul semula ‘Keranda Artikel 152’ itu, sebagai illustrasi perjuangan memartabatkan Bahasa Melayu?

PENA wajar menuntut agar sistem persekolahan satu aliran diujudkan, sesuai dengan perjuangan memartabatkan Bahasa Melayu. PENA sebagai NGO yang kunun kunun memperjuangkan Bahasa Melayu perlu memberikan tekanan agar ujud ‘kesungguhan politik’ (political will) untuk sistem satu aliran diujudkan sebagai salah satu cara untuk menyatu padukan kaum dan kumpulan etnik, sesuai dengan aspirasi 1 Malaysia. Sekiranya gagal, maka agenda PENA dalam episod ini adalah gimik politik aktivitis  dikalangan mereka yang bertopengkan sebagai ‘Pejuang Bahasa’ semata mata.

Apakah PENA tidak lama lagi bersedia untuk dilabel sebagai NGO yang “CAKAP TAK SERUPA BIKIN……”?

Published in: on July 12, 2009 at 00:04  Comments (20)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/07/12/mana-perginya-pengusung-keranda-artikel-152/trackback/

RSS feed for comments on this post.

20 CommentsLeave a comment

  1. sy sokong…sekolah satu aliran patut diadakan..jd bhs kbgsaan ttp mnjadi simbol bgsa malaysia…stlah itu bru ppsmi boleh dilaksanakan..whai menteri2…anda sume pn dok anta nk p oversea..ckp omputeh..ank mlayu lain pn nk pndai omputeh gak..1 school 1 language 1 nation…tok samad…bile nk bsuare nih??

  2. bro,

    banyak NGO & individu cakap tak serupa bikin…bila orang lain sentuh DEB, biasiswa…fuhh…bergema laungan, berdemo sana- sini…bila PM bukan setakat sentuh siap ubah lagi…senyap menikus…

    walau bagaimanapun saya sokong konsep satu sekolah satu bahasa!

  3. To correct you, it was not Gapena that got involve in GMP but Pena.

  4. janggut je panjang

  5. Salahkan nyamuk kelambu dibakar..GAPENA dan org2 yg anti PPSMI sebenarnya takut bayang2 sendiri,terimalah hakihat penguasaan English penting,lihatlah sekeliling kita,banyak benda yang perlukan kemahiran English,terutama peringkat Universiti dan alam pekerjaaan,pelaburan dan penyelidikan antarabangsa.Penguasaan English tidak menjadikan kita kurang keMelayuan atau kurang keMalaysiaan.Bila anak-cucu terkial2 menghadapi dunia nyata,generasi demi generasi,pejuang2 bahasa ini akan diingati sebagai pembina tempurung..yang akan dihuni oleh katak2 malang..yang terdiri dari darah daging sendiri..

  6. SSS + PPSMI = 1Malaysia

  7. Babi kena tembak, anjing yang menyalak. Dong Ziong tu memang NGO pendidikan Cina. Pena adalah NGO NGO yang mewakili penulis. Bila Dong Ziong bersuara mengenai pendidikan, kenalah tempatnya. Kiranya berwibawalah dia kerana memang dia fokus pada isu berkenaan. Yang Pena ni, bukannya fokus pada pendidikan tapi tiba-tiba aja nak menjadi juara. Begitu juga Gapena dan yang lain-lain yang tidak berkaitan dengan pelajaran dan pendidikan begitu bersungguh-sungguh berkempen, berforum dan seumpamanya tentang isu PPSMI ini. Bukankah gabungan suara Persatuan Ibu Bapa dan Guru lebih relevan dalam isu begini. Lebih-lebih lagi Muafakat tidak begitu dipengaruhi sentimen politik berbanding dengan NGO yang lain, jadi penilaian dan pertimbangannya lebih objektif. Sepatutnya suara merekalah yang lebih dominan dan diberikan perhatian yang khusus. Mahu tidak mahu, ramai yang cenderung menerima keputusan ini lebih kepada matlamat politik jangka pendek tetapi kesan buruknya akan jelas dalam jangkamasa sederhana. Muhyiddin akan terus kata, saya cuma timbalan……..sedangkan dialah Menteri Pelajaran sekarang.

  8. Lihat betapa menyusahkan pelajar pelajar di universiti, saperti di tlius di The Star pagi ini:

    “MANY tertiary students are against the government’s decision to revert the teaching of Maths and Science to vernacular languages and Bahasa Malaysia.

    Students who had studied the subjects in Bahasa Malaysia and are now pursuing Maths and Science-related courses in English at local universities said it was a struggle as they could not understand the terms.”

    Kita mesti pentingkan kemajuan sains dan teknoloji. Rakyat mesti di mudahkan memahami, menyebar dan menggunakan pengtahuan sains dan teknoloji. Bukan sahaja pengtahuan asas, perkembangan terbahru dalam perkara ini biasa nya di sebar di dunia dalam bahasa Inggeris. Keputusan pemansuhan PPMSI dan penggunaan sistem bahru mulai 2012 perlu di bantah. Kita perlu mendesak Kerajaan memikir semula.

    Mereka yang mahukan pemansuhan PPMSI keterlaluan semangat nasionalisma nya. Mereka sepatut nya membangkang penggunaan bahasa vernakular di sekolah sekolah. Tidak ada dengar suara mereka dalam hal ini. Tidak nampak di mana logik mereka.

    Saya juga curiga peranan mereka yang berkepentingan tertentu (vested interest) dalam pemansuhan PPSMI. Banyak sudah di tulis berkenaan banyak wang terikat dengan kerja kerja penterjemahan dan penerbitan buku; saya terbaca dalam sekurang kurang nya dua blog. Ini lah bencana rasuah, mentaliti rasuah dan kepimpinan rasuah di negara ini. Keputusan itu bukan sahaja melibatkan peringkat politik, tapi juga peringkat teknokrat dan NGO.

    Banyak kucar kacir di negara sekarang berpunca dari rasuah. Pucuk pimpinan mesti menunjukkan keazaman politik yang kuat (political will) untuk membasmi rasuah. Selagi tidak ada keazaman itu akan merudum ke longkang lah kita. Lihat sahaja polarisasi kaum di negara ini sekarang. Di mana pergi nya pemimpin yang benar benar sedar rasuah menjahnamkan negara dan
    ada mempunyai “political will”? Di mana pemimpin yang tidak berupa “populist” tapi ikhlas memperjuangkan kebenaran, keamanan dan perdamaian negara?

  9. lepas ni kita pegi angkat keranda PENA nak? perjuangan yang mati ditengah jalan.

  10. PENA? Melayu bodoh dan senang di beli je kat situ. Lagi elok tukar jadi PENIS.

  11. Sebenarnya ahli-ahli Gapena dan Pena tak dapat jual hasil karyanya. Maka disalahkan PPSMI kerana kurang minat pelajar menghayati karya mereka. Ini semua kerja bodoh.

  12. Salam Saudara,

    Minta orang-orang PENA sokong ni:-

    “SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA”

    Yang ini pun berjuang untuk Bahasa Kebangsaan juga tetapi saya kira lebih menyeluruh dari PPSMI tu. Klik dan sign saja. Tak payah nak usung keranda pun!

    Anda semua yang lain pun, bagilah sokongan juga. Inikan negara kita semua. yes? no?

    “ANAK BANGSA KITA TAHU BERBAHASA”

    Semerah Padi

  13. Bigdog,
    Nilah dia yang dikatakan ‘menang sorak, kampong tergadai’; ‘bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh diikut’.

  14. memang sistem pendidikan Malaysia sucks big time. Hobi orang malaysia terutama melayu hanya politik, politik dan politik sahaja. itupun politik kosong.

  15. […] of the greatest victor is PENA. On the other hand, Fourth Prime Minister Tun Dr. Mahathir Mohamad expressed his deep dismay openly […]

  16. […] BigDog has raised reasonale questions in regards with the red colored sentences – what happened to the very reason of effort against PPSMI? It seems that the statements made somehow not clicking. At one point, PPSMI is abolished and back to the previous method, but in just a few days, efforts to be taken to raise proficiency in English and Bahasa Malaysia is called. So what happened to SJKs? […]

  17. It’s strange to hear those “pejuang bangsa” (such as PENA, GAPENA) now saying that they support the reversion to Bahasa Melayu AND bahasa ibunda when they have all this while been fighting tooth and nail for BM. What language are they supporting now – BM only or both BM and bahasa ibunda? See the irony? They continue to question the argument that without PPSMI the Malays will regress. The reality is that even in BM the Malay students find it hard to understand Science & Maths.

    Will PENA “warriors” dare organise a demo to fight for BM only? Forget it. They won’t even dare open their mouth or confront Dong Ziong and company! They forget they are messing up our future generation.

  18. Takkan berani la GMP nak usung Keranda 152. GMP ditunggang Dong Ziong je sebenarnya. GMP sangat takut dengan Dong Ziong untuk memperjuangkan Bahasa Melayu (Bahasa Kebangsaan) sebagai bahasa pengantar utama di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina & Tamil. Tak usah nak mimpi la GMP ni nak perjuangkan kedaulatan bahasa Melayu.

  19. […] PENA sekarang sudah bersedia untuk menaja kempen SSS ini, demi memartabatkan “Bahasa Jiwa Bangsa”? Possibly related posts: (automatically […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: