Sistem ‘satu sekolah untuk semua’

Setelah pengumuman PPSMI dimansuhkan bermula 2012 dan sekolah vernakular dibenarkan mengajar matematik dan sains dalam bahasa ibunda etnik tertentu dan reaksi rakyat Malaysia, terutama dikalangan mereka yang celik ICT dan penguna cybersfera berjaya dirakamkan, maka sesuai untuk perkara ini dimajukan kehadapan dan tahap yang lebih progressif.

Oleh demikian, demi menentukan warga bloggosfera mengunakan peluang dan keseluruhan proses rasionalisasi untuk membawa isu ini secara progressif kehadapan, maka sesuai untuk dicanang secara gempar kempen SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA (SSS).

SSS

Ini bermakna sistem sekolah vernakular dihentikan dan semua pelajar sekolah melalui proses dan pembelajaran satu sukatan dan medium penghantar. SSS amat penting untuk menentukan dan menjamin agar perpaduan, kerjasama dan kesefahaman intra-etnik, toleransi dan semangat muhibbah dapat diteruskan dan dipupuk segar dalam sanubari rakyat Malaysia. Keseragaman merupakan kunci kejayaan penyatuan semua etnik dalam tanahair untuk menentukan dasar Kerajaan PM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak “1 Malaysia” berjaya sepenuhnya dan secara menyeluruh.

Oleh demikian, kami di BigDogDotCom mengesa para pelayar bloggosfera menanda tangani secara elektronik petisyen ini untuk menyokong agar sistem SSS diujudkan demi untuk menjamin negara dapat dipacu, bangun dan makmurkan dalam keadaan kestabilan sosio-politik.

Diharapkan majoriti dikalangan mereka yang mengundi untuk menolak pemansuhan PPSMI selama empat hari lepas, 73,000 dari chedet.cc dan 4,200 dari utusan.com.my (dari jumlah hampir 100, 000 responden kedua poll ini ) sebagai kesinambungan merealisasikan keengganan kalian untuk menerima keputusan Kabinet Rabu lepas.

Apakah PENA sekarang sudah bersedia untuk menaja kempen SSS ini, demi memartabatkan “Bahasa Jiwa Bangsa”?

Published in: on July 14, 2009 at 00:01  Comments (35)