Kenapa Melayu-PAS berjaya diperkudakan lagi?

Tengahari tadi, Kuala Lumpur lumpuh semula dan menyaksikan satu lagi episod demonstrasi jalanan haram yang hanya sia sia. Orang Melayu berjaya diperkuda lagi untuk kepentingan politik golongan minoriti yang mempunyai agenda tersirat.

tearcrowd0108

Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) yang diterajui pemimpin PAS Syed Ibrahim Syed Noh berjaya membawa keluar 4,000 pendemonstrasi tegar di beberapa tempat sekitar Kuala Lumpur seperti Masjid Jamek-Masjid India, Sogo dan Masjid Negara, walaupun Polis membuat beberapa sekatan disekitar parameter ibunegara sebagai usaha mengawal penyertaan.

GMI mendesak agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan kerana disifatkan sebagai ‘zalim’. ISA ialah undang undang untuk mencegah agar keselamatan dalam negeri terpelihara sebenarnya merupakan sambungan kepada Ordinan Darurat yang diperkenalkan untuk menahan mereka yang terlibat dengan keganasan, terutama dalam keadaan amat sukar membuktikan peranan mereka melalui proses biasa. Pada masa ini, Kerajaan sedangpun menimbang untuk mengkaji semula ISA.

Namun, ISA sebenarnya ujud untuk menentukan kepentingan majoriti dan negara terpelihara kerana usaha golongan minoriti yang licik mengunakan segala lompang dalam undang undang sediada untuk membolosi sistem dan secara berterusan menghina dan mencabar apa yang ada untuk menentukan negara dalam keadaan harmoni, stabil dan proses pembinaan negara berjalan lancar. Ini dibuktikan beberapa kali. Contoh paling nyata ialah “Operasi Lalang” pada 27 Oktober 1987, dimana keadaan begitu tegang dan pertelingkahan antara etnik hampir berlaku. ISA juga digunakan untuk menahan mereka yang terlibat dengan usaha mengugat kestabilan Persekutuan Malaysia seperti gerakan membawa Sabah keluar dari Persekutuan dan ektremism seperti Kumpulan Mujahid Malaysia (KMM).

PROTESTS I

Malangnya, agenda golongan minoriti yang berkepentingan khusus, yang kemungkinan didalangi orang luar yang memang berhasrat untuk melihat keadaan kucar kacir, ditafsirkan melalui majoriti. Hampir 600 orang ditahan kerana kegagalan bersurai apabila diminta Polis dan lain lain kesalahan berkenaan perhimpunan haram. Majoritinya orang Melayu, termasuk wanita dan remaja. Kehadiran dan penyertaan Bukan Melayu dalam demonstrasi ini amatlah terabai.

Pendekata, orang Melayu-PAS berjaya diperkudakan lagi untuk kepentingan mereka yang paling selalu terdedah kepada ISA digunakan, seperti PKR dan DAP. Chauvinis DAP dan sehaluan dengan mereka merupakan golongan yang sentiasa mencabar dan menghina kepentingan majoriti, termasuk mempersoalkan kedudukan orang Melayu. Mereka juga tergamak secara berterusan memperkecil dan mencabar peranan agensi penguatkuasa terutama Polis dan SPRM. Malangnya, penyertaan orang dan penyokong DAP dalam demonstrasi hari ini tiada kelihatan langsung.

Mengapa terjadi demikian? Apakah orang Melayu-PAS ini begitu bebal sehingga membiarkan diri menjadi kuda tunggangan DAP chauvinis dan PKR yang mempunyai hubungan langsung dengan agensi ‘keselamatan’ luar?

Orang Melayu bermaruah tidak wajar diperkudakan oleh golongan minoriti yang berkepentingan sempit. Belajarlah dari sejarah bagaimana Melaka berjaya dikalahkan Portugis pada 1511. Dalam keadaan negara dibelengu masalah krsisis ekonomi global dan hampir dilanda wabak Influenza A(H1N1), siapa yang akan meraih keuntungan melihat Melayu bergaduh ditengah bandaraya bersama Melayu dan diberikan liputan media global? Sesungguhnya “Orang dok pulau besaq chet tu” juga yang akan tersenyum!

*Photos were copied from The Star. Please click the respective website to go to the original photos.

Published in: on August 2, 2009 at 00:01  Comments (111)