Kalau pun ghairah sangat ketagih nama….

Ada orang memang ada nama. Ada orang tidak bernama, tetapi hasil kerjanya selalu kita rasa. Ada orang tidak bernama, tetapi hasil kerja mereka amat disedari, kalau pun selalunya tidak dihargai secara terbuka. Biasanya, orang sebegini ditafsirkan sebagai ‘unsung heroes’.

Perjuangan membawa erti dan tafsiran berbeza. Bagi orang yang menghayati prinsip dan semangat Perjuangan sebenar, nama dan habuan tidak penting. Sepuluh tahun dahulu, kami pernah didedahkan makna ‘Perjuangan’. Masih terngiang ngiang lagi falsafah seorang ultra nasionalis Melayu “Perjuangan itu tidak membawa apa apa erti tanpa pengorbanan!”.

Orang selalu ungkapkan, “Leaders are born, not made“. Dalam dunia hari ini, ramai orang begitu ghairah menjadi pemimpin  terutama dalam era pemimpin dibuai sengala sanjungan melangit dan kemewahan habuan dicurahkan, walaupun sebenarnya mereka adalah tidak layak, ketokohan lemah dan paling menyedihkan, kemampuan minda tidak seberapa. Cari yang paling terhormat apabila sampai dipersimpangan ini ialah berundur dan beli laluan orang yang benar benar ada susbtance, samada ketokohan kepimpinan, kemampuan minda, berfikiran strategik dan komprehensif  dan penting, personaliti yang menunjukan keinsafan dan keikhlasan kehadapan untuk memberikan perkhidmatan pada majoriti. Pemimpin perlu ada sifat kematangan dan bersedia menerima pendapat dan kritikan orang, termasuk pasukan sendiri.

Namun begitu, ada pula orang sebaliknya. Mereka tiada hasil kerja yang betul betul merubah keadaan. Mereka tiada pendapat dan idea yang boleh disandarkan untuk menjadi modal Perjuangan. Kalau pun berjaya memberikan pendapat, secara sendirinya gagal meraih perhatian. Jangan tidak, orang yang tiada seberapa hasil usaha mereka ini sering mencari nama dan perhatian. Sampai sanggup mengambil kesempatan mengaut nama atas hasil kerja orang lain. Dalam majlis keramaian yang mendapat perhatian, acap kali orang begini mencari peluang untuk menonjolkan diri.

Selalunya, populariti pemimpin diperkudakan untuk menonjolkan diri tanpa mengambil kira kesesuaian tempat dan keadaan. Sebagai contoh paling baik ialah semasa YB Dato’ Mukhriz Tun Mahathir MP Jerlun dan Exco Pemuda UMNO mengumumkan sebagai calon bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO bagi pemilihan sessi 2008-2011. Ada orang, walaupun tidak memainkan peranan dalam kempen Dato’ Mukhriz seperti Exco Pemuda seperti Dato’ Sazmi Miah, Harisson Hassan, Kamaruzaman Kamdias, Azizul, Marzuki atau Ketua Ketua Pemuda Bahagian, mencari peluang untuk menonjolkan diri seolah olah beliau amat rapat dan begitu signifikan dalam kempen perebutan jawatan tersebut. Ini jelas apabila insan yang sering mencari peluang publisiti murahan ini tiba tiba mencari tempat duduk betul betul dibelakang Dato’ Mukhriz semasa mengumumkan pencalonan yang mendapat liputan media di Titigajah, Alor Star, Kedah itu.

Feriz dan Prowaris baju merah kunun kunun sebagai dari "inner circle" Dato' Mukhriz yang iringi dia dari Titigajah ke pentas dihalaman

Feriz dan Prowaris baju merah kunun kunun sebagai dari "inner circle" Dato' Mukhriz yang iringi dia dari Titigajah ke pentas dihalaman

MJ2N6105_resize_resizecopy

Siapa PresidenProwaris ini kalau berbanding NGO lain yang lebih dekat kepada Dato’ Mukhriz seperti ANSARA atau Sahabat?

Itu tidak berkesudahan disitu sahaja. Peluang publisiti makin ditagih untuk menonjolkan diri, walaupun murahan. Sering kali dalam majlis dimana Perdana Menteri Malaysia KeIV Tun Dr. Mahathir Mohamad beriteraksi secara terbuka, orang sebegini akan mencari peluang untuk mengemukakan pendapat agar kehadiran beliau dirasai. Bak kata orang Inggeris “People with serious lack of substance do more in form“.

Dewasa ini, orang sebegini yang berbuat apa sahaja untuk menonjolkan diri, sanggup untuk mengenepikan Negarawan berjasa sehingga tahap tergamak mencari peluang untuk menghentam pemimpin yang satu masa dahulu beliau begitu terhegeh hegeh amat menyanjungi.

Dalam isu PPSMI, personaliti yang baru dilantik sebagai Pegawai Khas Menteri tertentu itu tergamak mengeluarkan SMS  begini:

“Sahabat 2 ku jelas bhw perjuangan kita terhadap isu PPSMI baru bermula.

Hanya untuk bacaan persendirian, bukan untuk edaran atau quote.

FO: Aduh…. tak habis lagi. Looks like Tun Mahathir can’t accept the decision on PPSMI very well. he is conducting a poll right now on hi blog.”

SMS ini dihantar kepada bloggers pro UMNO sebagai gesaan kuat, jika tidak berniat ‘menghasut’ untuk mempersoalkan Tun Dr. Mahathir yang mencabar keputusan Kerajaan untuk meansuhkan PPSMI dengan mengadakan poll dalam chedet.cc .

Ini pula merupakan posting salah seorang Exco Prowaris yang menyedut e mail yahoo group NGO tersebut, atas isu yang sama.

Kalau pun ghairah sangat ketagihkan nama, tergamak buat umpama ini? Anjing pun tidak tergamak gigit tangan ‘Tuan’!

Published in: on August 17, 2009 at 17:57  Comments (25)