Mahfuz Omar tunjukan kejantanan dahulu!

Sebagaimana yang dijangka, posting kami mengenai khabar bahawa calon PAS N11 dan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mohd. Salleh Man salahguna kedudukan dan melenyapkan wang parti bagi peruntukan Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh setahun lepas mendapat reaksi negatif pemimpin PAS. Pengarah PRK Naib Presiden PAS Mahfuz Omar dilaporkan mencabar kami ‘menunjukan kejantanan’.

Laporan Berita Harian:

Pas minta penulis blog buktikan calonnya gelapkan RM600,000

BUKIT MERTAJAM: Pas meminta penulis blog yang membuat dakwaan kononnya calon parti itu, Mohd Salleh Man menggelapkan wang parti sebanyak RM600,000 supaya tampil membuat kenyataan secara terbuka bersama bukti.

Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan penulis blog itu sebagai tidak bertanggungjawab kerana tidak berani tampil untuk membuat aduan kepada mana-mana pihak berkuasa sekiranya perkara itu benar.

“Orang yang membuat kenyataan itu tidak bertanggungjawab dan bersembunyi di sebalik blog yang tidak bernama.

Laporan blog “bigdogdotcom” yang disiarkan hari ini menyebut semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh tahun lalu, seorang pemimpin Pas Pulau Pinang membangkitkan kononnya peruntukan jentera pilihan raya parti itu sebanyak RM600,000 digelapkan Mohd Salleh.

Laporan blog itu menyebut kononnya dakwaan itu dibuat sendiri oleh Naib Pesuruhjaya Pas, Pulau Pinang Mujahid Yusof Rawa dan bekas Ketua Penerangan Pas Pulau Pinang, Zulkifli Lazim.

“Kalau mereka berani, mereka harus tampil atau buat aduan kepada mana-mana pihak sama ada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tuduhan berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mahfuz berkata kalau ada mana-mana pemimpin Umno atau Barisan Nasional (BN) berani menyatakan Mohd Salleh mengelapkan wang, mereka juga harus tampil dengan bukti.

“Kalau mereka ada bukti, silalah buat kenyataan di mana-mana tempat khususnya di Permatang Pasir sebelum hari pengundian 25 Ogos ini,” katanya.

Sementara itu, Mahfuz berkata Pas akan membuat satu lagi pendedahan berhubung salah laku calon BN Rohaizat Othman, 38.

*******************

Kami menyifatkan kenyataan dan gesaan Mahfuz Omar ini sebagai ‘Cakap tak serupa bikin’. Ini kerana Mahfuz sebagai pemimpin wajar membuktikan kejantanan beliau dahulu.

Dalam siri ceramah seluruh negara, terutama semasa PRK Kuala Terengganu Januari 2009, Bukit Gantang/Selambau April 2009 dan Manik Urai Julai 2009, beliau sewenang wenangnya melimparkan tohmahan bahawa Perdana Menteri VI Dato Seri Mohd. Najib Tun Razak ‘terlibat’, setidak tidaknya mempunyai pengetahuan jelas dan ‘menyembunyikan’ mengenai pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Shaaribuu.

Setelah Setiausaha Politik DAP bagi Exco Selangor Ean Yong, Teoh Beng Hock didapati mati setelah berinteraksi dengan pegawai dan penyiasat SPRM, Mahfuz sewenang wenang menuduh SPRM sebagai ‘membunuh’ Teoh.

Kenapa Mahfuz sendiri tidak berlagak sebagai ‘Anak Jantan’ dahulu dan mempersembahkan bukti mengenai:

1.0 Tohmahan dan fitnah atas:

1.1. PM Dato’ Seri Najib dalam kes pembunuhan Altanuyaa

1.2. SPRM bertanggung jawab keatas kematian Teoh sehingga tergamak menuduh agensi tersebut ‘membunuh”

2.0  Sebagai pemimpin PAS yang mendukung Pakatan Rakyat dan Pengkhianat Negara Anwar “Drama King” Ibrahim:

2.1. Senarai 31 MP BN yang sanggup meninggalkan BN dan menyokong Pakatan Rakyat menubuhkan Kerajaan Persekutuan

2.2. Gesa agar Mantan Banduan Anwar “Mat King Leather” Ibrahim menunaikan janji ’16 September 2008′

3.0  Kerjasama dengan Majlis Peguam:

3.1. Bahawa peguam Haris Ibrahim yang dikaitkan dengan ajaran sesat Ayah-Pin bukan penyokong PAS yang membantu Majlis Peguam yang bersifat anti Islam itu memberikan bantuan kepada PAS (parti yang mengaku berjuang atas landasan Al Quran dan Hadith) secara tidak langsung dalam kempen ini. Satu masa dahulu YB Salahuddin Ayub pernah memberontak anti Majlis Peguam

3.2. Jentera PAS tidak terlibat dengan penyediaan dan kenyataan Majlis Peguam mengenai calon BN PRK N11 Rohaizat Tahir. Satu hari selepas hari penamaan calon Majlis Peguam mengeluarkan kenyataan yang menunjukan bahawa semuanya sudah  ‘dirancang dan atur’ kerana isu yang dibangkitkan sebenarnya sudah selesai Mac 2008

Kami di BigDogDotCom mencabar Mahfuz Omar untuk buktikan diri sebagai ‘Anak Jantan’ dahulu!

Published in: on August 21, 2009 at 07:02  Comments (64)