Mahfuz Omar tunjukan kejantanan dahulu!

Sebagaimana yang dijangka, posting kami mengenai khabar bahawa calon PAS N11 dan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mohd. Salleh Man salahguna kedudukan dan melenyapkan wang parti bagi peruntukan Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh setahun lepas mendapat reaksi negatif pemimpin PAS. Pengarah PRK Naib Presiden PAS Mahfuz Omar dilaporkan mencabar kami ‘menunjukan kejantanan’.

Laporan Berita Harian:

Pas minta penulis blog buktikan calonnya gelapkan RM600,000

BUKIT MERTAJAM: Pas meminta penulis blog yang membuat dakwaan kononnya calon parti itu, Mohd Salleh Man menggelapkan wang parti sebanyak RM600,000 supaya tampil membuat kenyataan secara terbuka bersama bukti.

Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan penulis blog itu sebagai tidak bertanggungjawab kerana tidak berani tampil untuk membuat aduan kepada mana-mana pihak berkuasa sekiranya perkara itu benar.

“Orang yang membuat kenyataan itu tidak bertanggungjawab dan bersembunyi di sebalik blog yang tidak bernama.

Laporan blog “bigdogdotcom” yang disiarkan hari ini menyebut semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh tahun lalu, seorang pemimpin Pas Pulau Pinang membangkitkan kononnya peruntukan jentera pilihan raya parti itu sebanyak RM600,000 digelapkan Mohd Salleh.

Laporan blog itu menyebut kononnya dakwaan itu dibuat sendiri oleh Naib Pesuruhjaya Pas, Pulau Pinang Mujahid Yusof Rawa dan bekas Ketua Penerangan Pas Pulau Pinang, Zulkifli Lazim.

“Kalau mereka berani, mereka harus tampil atau buat aduan kepada mana-mana pihak sama ada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tuduhan berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mahfuz berkata kalau ada mana-mana pemimpin Umno atau Barisan Nasional (BN) berani menyatakan Mohd Salleh mengelapkan wang, mereka juga harus tampil dengan bukti.

“Kalau mereka ada bukti, silalah buat kenyataan di mana-mana tempat khususnya di Permatang Pasir sebelum hari pengundian 25 Ogos ini,” katanya.

Sementara itu, Mahfuz berkata Pas akan membuat satu lagi pendedahan berhubung salah laku calon BN Rohaizat Othman, 38.

*******************

Kami menyifatkan kenyataan dan gesaan Mahfuz Omar ini sebagai ‘Cakap tak serupa bikin’. Ini kerana Mahfuz sebagai pemimpin wajar membuktikan kejantanan beliau dahulu.

Dalam siri ceramah seluruh negara, terutama semasa PRK Kuala Terengganu Januari 2009, Bukit Gantang/Selambau April 2009 dan Manik Urai Julai 2009, beliau sewenang wenangnya melimparkan tohmahan bahawa Perdana Menteri VI Dato Seri Mohd. Najib Tun Razak ‘terlibat’, setidak tidaknya mempunyai pengetahuan jelas dan ‘menyembunyikan’ mengenai pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Shaaribuu.

Setelah Setiausaha Politik DAP bagi Exco Selangor Ean Yong, Teoh Beng Hock didapati mati setelah berinteraksi dengan pegawai dan penyiasat SPRM, Mahfuz sewenang wenang menuduh SPRM sebagai ‘membunuh’ Teoh.

Kenapa Mahfuz sendiri tidak berlagak sebagai ‘Anak Jantan’ dahulu dan mempersembahkan bukti mengenai:

1.0 Tohmahan dan fitnah atas:

1.1. PM Dato’ Seri Najib dalam kes pembunuhan Altanuyaa

1.2. SPRM bertanggung jawab keatas kematian Teoh sehingga tergamak menuduh agensi tersebut ‘membunuh”

2.0  Sebagai pemimpin PAS yang mendukung Pakatan Rakyat dan Pengkhianat Negara Anwar “Drama King” Ibrahim:

2.1. Senarai 31 MP BN yang sanggup meninggalkan BN dan menyokong Pakatan Rakyat menubuhkan Kerajaan Persekutuan

2.2. Gesa agar Mantan Banduan Anwar “Mat King Leather” Ibrahim menunaikan janji ’16 September 2008′

3.0  Kerjasama dengan Majlis Peguam:

3.1. Bahawa peguam Haris Ibrahim yang dikaitkan dengan ajaran sesat Ayah-Pin bukan penyokong PAS yang membantu Majlis Peguam yang bersifat anti Islam itu memberikan bantuan kepada PAS (parti yang mengaku berjuang atas landasan Al Quran dan Hadith) secara tidak langsung dalam kempen ini. Satu masa dahulu YB Salahuddin Ayub pernah memberontak anti Majlis Peguam

3.2. Jentera PAS tidak terlibat dengan penyediaan dan kenyataan Majlis Peguam mengenai calon BN PRK N11 Rohaizat Tahir. Satu hari selepas hari penamaan calon Majlis Peguam mengeluarkan kenyataan yang menunjukan bahawa semuanya sudah  ‘dirancang dan atur’ kerana isu yang dibangkitkan sebenarnya sudah selesai Mac 2008

Kami di BigDogDotCom mencabar Mahfuz Omar untuk buktikan diri sebagai ‘Anak Jantan’ dahulu!

Published in: on August 21, 2009 at 07:02  Comments (64)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/08/21/mahfuz-omar-tunjukan-kejantanan-dahulu/trackback/

RSS feed for comments on this post.

64 CommentsLeave a comment

  1. bro,

    kita lupa dulu Al Mahfuzz, jawab dulu cabaran Mujahid!

    • Boleh lupa kan pulak ? , kalau pandai cakap mintak bukti . Mana bukti Mahfuz !

      Pelik betul parti pemfitnah ni , sudahlaa jangan jadi lembu DAP lagi .

      Tapi tak heran pasal dalam PAS semua boleh cuci dosa .

      • Mahfuz ini dari dulu cakap saja lebih, habuk tidak ada, bila ada statement dari DAP menghina Islam dia tidak ada cakap apa pun, membisu seribu bahasa.

        PAS sekarang hanyalah Boneka Parti Chauvinis DAP yang kerja dia menghina Islam.

        Undi untuk PAS sama macam undi untuk DAP.

    • NIE BLOG ANGJING MANA NIE??? ADE KOTEL KER???? KEMUKAKAN BUKTI….. KALAU BERANI …JGN LAKS DELETE POST AKU NIE

      • BIGBABI,
        Tak delete pun! Aku kesian engkau, datang dari keluarga yang amat daif ke?

  2. Mengapa awak membahasakan diri ‘kami’? Macam ramai je yg terlibat dalam bigdogdotcom…Siapa awak semua?

  3. so basically, you have no proof on Mahfuz and PAS.

    And now you’re justifying your baseless accusations with other accusations?

    Must be UMNO logic I guess.

    • And Mahfuz and all PR people accusing Najib, Rosmah, SPRM has proof?

      Must be PR logic I guess.

      Hehe, cakap x serupa bikin. Or you didn’t even bother to read the article, just wanna hentam any article anti-Phuckatan Rakyat?

      Wow, cyber-troopers from PR. (Now anti-PR can call this type of people cybertroopers…lol)

      • Where is Pi Bala, answer that first.

    • Cabaran Mahfudz berbunyi “Kalau awak anak jantan ….

      Kalau nak cakap macam panglima, diri tu kena panglima. Mahfuz pun serang tanpa bukti.

  4. Inilah masalah pembangkang. Sentiasa lupa diri. Bila dia menuduh sesuatu, tidak perlukan bukti. Bila kita menuduh, bagai nak rak dia minta bukti. Cakap tak serupa bikin.
    Saya sokong saudara sepenuhnya.

    • Munafiq tahap cipan mereka2 ni. Cuba tguk muka mereka, tak ada seri langsung. Mana tidaknya, krja mereka hanya buat tohmahan, fitnah, adudomba. Bahalul2 ni tidak melambangkan parti mereka yg konon2nya memperjuangkan agama tetapi sebenarnya memperjuangkan tembolok masing2 dgn memperdagangkan agama sebagai komoditi. Hanya org2 yg ngok saja yg boleh terpengaruh dgn tipu muslihat mereka2 ini.

      • Dear batang berjuntai

        “Cuba tguk muka mereka, tak ada seri langsung.”

        Boleh jadi jiwa mereka kosong, roh mereka gelisah akan apa yang akan datang nanti.

        Allahua’alam

        mohamed

  5. Pembangkang kan maksum..hehe..sejujurnya,saya kecewa dengan pembangkang.

    • Ya,ya maksum..mereka akan ditempatkan disyurga spt kata mahaguru mereka. Malanglah org yg tidak masuk pas kerana tidak ada peluang spt mereka.

      Ini satu lg idea ngok, yg mungkin hanya segelintir org kg tak tau membaca saja boleh terima.

    • Lagi satu kalau nak cuci dosa , masuk je Pakatan Rasuah .

  6. Hahaha, so takde bukti lah maksudnye? Nih logik apa yg kau pakai bigdog? Tak masuk akal langsung! Kalo you ada bukti, pamerkannye! Bukankah masa nih paling sesuai untuk tunjukkan “bukti” yg engko ada? Election soon lah oi! Lainlah kalo you nih berbohong 🙂 We can see your bluff from miles away.

    • PAS dah cuci dosa dia . Jadi semua tutup mata pasal penyelewangan . Kuasa punya pasal nanti DAP tak bagi power lakk kalau kalah nanti .

    • Logik Mahfudz (anak jantan?)

    • lennonist … take beer

  7. dua kali 2 sama dengan 4… nasib baik tak bubuh 700K akhbar perdana bab hiburan boleh, baca-bab kemalangan..

  8. Haha.. Sapa tu kami woi!!! semakin lama semakin muak aku dengar umno bacul nie… semua nak tiru orang.. oii bodoh.. si calon UMNO terbukti songlap duit orang! Siap bayar balik plak tu.. duit sapa la dia pkai bayar tu? hahaha

    • Pasal songlap baik kau tanya rakan kongsi dia yg sibuk dengan Pakatan Rasuah tu .

      At least dia bayar dan pihak Koperasi takde masalah dengan dia , tapi rakan kongsi dia sudah cabut lari . Hanya dengan join Pakatan Rasuah dia nak cuci dosa-dosa dia .

  9. umno bodoh

    • macam rekod rosak aje …

    • PAS lagi bodoh dikudakan PKR dan DAP. Tak pakai cermin ke????

  10. Yo Bro BIggie,

    Haris Ibrahim called you an overweight canine, the running dog for UMNO. Wat say you? Are you gonna seat still and do nothing? Come on show your kejantanan Melayu. Once a while gotta move that fat ass of yours. Btw, can you tell Najib to replace those dumb idiots that vetted Rohaizat. Aiya, like this I also cannot tahan my PR frens’ attack!

    JantanMelayu#1

    • Dude,

      We are talking about Haris Ibrahim here. Needless to mention, he believes in the “Kingdom of the Sky”! What else could and ought one say about Haris?

      Would you argue with a giant tea pot ornament fanatic?

      • Yup, just pay no attention to the insecure Sky Kingdom apologist.

      • Hahaha. Very clever reply.

    • Haris Ibrahim !!?? OMG ! hahahahaha

      • Haris Ibrahim is a gone case. just a piece of shit.

        He should disappear same like his tok guru kerajaan langit.

      • anwar ibrahim
        zaid ibrahim

    • Bolehkah kita pakai seseorang Islam yang bersungguh-sungguh berjuang supaya orang Islam itu murtad.

      Sepatutnya kita try to save the soul of our fellow Muslim.

      Saya pasti orang Kristian atau Buddha atau Hindu akan lakukan perkara yang sama.

      Dahulu dia bagai mak gila bersama Dr Amir Ishak dan peguam Hanafi Katari untuk berdialog dengan gereja bagi pihak ISlam.

      Rupanya dia pula iman yang goncang dan termakan cakap gereja. Dahlah tu boleh percaya dan terikut2 pada ugama cap teko.

  11. la…
    ko ni penakut jugak kn…
    terima la cabaran mahfuz tu…
    tunjukkan muke…
    ko nk suh org jadi anak jantan tp ko tu x jantan lagi..
    klau stakat cakap aku boleh cakap….
    aku cakap ko songlap duit aku rm 100000..
    tapi tu sekadar cakap je bro…
    bukti aku x de..
    same la cam ko…
    penakut…

    • sama la macam aku nak kata ni.

      semalam aku nampak ko bukak suar tonggeng depan anwar.

      • Dol, orang perasan rakyat nih kan maksum, dah pak sheikh kata diaorang nih masuk syurga, macam la semua orang yang UMNO nih amal ajaran islam sesat mcm dia tuduh. Islam palestin, habis orang islam kat palestin tu tak boleh masuk syurga ke? Semuanya? Come on la, apa bezanya dia nih dengan pengasas keranaan langit tu? Ayah pin pun kata orang minum air cuci kakai dia masuk syurga…. hahahaha, tuduh orang tanpa bukti boleh, bila orang tuduh dia, kata anak jantan la, pe la, takde telo la, dia menuduh tu ada ke telo kasik bukti. Orang takde substance memang cam gini, cakap je berkibar2, substance nye, haram takde.

    • semangat pendekar lara

  12. Bro,

    Abaikan ajer blogger ni…rasanya dia ni syok sendiri…tapi apasal tak bangkit kan isu calon BN yg salahguna duit tue…??? dua2 sebut baru adil…ni sebelah pihak jer….nampak sgt pro BN Hancur…lagi satu…pesal utusan (arus perdana) tak siarkan?? alamak…budak kecik pun bole pikir logic…so cerita hang tu mmg fitnah…pelik tull…setan dah kena tankap pun ada gak setan yg tinggal…hehe…peace!!

    • Blogger BN berani tegur BN atas salahlaku rasuah penyelewengan. Blogger seperti bogdogdotcom adalah salah satu. Cuma dia kalau kritik, dia kritik sesuatu yang pasti dan bukan hentam kromo.

      Bolehkah komentar BN Hancur lakukan yang sama terhadap exco2 DAP dalam Selangor. Saya lihat bila blogger Pakatan Rakyat menegur pemimpin, mereka ramai2 hentam dan pukul hingga tersu sekali.

      Apa anda boleh jawab?

  13. Mahfuz is just like others people in PAS , They’re Lembu DAP only .

    Its quite funny when this people want “evident” ?

    PAS oo PAS

  14. Ho ho ho….. tang hangpa pemohong rrraaakkyaaattt tak payah bokti. Sumpah mohongpun hangpa pecaya(RPK). Blader Anvar tak belani sompahpun hangpa depend. Calon hangpa songlap kira sedekah, calon kami kena ‘frame’ hangpa buat badak(bukan wanbadak!!!).

    Wahharromu wahhalalku.

  15. aku harap geng maroon pas akan jaga baik2 semua kepala gangster dap kat selangor.

    jangan lupa bawak bendera palestin baring atas jalan sekat lalu lintas.

  16. Aloo anjing besar (bigdog)

    ape lagi…sahut la cabaran mahfuz tu…tunjuk kan keanjingan besar anda!! ayuh!! report polis n tunjukkan bukti…supaya kita tau sape calon pas sebenarnya…ayuh anjing besar!!

    • Mula-mula kau suruh abaikan blog ni ? Tapi melalak lagi , kami pun mintak bukti dari Mahfuz kat atas tu , kalau takde itu menunjukkan PAS takde telorrrr !

      ehhh bila pulak PAS ada telor kena herdik ngan roni pun tak berani .

    • Mahfuz pun bukan anak jantan. Buat apa nak layan dia macam anak jantan?????

      Kamu jantan? Cuba jawab untuk mahfuz?

  17. nama blog pun dah nama bigdog …muka pun dah separuh macam tutttttttttttttt elok lah tu

    • Inikah jawapan terbaik anda boleh berikan? Budak baru belajar melancap ke????

    • tahap kewarasan fikiran jelas terbukti

      orang macam ni memang bakatnya hanya melalak maki hamun

      ish ish ish

      astaghfirullah

  18. Bro Big Dog,

    Looks like the PAS/PR campaign is becoming MORE EMBARASSING. The latest :

    1. PAS Cadidate for Permatang Pasir involved in RM60,000 DUIT HARAM.

    2. Anwar involved in a $92,200 USD DUIT HARAM.

    3. Husam Musa sacked his assistant because he was afraid his assistant will ‘bocorkan’ his secret of receiving RM 66,400 DUIT HARAM!

    Dont believe me then go to MSO website.

    So is receiving DUIT HARAM part of the PAS/PR culture now? Is it a deposit to paradise? LOL

    • NIk Aziz dah guarantee syurga. Mereka boleh buat apa yang mereka suka. Rumah urut shah alam memang banyak dilawati orang pas.

      • Bukan Mat Sabu nih, orang kuat PAS, pernah kena tangkap khalwat ke? Pehh… camni aku pun nak masuk PAS, khalwat camne pun, pak sheikh tu kata boleh masuk syurga…

      • Songlap duit kaa , Sodom orang kaa , mahupun Khalwat dengan bini kawan kaa . Segala-galanya boleh dengan PAS !

        Malah akan di’cover’ dan dicuci dosanya oleh Tuan Guru dan penyokong mereka !

        PAs FOR ALL

  19. Di dunia ni nak cakap apa pun cakaplah… diakhirat esok terimalah balasan dari Pencipta Yang Maha Agong. Takkan nak hidup selama-lamanya…. sampai masa mati juga…. kalau dah terror sgt ha ko belit le malaikat kat kubur tu….. kalau dia kata ko byk buat salah byk buat dosa atas dunia ko mintaklah bukti…ada berani ka… TAKBIR…

    • Apa kata kau cakap cam gini, berkobar-kobar cam gini, kat orang pakatan rakyat, yang buat perkara yang sama, then kau nak pekik takbir kau kat sini pon orang tak de hal… kau pun akan mati, kau percaya orang lain belit tu tak kira la kat malaikat dalam kubur tu, kau pun, ada berani ka kalau malaikat tu minta bukti yang kenapa kau percaya one side of the story without proof. Macam la Nik Aziz tu sendiri pun guarantee akan masuk syurga. At least mamat punye blog nih kalau kau tau baca la, dia sebelumnya ada jua post keburukan dalam UMNO tu sendiri, kau nih sami’ na wa atok na membuta tuli, takde check and balance. Kalo lagi berani pergi takbir kat DAP tu la bang, ada telo ke takde je la kau nih… Baik punye kuda PAS kat sini, Hasan Ali dok ontok2 je kena sound dengan MB, hahahaha…. talking about takde telo la…. MB suruh semua exco tutup mulut tu apa cite? Mana pergi kebebasan bersuara korang, kalau BN buat camtu, takde freedom of speech la, menyekat kebebasan la, pe la, takde telo la…. Sakit hati aku dengar ceramah PAS kat sini berkobar2, dalam ADUN, hmmm… Ronnie Liu tu lagi berkuasa. Pegi takbir kat ronnie liu tu la kalau ada telo. Nak kena kerat dengan samseng2 dia…. Mengata dulang, paku serpih bang, munafiq camane la kau kata orang, kau pun sama. Dua2 pihak ada kelemahan, at least mamat blog nih cakap jugak kelemahan belah parti BN nih, kau? Kau nih la orang yang selayaknya menjadi contoh orang takde telo, pergi repair rumah kau sendiri dulu baru kau bising pasal rumah orang lain. Dosa orang lain dengan tuhan tu antara dia dengan tuhan, kau tu dah takde dosa ke? Macam la line kau kat akhirat tu clear sangat, kira malaikat tu sengih je dengan kau nanti ke? Takbir kat salah forum kau nih….

  20. Siapa anak jantan? Pasti bukan ahli PAS dan sekutu mereka.

    Lihat bagaimana fitnah terkandong dalam surat “layang” kononnya ditulis olih beberapa pegawai MACC mengenai perlibatan mantan MB Selangor dan pegawai tinggi MACC mengenai konspirasi menjatuhkan kerajaan Pakatan Selangor. Tidak kah kita sudah bosan mendengar fitnah fitnah Pakatan Rakyat seperti bagini yang berselindong dibelakang kelongaran pakatan mereka.

    Lagu dan irama sama kita dengar. Hantu Altantuya sudah datang menghantui mereka yang telah banyak berdusta dalam mengaitkan kematian beliau dengan Najib. Mereka yang berdusta ini tidak boleh tidor dan mereka bercerit berit didalam seluar sebagai balasan kepada segala pembohongan mereka apabila melihat kapal mereka semakin hari tetap tengelam. Sikospirasi konspirasi ini atau dan “kopi kucing” (copy cats) terdiri daripada ahli Pakatan, tiada kira mereka PAS, PKR atau DAP. Mereka semua berhati amat busuk, sekali lagi mereka bergabong untuk memfitnah dengan irama yang sama kali ini untuk mempertahankan tikus tikus politik DAP yang telah mejahanamkan negeri Selangor dengan mengembangkan kegiatan maksiat dengan penglibatan “the Underworld” serta mencuri wang untuk kebajikan masyarakat.

    Sayang sekali; satu surat yang tidak ditandatangani (atas satu sampul surat MACC yang pasti “dicuri” dengan cerita yang bolih direka oleh sesiapa) yang mengandongi sedikit kebenaran tetapi digaulkan dengan banyak pembohongan, dihebohkan untuk mengelak Inquiry kematian Teoh daripada tujuan asal nya. Akibatnya, seperti dirancang, masa dan tenaga pegawai MACC telah banyak terbuang daripada menjalankan tugas untuk mengenalpasti korapsi DAP yang telah bermula setelah diperhebuhkan oleh rakan sekutu mereka sendiri

    Bila dan kenapa ini surat layang ini tertimbul – sejurus “the Black Goblin” tetap menghalang tape recording MACC mengenai keterangan Teoh daripada dimainkan daripada didengar Inquest kerana takut dengan kebongkaran yang akan membahayakan parti Malaysian Malaysia mereka . Celaka kan konon nya tarikh sebenar surat tersebut; anak bangsat siapa pun boleh catitkan tarikh tersebut.

    Kita sudah bosan dengan lagu kartoon mereka yang bertujuan melengah lengahkan perjalanan Inquiry tersebut. Tetapi pada mereka yang purut kosong dan ingin sangat mendengar berita palsu, mereka amat gembira dan ketawa konon nya perjuangan untuk mengkhinant lagi MACC dapat nafas baru. Saya amat sedih melihat cara keluarga siTeoh itu dimanipulasikan; mungkin keluarga tersebut tahu sangat mereka diperbodohkan supaya untuk terus mendapat ganjaran berganda daripada isu kematian tersebut. Koroner terpaksa mengarah PDRM supaya menjalankan siasatan atas kesahihan kandungan surat tersebut setelah melihat wajah muka sedih sikeluarga Teoh yang telah dibawa khas daripada jauh bagi memastikan bahawa “the Black Goblin” dapat siasatan berkenaan. Ya, semua telah di“stage managed” dan dimanipulasikan dengan niat jahat bagi memburukan MACC dan Inquiry dan terutama nya denagn tujuan mendapat masa “to cover all tracks” (itu sebabnya “the Black Goblin” dengan bangga membenarkan PDRM cukup masa untuk menyelesaikan siasatan kandungan surat tersebut. Kita tidak lupa terlebih dahulu “the Black Goblin” dan rakan sekutu menyatakan mereka tidak mahu Inquest tersebut jalankan dengan terburu buru, ambil lah lebih masa, tak pa. Justuru, pada pendapat saya, inti sebenarnya surat layang tersebut berbunyi seperti “The DAP and Pakatan will do away with the rule of law, they are not touchable by the authorities re untouchables (pariah) and they love and protect their kind even if they are low lying conniving crooks. And for that they willing to endanger in the whole state” – Good luck to you, Pakatan, I will say.

    Mahfuz, tunjuklah jantan mu membela maruah Pakatan saperti diatas yang berbau nya tidak kurang macam bau minuman beer. Di manakah jantan mu untuk membela kebenaran bahawa hanya orang UMNO ialah duit plastic. PAStikah kau orang PAS tak pakai duit plastic? Tiada banyak beza niat jahat engkau dengan “the Black Goblin”.

    KEPADA INSTITUISI KERAJAN, JANGAN TERKEJUT DAN TERTIPU LAGI DENGAN SURAT SURAT LAYANG YANG MENGANDONGI KENYATAN FITNAH WALAUBAGAIMANA CANTIK RUPA ISI NYA JIKA IANYA TIDAK DITANDATANGANI ATAU DENGAN SURAT BERSUMPAH DARIPADA ORANG YANG TIDAK BERWIBA

    CUKUPLAH, CUKUPLAH KITA DENGAN FITNAH ALA SIPENGKIANAT BANGSA MELAYU si B.A.B.I.

    • Blog Jebat Must Die telah mengupas dengan teliti surat layang ni. Terdapat beberapa fakta yang tidak benar.

  21. Kalau hang punya calon tu baguih sangat, “promote”lah dia punya ciri ciri kebaikan, idea dia untuk pembangunan, memajukan ekonomi kawasan dan lain lain.

    Kalau nak tuduh orang, tunjuklah bukti. Kalau parti pembangkang makan tahi, hang pun nak makan? Tunjuk bukti dan bagi depa malu. Kalau takdok bukti sama aje macam meludah ke langit.

    Tun M sendiri tak senang hati dengan loyar buruk tu. UMNO/BN ni takde calon lain?

    • Cehh ini datang lagi sorang . PAS dengana aktifnya melemparkan pelbagai fitnah . Kini tiba-tiba datang meminta bukti ?

      Macamana dengan tuduhan PAS ? isu dengan kperasi sebenarnya telah selesai dan pihak koperasi pun takde masalah dengan Rohaizat. Malah yg terbaru isu yuduhan bini ke-2 . Sungguh hina pemimpin PAS dibulan Ramadan pelbagai fitnah dilemparkan dan ianya TANPA BUKTI !

      Tiada langsung agenda Islam yg diperdengarkan !!! ooo lupa Jeff Oii dah kata hudud PAS adalah ekstrimis . PAS hanya mampu menunduk dan tak berkata apa-apa bila melibatkan DAP heh

  22. Hentikan je fitnah engkau bigdog. ku lihat yg dok sokong dua tiga kerat je. klu betuih ada bukti, tunjukje. mamat rpk tu klu dia nak tuduh org ada salinan surat ke SD ke entah apa. ni sekadar melalak ckp 600,00 kemudian jatuh 60,000.

  23. This is very childish of you. Aren’t there any gentlemen left in UMNO?

  24. tulislah sepuas-puasnya, engkau akan tahu di akhirat nanti…

  25. bro,
    video tu mcm mat gian manantah diorang pakaikan kopiah,
    kalau jumpa mat gian tu kena tanya dia duit yang dia dapat duit betul duit tipu… sian dia kalau kena tipu bro..

  26. Dear BigDogDotCom
    Saudara kata
    “Kami menyifatkan kenyataan dan gesaan Mahfuz Omar ini sebagai ‘Cakap tak serupa bikin’. Ini kerana Mahfuz sebagai pemimpin wajar membuktikan kejantanan beliau dahulu”.

    Saya setuju benar. Biar orang macam ini bertanggung jawap diatas apa yang mereka kata.Kan mereka mengakui yang mereka bakal ahli syurga.

    mohamed


Leave a reply to whackthembugger Cancel reply