Hanya orang Melayu sahaja disebut dalam Perlembagaan

Dipetik dari Utusan Malaysia 23 Ogos 2009:

Melayu dalam Perlembagaan

SEJAK akhir ini ada kecenderungan oleh pihak-pihak tertentu yang mempertikaikan keistimewaan yang diberikan kepada orang-orang Melayu.Mereka menuntut kedudukan yang sama dengan orang Melayu daripada pelbagai segi padahal keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu bukanlah mengambil hak kaum-kaum lain.

Ada pihak yang mempertikaikan kenapa orang Melayu diberi keistimewaan sedangkan Melayu juga asalnya pendatang yang datang ke negara ini. Hakikatnya banyak pihak melupakan sejarah yang mencatatkan pengorbanan orang Melayu memberi kerakyatan kepada bukan Melayu semasa mencapai kemerdekaan.

Pertikaian tentang hak keistimewaan orang Melayu terus dibangkitkan walaupun dalam Perlembagaan menyebut tentang hak-hak tersebut. Pada masa yang sama Perlembagaan tidak mendiskriminasi kaum-kaum tertentu kerana Perlembagaan mendapat persetujuan semua pihak.

Kita juga memberikan pengkelasan yang tidak tepat apabila menganggap tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India menjadi tonggak di negara ini.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah menjelaskan, dalam Perlembagaan menyebut bangsa Malaysia terdiri daripada lima kaum iaitu Orang Asli, Melayu, Bumiputera Sabah serta Bumiputera Sarawak dan kaum-kaum lain.

“Saya syorkan kita berhentilah menggunakan istilah Melayu, Cina, India ini kerana dari sudut Perlembagaan tidak ada disebutkan kaum Cina dan India. Namun kita yang memberikan kedudukan kepada mereka,” tegas Mohd Noor ketika diwawancara oleh wartawan Mingguan Malaysia KU SEMAN KU HUSSAIN dan HAFIZAHRIL ABDUL HAMID Khamis lalu.

MINGGUAN: Disebabkan banyak pihak tidak faham kedudukan Melayu dalam Perlembagaan, boleh Datuk huraikan perkara ini?

MOHD NOOR: Saya ingin terangkan dahulu perkara-perkara penting tentang orang Melayu di dalam Perlembagaan. Saya melihat banyak NGO-NGO Melayu sekarang ini bertindak dalam keadaan marah dan bukan menjawab mengikut undang-undang. Kerana itu pertama sekali saya ingin menjelaskan dalam perkara satu, negara ini perlu dikenali dalam Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan nama Malaysia. Malaysia ini asalnya dari perkataan Malaya. Malaya itu mengikut Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dahulu adalah Persekutuan Tanah Melayu. Sepatutnya ia habis di situ. Oleh itu negara ini dikenali dunia sebagai Tanah Melayu dan tidak disebut sebagai Persekutuan Tanah Melayu.

Nama Malaysia adalah termasuk Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Itu istilah sebenar mengikut Perlembagaan. Tidak timbul masalah apabila disebut Semenanjung, Sabah dan Sarawak walaupun dilihat sebagai berbeza kerana sebagai sebuah negara ia akan tetap disebut Malaysia. Contohnya Orang Asli hanya terdapat di Semenanjung seperti orang Senoi, Jakun dan Negrito. Orang Asli adalah aborigin bagi Semenanjung. Di Sabah dan Sarawak tidak ada Orang Asli. Ini hakikatnya. Penduduk di Sabah dan Sarawak dipanggil native (bumiputera). Orang Melayu juga bukan Orang Asli. Orang Melayu juga native (bumiputera). Kita sama dengan orang Sabah dan Sarawak dalam konteks kita adalah native di Semenanjung dan setaraf dengan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Mereka inilah yang datang selepas Orang Asli. Native ini jugalah yang diistilahkan indigenous people. Orang yang datang kemudian dipanggil imigran. Semua 28 suku kaum di Sabah dan Sarawak termasuklah Iban, Penan, Dayak dan sebagainya native. Dahulu native ini dikenali sebagai anak negeri namun kini ia dikenali sebagai bumiputera.

Boleh Datuk terangkan perbezaan antara indigenous dan aborigin dalam Perlembagaan?

MOHD NOOR: Ada dua perbezaan yang besar antara aborigin dan indigenous . Aborigin adalah penduduk asli negara ini dan indigenous paling sesuai untuk ditafsir ialah peribumi dan mereka ini dilihat bersesuaian dengan keadaan dan sekeliling mereka. Oleh itu adalah jelas orang Melayu dan native di Sabah dan Sarawak adalah sama sebagai peribumi. Maka bumiputera itu adalah terjemahan kepada native. Oleh itu jangan kata orang yang lahir di situ adalah bumiputera tetapi sebenarnya tidak. Begitu juga orang Cina dan India yang lahir di sini, mereka bukan bumiputera. Ini kerana bumiputera bukan sahaja lahir di sini tetapi keadaan hidupnya adalah bersesuaian dengan keadaan sekelilingnya.

Apakah yang lebih tepat untuk mengkelaskan misalnya Melayu, Cina dan India di negara ini dalam konteks Perlembagaan?

MOHD NOOR: Kesilapan besar kita ialah hanya mengenali bangsa sebagai Melayu, Cina dan India. Apakah kerana orang Melayu datang dahulu kemudian orang Cina dan kemudian India? Atau kerana orang Melayu paling ramai kemudian diikuti Cina dan India? Beritahu saya manakah negara yang tidak ada bangsa? Sama ada bangsa itu integral iaitu ada bangsa lain yang menumpang tetapi masih lagi disebut sebagai bangsa seperti bangsa Indonesia, bangsa Filipina, bangsa British, Perancis, Jerman dan sebagainya.

Menurut Perlembagaan, bangsa Malaysia terdiri daripada lima kaum. Maka bangsa Melayu itu diturun taraf kepada kaum. Namun kaum Melayu adalah teras di negara ini dan kita ajak kaum lain untuk bekerjasama sebagai bangsa Malaysia. Lima kaum itu terdiri daripada, pertama Orang Asli, kedua orang Melayu, ketiga kaum bumiputera Sarawak, keempat kaum bumiputera Sabah dan kelima adalah kaum-kaum lain.

Apabila menurunkan taraf orang Melayu kepada kaum, orang Cina dan India juga diturunkan taraf kepada “kaum-kaum lain”. Saya bercakap mengikut Perlembagaan dan jika kita menganggap teras negara ini terdiri dari kaum Melayu, Cina dan India, itu adalah salah. Di mana definasi Cina dan India di dalam Perlembagaan? Dalam Perlembagaan ada disebut orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Bumiputera Sarawak. Macam mana hendak definisikan Cina dan India di negara ini jika sudah terdapat negara asal mereka dan keturunan mereka di sana. Oleh itu maknanya mereka ini bangsa Malaysia yang ada hubung kaitnya dengan soal bahasa, budaya, keturunan dan sebagainya dengan negara asal mereka. Sama ada mereka hendak terima atau tidak, itu adalah hakikatnya. Orang Melayu pun jatuh nombor dua dan bumiputera di tempat ketiga. Ini berlaku kerana dari segi sejarahnya Orang Asli ini lebih dahulu sampai, lepas orang Melayu barulah kaum-kaum lain sampai ke negara ini.

Tidak lama dulu ada pihak menghujahkan bahawa Melayu juga pendatang kerana penduduk asal adalah Orang Asli. Apa komen Datuk?

MOHD NOOR: Semasa empayar China dahulu kalau berpindah dari Han ke Chin atau dari Beijing pergi ke selatan hingga ke Mongolia adakah mereka berpindah dari satu negeri ke satu negeri? Mereka tidak berpindah tetapi hanya bergerak sekitar empayarnya. Begitu juga orang Melayu hanya berada di alam Melayu. Sejak kerajaan Sri Wijaya dahulu kita pernah mempunyai satu empayar agung yang meliputi Indonesia, Brunei, Filipina sebagai satu dunia Melayu. Oleh itu kita tidak berpindah hanya bergerak sekitar dunia Melayu. Namun apa yang berlaku sekarang ini adalah akibat penjajah Barat yang memecah-belahkan dunia Melayu. Indonesia diberi kepada Belanda, Tanah Melayu diberi kepada Inggeris. Jika tidak dipecahkan, dunia Melayu bersatu tetapi akibat penjajahan Barat ini kita berpecah belah. Jadi kenapa ada pihak berkata Melayu datang dari luar? Melayu hanya bergerak berkelompok di sekitar dunia Melayu ini.

Tetapi yang pasti orang Cina dan India bukan dari kelompok itu. Jika mereka kata Melayu seperti mereka, itu tidak benar. Yang sebenarnya adalah agama. Memang orang Melayu dulu beragama Hindu namun kemudian memeluk agama Islam tetapi bukan berasal dari India. Orang Melayu di sini kita gunakan istilah Nusantara yang bermaksud nusa antara nusa-nusa.

Jadi, maksud Datuk kita mesti melihat dari sejarah dan bukan keadaan sekarang yang dipisah-pisahkan?

MOHD NOOR: Orang Indonesia berhijrah ke Malaysia dari satu alam Melayu ke satu alam Melayu yang lain. Saya ingin bertanya adakah orang India yang berpindah dari Tamil Nadu ke Goa boleh dikatakan pendatang? Bukankah pelik jika orang Melayu yang bergerak dari Indonesia ke Tanah Melayu jadi pendatang? Kita kena melihat dari segi sejarah bukan pada masa sekarang. Jika sekarang sudah tentu berdasarkan undang-

undang imigresen dianggap sebagai pendatang. Jika kita lihat sebelum penjajah memecah- belahkan kita, dunia sebelah sini adalah alam Melayu. Namun kini hakikatnya orang dari semua lima kaum tadi, kedudukan Orang Asli, orang Melayu dan bumiputera termasuklah bumiputera Sabah dan Sarawak terpinggir berbanding kaum-kaum lain. Itulah yang saya sedihkan. Oleh itu kita berhentilah menggunakan istilah Melayu, Cina, India ini kerana dari sudut Perlembagaan tidak ada disebutkan kaum Cina dan India. Namun kita yang memberikan kedudukan kepada mereka. Yang disebut ialah kedudukan orang Melayu dan Melayu disebut sebanyak 54 kali dalam Perlembagaan. Cina dan India langsung tidak disebut dalam Perlembagaan. Mereka harus sedar tentang perkara ini. Oleh itu kita harus sebut dengan jelas kedudukan ini, sama ada kita semua adalah bangsa Malaysia atau pun mereka hanyalah sekadar kaum-kaum lain saja.

Adakah Perlembagaan kita mendiskriminasikan kedudukan kaum-kaum lain ini?

MOHD NOOR: Perkara ini tidak berlaku kerana Perlembagaan ini dipersetujui oleh semua pihak ketika mula-mula digubal. Maknanya tidak ada diskriminasi jika semua pihak bersetuju. Perkara ini tidak patut timbul sama sekali malahan mereka patut akur bahawa Perlembagaan tidak langsung menyebut tentang kaum Cina dan India. Kita ambil contoh Barack Obama, beliau memperkenalkan dirinya sebagai African-American. Cuba beritahu yang mana penting dalam istilah tersebut? Jika kita melihat kepada nahu bahasa, adjektif adalah yang menerangkan kata nama. Jika kita lihat ada kaum Cina mengaku mereka sebagai Malaysian Chinese, Malaysia yang menjadi adjektif dan Chinese menjadi kata kerja. Jika dilihat kata kerja itu lebih penting dari adjektif. Oleh itu kita dapat lihat nama Chinese lebih penting daripada nama Malaysian. Ini menunjukkan mereka lebih berbangga dengan nama Chinese diletakkan di depan bukan Malaysian.

Apa mesej Datuk daripada contoh di atas?

MOHD NOOR: Bagi mereka nama Chinese yang lebih penting daripada Malaysian. Orang Cina sangat berbangga dengan tamadun mereka yang maju. Oleh itu, di mana mereka berada mereka lebih berbangga dengan kedudukan dan tamadun mereka. Maka kita harus memberitahu mereka ini bahawa mereka adalah Chinese Malaysian supaya mereka tahu mereka menghargai negara ini dan bertindak sebagai bangsa Malaysia.

Bagaimana dengan kedudukan raja-raja Melayu?

MOHD NOOR: Raja-raja Melayu ini merupakan yang empunya Semenanjung Tanah Melayu. Mereka ini memerintah secara mutlak. Walaupun mereka memerintah tetapi tetap ada penasihat seperti bendahara, temenggung dan sebagainya. Namun akibat dari peranan penjajah semua ini dimanipulasi hinggalah kita mencapai kemerdekaan. Sebenarnya raja yang memerintah. Kuasa memerintah terletak kepada raja dan bukan Perdana Menteri. Raja yang memerintah dan Perdana Menteri mengurus tadbir negara. Cara pemerintahan itu ialah pertama raja sendiri yang memerintah. Kedua raja memerintah mengikut nasihat. Ketiga raja memerintah melalui Perdana Menteri. Namun raja adalah berperlembagaan dan tidak lagi seperti dahulu. Kini kuasa raja hanya terhad kepada tiga sahaja iaitu yang pertama melantik Perdana Menteri. Kedua, raja yang memperkenankan pembubaran Parlimen. Ketiga apabila raja ingin mengadakan Persidangan Majlis Raja-Raja maka mereka mempunyai kuasa untuk memanggil mesyuarat tersebut.

Bagaimana pula dengan kontrak sosial yang membawa kepada kemerdekaan negara ini?

MOHD NOOR: Kontrak sosial bukanlah istilah undang-undang. Ia satu perjanjian antara kaum-kaum di negara ini di mana orang Melayu memberi kerakyatan sebanyak 800,000 kepada orang Cina dan India semasa kita menuntut kemerdekaan dahulu. Mereka ini subject to British colony di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Mereka ini bukan warganegara negara ini ketika itu. Maka penjajah British memberi syarat jika mahukan kemerdekaan mereka ini perlu diberi kewarganegaraan. Oleh itu sebagai balasan, orang Melayu perlu diakui mempunyai kedudukan istimewa sebagai peribumi di negara ini. Tiga keistimewaan harus diberi kepada orang Melayu iaitu pentadbiran negara ini diberi kepada orang Melayu. Pelajaran dan biasiswa diberi kepada orang Melayu dan permit dan perniagaan diberikan kepada orang Melayu. Ini kerana orang Melayu keciciran dalam banyak bidang. Dahulu penjajah buat sekolah di kawasan bandar. Oleh sebab itu orang Cina ramai yang pandai manakala orang Melayu pula ramai yang tinggal di kampung, asalkan dapat makan pakai serta dapat mereka beribadat, itu sudah cukup. Namun apabila merdeka orang Melayu ini tidak mahu lagi keciciran dalam semua segi.

Bagaimana pula dengan hak keistimewaan orang Melayu selepas 52 tahun merdeka?

MOHD NOOR: Jika kita lihat raja-raja kita dahulu berpandangan jauh telah memikirkan untuk menubuhkan Rejimen Askar Melayu untuk menjaga keselamatan orang Melayu kemudian ditubuhkan pula undang-undang rezab tanah Melayu. Semua ini dilakukan atas nama kebimbangan sekiranya sesuatu berlaku terhadap orang Melayu. Saya istilahkan dua tiga serangkai, rangkai pertama ini saya namakan warisan orang Melayu iaitu Raja Berperlembagaan, agama Islam dan Bahasa Melayu. Definisi orang Melayu ialah orang beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan adat Melayu yang mewakili raja-raja Melayu.

Seterusnya rangkai yang satu lagi saya namakan pusaka orang Melayu. Pertamanya ialah Askar Melayu, kedua tanah rezab Melayu dan yang terakhir kedudukan istimewa orang Melayu. Ia dinamakan pusaka kerana ini merupakan peninggalan pemimpin kita dahulu. Oleh itu semua usaha ini perlu diteruskan dan dipertahankan oleh semua orang Melayu.

************************

Kami diBigDogDotCom pernah membincangkan perkara disini dan sini.

Published in: on August 23, 2009 at 17:54  Comments (39)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/08/23/hanya-orang-melayu-sahaja-disebut-dalam-perlembagaan/trackback/

RSS feed for comments on this post.

39 CommentsLeave a comment

  1. So the natives of Sabah and Sarawak means shit to UMNO except for keeping the UMNO bastards in power. Thank you, we will remember this come the next GE.

    • Hey Fazi ,

      As Usual unmatured comment from this racist bastard Vinnan !

      Vinnan use ur own brain (If has) not OTAK LEMBU !

    • Vinnan,
      Don’t blame the Malays for the wrong decisions made by your forefathers?

      Anyway, still got time, not to late to return to the place you surely want to belong. I am sure you still have dozens of relatives there who would welcome you with open arms.

      Apasal mau pening kepala and live amongst SHITS and BASTARDS. Tak suka, find happiness elsewhere la..

      The sky is the limit.. Tell me, what’s stopping you?

    • hey vinnan paria!

      This is about the history of the Malaysia, not about UMNO. This Country hates your paria attitude so get lost!

      Antu ariah

    • You are lucky you are allowed to vote, to buy properties here. You remember once upon a time your ancestors build their huts out of cow dung?

      From the day you landed on our shores, the cow dung in your head got bedded-in good, and whatever faculty you have up there is made worse by the amount of free todi you consumed eh paria?

    • Vinnan
      “So the natives of Sabah and Sarawak means shit to UMNO except for keeping the UMNO bastards in power”

      You are way out. The Chief Minister of Sabah is the native of Sabah. There are doctors, senior officers acedemician etc, etc from Sabah and Serawak and serving in the Federal Goverment. If one day my fellow brothers from Sabah and Serawak become our PM that would be nice.
      Is your group mentioned in our constitution vinnan?
      Please dont try to api2 kan my brother bumiputras in Sabah and Serawak. The only ifferent between bumiputra an Semenanjong and Sabah and Serawak, we were independent a bit earlier .
      I feel ground swell building up in our beloved land. Better leave or you might drown
      mohamed

  2. Vinnan, u shud read the interview in full as c&p by BigDog.

    In the interview I quoted:
    “Menurut Perlembagaan, bangsa Malaysia terdiri daripada lima kaum. Maka bangsa Melayu itu diturun taraf kepada kaum. Namun kaum Melayu adalah teras di negara ini dan kita ajak kaum lain untuk bekerjasama sebagai bangsa Malaysia. Lima kaum itu terdiri daripada, pertama Orang Asli, kedua orang Melayu, ketiga kaum bumiputera Sarawak, keempat kaum bumiputera Sabah dan kelima adalah kaum-kaum lain.”

    As elaborated by Datuk Mohd Noor Abdullah, the natives in Sabah and S’wak are equal to the natives of Semenanjung (ie the Malays) and Orang Asli.

    Read in full lest you make a half-cooked conclusion.

  3. I wish everyone in Malaysia can see what Mohd Noor sees but not everyone from the 27 million know how to interpret the Pelembagaan of our land.

    But Mohd Noor misses one point, in the context of old history, saying that Orang-orang Melayu were from “Alam Melayu”. The fact is that, archeology, anthropology, genetic facts, and also language tree — Western-Polynesian Malayo” trace “bangsa Malayu” to Southern China and Taiwan dated back to 6000 years ago under the “Fast-Boat to Polynesian theory” or many refers it “Austronesian Express-Train model”.

    Pelembagaanly speaking, Mohd Noor is right to place “Bangsa Melayu” as the second group among the five groups, namely: “Lima kaum itu terdiri daripada, pertama Orang Asli, kedua orang Melayu, ketiga kaum bumiputera Sarawak, keempat kaum bumiputera Sabah dan kelima adalah kaum-kaum lain” but the framer of our “Federal Constitution” has erred to begin with based on the above-mentioned.

    As what Mohd Noor refers, us in the pelembagaan as BANGSA MALAYSIAN, and I pointed out the errors made by our framer in 1957, we should move forward and not live in the past and constantly fight among ourselves.

    A nation should work for the FUTURE and not arguing based on “who is from where and when”. To begin with “COLONIZATION” was wrong and how can we expect anything GOOD given by from those who colonized us?

    • PM No. 8 “Pelembagaanly speaking, Mohd Noor is right to place “Bangsa Melayu” as the second group among the five groups,…”

      PM, i don’t agree with your assumption that the order put by Datuk Mohd Noor is a reference of seniority.

      What the Datuk mentioned was the classification of Malaysians as it is.

      To strengthen my point (assuming that the Malays are senior to their Sabah/Sarawak Bumiputeras, if your presumed order is correct)it is not rhyme to say the Bumiputra in Sarawak is any senior to those in Sabah.

      As far as the Special Priveleges accorded by Art. 153 is concerned, among those four groups (Orang Asli, Malays, Bumiputera S’wak and Bumiputera Sabah)are all the same.

      And in some instances the word Malays pronounced 54 times in the Perlembagaan can interchangeably be used for the other 3 groups. The exclusion of application is in the religion aspect since some of the 3 groups do not profess Islam.

      • Dear Fazilogic:

        I agree on your interpretation.

  4. Why the fuss over this word “pendatang”? Based on the theory that the human species all originated from Africa, everybody is a pendatang except the Africans. But with the advent of political entities, even the Africans are calling one another pendatang in one another’s territory.

    In our area, there’s the theory of the Proto-Malays who arrived from the north, migrated thru the Malay Peninsula (the Orang Aslis are the remnants), down to the Indonesian islands, reaching Australia (the aboriginies there now) and the Pacific Islands. And the Deutro-Malays who arrived over 2,000 years ago, now exemplified by present-day Malays, Indonesians and Filipinos. Ever heard of Filipinos calling themselves Malays? Ever read the book by a Filipino, on the Filipinos’ nationalist independence fighter, Jose Rizal, entitled, “The Great Malay”?

    In China before the unification by Shih Huang Di about 2,200 years ago, the Chins, the Yens, the Chus and the Wus would have been calling one another pendatang if they had not been killing one another in one another’s territory or fiefdom.

    Everybody must accept historical facts – the established historical facts, that is, not the concocted version that, for example, says terrorist Chin Peng and the MCP are nationalists.

    The established historical fact is that the Malays were here earlier than anybody else. The area has been known as “the Malay Archipelago” since ancient times and as “Tanah Melayu” since Medieval times. The Portuguese, the Dutch and the British all acknowledged Malay suzeraignty and sovereignty over this land. No doubt they grabbed power but it was returned to us at Independence in 1957.

    In the zealousness to gain independence, the Malay leaders agreed that the non-Malays be given citizenship and, in exchange for that, the non-Malay leaders agreed that the Malays be given a Special Position after Merdeka. These became known as the Social Contract and were incorporated into the Constitution of the country. All loyal citizens must respect, abide and live by the Constitution – it’s the minimum requirement for loyalty to any country. Those who do not accept these may leave the country. It’s really as simple as that.

    • Ha nya penganut-penganut pembuat slogan “Malaysian Malaysia”, anasir-anasir subversif dan Komunis sahaja yang tak mahu terima sejarah yang tulen, Kontrak Sosial dan Perlembagaan negara ini.

      Mereka termasuk yang bersekongkong dengan kongsi gelap, samseng dan gengster. Sekarang mereka ada di Ibupejabat Kerajaan Selangor. Wakil Rakyat dan ADUN PKR tomah Exco DAP terlibat dengan “Underworld” dan berurus di pejabat nya di Shah Alam. Lihat lah sombong bongkak nya. Berani buat demikian di Ibupejabat Kerajaan.

      Jenis ini tak reti berterima kasih sikit pun. Mereka gunakan apa cara sekali pun untuk mendapat lebih, lebih dan lebih. Mereka mesti di sekat. Kalau mereka tidak hormatkan Perlembagaan dan tidak mahu tinggalkan negara ini, mereka perlu di kawal rapi dan di penjarakan bila melanggar undang-undang.

    • That’s why the promoters of Satu Sekolah Untuk Semua (see Demi Negara blog) proposed that History be made a compulsory subject in all schools.

      If, after knowing the genuine history of the country (many of those under the present system do know), they still don’t want to acknowledge the Social Contract, don’t want to respect and live by the Constitution of the country, they really should go and live somewhere else.

      They can try Britain. After all, the Chinese were the blue-eyed boys and girls of the British colonialists. Most of those who were dissatisfied with the locals ruling the countries after the British colonialists left, like the Indians in Uganda, went to Britain.

      But my advice is: go there, abide by the local laws and don’t start demanding this and that. It’s a free country there – they even set free the terrorist who bombed a planeload of people to death the other day. You can try demonstrating and so on like the 500 or so from Penang, Malacca etc recently out in the news, and see if you’ll get citizenship there.

      • Let’s be simpler.

        Let’s bring back the timeline to zero. The timeline when everyone originates from Adam and Hawa (Eve), wherever Adam and Hawa and their first born “landed” on the face of the earth.

        AND TODAY, some “landed” in United States of America, some in Asia continent, some in in Europe, African etc and some in the beloved land called “Malaysia”.

        The question is, AFTER more than 50 years Merdeka, some who have “landed” in “Malaysia” cant even speak Bahasa Kebangsaan, dont even know the rightful status of Raja-Raja Melayu etc.

        AND WHAT MORE (even after over 50 years Merdeka), they still speak foreign & write foreign language, they do not know the history of Malaysia and they even got the that tint of “PENGKHIANAT” by putting other foreign motherland first and Malaysia second. They are TRULY PENDATANG.

        Yo! KAUM PENDATANG!! get lost from Malaysia and go back to your beloved mother land!!!

        -Antu Asal Usul

        P/s : and PM Najib, by putting English first, Bahasa Malaysia second and Chinese as third in your 1Malaysia blog, is a good example to achieve Bangsa Malaysia ke?

        and why it seems many PUBLIC functions (be it gomen, GLC and privately companies), you people prefer second language over the Bahasa Kebangsaan?

        KUDOS AND HIDUP DATO’ SERI UTAMA DR. RAIS YATIM!!!!!!

  5. Mereka tidak boleh tuntut hak yang sama dengan Melayu. Mereka mesti sedar dan terima hakikat bahawa pemimpin2 mereka sudah setuju bahawa Melayu di beri Hak atau Kedudukan Istimewa dan perkara ini telah di maktubkan di dalam Perlembagaan negara ini. So’al sama hak tidak timbul sama sekali. Perlembagaan negara ada kekudusan (sanctity) nya dan mesti di sanjung tinggi.

    Persetujuan Hak atau Kedudukan Istimewa Melayu itu bukan secara percuma atau dengan sewenang2 sahaja. Persetujuan itu ada lah atas pertimbangan atau balasan kapada pemimpin Melayu bersetuju mereka di beri kerakyatan negara ini salepas Merdeka. Persetujuan itu ada lah “dapat sama dapat” atau “quid pro quo” dari segi pembinaan negara salepas Merdeka. Bukan Melayu pada masa itu bukan rakyat, malahan tidak ada kerakyatan apa2 pun (stateless). Mereka sudah dapat sesuatu yang amat besar maana nya dan tidak ada bandingan di negara lain – lebih 1 juta atau lk 20% penduduk bukan Melayu di beri kerakyatan sekali gus atau dalam satu tempoh.

    Pemberian begitu besar maana nya seharus nya mendapat terima kasih yang besar selama lama nya. Tun Tan Siew Sin telah berkata di tahun 1969 bahawa Melayu telah “generous enough”, bukan sahaja bersetuju dengan pemberian kerakyatan tetapi juga melonggarkan syarat2 mengeluarkan sijil kerakyatan salepas Merdeka. Jika sekarang mereka so’al Hak Istimewa Melayu atau “Special Position of the Malays” di mana DEB dan lain2 nya berpunca, Melayu boleh menyo’al hak kerakyatan mereka.

    Mereka mesti terima hakikat bahawa Melayu di negara sendiri telah ketinggalan jauh di belakang akibat British melebihkan kemudahan perniagaan dan pelajaran kapada kaum China yang banyak tinggal di bandar2, daripada kaum Melayu yang banyak tingal di kampong2. Itu sebab nya bila di rundingan2 sabelom Merdeka bukan Melayu mahukan kerakyatan, Melayu mahukan Kedudukan Istimewa. Bila perkara Kerakyatan dan Kedudukan Istimewa sudah di persetujui dan termaktub dalam Perlembagaan, tidak boleh di so’al atau di ungkit supaya tidak timbul perasaan marah di antara kaum.

    Pernah kah sesiapa memikir bahawa jika pemimpin Melayu tidak setuju di atas kerakyatan bukan Melayu dan mereka di hantar balek ke negara asal saperti pekerja landasan keretapi Cina di Amerika Syarikat dan pelombong2 Cina di California Gold Rush dahulu, so’al Hak Istimewa atau tuntutan sama hak tidak timbul sama sekali? Fikirkan lah. Cina mula datang beramai2 bila Menteri Larut panggil pekerja lombong berpengalaman dari Pulau Pinang memodenkan dan melebihkan pngeluaran lombong2 nya di pertengahan abad 19.

    Polarisasi kaum amat ketara sekarang ini. Mereka mesti terima hakikat bahawa nenek moyang mereka sudah persetujui dan sudah tertera di dalam Perlembagaan bahawa Melayu ada Hak atau Kedudukan Istimewa di negara ini. Mereka mesti hentikan tuntutan2 yang akan memburukkan keadaan polarisasi kaum.

  6. Gugurkan kerakyatan pada sesiapa yang mempertikaikan hak kedudukan istimewa orang melayu. Sebab dalam kontrak sosial semasa digubalkan mereka adalah pendatang yang diserap dan diterima sebagai warganegara dengan syarat mengakui ketuanan melayu dan hak hak orang melayu yang dipersetujui, kini mereka ingin melanggar kontrak itu. jesteru orang melayu boleh melanggar juga kontrak itu dengan menarik balik status warganegara pada rakyat berketurunan cina dan india dari dulu sampai sekarang yang merupakan kaum pendatang pelombong dan pekerja estate getah ini. meraka boleh balik menjadi bangsa cina dan india dinegara asal mereka. amacam ada berani.?

    • Salam Saudara pikirla

      Saya setuju.

      mohamed

  7. HE HE HE
    APASAL NAK JADI MARAH MARAH NI
    UNDILAH PARTI LAIN, KITA LIHAT SIAPA JD KERAJAAN SIAPA PAPA KEDANA
    RILEKS HE HE HE

  8. Salam sesejatera kalian:

    Perkara samada “balik” atau “tak dapat” balih ke tanah asal masing-masing agak pelik di zaman baru(contemporary).

    Sebagai seorang “anak” rakyat Malaysia yang dilahirkan selepas 1957, adakah saya ini seorang warga-negara Malaysia atau masih “anak pendatang”?

    Bekenaan dengan keupayaan cakapan bahasa Melayu seseorang “anak pendatang” yang tak cukup “makan” (fasir) dalan pertuturan mereka itu di sekitar Kuala Lumpur dan metropolitan.

    Problem itu memanglah “hasil-hasil ciptaan” orang-orang berpangkat tinggi ‘kat peringkat persekutuan. Mereka itu memperuntukan lesen baru kepada Taylor’s College pada tahun 1983 dan problem ketidak-upaya dalam pertuturan bahasa Melayu anak-anak pendatang cuma dapat ‘kat bandar Kuala Lumpur/PJ dan metropolitan saja.

    Anak-anak pendatang seperti genarasi-generasi emak dan bapa dari utara (Pulau Pinang dan Perak dan Kedah dan Perlis) memang fasir dalam pertuturan bahasa pasar walaupun mereka-mereka iyu tak bolih menulis bahasa Melayu.

    Pabila sampai genarasi saya ‘duk belajar ‘kat Sekolah Menengah, kawan-kawan semua tak dapat ‘nak menafikan keupayaan dalam percakapan bahasa Melayu (atau bahasa pasar) saya. Pak Hitam (bapa kawan sebaya saya ‘kat Perak) memang kata saya ‘ni “anak Melayu betuai” kalau dia tak terjengoh muka saya yang berbual-bual dengan anaknay di sebalik bilik.

    Saya akui memang antara anak-anak pendatang (kaum Tionghua) tak dapat melepaskan (pembelajaran) bahasa China atas sentimental dan ta’at-setia kepada budaya Mainland China sehingga sekarang. Ini — saya memang setuju dengang Tun Dr. Mahathir yang memperbandingkan mereka-mereka itu sebagai “extremists”.

    Cara yang sesuai (ataupun betul) adalah untuk menubuhkan polisi satu bahasa dalam Malaysia dengan melantik “anak pendatang ini” sebagai Menteri Pendidikan.

    Menteri Pendidikan yang berhati anak Melayu ini akan melaksanakan Sekolah-sekolah Wawasan corak Malaysia demi perpaduan dan kemahiran negara.

    Kenapa (extremists atau setengah-tengah kaum Tionghua) nak angkat-angkat pembelajaran bahasa China di Malaysia? Ta’kan 12 billion warga-warga Mainland China tak dapat mengekakat budaya dan penulisan bahasa China di sana. Adakah kaum Tionghua terpaksa menjadi kaum hero untuk mempelapori misi ini di dalam Malaysia.

    Ada apa keuntungan (besar) bagi kaum Tionghua melainkan ia-nya membawa kesusahan kepada kaumnya sendiri dan anak-anak pendatang (warga-warga negara Malaysia yang dilahirkan selepas 1957) seperti saya dan cucu-cicit kalian dan ianya pula menyakit hati orang-orang Melayu.

    • PM no8

      A person may be born in this land but refuses to be guided by the constitution, would you still regard him as a CITIZEN.

      This fella goes around doing everything under the sun to challenge the very country that allowed his birth to take place.

      He does not speak the national language, he does not respect icons of nationalism, he insists on retaining a foreign land’s language and culture.

      And his allegiance is to some other country – would be be rendered a traitor??

      • On language:
        I saw this coming during 80s when private schools such as Taylor’s College and Sunway and HELP and KDU were “given” green lights to conduct “English” programs. (Corruption involves in granting of licenses.)

        On satu bangsa satu negara (Bangsa Malaysia):
        The above-mentioned (granting of licenses to these privates schools) had put us back 30 years for Malaysia to be what “we – togather” wanted it to be. “Negara Aman Ma’mur.”

        PS: Lately, the Ministry (of Education) was asked by private International Schools operators in KL/Selamgor to increase the percentages of local students to 40% and I see this as another wave to further polarize our peoples in Malaysia. If any of you could be the influntial ones in MOE, please don’t allow this to happen. (Did you hear(see) the reporter who told Rais Yatim that he does not speak Malay. I would immediately rescind his Malaysian Citizenship and deport him to the last port of depareture before he retuned to Malaysia.)

      • Perdana Menteri No 8 bahasa bukanlah masalah utama . Di Malaysia ini anda sememangnya boleh mempraktikkan bahasa sendiri untuk bercakap seharian

        Yang Menjadi masalah ialah menolak Bahasa Malaysia dalam pelajaran atau apa jua cara dengan alasan hilang jati diri sesuatu bangsa , malah kalau bergabung dengan bangsa lain pun akan dikatakan hilang jatidiri bangsa contoh Sekolah wawasan .

        Jadi adakah mereka ini bangsa Malaysia atau cenderung kepada China ?

    • PM No 8,

      Jangan risaukan istilah pendatang atau sebagai nya. Kalau anda petingkan perkara remeh temeh saperti itu, saya yaakin anda tak akan boleh jadi PM No 8. Ada banyak lagi masaelah besar besar kita yang perlu anda fikirkan jika mahu jadi PM No 8.

      So’al di lahirkan salepas 1957 pun tidak begitu penting. Yang penting ia lah sama ada anda akui sejarah tulen negara ini, terima apa yang di katakan Kontrak Sosial di antara datuk nenek kita sabelom Merdeka berkenaan kerakyatan bukan Melayu dan Hak atau Kedudukan Istimewa Melayu, dan hormati serta hidup mengikut Perlembagaan negara ini. Kalau tidak, sebagaimana pengulas pengulas lain di atas sudah bayangkan, anda tidak akan boleh harap jadi PM nombor berapa pun. Melayu tidak akan undi anda dan Melayu ada lah majoriti di negara ini.

      Selagi anda “tak dapat melepaskan (pembelajaran) bahasa China atas sentimental dan ta’at-setia kepada budaya Mainland China”, ta’at setia anda kapada negara ini pun di curigakan. Anda boleh menggunakan Bahasa Cina dan mempraktikkan adat resam bangsa anda yang tidak bercanggah dengan adat resam kumpulan majoriti di negara ini. Tapi tidak boleh mempromosi Mandarin, Bahasa Resmi PRC – itu bukan pun bahasa bertutur anda di rumah. Dan Mandarin tidak boleh jadi bahasa penghantar di sekolah sebab Bahasa Malaysia di catit di Perlembagaan sebagai Bahasa Resmi dan sekolah ada lah urusan resmi di negara ini.

      Anda mesti sedar bahawa Perlembagaan itu amat penting. Ia ada lah undang undang yang paling tinggi bagi sesuatu negara. Segala undang undang lain datang nya dari apa yang tercatit di Perlembagaan. Pengukur ta’at setia sesaorang terhadap negara nya ada lah ta’at setia nya kapada Perlembagaan negara nya. Ini benar di mana mana pun.

      Sedarkan lah semua di atas dan akukan nya dahulu, kemudian kita boleh bincang fasal anada jadi PM No 8 atau sebagai nya.

      • Jitu,

        Memang benar apa yang anda mengulaskam diatas.

        Kita mesti ikut Pelembagaan Negara, bagai memandu kereta dijalanraya dan kalau kita tak ikut haluan panduan (kiri-kanan) maka jadilah kemalangan.

        Masa sekarang, problem yang puncak adalah supaya semua rakyak mencari haluan damai supaya generasi-generasi akan datang dapat hidup dengan “AMAN dan DAMAI” serperti-mana “persaudaraan rapat” saya dengan kawan-kawan sekampong-halaman saya. Baik ditahun 70an atau 2009.

    • PM 8
      seorang “anak” rakyat Malaysia yang dilahirkan selepas 1957, adakah saya ini seorang warga-negara Malaysia atau masih “anak pendatang”?

      Keduaduanys

      mohamed

  9. Inilah POLITIK MURAHAN yang sering diperjuangkan oleh extremist UMNO. Mudah saja nak raih sokongan bangsa Melayu …. mainkan politik murahan ini. Kalau sokong ahli extremist Umno maka dapat diskaun rumah, dapat kontrak percuma, biasiswa percuma, matrikulasi, dapat lesen percuma dan sewa pada bangsa lain. Siapa yang tak terpengaruh dengan rasuah-rasuah ini.

    Ektremist Umno inilah yang selalu mengganggu dan menyulitkan ahli penyokong BN seperti saya untuk membantu BN. Adakalanya saya terfikir kenapa saya perlu melawan fitnah-fitnah dari Pakatan Rakyat? Kenapa saya mesti membantu PM Najib ?

    Cukuplah … banyak perkara yang dapat diperjuangkan selain dari politik murahan. Jangan terikut-ikut PR yang menggunakan taktik kotor ini.

    Rakyat sudah matang. Rakyat tidak bodoh. Siang malam dengan isu “Hak untuk menjadi bangsa MALAS” … berapa lama dapat bertahan. Ini juga dikira “cowardly act” atau dasar pengecut. Apakah Melayu ada sebelah tangan saja atau Melayu berkaki pendek? Apakah Otak Melayu terencat berbanding dengan bangsa India atau Cina atau Singh atau Mat Salleh ?

    Perjuangan biar perjuangan yang berani.
    Perjuangan biar perjuangan yang memajukan diri, dan sesama rakyat.
    Perjuangan yang cekal menghadapi kesukaran.
    Biar berakit dahulu, berenang ke tepian … bersusah dahulu, bersenang kemudian.

    Diharap bersama kita membantu PM Najib memimpin semua rakyat untuk maju bersama, makmur bersama, mempertahankan negara bersama, ….

    • DAH TAHU TAPA
      HE HE HE HE
      KAO TOLONG DIA BUAT APA. DAH MENANG 2/3 DEPA BUBUH KOD DAN LAIN LAIN MENGGANTIKAN CINA DAN INDIA.
      ITU MENGIKUT PERLEMBAGAAN BEB
      MUHAHAHAHAH
      STEADY LAH BIG DOG
      WA TABIK SAMA LU
      HIDUP UMNO! HIDUP PARPU!
      HE HE HE
      (AKU MINTA MAAF TAK DAPAT MENGIKTIRAF BIG DOG SEBAGAI RAJA BLOGGERS UMNO. TU GELARAN PARPUKARI, KERANA WALAUPUN BIGDOG NI LEBIH KUAT DAN LEBIH BERFAKTA MENGUTARAKAN PENDAPAT ULTRA MELAYU, PARPUKARI LEBIH SENANG NAK MEMAKI HAMUN IATIU BAHASA PENGANTARAAN PUAK GEROMBOLAN YANG DIKENALI SEBAGAI united malays national organization)

    • Tak faham apa si momo ni cakap. Apa “politik murahan” yang dia kata.

      Apa maana extremist pada dia. Bagaimana extremist UMNO “selalu mengganggu dan menyulitkan ahli penyokong BN seperti saya untuk membantu BN”. Apa yang dia dah buat untuk membantu BN.

      Tak tahu apa pendirian dia. Dia sindir “Hak untuk menjadi bangsa MALAS”, “cowardly act” dan “otak terencat”. Kalau dia kata Melayu bangsa Malas, tak berani, otak tak sihat, kata kata nya itu bahaya. Boleh mengapikan kaum. Macam mana pulak dia cakap nak “membantu BN”, “bantu PM Najib” saperti itu.

      momo ini jenis yang perlu di awasi. Dia ikut suka cakap saja. Tak beri penjelasan atau bukti, gunakan sindir dan bahasa kasar. Boleh buat silap faham antara kaum. Bahaya orang nya.

    • Momo said “Inilah POLITIK MURAHAN yang sering diperjuangkan oleh extremist UMNO. Mudah saja nak raih sokongan bangsa Melayu …. mainkan politik murahan ini.”

      Kalau awak rasa apa yg ditulis oleh Perlembagaan adalah murahan, saya cadangkan awak buat satu tindakan politik iaitu kempen menggubal semula Perlembagaan. Dengan syarat awak bersedia menarik balik semula hak kewarganegaraan yg telah diusahakan oleh nenek moyang saudara (yg sudah tentunya dari ‘kaum-kaum lain’) spt yg saudara nikmati selama ini.

      Jom kita tengok mana yg lebih murah….

      • YA BETUL BRO!
        NI PERLEMBAGAAN!
        HALAU MCA KELUAR DARI BARISAN!
        HE HE HE HE
        KALAU PUAK DARI SABAH DAN SARAWAK TURUT BERSAMA, LAGI BES!
        MINTA JASA BAIK BIGDOG KUTUK KAUM TU. OK?

      • Chairman Kuga @ Donplaypuks .

        Cara kamu bercakap sangat lawak , malah sikap kamu yg sebenar juga terserlah . Kenapa dengan MCA ? Bukankah pujaan kamu Pakatan Rasuah seringkali merendahkan kaum sabah dan sarawak kerana mengundi BN .

    • inilah golongan DAP yg cuba memainkan segala isu perkauman .

      kenapa dengan Perlembagaan ? adakah mereka ini disekat ? Adakah mereka ini tak dapat kerja ? Adakah mereka ini tidak boleh belajar ? apakah pemikiran mereka terencat dengan perlembagaan ini ???

      Pelik .

  10. Dear BigDogDotcom

    Apa yang deterang oleh Dato dan wasiat Raja-Raja Melayu memang disorok dan tidak diketahui umun.Boleh jadi untuk mejaga hati kaum pendatang.Banyak orang Melayu yang tidak tahu menahu. No publicity.Sekarang sudah tersempit baru nak terlaung-laung.Siapa kami orang bumiputra sebenar.
    mohamed

    • Memang banyak yang tidak dihebahkan.cuma mereka-mereka yang rajin membaca saja tahu.bukan setakat kontrak sosial,banyak lagi yang bencana-bencana di Tanah Melayu dan Sabah Sarawak yg tidak dihebahkan.

      kalau depa tahu perangai hodoh nenek moyang depa,mana depa nak letak muka?

      pembunuhan beramai2 di lukut

      Siapa yang meyebabkan perang Larut?
      dan menyebab Sultan Perak terpaksa tandatangani perjanjian pangkor?

      Ada pula yang berani memeperkecilkan pengorbanan orang melayu..sangat kurang ajar..
      tetapi dimana mereka bila Kedah dilanggar siam?

      penderitaan rakyat Kedah

      siapa cakap perjuangan untuk kemerdekaan tanah air hanyalah tunjuk perasaan dan rundingan semata-mata,tiada pertumpahan darah?perjuangan yang bermula sejak kejatuhan kesultanan melaka hingga kemerdekaan dicapai.
      perjuangan menentang siam dan british.

      nak lagi?
      ambik nih
      tu baru sikit,Patani,Kelantan belum masuk lagi.Johor,Pahang,Terengganu,Sabah dan Sarawak lagi.

      bukan sikit darah yang tumpah.tak cukup untuk kaum peribumi mendapat keistimewaan?selepas ditindas dibumi sendiri selama beratus-ratus tahun?pendatang pula dibantu..

      jadi hargai budi peribumi.

      Satu Sekolah untuk Semua.

  11. YANG PENTING, MASING2 TAHU DIRI DAN SEDAR DEK UNTUNG.

  12. dah la tu,, hentikan lah, bergaduh antara kita semua. sekarang baca artikal atas,, fahamkan.
    tika teruskan kehidupan seperti biasa,,
    bg yang bukan melayu jangan la asik meminta hak2 yang melampaui perlembagaan. kita semua rakyat Malaysia. tiada tuntutan, tiada lah pergaduhan. jangan ikut sangat pemimpin2 yang gila, hanya nak jadi hero dengan mengapi-apikan isu yg sudah dipersetujui nenek moyang kita.

  13. Salam kawan-kawan blog:

    Jangan kita rakyat gaduh sesama sendiri. Yang penting tu — kita celak(buka) mata kita dan perhati betul-betul siapa pemimpin-pemimpin yang “self-serving”.

    Baik ahli UMNO, PKR, PAS, DAP, MCA, MIC, Gerakan, PPP, ABC, DEF, HIJ, dll.

    Dah sampai masa kita — Rakyat Malaysia “take back” hak-hak kita.

    Biar kawan-kawan saya kat kampong (di Perak/Penang) yang kerja kat sawah-ladang, kerja pomen (makanik membaiki kereta/motor), yang tangkap ikan, yang buka kedai runcit, yang panjak pokok kelapa, yang kerja di ladang kelapa-sawit dan sebagainya, dapat bersara dengan puae(s)-hati.

    Kawan-kawan dileman web disini, kita kan ada belajar sedikit dan kita kenalah TOLONG orang-orang (kawan-kawan) ‘kat kampong. Mereka ‘tu memang mena(t)aruh harapan-harapan yang tinggi kepada semua intelek-intelek di bandar-bandar besak.

    Jangan sekali kita “sia-siakan” harapan dia-pa, seperti setengah-tengah pemimpin-pemimpin kita yang mementingkan kocek(pocket) mereka sendiri saja.

    Sekian,

  14. […] asal dan utama Tanah Melayu) dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu itu sendiri terlahir. Peruntukan khusus mengenai orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia juga perlu […]

  15. Macam-macam sekarang ni…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: