SSS = Langkah strategik untuk jayakan 1 Malaysia

1_malaysia

Hari ini, Malaysia merayakan Hari Kemerdekaan ke 52 dengan thema “1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”. Perdana Menteri Malaysia VI Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak menyarankan agar “tembok perkauman diruntuhkan”.

Laporan Utusan Malaysia:

Runtuhkan tembok kaum

KUALA LUMPUR 30 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, cabaran terbesar rakyat Malaysia hari ini ialah untuk membaik pulih jambatan yang sedia ada di samping meruntuhkan tembok- tembok pemisah yang wujud di antara rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Perdana Menteri berkata masa yang berlalu telah menyaksikan jambatan yang dibina oleh pejuang-pejuang terdahulu dengan segala susah payah telah mula digoyahkan oleh golongan tertentu yang menurutnya cuba menangguk di air keruh.

Katanya golongan ini telah mengeksploitasikan garis-garis gelinciran yang wujud dalam masyarakat berbilang kaum, sama ada ia bersifat politik, agama mahupun sosial demi memuaskan agenda sempit mereka.

Apa yang penting, kata Najib, rakyat perlu terus mengurus kejayaan dan membina di atas apa yang ada dengan membajai dan menyuburkan kerukunan yang terpupuk selama ini.

“Beringatlah, apa yang ada tidak semestinya akan bertambah baik malahan akan musnah jika rakyat tidak berwaspada.

“Buktinya, lipatan sejarah dunia yang sarat dengan catatan bahawa kejayaan yang tidak diurus dengan baik akan berakhir dengan kegagalan,” katanya dalam perutusan Hari Kemerdekaan ke-52 yang disiarkan malam ini.

Najib turut berpesan kepada semua terutamanya generasi muda bahawa nikmat yang sedang dikecapi hari ini tidak terhasil begitu sahaja tanpa perancangan yang rapi, pelaksanaan yang cekap dan pengorbanan yang tinggi.

“Nyatanya, kejayaan dan kemakmuran Malaysia sepanjang ini tumbuh dan berkembang hasil sumbangan serta dokongan semua kaum, semua penganut kepercayaan, semua lapisan masyarakat, di desa mahupun di kota, yang berada mahupun tidak, tua atau muda,” katanya.

Najib berkata setiap seorang daripada rakyat negara ini mempunyai peluang yang terbentang di bawah langit Malaysia dan yang membataskan pencapaian masing-masing hanyalah kemahuan untuk berjaya, kesanggupan bekerja keras dan keberanian mengambil risiko.

Menyingkap kembali sejarah selepas merdeka, Najib berkata dengan pengalaman sendiri begitu singkat dan berlatarbelakangkan pemberontakan komunis yang belum reda, kewujudan ketidakseimbangan sosioekonomi yang meluas dan ditambah dengan sifat majmuk negara baru, maka banyak pihak pada ketika itu telah meramalkan bahawa Malaysia ibarat retak menanti belah dan tidak mungkin berjaya.

Namun, katanya, negara membuktikan bahawa ramalan itu adalah meleset sama sekali kerana dalam tempoh lima dekad merdeka, Malaysia telah berjaya muncul sebagai negara membangun yang termaju.

Malah, katanya, Malaysia menjadi negara pertama di dunia berjaya mengalahkan pemberontakan komunis di samping berjaya mewujudkan keadilan sosial dengan rasa kehakmilikan saksama, hanya dalam tempoh masa amat singkat, yakni dua generasi sahaja.

Menurut Perdana Menteri, formula rahsia yang telah mendasari kejayaan ini adalah tidak lain dan tidak bukan, faktor perpaduan di antara rakyat berbilang kaum dan kepercayaan yang berteraskan kepada falsafah meraikan kemajmukan yang wujud sebagai sumber kekuatan, “bukannya perkara titik- bengik yang menyebabkan perpecahan”. Najib berkata sepanjang lebih 50 tahun ini, rakyat dan negara menempuhi pelbagai peristiwa, suka mahupun duka, tetapi semuanya dilalui dengan jayanya.

“Bertitik tolak dari kepahitan mengharungi ganasnya Bintang Tiga, keperluan monumental mengisi kemerdekaan bitara yang dicapai tanpa pertumpahan darah, kepincangan sosioekonomi, keretakan hubungan kaum tanggal 13 Mei 1969, kemelesetan ekonomi 80-an dan krisis kewangan Asia hujung 90-an. Semuanya telah kita tempuhi dan semuanya telah kita redahi dengan jaya,” katanya.

Namun, beliau mengingatkan bahawa rakyat tidak mampu bernostalgia dengan kejayaan lampau tanpa berusaha mencipta kejayaan-kejayaan baru.

Lantaran itu, katanya, untuk menentukan hari esok yang lebih baik dari hari ini, pentadbirannya telah memperkenalkan dasar-dasar yang lebih ampuh dan mampu menjulang Malaysia menjadi sebuah negara maju.

Antaranya konsep 1Malaysia sebagai dasar yang mempaksikan matlamat kerajaan.

“Kita tidak berhenti setakat penyataan hasrat sebaliknya kita telah mengadakan prakarsa-prakarsa yang konkrit. Bermula dengan usaha merevolusi sistem penyampaian sektor awam, mengangkat agenda kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan perdana membawa kepada usaha merangsang ekonomi negara agar kemakmuran akan terus merahmati rakyat dan negara,” katanya.

Dalam perutusannya, Perdana Menteri turut menyeru rakyat agar menyuburkan semangat patriotisme yang membara dengan mendedikasikan usaha tanpa berbelah bahagi atas nama 1Malaysia.

Hari Kebangsaan kali ke-52 yang jatuh esok disambut dengan tema 1Malaysia Rakyat Didahlukan Pencapaian Diutamakan.

Beliau turut mengajak rakyat agar merealisasikan masa depan yang lebih sejahtera dan makmur untuk semua rakyat Malaysia.

“Marilah pastikan panji keramat Jalur Gemilang berkibar megah di persada antarabangsa. Sama-samalah berdoa agar perjalanan mulia ini terus diberkati dan diberi petunjuk-Nya jua,” katanya. – BERNAMA

****************

Tanpa kesefahaman, toleransi dan kerjasama antara etnik, maka proses pembinaan negara-bangsa akan tidak tercapai. Kegagalan seluruh warga Malaysia bergerak satu arah, senada dan mempunyai aspirasi yang sama tidak akan menjamin kejayaan setakat tahap sediada dapat dipertahankan, produktiviti dipertingkatkan dan kemajuan dapat dijana.

SSS

Sekiranya PM Najib benar benar serious untuk menjayakan 1 Malaysia secara strategiknya, maka digesa agar diujudkan ‘Sistem Satu Sekolah Untuk Semua’ (SSS) dan sekolah vernakular dimansuhkan. Ini sesuai dengan peruntukan Akta Pendidikan 1996. Ini juga secara strategiknya memupuk semangat kesefahaman, toleransi dan kerjasama antara kumpulan etnik yang dipupuk dari bangku sekolah lagi.

Sila layari blog SSS.

Tindakan strategik ini memerlukan kesungguhan politik (political will) yang jitu dan ini merupakan persimpangan paling sesuai untuk melaksanakanya. Rakan kongsi kanan Barisan Nasional, MCA, Gerakan dan MIC setakat ini gagal menunjukan prestasi memuaskan untuk mengembalikan sokongan Bukan Melayu kepada ‘Kerajaan Kongsi Kuasa’ BN. Oleh demikian, kegagalan mereka memainkan peranan politik merupakan peluang sesuai bagi majoriti rakyat Malaysia menentukan apa yang paling sesuai untuk menentukan kejayaan menyatu padukan rakyat secara strategik. Masa untuk berpolitik telah luput dan sebagaimana bidalan Inggeris, ‘There is an opportunity in every crisis” (Ada peluang keemasan dalam setiap krisis).

Perpaduan yang dijana melalui SSS dijangkakan akan melahirkan Bangsa Malaysia yang patriotik, selesa bersatu padu dan menjalinkan kerjasama secara komprehensif dan bersikap toleransi dan memahami antara satu sama lain tanpa menjejaskan jati diri etnik asal mereka. Pengunaan bahasa penghantar dalam sistem rasmi yang universal dan seragam tidak bermakna hak asasi mana mana pihak akan digadai.

Selamat Hari Kebangsaan ke 52.

 

Published in: on August 31, 2009 at 23:00  Comments (27)  

Power crazy DAP is nothing but ‘kaki kencing’!

We  very well know this is inappropriate to do in commemoration of the 52nd Independence Day celebrations. Political situations have ‘gone to the dogs’, ever since these Pakatan Rakyat Primates took over control of several states. Never the less, we must put forth our through thoughts of what Malaysians are facing now and tomorrow.

DAP says they are both ‘democratic’ and ‘action oriented’. In the case of Kampung Buah Pala in Penang, it is not. In fact, DAP Penang Government lied. The Star has the story:

Published: Sunday August 30, 2009 MYT 6:39:00 PM

Guan Eng only gave partial truth about Kg Buah Pala, says Koh

By MANJIT KAUR

GEORGE TOWN: Former Chief Minister Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hit out at his successor Lim Guan Eng for not telling the whole truth about the Kampung Buah Pala land issue.

“He has told only the partial truth, and is good in twisting facts about the issue.

“He said he had the chronology of the minutes during the state executive council meeting related to the issue by the previous government, but he has only revealed partial information.

“This is unfair, and if he wants, we can answer all his allegations. We had found solutions to the problems faced by the villagers problems but it was the Opposition that then tried to create problems,’’ he added when opening the Penang Gerakan’s annual delegates conference Sunday.

Dr Koh, who is Gerakan president, also urged the state government to start getting down to real work, and not to just play politics.

He said the previous state government proposed the light monorail transit project, for which it had identified routes, and Rapid Penang.

“But when Pakatan took over the state, Lim announced that an underground subway was better, a few months later he said a skytrain was a better option.

“Rather than talking about solid and concrete planning, Lim is just making all kinds of announcements according to his whim and fancy.

“The state government has been sending out different kinds of signals and messages.

“Hence, the Federal Government has to postpone the plans as it does not know what is going on, one minute it’s this and the next minute it’s something else,’’ he said.

He later told reporters that the party’s younger members here should engage themselves in debates with Lim to answer accusations made against the previous state government.

He said the party was training many young leaders who could take on Lim.

“I will be around to back them up. However, I want to advise them not to go to the extreme, as criticism must be based on facts and on the welfare and interest of the people,” he said.

*******************

Lets briefly analyse the DAP. It was a spinoff of Chinese Chauvinist PAP when Singapore was expelled from the Federation of Malaysia because they are ambitiously-greedy, really cannot keep to their promises when they were admitted as a ticket to get out from the status of autonomy and yet still in the realm of British Crown Colony. The are so undemocratic as the Lees had been at the helm of the party (with the exception of Kerk Kim Hock as the Secretary General briefly). The DAP has no plans what so ever to address the Malays and their inherent issues, being more than 65% of the populus. They even have only one Malay man in their Central Executive Committee, on top of the recently appointed Malay Vice Chairman.

They are nothing about democracy. They are nothing about rakyat. They are nothing about action. They are nothing about social justice. They are about minorities with little regards for adab, tradition, heritage and history upholding their Chinese Chauvinism, using intellectually acceptable universal values and principles of ‘democracy, social justice, human rights and civil liberty’ as all time connivingly sleek excuse to be in the business of messing what is important for the majority. They even resorted to being blatantly ingkar and derhaka, to HRH Rulers.

To defy the interests of the majority for the skewed agenda of the minorities is utterly un-nationalistic and unpatriotic. For 44 years, the Malayan Communists Party (via Malayan People Liberation Army) did exactly that, but brutally.  The socio-political landscape of pre-Independence Malaya was changed by the terrorism caused by these merciless rebels. Now after the Hadyaii Accord been signed in December 1989, the ‘objective’  of minorities to assume power and defy interests of the majority  is being ‘masquaraded’ to what is palatable to the more educated, intellectual, professional, sophisticated and urbanite Malaysians, especially the Non Malays. Strategically, they now use techno-cyber tools as their modus operandi.

As the Malays say it, Jangan terhantuk baru nak tergadah. By then, its “Nasi menjadi bubur“!

It is a timely reminder for the 52nd Hari Kemerdekaan. It is already proven that the DAP Leaders would do very little to ensure for the defense of the realm. Do not allow the rakyat go on the wrath just because of some Chauvinist. The majority, which include the Chinese who are pro-nationalist instead of the pro-socialist DAP, have a bigger stake to see the sucess of this tanahair.

Published in: on August 31, 2009 at 00:07  Comments (28)