SSS = Langkah strategik untuk jayakan 1 Malaysia

1_malaysia

Hari ini, Malaysia merayakan Hari Kemerdekaan ke 52 dengan thema “1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”. Perdana Menteri Malaysia VI Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak menyarankan agar “tembok perkauman diruntuhkan”.

Laporan Utusan Malaysia:

Runtuhkan tembok kaum

KUALA LUMPUR 30 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, cabaran terbesar rakyat Malaysia hari ini ialah untuk membaik pulih jambatan yang sedia ada di samping meruntuhkan tembok- tembok pemisah yang wujud di antara rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Perdana Menteri berkata masa yang berlalu telah menyaksikan jambatan yang dibina oleh pejuang-pejuang terdahulu dengan segala susah payah telah mula digoyahkan oleh golongan tertentu yang menurutnya cuba menangguk di air keruh.

Katanya golongan ini telah mengeksploitasikan garis-garis gelinciran yang wujud dalam masyarakat berbilang kaum, sama ada ia bersifat politik, agama mahupun sosial demi memuaskan agenda sempit mereka.

Apa yang penting, kata Najib, rakyat perlu terus mengurus kejayaan dan membina di atas apa yang ada dengan membajai dan menyuburkan kerukunan yang terpupuk selama ini.

“Beringatlah, apa yang ada tidak semestinya akan bertambah baik malahan akan musnah jika rakyat tidak berwaspada.

“Buktinya, lipatan sejarah dunia yang sarat dengan catatan bahawa kejayaan yang tidak diurus dengan baik akan berakhir dengan kegagalan,” katanya dalam perutusan Hari Kemerdekaan ke-52 yang disiarkan malam ini.

Najib turut berpesan kepada semua terutamanya generasi muda bahawa nikmat yang sedang dikecapi hari ini tidak terhasil begitu sahaja tanpa perancangan yang rapi, pelaksanaan yang cekap dan pengorbanan yang tinggi.

“Nyatanya, kejayaan dan kemakmuran Malaysia sepanjang ini tumbuh dan berkembang hasil sumbangan serta dokongan semua kaum, semua penganut kepercayaan, semua lapisan masyarakat, di desa mahupun di kota, yang berada mahupun tidak, tua atau muda,” katanya.

Najib berkata setiap seorang daripada rakyat negara ini mempunyai peluang yang terbentang di bawah langit Malaysia dan yang membataskan pencapaian masing-masing hanyalah kemahuan untuk berjaya, kesanggupan bekerja keras dan keberanian mengambil risiko.

Menyingkap kembali sejarah selepas merdeka, Najib berkata dengan pengalaman sendiri begitu singkat dan berlatarbelakangkan pemberontakan komunis yang belum reda, kewujudan ketidakseimbangan sosioekonomi yang meluas dan ditambah dengan sifat majmuk negara baru, maka banyak pihak pada ketika itu telah meramalkan bahawa Malaysia ibarat retak menanti belah dan tidak mungkin berjaya.

Namun, katanya, negara membuktikan bahawa ramalan itu adalah meleset sama sekali kerana dalam tempoh lima dekad merdeka, Malaysia telah berjaya muncul sebagai negara membangun yang termaju.

Malah, katanya, Malaysia menjadi negara pertama di dunia berjaya mengalahkan pemberontakan komunis di samping berjaya mewujudkan keadilan sosial dengan rasa kehakmilikan saksama, hanya dalam tempoh masa amat singkat, yakni dua generasi sahaja.

Menurut Perdana Menteri, formula rahsia yang telah mendasari kejayaan ini adalah tidak lain dan tidak bukan, faktor perpaduan di antara rakyat berbilang kaum dan kepercayaan yang berteraskan kepada falsafah meraikan kemajmukan yang wujud sebagai sumber kekuatan, “bukannya perkara titik- bengik yang menyebabkan perpecahan”. Najib berkata sepanjang lebih 50 tahun ini, rakyat dan negara menempuhi pelbagai peristiwa, suka mahupun duka, tetapi semuanya dilalui dengan jayanya.

“Bertitik tolak dari kepahitan mengharungi ganasnya Bintang Tiga, keperluan monumental mengisi kemerdekaan bitara yang dicapai tanpa pertumpahan darah, kepincangan sosioekonomi, keretakan hubungan kaum tanggal 13 Mei 1969, kemelesetan ekonomi 80-an dan krisis kewangan Asia hujung 90-an. Semuanya telah kita tempuhi dan semuanya telah kita redahi dengan jaya,” katanya.

Namun, beliau mengingatkan bahawa rakyat tidak mampu bernostalgia dengan kejayaan lampau tanpa berusaha mencipta kejayaan-kejayaan baru.

Lantaran itu, katanya, untuk menentukan hari esok yang lebih baik dari hari ini, pentadbirannya telah memperkenalkan dasar-dasar yang lebih ampuh dan mampu menjulang Malaysia menjadi sebuah negara maju.

Antaranya konsep 1Malaysia sebagai dasar yang mempaksikan matlamat kerajaan.

“Kita tidak berhenti setakat penyataan hasrat sebaliknya kita telah mengadakan prakarsa-prakarsa yang konkrit. Bermula dengan usaha merevolusi sistem penyampaian sektor awam, mengangkat agenda kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan perdana membawa kepada usaha merangsang ekonomi negara agar kemakmuran akan terus merahmati rakyat dan negara,” katanya.

Dalam perutusannya, Perdana Menteri turut menyeru rakyat agar menyuburkan semangat patriotisme yang membara dengan mendedikasikan usaha tanpa berbelah bahagi atas nama 1Malaysia.

Hari Kebangsaan kali ke-52 yang jatuh esok disambut dengan tema 1Malaysia Rakyat Didahlukan Pencapaian Diutamakan.

Beliau turut mengajak rakyat agar merealisasikan masa depan yang lebih sejahtera dan makmur untuk semua rakyat Malaysia.

“Marilah pastikan panji keramat Jalur Gemilang berkibar megah di persada antarabangsa. Sama-samalah berdoa agar perjalanan mulia ini terus diberkati dan diberi petunjuk-Nya jua,” katanya. – BERNAMA

****************

Tanpa kesefahaman, toleransi dan kerjasama antara etnik, maka proses pembinaan negara-bangsa akan tidak tercapai. Kegagalan seluruh warga Malaysia bergerak satu arah, senada dan mempunyai aspirasi yang sama tidak akan menjamin kejayaan setakat tahap sediada dapat dipertahankan, produktiviti dipertingkatkan dan kemajuan dapat dijana.

SSS

Sekiranya PM Najib benar benar serious untuk menjayakan 1 Malaysia secara strategiknya, maka digesa agar diujudkan ‘Sistem Satu Sekolah Untuk Semua’ (SSS) dan sekolah vernakular dimansuhkan. Ini sesuai dengan peruntukan Akta Pendidikan 1996. Ini juga secara strategiknya memupuk semangat kesefahaman, toleransi dan kerjasama antara kumpulan etnik yang dipupuk dari bangku sekolah lagi.

Sila layari blog SSS.

Tindakan strategik ini memerlukan kesungguhan politik (political will) yang jitu dan ini merupakan persimpangan paling sesuai untuk melaksanakanya. Rakan kongsi kanan Barisan Nasional, MCA, Gerakan dan MIC setakat ini gagal menunjukan prestasi memuaskan untuk mengembalikan sokongan Bukan Melayu kepada ‘Kerajaan Kongsi Kuasa’ BN. Oleh demikian, kegagalan mereka memainkan peranan politik merupakan peluang sesuai bagi majoriti rakyat Malaysia menentukan apa yang paling sesuai untuk menentukan kejayaan menyatu padukan rakyat secara strategik. Masa untuk berpolitik telah luput dan sebagaimana bidalan Inggeris, ‘There is an opportunity in every crisis” (Ada peluang keemasan dalam setiap krisis).

Perpaduan yang dijana melalui SSS dijangkakan akan melahirkan Bangsa Malaysia yang patriotik, selesa bersatu padu dan menjalinkan kerjasama secara komprehensif dan bersikap toleransi dan memahami antara satu sama lain tanpa menjejaskan jati diri etnik asal mereka. Pengunaan bahasa penghantar dalam sistem rasmi yang universal dan seragam tidak bermakna hak asasi mana mana pihak akan digadai.

Selamat Hari Kebangsaan ke 52.

 

About these ads
Published in: on August 31, 2009 at 23:00  Comments (27)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/08/31/sss-langkah-strategik-untuk-jayakan-1-malaysia/trackback/

RSS feed for comments on this post.

27 CommentsLeave a comment

  1. HIDUP PPSMI!

  2. KITA SOKONG PERPADUAN ALA BIG DOG. BIAR SIAPA SIAPA YG TIDAK BERSEHALUAN DILABELKAN UNGRATEFUL DAN DISOBIDIENT MALAYSIANS. KAH KAH KAH
    WOOIT BIG DOG, BILA NAK JADI PENGERUSI WAN MALAYSIA. KALAU KAU DAH NAIK TAKTA TERSEBUT AKU MEMANG SOKONG DUA RATUS PERATUS.
    MUHAHAHHAHAAH DAN HE HE HE HE DAN SEBAGAINYA…

  3. I bet Najib has no ball to do this. So don’t waste our time.

  4. 1 Malaysia akan terlaksanakah ? dan apa itu 1 Malaysia ? Intipati 1 Malaysia ialah perpaduan diantara kaum didalam negara.

    Bagaimana ianya hendak dilaksanakan ? adakah melalui slogan sahaja,Malaysia telah terlalu banyak dengan slogan dan yang berjaya hanya satu saja iaitu MALAYSIA BOLEH yang dipelopori oleh Ybhg Tun Dr Mahathir mantan PM ke empat Malaysia.Solgan yang lain tinggal slogan saja.

    Kata orang tua tua melentur buluh hendaklah bermula dari REBUNGNYA lagi. Kenapa tidak diadakan satu sistem pendidikan 1 SEKOLAH UNTUK SEMUA.Kenapa Pemimpin kita takut sangat untuk meneruskan sistem ini ? adakah takut kaum Cina dan India tidak mengundi BN jika sistem ini dilaksanakan.

    Mana lebih penting menyatupadukan Rakyat Malaysia diperingkat awal persekolahan hingga mereka boleh menghayati konsep 1 Bahasa ,1 Bangsa dan 1 Negara atau setakat meraih undi semasa Pilihan raya saja.

    Dalam mana mana negara di dunia tiada sebuah negara pun yang mengamalkan sistem berbagai sekolah dan bahasa.

    Najib ! pemimpin yang baik ialah pemimpin yang berani membuat perubahan dan bukan yang mahu jadi pemimpin POPULAR saja.

    Masanya telah sampai dimana Pucuk Kepimpinan kena berani kata TIDAK kepada kaum kaum lain yang masih chauvinis dan melampau didalam tuntutan mereka untuk mengekalkan sekolah jenis kebangsaan mereka.

    Rakyat tidak yakin yang konsep 1 Malaysia akan berjaya jika masih ada pemimpin yang takut untuk membuat perubahan. CHANGE WE CAN!

  5. sapa pulak nak runtuh tembok ekonomi mereka dan bagi aku sedikit. Melayu ke, Cina ke, india ke, seropa aje la yeop!

  6. Salam Bro
    Apakah jauh didalam hati sdra yang konsep ini boleh berjaya? Hanya 2 kaum ini iaitu Cina dan India yang kebelakangan ini bersikap kurang ajar. Kaum kaum lain seperti keturunan Siam dan Portugis masih lagi menghormati hak hak Orang Asli, Melayu, Bumiputra di Semananjung dan Pribumi di Sarawak dan Sabah. Mereka (Cina & India) harus diajar dan diingatkan asal dan sejarah Negara ini yang dahulunya dikenali sebagai PERSEKUTUAN TANAH MELAYU. jika mereka ingin mengaku negara ini seharusnya mereka taat dan menerima akan realiti bahawa setakat ini orang asli,orang melayu, bumiputra dan pribumi merangkumi hampir 68peratus penduduk dinegara ini-Majoriti. Sedehnya dari sudut ekonomi mereka adalah majoriti tetapi pernahkah orang Melayu marah dan mengamuk? Malahan kebanyakan peluang ekonomi yang diperuntukan kepada orang melayu dan bumiputra juga memberi limpahan kepada mereka (Cina & India) Jadi dimanakah 1 Malaysia hendak dibawa? mereka hanya manis didepan sahaja, itupun kalau ada sesuatu yang menguntungkan kaum mereka sahaja, ini bukan prejudis tetapi inilah kenyataan yang sebenar berlaku. Saya sokong cadangan 1 Aliran sekolah yang berpaksikan Bahasa Kebangsaan (Melayu)

    • Jika mereka menjadi bongkak kerana kekayaan ekonomi, mungkin sudah tiba masa untuk memperjuangkan BMO – Buy Malay/Muslim Only.

      • Saudara Ray

        Saya setuju bangat

        mohamed

  7. Sokong dan setuju 100%. Hati kecil berkata adakah Kerajaan mempunyai keberanian untuk melakukan ini. Saya rasa tidak.

  8. Eventually when the timing becomes unbearable, Najib must have the will for 1 Malaysia School is the only long term solution to “tear down all racial barriers”.
    The DAP is definitely be against 1 School because these chauvinist pigs are worst than the Nazis. Hitler regarded his German people as the supreme race of the world and so formed his cadre of Nazis to carry out his grand designs. Today, these DAP chauvinists, a cadre of pseudo SS (Gestapo), insists in sustaining racial barriers at all cost, giving all excuses that their schools are the best in everything compared to the other schools and as such manipulate their race against 1 School. Yet we all know there’s a SJ © in Batu Pahat that proudly allows an unmarried teacher carrying a “bastard” child in her tummy as she goes to teach, unashamed of her violation on the standards of morality. What’s so best about SJ © when it’s the breeding ground for the kaki kencing, the supreme form of racism.

    Those of us brought up (educated) in the environment before vernacular schools became the passion for the Chinese, will appreciate how we Malays, Chinese and Indians students then easily became very good friends, innocent of all racial barriers with good standards of morality.

    • And if there is GREAT resistance from them, the govt can simply channel big funds into sekolah kebangsaan.

      Assign only very GOOD teachers to SK, revise, revamp the curriculum to promote thinking skills and creativity.

      Tweak the assessment methods to reward talent not hardwork only. Get rid of the memory-based rote learning to pass exams. This will only reward the super-hardworking afraid to lose types, usually untalented.

      The only missing factor is the political will.

      • Saudara Ray

        “The only missing factor is the political will.”
        How very true. Now is the time to do it. If only they have the will.

        For those in the Goverment,believe me, you can bend over backward until your face kisses the ground to accomodate them. But I believe majority of them will not vote for you.In the process you may alienated those who support you for all their life.

        mohamed

  9. Glad I came back to this site some new very interesting items which I wanted to know more about. Great work on your site.

  10. Kiss my ass u SJKC/T. They said that they’re MALAYSIAN. But dont know what is Negaraku all about. Wa tatak tau lor. Itu sekolah cina talak ajar ini lagu. Wa tau lagu Andy Lau Hongkong Mali, tengok celita Hongkong, Wah lah Toi, itu Taiwan punya. Wa belajat histoli China maaa.. Itu apa? NegalaKUKU? Lagi apa? Plinsip Lukunegala? Aiyaaa manyak susah lor.. Tapi wa olang Malaysia.. Wa CINTA sama ini negala. Itu bahasa Melayu? Manyak hancing.. talak ngam lor..Itu Mandalin satu dunia mau pakai.. kita olang mesti mau belajat mandalin. Mau keleja sama kompeni Cina mest mau tau mandalin. Melayu tatak guna.. Hilup SJKC. Mesti mau kasi hilup itu skool..

  11. Betul, bro bigdog, cara ni saja yang boleh digunakan.Lihat saja dengan adanya kewujudan Universiti seperti UTAR, LIM KOK WENG, MONASH dan sebagainya,semakin hari semakin ramai kaum bukan bumiputera memang dari peringkat awal sampai ke remaja tidak bergaul dengan kaum bumiputera kerana berasal dari Sekolah jenis kebangsaan dan tidak melanjutkan pelajaran ke IPTA.Kesannya,rata-rata mereka ini mempunyai penguasaan Bahasa Malaysia yang lemah dan kurang menggunakan Bahasa Malaysia.

  12. Salam BDDC,

    Saya amat tertarik dengan artikel ‘Hanya orang Melayu sahaja disebut dalam Perlembagaan’ dan merasa ia perlu dibaca oleh semua rakyat Malaysia untuk memahami perhubungan semua kaum di Malaysia dari segi perlembagaan. Ia suatu artikel yang berkesan dalam menerangkan isu yang dikatakan sensitif secara tenang dan jelas.

    Itulah yang berlaku apabila kerajaan pemerintah berkonsepkan kaum. Parti-parti komponen BN yang mewakili kaum masing-masing menggunakan sekolah jenis kebangsaan sebagai satu modal politik untuk mengaut undi datangnya pilihanraya.

    Kini ia sudah menjadi sensitif bagaikan isu ‘kontrak sosial’ dan ia sememangnya juga salah satu ‘konrak sosial’ antara parti komponen BN.

    Dalam isu lain, beberapa perkara yang perlu diperbetulkan

    - ‘There is an opportunity in every crisis” (Ada peluang keemasan dalam setiap krisis) adalah bidalan Cina dan bukan Inggeris, ia adalah terjemahan ke dalam bahasa Inggeris.

    - Orang Siam juga adalah bumiputra seperti orang Melayu. Orang Portugis juga menuntut hak yang sama (ataupun sudah diberikan status bumiputera?) kerana mereka telah bertapak di Tanah Melayu hampir 500 tahun.

    Selain daripada mengharapkan kesungguhan politik, perlulah juga ditanya mengapa sekolah kebangsaan yang menerima dana yang banyak serta sokongan penuh guru-guru yang dilatih pihak persekutuan tidak menjadi sekolah pilihan untuk golongan pelajar tertentu, bukan sahaja kaum Cina tetapi juga pelajar Melayu sendiri yang contohnya dikumpulkan di sekolah asrama atau MRSM walaupun wujudnya sekolah kebangsaan di tempat tinggal mereka?

    Ini semua isu-isu yang perlu difaktorkan dan dibawa bincang secara terbuka sebelum bolehnya sistem satu sekolah diadakan.

    *Sekiranya, diandaikan kewujudan sekolah berasrama dan MRSM yang majoritinya dihadiri bumiputra sebagai salah satu hak istimewa Melayu, maka bolehlah juga dikatakan sekolah vernakular ialah salah satu persefahaman dalam ‘kontrak sosial’ antara parti komponen perikatan.

    • msleepyhead,

      Anda mengandaikan : ..bolehlah juga dikatakan sekolah vernakular ialah salah satu persefahaman dalam ‘kontrak sosial’ antara parti komponen perikatan.

      Kontrak Sosial adalah persetujuan antara kaum di mana kaum cina & india diberikan taraf kerakyatan secara “percuma” dan timbal balas kepada pemberian adalah kaum Melayu mempunyai hak-hak keistimewaan yang tidak boleh dipertikaikan.

      Salah satu di antara hak-hak istimewa orang Melayu adalah MARA, di mana MRSM adalah ditubuhkan dibawahnya. MARA adalah “expansion of” RIDA melalui Akta Parlimen yang digubal pada 1 Mac 1966. RIDA itu sendiri ditubuhkan oleh kolonial british pada 1951 bertujuan untuk membantu petani-petani melayu.

      Oleh itu kewujudan MRSM adalah melibatkan kontrak sosial dan akta Parlimen, yakni memenuhi kehendak perundangan manakala sekolah vernakular yang ada pada hari ini hanyalh terhasil dari desakan-desakan kaum cina/india yang dikompromi oleh kerajaan. (Rujuk Penyata Barne & Razak yang tidak menyokong kewujudan sekolah vernakular ini)

      Lagipun MRSM bersemangat nasional dari segi bahasa penghantarnya. Sekolah vernakular bersifat anti nasional apabila menggunakan bahasa-bahasa asing sebagai bahasa pengantar, yang membelakangi Perlembagaan negara ini serta Akta Bahasa Kebangsaan.

      Jadi andaian sekolah vernakular sebagai ciri kontrak sosial adalah sama sekali tidak wajar.

      “NEGARA INI NEGARABERDAULAT”

      Semerah Padi

      • Semerah Padi, nampaknya kita membaca beberapa blog yang sama (DN) serta berminat dalam isu pendidikan, terima kasih untuk penelitian ‘Kontrak Sosial’ dan perbedaan sekolah vernakular dan kesahihan MRSM.

        Komen tersebut tidak mempertikaikan MRSM dalam lingkungan hak-hak istimewa Melayu, tetapi kewujudannya sehingga ke hari ini (dan masih berkembang) di mana pelajar-pelajar dipulaukan dan dialirkan daripada arus utama sistem persekolahan kebangsaan menjadi tanda tanya. Sekiranya pada tahun 1960-an dan 70-an para pelajar luar bandar tidak mempunyai peluang dan akses kepada kualiti pelajaran seperti di bandar, adakah keadaan masih sama pada hari ini ataupun sistem pendidikan seragam serta berkualiti dapat disampaikan ke seluruh pelusuk tanah air, tidak kiralah jika ianya di hulu sungai dan hanya boleh sampai dengan perahu.

        Sedihnya, ini tidak berlaku dan di sesetengah kawasan terpencil, sekolah terdekat hanyalah sekolah vernakular, jadi ia bukanlah soal pilihan samada kebangsaan atau vernakular.

        Saya turut menyokong sistem satu sekolah dan ingin melihat kejayaannya.

  13. Tiba-tiba jer semua komen-komen berbau perkauman terhenti selepas msleepyhead. Saya bukannya hendak membidas semua komen yang sudah diberi sebelum ini. Saya rasa, semua orang memang ada hak untuk menyuarakan pendapat masing-masing. Tapi, saya rasa terpanggil untuk berkata sesuatu, terutama selepas saudara Anti Hipokrit gagal untuk melakonkan bahasa melayu cina dengan berjaya.

    1. Kalau SRJK C/T diminta ditutup, adakah sekolah-sekolah agama juga akan ditutup? Oleh kerana kategori sekolah ini juga bukannya sekolah kebangsaan, maka adakah kerajaan mampu mempunyai ‘political will’ untuk menutup sekolah2 agama ini. Ataupun sekolah kebangsaan tidak mampu untuk memberikan pendidikan agama yang baik untuk anak2 kita? Dan jika pendidikan agama pun kita tidak yakin, apatah lagi bahasa vernakular?

    2. Saya tahu, ramai ibu-bapa kaum cina dan india tidak menghantar anak2 mereka ke sekolah kebangsaan kerana tahap pendidikan sekolah vernakular ternyata lebih baik daripada sekolah kebangsaan. Betul atau tidak, saya tidak pasti. Tetapi saya ingin membetulkan persepsi ramai orang yang sangka mereka menghantar anak2 ke sekolah cina / tamil kerana ingin anak2 mereka fasih dalam bahasa ibunda masing2. Itu mungkin benar pada sesetengah orang, tetapi majoriti ibubapa berbuat demikian demi masa depan anak2 mereka yang dipercayai akan lebih baik jika mereka belajar di sekolah vernakular, bukannya sebab mereka tidak patriotik kepada negara.

    Sekian.

  14. Tee said:-

    “2. Saya tahu, ramai ibu-bapa kaum cina dan india tidak menghantar anak2 mereka ke sekolah kebangsaan kerana tahap pendidikan sekolah vernakular ternyata lebih baik daripada sekolah kebangsaan.

    but

    Wee ka siong found out that 25,000 Chinese primary school kids are dropouts

    Patriotik?

    Penang Gerakan chairman Datuk Teng Hock Nan requested that the government allows Chin Peng to return to the country

    Nobody wants to label anyone “Kaum Pendatang”, unless someone stubbornly and continuosly behaving like one. Why get angry when you are the one who put the label “Kaum Pendatang” upon yourselves?

  15. [...] menyatukan semua rakyat Malaysia berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan prinsip Rukunegara. SSS merupakan alat terbaik untuk merealisasikan agenda ‘1 Malaysia’. Pertubuhan Persatuan Sekolah Cina (Dong Zong) yang disifatkan setengah pihak sebagai Chauvinis [...]

  16. [...] menyatukan semua rakyat Malaysia berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan prinsip Rukunegara. SSS merupakan alat terbaik untuk merealisasikan agenda ‘1 Malaysia’. Pertubuhan Persatuan Sekolah Cina (Dong Jiao Zong) yang disifatkan setengah pihak sebagai [...]

  17. [...] should also subscribe to the single school system and totally do away with the vernacular schools. This is actually provided under the Education Act 1996. A single school system will ensure all [...]

  18. [...] SSS adalah usaha untuk merealisasikan ‘Gagasan 1 Malaysia’ PM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak untuk semua anak warga Malaysia menerima pelajaran semua peringkat dalam satu sukatan dan bahasa penghantar, sebagai alat untuk memupuk perpaduan, mengelakan prejudis antara etnik dan mengalakan kersefahaman dan kerjasama. Ini kerana dari peringkat awal, kanak kanak didedah dan biasakan dengan hidup dalam masyarakat majmuk dalam satu sistem yang seragam. SSS tidak bermaksud kumpulan etnik tertentu seperti Cina dan India dinafikan peluang untuk mempelajari bahasa ibunda mereka. [...]

  19. satu malaysia kan di cipta untuk memupuk semangat perpaduan antara semua kaum di malaysia??saya ingat kita patut memberi cadangan untuk merialisasikan satu malaysia di sini.tetapi kenapa masih ada orang yang sering sebut isu-isu perkauman ini??kalau kita tidak dapat berkata sepakat,jadi malaysia susahlah susah untuk membangun.

  20. jadi apakah langkah yang sepatutnya diambil oleh semua pihak agar kosep ini dapat direalisasikan dengan lebih effektif?

  21. Satu Malaysia satu APCO. Aku ingat dulu semasa kemahsyuran Melaka kerana tulisan jawi dan martabat bahasa melayu begitu hebat. Kalau tidak berbahasa melayu maka amat sukar untuk melakukan proses perdagangan. Negara2 barat mewajibkan bahasa2 ibunda dijadikan bahasa penghantar utama di dalam pendidikan tidak kira di peringkat sekolah rendah atau peringkat tinggi. Orang melayu ada satu negara sahaja iaitu negara malaysia, orang India ada negara India, orang Cina ada negara China dan etnik2 yang seumpamanya ada negara tersendiri. Mungkin yang tinggal orang asli kot. Jadinya, kalau kata INI NEGARA MALAYSIA, BANGSA MELAYU, KENAPA ADANYA PPSMI, SSM dan apa lagi lepas nie? Bagi saya mudah, kita kena kembali pada Alquran dan HADIS kerana di dalamnya ada jalan penyelesaiannya. Kerana DIA (Allah) yang cipta kita, DIA tahu apa yang menusia tidak tahu…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,932 other followers

%d bloggers like this: