Dimana Menteri Besar Selangor?

Semalam, kapalselam Tentera Laut DiRaja Malaysia pertama Perdana Class KD Tunku Abdul Rahman sampai, disambut dan dirasmikan oleh DYMM SPB YDP Agong Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmood di Pulau Indah, Selangor. Ini merupakan peristiwa yang amat bersejarah dan membanggakan kepada TLDM kerana berjaya mengadakan keupayaan persenjataan strategik sebagai angkatan laut yang didukung kuasa kapalselam.

Scorpene II

Upacara gilang gemilang yang disiarkan secara langsung oleh RTM ini turut dihadiri dan meriahkan oleh DYMM Sultan Selangor Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yasin dan Menteri Pertahanan Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd. Sidek Hassan, Panglima Angkatan Tentera Jen. Dato’ Seri Azizan Ariffin (TUDM), Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Panglima Tentera Laut DiRaja Malaysia Laksmana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, Panglima Tentera Darat dan Panglima Tentera Udara DiRaja Malaysia. DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah juga mencemar duli meraikan peristiwa ini.

Persoalan sekarang, dimanakah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim?

Peristiwa ini berlaku di Pengakalan TLDM Sultan Salahuddin, Pulau Indah, Selangor. Tidakkah sebagai MB Selangor, Khalid wajib hadir kerana:

1. Mengiringi DYMM Sultan Selangor

2. Majlis rasmi Kerajaan Persekutuan dalam negeri Selangor

3. Menghormati kehadiran rasmi DYMM SPB YDP Agong dalam negeri Selangor

4. Mewakili Kerajaan dan rakyat negeri Selangor Darul Ehsan dalam upacara rasmi apabila undangan utama itu ialah DYMM SPB YDP Agong ke negeri Selangor

Apakah ketidak-hadiran MB Selangor Tan Sri Khalid ini berkaitan dengan dua titah teguran murka DYMM Sultan Selangor mengenai isu:

1. Cadangan mengunakan zakat bagi pembangunan infrastruktur negeri

2. Pembinaan kuil di Seksyen 23 Shah Alam

Apa apa pun, rakyat Selangor wajar merasa tersinggung kerana  Menteri Besar mereka tidak menghadiri dan mewakili mereka dalam upacara rasmi yang penuh bersejarah dalam negeri Selangor ini. Ini terutama baginda Tuanku Sultan Sharafuddin merupakan Captain-in-Chief bagi TLDM.

 

Published in: on September 4, 2009 at 10:07  Comments (40)