MB Pakatan Rakyat Selangor ‘Flip-Flop’!

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim membuat keputusan ‘Flip-Flop’ dalam isu pembinaan kuil Seksyen 23 Shah Alam. Setelah bertemu wakil penduduk Seksyen 23, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang sebelum ini bersetuju setelah tekanan oleh Exco dan Wakil Rakyat Pakatan Rakyat etnik India dengan cadangan ini mengambil pula keputusan untuk membekukan ‘sementara’ pembinaan ini sehingga satu waktu yang akan datang.

Laporan The Star:

Published: Saturday September 5, 2009 MYT 11:00:00 AM
Updated: Saturday September 5, 2009 MYT 2:38:12 PM

Residents refuse to listen to MB; temple relocation plan shelved temporarily (Updated)

MB Selangor meets Seksyen 23

SHAH ALAM: A dialogue session here between Selangor Mentri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim and Section 23 residents over the relocation of a temple turned unruly on Saturday.

This resulted in Khalid saying that the relocation of the temple in Section 19 to Section 23 would be shelved temporarily.

He, however, said the state government is looking for more suitable sites to relocate the temple.

Earlier in the morning, Khalid had a dialogue session with Section 23 residents to resolve the issue of the relocation of a century-old temple from Section 19 to Section 23.

He wanted to explain to the residents the reasons for the relocation and to find an amicable solution.

His explanation and that of the Shah Alam mayor Mazalan Md Noor fell on deaf ears as protesters and residents numbering some 300 constantly shouted and booed at them.

Also trying to explain to the unruly crowd were Shah Alam MP Khalid Samad, Batu Tiga state assemblyman Rodziah Ismail, and state development agency PKNS chief Othman Omar.

The dialogue session ended at about 12.30pm without any amicable solution due to the fracas.

Khalid announced that there was no final decision on the matter yet as an agreement could not be reached at the dialogue.

The dialogue was planned when residents of Section 23 here staged a protest last Friday against the Pakatan Rakyat-led government’s decision to relocate a 150-year-old temple from Section 19 to their Malay-majority area.

The protest sparked controversy when some of the participants brought along a cow’s head and left it at the gates of the state secretariat building.

******************

Jelas kemarahan penduduk Seksyen 23 Shah Alam, termasuk berugama Islam tidak dapat dibendung lagi, walaupun dalam bulan mulia Ramadhan. Perkataan kesat seperti ‘Babi’ dihamburkan kepada MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim. Mereka enggan mendengar penjelasan MB Khalid. Lihat juga laporan Agenda Daily.

Isu ini berbangkit apabila penduduk Seksyen 23 Shah Alam, yang terdiri dari orang Melayu dan etnik lain termasuk India menolak dengan keras cadangan pembinaan kuil ini dalam kawasan mereka. Alasan mereka ialah

1. Tidak sesuai dan menepati kepentigan masyarakat Seksyen 23

2. Kuil ini akan mengundang elemen yang bukan dari kalangan penduduk setempat

3. Sebelum ini, penduduk Seksyen 19 Shah Alam telah pun membantah cadangan membina kuil yang sama dalam kawasan mereka

Perkara ini berlaku kerana kempimpinan lemah Pakatan Rakyat, yang lebih berminat untuk mengambil keputusan populist melebihi kepentingan masyarakat, terutama majoriti. Pakatan Rakyat jelas lebih berminat ‘main politik’ dengan akur setiap kali berlaku tekanan berbanding dengan membuat keputusan berdasarakan perancangan khusus dan menimbangkan secara strategik keperluan dan kepentingan rakyat Selangor, bukan setakat Pilihanraya Umum (PRU) akan datang malah mungkin 20-30 tahun.

PKR sebagai tunggak Pakatan Rakyat Selangor menjanjikan pelbagai ‘habuan’ kepada pengundi dalam kempen PRU 12 pra-8 Mac 2008. Janji janji ini terbukti membebankan kepada Kerajaan Selangor kerana apabila dibuat PKR, mereka tidak langsung mengambil kira perancangan dan perlaksaan cadangan, sebaliknya hanya lebih berminat semata mata untuk mengambil hati dan meraih undi. Contohnya ialah pemberian percuma air sebagai 20 metre padu bagi setiap isi rumah.

Hari ini kita melihat bagaimana MB Selangor sewenang wenangnya membuat keputusan ‘Flip-Flop’ setelah penduduk pelbagai etnik Seskyen 23  membantah keras dan menunjukan kemarahan dengan cadangan pembinaan kuil ini. Gejala ‘Flip-Flop’ ini bukanlah perkara baru bagi Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, semata mata untuk mengekalkan kuasa. Kes alkohol dan debat terbuka antara Exco DAP dan PAS Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan menjurus kepada  keputusan tidak konsisten beberapa minggu lepas. Dijangkakan lebih banyak lagi keputusan ‘Flip-Flop’ akan diambil apabila Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor apabila berhadapan lebih banyak cabaran ketidak puas-hatian dan kemarahan rakyat Selangor akibat perancangan dan perlaksanaan lemah kerana tindakan politik populist membelakangi kepentingan strategik.

Sebelum ini DYMM Sultan Selangor sendiri jelas tidak perkenan dengan beberapa cadangan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bawah MB Khalid, termasuk cadangan mengunakan wang zakat dalam perbelanjaan pembangunan negeri. Dengan episod ini, titah baginda DYMM Sultan Selangor sendiri mahu diselesaikan seberapa segera  jelas membuktikan agar rakyat Selangor “Jangan sudah terhantuk baru nak tergadah”. Bagi penduduk Seksyen 23 Shah Alam, keputusan ‘Flip-Flop’ MB Khalid hari ini bersifat ‘pembekuan sementara’ sahaja.

TEPUK DADA, TANYA SELERA!

 

 

Published in: on September 5, 2009 at 15:45  Comments (88)