BN should really sack MIC!

After Paya Besar  MIC delegate Peter Sugumaran apologized in the Malay Mail, some MIC Leaders really want to use the opportunity ‘rub it in’ and insult UMNO. MIC Youth Chief T Mohan carpe diem in reciprocity now demanded  UMNO to act against former President Tun Dr. Mahathir Mohamad for ‘interfering with the campaign in a party elections’.

Malay Mail has the story.

MIC logo II

This is utterly outrageous! MIC as a BN component party conveniently and negligently failed to recognize that Peter Murugan’s uncouth utterance was done in Dewan Merdeka, the main hall of UMNO party head quarters. MIC Leaders should do the ‘collective responsibility’ thing, as Sugumaran was a delegate in an official party forum.

More over MIC as a component party which benefitted from the grace of the Malay voters via the campaigned instilled by UMNO should be grateful that Indian representatives are elected into Dewan Rakyat and State Assemblies, even as Senators in Dewan Negara ever since democracy is practiced, considering that there is no one single constituency can amass outright Indian ethnic votes to elect one into any of the augur houses.

MIC should the very least use this episode as an opportunity to change the Leadership, in the attempt to woo back ethnic Indian votes to the party. It is o obvious that not only the MIC Preisdent is holistically no longer acceptable, MIC itself is so unpopular amongst Malaysian Indians, especially the younger ones. And yet, not only MIC Leaders failed to see how Malaysians, especially the Malays will react upon Peter Murugan’s uncouth utterance against a much loved Statesman, they even felt that the Third BN Chairman should instead be reprimanded for speaking the truth on behalf of so many grassroot Malaysians, including ethnic Indians.

UMNO should insist that BN really consider sacking MIC from the coalition party. How dare the MIC Youth Chief takes the matter onwards in this uncouth manner? Undoubtably, Samy Vellu must take full responsibility of this MIC Youth Chief’s ‘KURANG AJARNESS’!

For this ‘KURANG AJARNESS’, it is really time for MIC to “Make like a tree and leaf (leave)”.

Published in: on September 16, 2009 at 13:50  Comments (17)  

Samy Vellu perlu letak jawatan atau berisiko disingkirkan MIC

Isu mengenai Perwakilan MIC menghina Perdana Menteri IV dan Pengerusi BN III Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) MIC yang baru selepas Ahad lepas mendapat reaksi spontan Presiden MIC semenjak 30 tahun lalu, Samy Vellu. Samy secara unilateral telah mengantung keahlian Perwakilan MIC yang keceluparan itu.

Laporan Utusan Malaysia:

Keahlian perwakilan MIC berhubung kalungan selipar digantung

15/09/2009 4:18pm

 

KUALA LUMPUR 15 Sept. – Presiden MIC, Datuk Seri S.Samy Vellu hari ini berkata perwakilan yang mencerca mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pada perhimpunan agung parti itu Ahad lepas telah digantung keangotaannya sehingga tindakan lanjut daripada jawatankuasa disiplin parti.

“Saya telah memutuskan untuk menggunakan kuasa yang ada pada saya sebagai Presiden mengikut perlembagaan MIC untuk menggantung keanggotaan perwakilan itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan dengan beberapa pemimpin kanan MIC dan mereka bersetuju tindakan itu amat perlu buat masa ini.

Katanya Jawatankuasa Disiplin akan mencadangkan kepada Jawatankuasa Kerja Pusat parti berhubung tindakan yang akan diambil terhadap perwakilan itu.

Samy Vellu berharap dengan keputusan itu, isu berkenaan dapat diselesaikan.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti perwakilan terbabit.

– BERNAMA

******************

Kalau dikaji, Perwakilan MIC yang keceluparan dan biadap itu sebenarnya menyambung kenyataan asal yang dibuat Samy Vellu mengenai Tun Dr. Mahathir yang dikatakan “mencampuri urusan dalaman parti”. Kemungkinan, Perwakilan MIC tersebut sengaja membangkitkan isu yang pernah disebut Samy dalam nada demikian agar mendapat reaksi emosi ahli MIC dan memperlihatkan Samy sebagai Presiden benar benar mengutamakan parti terutama perpaduan (dalam konteks kehangatan pemilihan). Ini sekaligus mengesahkan ‘kelayakan’ Samy untuk terus duduk sebagai Presiden, walaupun setelah tiga dekad.

Oleh demikian, Samy harus bertanggung jawab penuh keatas penghinaan yang dilakukan atas platform rasmi parti, yang mendapat liputan meluas media itu. Samy sebagai Pemimpin yang harus bertanggung jawab penuh keatas tindakan ahli, terutama dalama platform dan kapasiti rasmi sebagai Perwakilan dalam PAT, perlu meletakan jawatan serta merta. Ini merupakan tindakan terhormat sebagai Pemimpin dimana Perwakilan beliau sendiri menghina seorang Negarawan Berjasa.

Sekiranya Samy begitu tegar enggan berundur, maka MIC sebagai parti komponen BN yang mengutamakan kepentingan majoriti dan kolektif melebihi personaliti, wajar mengambil tindakan agar Samy disingkirkan segera. Ini kerana ahli MIC wajar melihat dan mengkaji prestasi lemah dan kedudukan MIC hari ini sebagai rakan kongsi “Ada tidak menambah, tiada tidak mengurang”.

Samy sendiri dilihat tidak relevan melampaui Perwakilan MIC sebagai Pemimpin mewakili aspirasi etnik India Malaysia. Ini kerana bukan sahaja akar umbi MIC sendiri sudah bosan dengan Samy sebagai Presiden, rata rata etnik India mempersendakan dan kadangkala mencemuh MIC kerana gagal mengantikan Kepimpinan. Bukti jelas ialah etnik India diwakili lapan parti politik. Episod ini perlu dilihat dari perspektif positif kerana ujud peluang untuk mendesak jika tidak menyingkirkan Samy Vellu berundur dan serta merta mengujudkan peluang untuk mene=gembanlikan keyakinan etnik India kembali kepada MIC dan BN.

Kegagalan tindakan lebih drastik melampaui “Permohonan maaf secara terbuka dan pengantungan keahlian” amat perlu untuk menentukan survival parti berusia 63 tahun itu dalam BN dan persada politik perdana. Ini kerana calon MIC selama ini berjaya dipilih atas ehsan undi orang Melayu, yang rata rata dijana oleh UMNO, semenjak pilihanraya pertama 1955. Rata rata sekiranya ahli akar umbi UMNO merasa tersinggung, jika tidak marah, maka kegagalan meraih undi orang Melayu bererti MIC akan terus gagal menjadi wakil etnik India dalam persada politik perdana. Sebagai organisasi politik yang pernah diwakili dalam Kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu dahulu, kehadiran hanya 3 orang MP MIC dalam Dewan Rakyat mewakili aspirasi 7% warga Malaysia sudah pun disifatkan sebagai ‘gagal’. MIC perlu BERANI BERUBAH!

TEPUK DADA, TANYA SELERA!

 

Published in: on September 16, 2009 at 00:09  Comments (19)