Masih ada pemimpin PAS yang mengutamakan Melayu-Islam membatasi kepentingan anti Melayu-Islam

Dalam k0ntroversi Exco Hal Ehwal Ugama Islam Selangor Dato’ Dr Hasan Md. Ali mengkritik SELCAT yang diterajui pemimpin anti Islam DAP Speaker DUN Teng Chang Him dan menerima serangan bertubi tubi pemimpin Pakatan Rakyat (PR) termasuk pemimpin PAS yang pro Anwar Ibrahim, masih ada pemimpin PAS yang mempertahankan kewajaran Dr Hasan mengutamakan hak Melayu-Islam. Walaupun pemimpin PR terutamanya DAP mahu PAS mengambil tindakan keatas Dr Hasan, termasuk memecat dari parti, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Isa bersedia untuk menyokong tindakan Dr  Hasan.

Laporan The Star:

Monday September 28, 2009

Party leaders want Hasan to explain outburst over Selcat issue

PETALING JAYA: Despite calls from Pakatan Rakyat members for action to be taken against Selangor PAS commissioner Datuk Dr Hasan Mohamed Ali over his many outbursts, PAS leaders are standing behind him.

According to PAS deputy president Nasharudin Mat Isa, the party was not planning to take disciplinary action against Dr Hasan over his most recent outburst over the Select Committee for Competency, Accountability and Transparency (Selcat) issue, although Dr Hasan would have to issue a formal explanation.

Selangor PAS is also backing Dr Hasan’s call to improve Selcat, saying that if the suggestions were accepted, the committee would function better as an organisation propagating competency, accountability and transparency.

Dr Hasan came under fire from Pakatan members and some of his colleagues over the outbursts, especially on the Selcat issue. Many have referred to him as “the only problem” and “a runaway train.”

*********************

Isu bagaimana PR Selangor menangani isu penjualan arak dan ‘Pemindahan kuil ke Seksyen 23 Shah Alam’ dilihat sebagai memecah belahkan PAS kepada dua kumpulan. Satu kumpulan yang masih lagi mengutama nilai ‘Melayu-Islam’ dan menolak isu sensitif seperti arak manakala satu kumpulan lagi yang mirip kepada liberal (‘Erdogan’) dan amat cederung kepada kepimpinan PR Anwar “Mat King Leather” Ibrahim, lebih mengutamakan kepentingan rakan kongsi PR seperti DAP dan PKR. Kumpulan ‘Erdogan’ ini di’taja’ oleh  Setiausaha Agung PAS Dato’ Kamaruddin Jaafar, yang juga menjadi  ‘orang kanan’ Anwar “Drama King” Ibrahim semenjak  ABIM lagi. Antara pemimpin PAS kumpulan ‘Erdogan’ yang menjadi ‘buah hati’ (darling) DAP dan PKR ialah Mantan MB-boneka-DAP Nizar Jamaluddin.

Dalam mengutamakan rakan kongsi PR yang rata rata dilihat sebagai anti Islam dan anti Melayu ini, pemimpin PAS ini sanggup mengadaikan maruah Melayu, termasuk mengepikan isu isu sensitif seperti arak demi kepentingan politik. Pemimpin PAS Selangor memang sekian lama tidak selesa dengan keputusan Kerajaan PR Selangor, terutama isu pertama yang diluluskan selepas mengambil alih kuasa ialah pembinaan pusat ternakan babi bagi skala industri dan pasaran ekspot di Sepang.

Kesan pemimpin PAS mengutamakan kepentingan DAP amat jelas walaupun dalam tempoh singkat berkuasa. Semasa MB-boneka-DAP Nizar Jamaluddin berjaya menjadi MB Perak ke IX untuk hanya sepuluh setengah bulan, kepentingan Melayu-Islam Perak digadaikan semata mata untuk menjaga keutamaan Cina chauvinis, termasuk memberikan tanah kepaa mereka yang dilihat pernah memberi sokongan kepada pengganas kominis.

Pemimpin PAS seperti Nasharuddin yang disifatkan sebagai mewakili kepentingan ‘ulama’ dan cuba di’ketepi’kan oleh pro-‘Erdogan’ dalam PAS terutama setelah berjaya mempertahankan kerusi dalam pilihanraya parti baru baru sebenarnya telah bersedia untuk berunding dan mungkin bekerjasama dengan UMNO semula dalam menjaga kepentingan Melayu-Islam, yang akhir akhir ini dilihat sebagai dicabar kalaupun tidak dicabuli oleh anasir anti Melayu-Islam, terutama DAP dan PKR. Walaupun cadangan ‘Kerajaan Perpaduan’ ini disuarakan dan sokong oleh Presiden PAS Dato’ Hj Hadi Awang dalam ucapan penggulungan Muktamar PAS, namun ianya ditentang oleh puak ‘veteran’ PAS yang amat cemburu ketirisan kuasa ‘pengaruh tradisi’ Melayu-Islam mereka seperti Murshidul Am PAS Dato’ Nik Aziz Nik Mat, walaupun dikatergorikan sebagai ulama namun membelakang kumpulan ‘Erdogan’ seperti Dato’ Husam Musa. Husam merupakan pencabar Nasharuddin bagi jawatan Timbalan Presiden PAS baru baru ini.

Kebelakangan ini, ada pemimpin PAS dilihat sebagai memartabatkan kepentingan maksiat dengan mengadaikan nilai Melayu-Islam dan perkembangan ini mengusarkan ramai akar umbi PAS. Hala tuju PAS sebagai mendukung “Perjuangan berlandaskan Al Quran dan Hadith” akan terlerai dan keyakinan orang Melayu Islam kepada PAS dijangkakan akan meleset sekiranya PAS terus memberikan keutamaan menjaga kepentingan golongan Bukan Melayu dan anti Islam, melampaui isu isu dan kepentingan Melayu-Islam.

Published in: on September 28, 2009 at 09:16  Comments (19)