Isa Samad mangsa konspirasi KJ?

isa

Pencalonan Mantan MB Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihanraya Kecil (PRK) N31 Bagan Pinang menjadi kontroversi. Ini kerana Isa dilihat sebagai seorang pemimpin UMNO yang pernah dikenakan tindakan disiplin salah guna politikwang pasca pemilihan jawatan Naib Presiden UMNO Ogos 2004.

Isa ketika itu Naib Presiden UMNO dan Menteri Wilayah Persekutuan telah dikenakan tindakan gantung jawatan. Beliau juga terpaksa melepaskan jawatan Kabinet. Namun begitu, cerita dibelakang tabir tidak banyak diketengahkan.

Laporan mengenai Isa mengamalkan salahguna politikwang dihadapkan ke Lembaga Disiplin UMNO. Saksi dipanggil untuk memberikan keterangan. Namun Isa sendiri sebagai orang yang dituduh, tidak dipanggil untuk memberikan keterangan dihadapan Lembaga Disiplin UMNO. Keputusan Lembaga Disiplin UMNO ialah untuk menghukum Isa. tanpa memenuhi keseluruhan proses ‘pengadilan’.

Semasa PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia dari Tun Dr. Mahathir Mohamad, begitu tinggi harapan dan aspirasi rakyat dan akar umbi UMNO agar imej ‘bersih’ yang menjadi persepsi pada pemimpin yang rata rata dianggap sebagai ‘orang ugama UMNO’ ini menjadi wadah Perjuangan baru parti nasionalis. Namun ianya ‘jauh panggang dari api’.

Ada agenda tersirat ‘memangsakan’ Isa melalui konspirasi. Pada hakikatnya, Isa merupakan ‘kambing hitam’ agar kuncu kuncu PM ‘Flip-Flop’ Abdullah dapat memberikan illustrasi bahawa Kepimpinan beliau benar benar ‘telus dan menolak amalan rasuah’ dalam UMNO.

Semasa laporan mengenai Isa mula diketengahkan, beliau diberikan ‘jaminan’ oleh PM ‘Flip-Flop’ Abdullah bahawa beliau ‘tidak perlu risau dan semuanya akan menjadi beres’. Hakikatnya, sebaliknya. Isa dihukum sebegitu rupa. Calon calon UMNO lain yang dirasakan juga mengamalkan ‘politikwang’ tidak disiasat. Terutama yang dikaitkan rapat dengan Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah.

Episod ‘pemangsaan’ Isa ini dipercayai adalah konspirasi permainan Khairy Jamaluddin (KJ) seorang pemimpin yang begitu bercita cita tinggi. Beliau yang pada masa itu berjaya dinaikan sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia tanpa cabaran, kini ingin bertapak dalam jajaran kuasa (power base) yang lebih kuat dan mantap lagi. Oleh demikian, dirasakan bahawa me’mangsa’kan Isa sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan merupakan permainan yang paling mudah untuk KJ meraih sokongan UMNO sebuah negeri dalam tempoh masa singkat dan effektif. Ini kerana Isa amat berpengaruh bukan sahaja di Negeri Sembilan, malah seluruh negara dan kemampuan beliau untuk dipilih sebagai Naib Presiden UMNO adalah bukti jelas.

Pusingan pertama konspirasi untuk menjadikan Isa ‘mangsa’ politik UMNO  ialah mengeluarkan beliau dari Negeri Sembilan. Isa diberikan jawatan Menteri Kabinet yang mempunyai pengaruh terhad kecuali disekitar Kuala Lumpur sahaja. Bagi seorang pemimpin UMNO tahap Naib Presiden, jawatan ini merupakan proses untuk ‘pembekuan’ (cold storage) yang akan menghadkan karrier politik seseorang pemimpin peringkat tertinggi parti.

Rata rata, warga Telok Kemang menolak bahawa Isa seorang pemimpin yang tidak berwibawa. Ini jelas atas desakan bukan sahaja akar umbi UMNO, malah dikalangan Bukan Melayu agar Isa mewakili mereka semula. Agenda pembangunan yang Isa sebagai pemimpin dan ketua eksekutif berjaya bawa, bukan sahaja disekitar Pengkalan Adnan (Port Dickson), malah seluruh Negeri Sembilan merupakan  sesuatu kemajuan yang amat dihargai.

Hari ini, Isa dipilih untuk memikul amanah UMNO untuk meneruskan agar panji BN terus berkibar dibumi Telok Kemang bagi kepentingan rakyat. PRK Bagan Pinang ini merupakan peluang terbaik bagi akar umbi UMNO dan rakyat Malaysia menghantar mesej jelas menolak pemimpin yang  jelas bercita cita besar sehingga dirasakan mengamalkan politik wang dan salahguna kuasa yang amat berleluasa, terutama menular dan dibudayakan dalam zaman pemerintahan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah walaupun hanya satu penggal.

Legasi salah guna kuasa dan ‘keganasan politik’ (political terrorism) PM ‘Flip-Flop’ Abdullah dan kuncu kuncu beliau perlu dihentikan agar UMNO terus diyakini semula rakyat. Keyakinan rakyat dan akar umbi kepada Kepimpinan Kerajaan/BN/UMNO meleset dalam tempoh paling singkat, yang jelas ditafsirkan dari rekod paling hebat dalam PRU 11 21 Mac 2004 hingga paling buruk pada PRU 12 8 Mac 2008. Tugas untuk memulihkan keadaan ini amat berat.

Oleh demikian, pemilihan Isa sebagai calon BN N31 Bagan Pinang merupakan agenda UMNO ‘Rakyat diutamakan, prestasikan dipertingkatkan’.

Published in: on October 2, 2009 at 10:54  Comments (36)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/10/02/isa-samad-mangsa-kj/trackback/

RSS feed for comments on this post.

36 CommentsLeave a comment

  1. Salam,

    Dulu Tun Mahathir dipecat dari UMNO oleh Tunku tapi dibawa kembali kepangkuan UMNO oleh Tun Razak.

    Adekah pencalonan Tan Sri Isa ini satu ‘comeback’seperti ‘comeback’nya Tun Mahathir dulu ?

    Sama-same lah kita lihat.

    • Semestinya !

      Cadangan program selepas Isa menang di PRK Bagan Pinang;

      1. Dilantik semula sebagai Ketua Perhubungan UMNO N9
      2. Nyahkan KJ dari politik N9 dan UMNO

    • TDM di pecat kerana mempertahankan nasib Melayu dengan cara (mengungkit) yang tak di terima. TSSI di hukum kerana mempertahankan nasib nya sendiri dengan cara politik wang. Banyak beza nya.

      So’al dia di mangsakan Khairy atau tak adil Lembaga Disiplin UMNO itu lain perkara. Kalau pengaruh nya begitu kuat, dia boleh coba tebalikkan pendapat Lembaga Disiplin atau tepis usaha usaha Khairy.

      Selagi pendapat Lembaga masih laku pakai, imej nya dan imej UMNO tercemar. Sebagaimana TDM kata, buruk padah na kapada UMNO. Sepatut nya dia menarik diri sabelom pencalunan.

      Memang belom nampak serius nya kata kata DSN hendak mengikis politik wang dan rasuah. Belom nampak keberanian politik nya. Nampak nya banyak mengikut arus, belom nampak benar benar “memimpin”.

  2. BigD

    So! Again KJ is the Culprit, just because you dislike him!
    Remove liking and Disliking from your mind and you will again become your true Slim Self…

    • now that kj’s wings are clpped, there is progress

      and suddenly the opposition are attacking BN

      during paklah days (also kj days) the opposition LOVES BN

      heh heh

  3. Menyokong Isa sama dengan menyokong politik wang. UMNO memang tiada lagi harapan. Malaysia dan Melayu khususnya akan terus menjunam di dunia dengan pemimpin politik wang seperti Isa.

    • UMNO punya harapan cemerlang. 2nd class sahaja yang tidak mempunyai harapan baik didunia mahupun diakhirat

    • fat hope …

  4. Aku sokong Mat Isa sebab dia pendek macam aku jugak (sebab pertama). KJ tinggi lampai, aku jealous (sebab kedua). Oleh yang demikian marilah kita sama2 berdoa supaya Daim Pendek kembali menjadi pemimpin. Aku dengar mamat ni kaya-raya, kat London (Lendu?) bisnes dia berbillion. Kalau dia prihatin, apa salah campak 1, 2 billion kat negara kita buat kem askar, beli sebiji dua scorpene supaya askar kita bila lawan Jepun (maaf, China) boleh jugak kasi hentam dua tiga round.

    Selain dari itu aku taknak tahu. Pada aku benda2 lain tak relevan (mcm Augustine Paul cakap). Yang penting malam sabtu aku dapat pi disko, mabuk sikit2 (so far tak kena rotan lagi), tackle awek2 kat UiTM(slalu tak dapat pasal dorang ni semua nak macam KJ), hari Ahad lepak kat Teluk Kemang (kat Pengkalan Adnan tu bagi yang kurang arif tentang N9). Pagi Senin, masuk kerja, tanya bos, bonus tahun ni ada? Oh satu lagi, sembahyang Jumaat tak pernah miss. Amacam, ok tak hidup mcm ni?

    BrahimPendek (Mcm Mat Isa)

  5. Isa seorang pejuang, Isa seorang pemimpin yang hebat, Isa berjaya membangunkan N9 dengan jayanya.

    KJ mungkin berpendapat bahawa Isa sebagai Ketua Perhubungan UMNO N9 (pada masa tersebut) mungkin akan menjadi penghalang kepada cita-cita gila beliau. Justeru, KJ meletakkan proksi beliau (Mohamad Hassan) sebagai MB N9 dan Ketua Perhubungan UMNO N9.

    Jika Isa masih Ketua Perhubungan UMNO N9 pada masa PRU12, saya yakin nama KJ tidak akan di”endorse” oleh UMNO N9 sebagai calun Ahli Parlimen.

    Kini, roda telah berputar dan Isa kembali. Pastinya Bagan Pinang dan Rembau akan bertembung. Jika KJ seorang dajal, maka Pemuda UMNO akan sabotaj Isa dalam PRK Bagan Pinang. Walau tampak mustahil, mainan KJ serta sejarah Permatang Pauh, Bukit Gantang dan Selambau pasti berulang. Hati-hati dengan manusia bernama KJ.

    Sebagaiman semua tahu seperti laporan MYKMU Johor, Pemuda telah “comolot” dengan Mat Leather King. Tampak ada usaha-usaha KJ untuk mem”PKR”kan Pemuda UMNO sebagaimana usaha yang pernah dibuat oleh Mat Leather King untuk mem”ABIM”kan UMNO suatu masa dulu. Kita akui Anwar adalah Idola KJ maka usaha diatas tidak harus dipandang sepi.

    Isa telah dihukum oleh “Kangaroo Court” KJ/Abdullah/UMNO. Beliau harus diberi peluang kedua kerana dalam pelaksanaan keadilan, tidak boleh seseorang itu dihukum lebih dari sekali bagi suatu kesalahan. Saya yakin Isa telah insaf dan pastinya semangat juang beliau semakin menebal.

    TAHNIAH DAN SELAMAT BERJAYA KEPADA TAN SRI ISA SAMAD.

    • Kalo ISA dihukum kangaroo court,Pak Ali Rustam pulak dihukum oleh court apo?

      • Ali Rustam dihukum oleh court badminton

    • Betul.betul. aku sokong kau Apa Pasal. Apa pasal aku sokong kau? Pasal kau tak sokong KJ. Pasal KJ awek aku nak lari. Dia cakap KJ hensem, hitam tapi hensem. Satu lagi KJ ni belajar kat Engeland. Kenapa dia tak pi UiTM? Apa UiTM takde standard ke? Aku nak try buat kursus luar kampus kat UiTM. Bidang apa, tengah pikir2.Nanti aku jadi graduan aku ajar cukup2 mamat Rembau ni.

      Sementara tu macam mana nak kasi awek aku ni tau siapa KJ yang sebenarnya? Awek aku ni baca suratkhabar malas sikit tapi majalah Hai! tu berlambak kat rumah.

      Apa2 pun Isa mesti menang kat Bagan. Kalau dia kalah, aku sumpah takkan pi Teluk Kemang lagi.

      brahimpendek (Mcm Mat Isa)

      • Ko ambil kursus samada Perakaunan, Business Admin, Public Admin atau apa jua kursus yang UiTM tawarkan. Belajar dengan tekun dan timba ilmu sebanyak mungkin. Insyaallah akan ada awek yang lebih bagus akan ko dapat. Heheheheheh

      • Terima kasih Apa Pasal. ada jugak orang yang bersimpati. Aku ingat nak buat bisnes, jadi aku nak ambik Business Admin. Kau rasa awek2 mcm Maya Karin, Fasha, tu ada tak blajar kat UiTM? Ok bye bye awek ku yang curang…

        brahimpendek (Mcm Mat Isa)

  6. KJ tu tinggal seluar dalam sahaja sekarang, Ketua Pemuda yang tidak diiktiraf dan tidak berjawatan – seperti melukut di tepi gantang.

    Dia sudah tidak harus dikaitkan lagi dengan isu pencalonan Isa. Semua ini adalah mainan politik Isa yang aturkan sendiri, menggunakan pengaruh pecacainya kiri kanan atas bawah untuk mendesak Kepimpinan atasan untuk tidak membuat lain2 pilihan kecuali dirinya.

    Isa menang dalam percaturan dalaman ini tetapi sejauh mana ‘akal panjangnya’ menduga laut dalam. Dan dalam faktor usia yang senja, Isa kalau menangpun, hanya takat tu je lah yang dia terdaya.. Tu sebabnya dia sepatutnya sokong calon lain yang lebih muda untuk melapis barisan kepimpinan.

    Bukankah kita terbiasa dan pernah dengar, untuk menyumbangkan jasa kepada parti dan negara tidak semestinya seseorang itu perlu ada jawatan dalam parti dan kerajaan.

    Rupanya itu hiasan bibir, lain di mulut lain pula di hati..

  7. One tend to forget that the well supported “Prime Minister in waiting” Anwar Ibrahim was also convicted of corruption and abuse of power charges.

    I used to point this out a lot to my friends and relatives but the argument of the people are always the same – Anwar Ibrahim has changed.

    So why not for Tan Sri Isa Samad ? Can he not be a revived and a new person after getting disciplined for breaching Party election rules ?

    Money politics is a very wide net and the definition is hard to be outlined. Sometimes it is used for political assassination.

    It is indeed a highly controversial term and it was even used in the recent PAS leadership struggle when the former Dewan Ulama Chief claimed that some candidates were giving out gifts and dinner to members.

    Whatever it is, Barisan Nasional has decided and Tan Sri Isa Samad is the choice.

    It is the people’s power in Bagan Pinang that decides. Others can say all the want but the direct stake holders are the rakyat of Bagan Pinang.

    If he wins in the Election and he is the people’s choice, will the rest of the non Bagan Pinang folks come out to congratulate Isa and respect the decision of the rakyat ?

    Or are the supporters and leaders of the Opposition a bunch of hypocrites ?

    Barisan Nasional for Bagan Pinang !

    • On the basis of this argument so many “leaders” of questionable integrity will get into power There’ll be a tendency that power will corrupt absolutely.

      Throughout history, corrupt societies degenerate. Look at China with 4,000 years of history and now over 1 billion people. Corruption became rampant there since even 2,000 years ago. They became so rotten that eventually a communist revolution took place. They were treated as a pariah by the West until only recently.

      We are just starting as a nation – 52 years of independence. Hang Tuah said the Malays should be around for 1,000 years. If corruption persists unabated, can we? Already, we have been seeing quite a bit of Malay privileges sold out.

      Immigration controls and overstaying tourists abound. Read the reports about the recently immigrated Chinese wife of a citizen complaining of not getting citizenship for umpteen years. How many of them got to become permanent residents in the first place?

      Would corruption not lead to selling out the country? The Director General of Immigration was arrested with about RM100,000 cash in his office and over RM100,000 at home. When the politicians are corrupt, won’t the Government officers be encouraged, too? Those tainted, even after “paying dues” should not be given any chances to repeat their abominable acts.

      • Salam Sdr Jitu,

        You wrote “Those tainted, even after “paying dues”should not be given any chances to repeat their abominable acts.”

        I agree with you absolutely. But if you refer to Tan Sri. I begged to differ. I strongly believe he is a victim of cruel conspiracy of the former 1st family. As such he is not tainted

        Let us not see a good man fall in the byways just because a certain group at certain time conspired against him. A good man is a gift to us all. Let us evaluate those who appeared to conspire against him. For a start, let see where are they now? Hounded out by the rakyaat to the abbyss of insignificant. Good riddence, barely just in time too I must say.

        I believe Tan Sri is much more cleaner than some of the cleanest PR leaders.

        I believe Tan Sri has more intergrity than those PR leaders put togather.

        So don’t let them point fingers.

        mohamed

      • Salam Sdr Mohamed,

        I respect your opinion though we differ.

        But there is no clear evidence that TSIS was victimised, is there? Like there is clear evidence that the Lembaga Disiplin found him guilty. Then he appealed – thereby acknowledging guilt – and the sentence was reduced. I have no love for TAAB and the SIL but until the Lembaga Displin’s findings are reversed, TSIS is on record a tainted man.

        No doubt there are bigger crooks. But so many people have pointed out that UMNO is corrupt to the core, DSN and TSMY have announced plans to reduce money politics (which in fact is corruption), change UMNO Constitution re the Division nomination quotas, etc. And UMNO represents the Malays. I’m afraid in such a scenario, being “cleaner” is not good enough.

        TDM at first advised against TSIS nomination but later conformed with the PD UMNO majority. Maybe everybody is frantic and desperate about retaining the seat. I understand politics but I detest corrupt practices and the continued putting of tainted people into office.

        I long to see a “good man”, Sdr Mohamed. Seriously and sincerely, can you name me a few (UMNO) among those in high positions either in government or in the party now? I’m not saying there are none, but I’m not sure who they are. Believe me, Im an UMNO supporter.

  8. Kluangman,

    Apa kau cakap ni? Mat Isa tu belum sampai senja lagi. Kalau Tun M masih segar bigar, Mat Isa ni ibarat kelapa muda. Kau tak pernah rasa minum kelapa muda Teluk Kemang? Minta maaf ya, Mat Isa masih ada ooomph..Tunggu…

    brahimpendek (Mcm Mat Isa)

    • brahim…

      nko ni, memula aku nak puji nko pasal kau nak menimba ilmu, lepas tu kau cerita nak carik awek pulak, fasha sandha lagi… kensel nak puji nko.. lepas ni la

  9. Jika pun ada kebenarannya tulisan saudara, kita mesti ingat persepsi anti-BN masih tersemat di kalangan pengundi keseluruhannya, tidak terkecuali pengundi Bagan Pinang. Inilah yang pemimpin UMNO gagal mengambil kira.

    Saya juga bersetuju bahawa pencalonan Isa dan kemenangannya (jika terjadi) boleh meneutralkan (neutralised) pengaruh KJ. Namun ia masih tidak akan menghapuskan imej “rasuah” di dalam UMNO, tidak kira samada ia hanya permainan persepsi pengundi. Jika pun Isa menang dengan majoriti yang besar, kemenangannya adalah “hollow victory” iaitu tidak membawa apa-apa makna dalam konteks imej UMNO yang tercemar sekarang.

    Kita hendak yang terbaik bagi UMNO/BN, tetapi janganlah sampai mengulangi kesilapan-kesilapan yang sama yang pernah dilakukan di PRK-PRK terdahulu. Jika kita tahu sesuatu tindakan itu merupakan kesilapan, mengapa pula kita ulanginya? Buat apa cari pasal? Buat apa lakukan “political suicide”?

    Sila baca pendapat saya mengenai isu ini di blog saya: http://alizul2.blogspot.com.

  10. Ala, korang ni, asal ada salah aje, salahkan KJ. Kalau betul, buktikan. Ini mainkan spekulasi aje.

    Lepas tu hina bekas pimpinan Pak Lah. Macam ini kah korang hormat bekas pemimpin negara? Kalau macam tu, jangan marahlah bila orang kata yang tak baik pada Mahathir, Najib, Tun Razak dsb.

    Cerita bekas PM malaysia kaki judi.
    Cerita bekas PM malaysia wujudkan racial riot sebab nak jatuhkan PM yang sebelumnya.
    Cerita bekas PM malaysia….

    Sekurang-kurangnya, Pak Lah membuka ruang media, supaya orang macam kau ni pun boleh ‘kutuk’ dia. Kalau orang lain, Najib atau Mahathir, sure blog ko nih dah kena ban

    • bro;

      “Sekurang-kurangnya, Pak Lah membuka ruang media, supaya orang macam kau ni pun boleh ‘kutuk’ dia. Kalau orang lain, Najib atau Mahathir, sure blog ko nih dah kena ban”

      I think you must be from planet MARS by saying the above. The fact that during the era of reformasi, there were so many websites condemning TDM . Not once had TDM made any attempt to control the web-sites. This was a fact, brother.

      • Pak Lah membuka ruang media dan lain2 hingga banyak yang biadab, menyo’al Kedudukan Istimewa Melayu, baring di jalan merintang laluan kereta Raja Muda Perak?

        TDM tak di beri nya ruang di akhbar kumpulan dia hingga TDM mula membelog dan blogging jadi popular sekarang.

        Siapa yang ada “attempt to control web-sites” hingga sekarang ini? Melainkan tindakan atas individu pelampau saperti penghina Facebook Sultan Perak dan atas RPK. Mana ada tindakan menyeluruh saperti MMC menapis Internet? Mana ada negera berbuat demikian melainkan negara komunis atau 1-2 lain agak nya?

        Ada ke blog yang dah kena ban? Blog RPK – MT – pun masih berjalan, mengondem ini mengondem itu.

  11. TSIS commands the tremendous support of the multi racial community for the BP by-election. What Tun M has said about money politics is generally true but Tun has since given his “endorsement” for TSIS, so has others in UMNO who champion the call for the eradication of money politics, perhaps all of them have acknowledged the conspiracies of the former 1st Family.

    Changing colors, PAS has announced a no character assignation election; perhaps they realize the dangerous ramifications in doing so to someone who obviously has done so much good for the community in N9. Don’t know about those bastards belong to a chauvinist party who are out to make trouble when their candidate is not contesting; the DAP is adamant on their interpretation of universal human rights and rudely aware that Pakatan is practically dead as a formalized unholy alliance.

    BN is expected to win BIG with the first salvo coming from the Malay regiment; if only the Malay Regiment will whack for good the chauvinist party with their big “canons”. After the win, I expect the former 1st family to wither away from further undermining UMNO and BN; presently KL is among the key liabilities still remaining in UMNO. Those punks do not love/ support KJ; it’s that they hate seeing UMNO dominant. As 2nd class citizens they are half baked spinners and self appointed undertakers of Big Dog’s undergarments.

    On another issue, the mystery DNA in the Teoh Inquiry belongs to another dead person. This proved that the unsigned surat layang is but shit and how foolish the Black Goblin was to play wayang kulit on admitting the tainted document. The Coroner should shred the surat layang in public as a direct slap to the Teoh family who advocated anyone who have vital information that about Teoh’s death to come forward. The witness with the MACC torture story is as good as the rubbish of the said surat layang with the Black Goblin and Imtaz as predators of anarchy..

    • I also wish for a whopping victory for BN and for the former 1st family, including the SIL, to disappear into political oblivion.

      But whither goes the attempt to reduce money politics and corruption?

    • Dear Bid Dog

      Perfectly expressed on current situations. Especially on pengkhiniat dalam UMNO and black Goblin

      I agree with you

      mohamed

    • It is sad to see UMNO, not only being threatened from the outside of the party, but it’s worst enemy, the enemy within.

  12. Salam Saudara Jitu

    We may differ in our opinion. But our similarities lie deep in our love for our bangsa Melayu.

    We, bangsa Melayu were being negleted for far too long and only by nuturing us first only then the the “playing field” can be levelled. 50 years is not enough for the damages done.

    True there are among us who are greedy and jump the gun.

    mohamed

  13. Salam.

    Selagi Khairy Jamaluddin dan Penyagak2 yang lain berada didalam UMNO, UMNO berada didalam keadaan BAHAYA menghadapi PRU ke13. Masa dah semakin singkat. PM & TPM nampak macam dah complacent je.

    Rakyat terutama berbangsa melayu ingin dan harap sangat PM & TPM buat sesuatu yang drastik, jelas dan nyata untuk membaik pulihkan UMNO.

    UMNO MESTI buat ETHIC CLEANSING untuk terus mendapat sokongan.

  14. Tan Sri Isa menjadi mangsa KJ untuk kali keduanya apabila tidak bertindak menarik diri dari menjadi calon di Bagan Pinang.

    Sekalipun menang, persepsi rakyat amat sukar untuk dibetulkan. Tambahan lagi kalau kemenangan TS Isa dikira sebagai penerimaan rakyat terhadap perasuah. Lebih ramai lagi calon perasuah akan tetap mahu melobi tempat di dalam UMNO.

    Kali ini, suara rakyat tempatan sememangnya penting untuk kemenangan, tetapi tidaklah sampai peringkat menidakkan sesuatu yang lebih besar – iaitu menolak 100% rasuah.

    Tan Sri Isa sepatutnya ada cara lain untk kembali berbakti. Tan Sri Isa sepatutnya mengekalkan hormat orang padanya dengan cara lain.

    Walau apa pun, parti telah bersuara. Pendapat sekecil ini sudah tidak relevan tetapi UMNO perlu tahu, rakyat memang mahukan pemimpin yang pertamanya baik, keduanya pandai. Mereka yang kelihatan tidak bersih perlu menjauhi diri selain dari bekerja di belakang tabir.

  15. Yo FAT BOY… kau ni kalau nak cari orang datang blog you ni tak payah la pakai nama KJ. Semua KJ. Dia dah takda apa dah. Orang GEMUK macam kau ni lah yang menjahanamkan UMNO dari dalam.

    Orang N9

  16. […] Isa Samad mangsa konspirasi KJ? […]

  17. Sikap melaga-lagakan orang nanti di akhirat pasti menerima balasan yang teramat pedih..
    Berhati-hati bila mengeluarkan kata kelak nanti badan binasa.Janji tuhan pada umatnya adalah benar. Buat baik dibalas baik.Pelihara maruah bangsa.Bangsa lain menanti waktu untuk mengambil hak kita.Janganlah berpecah belah.Pada yang pandai dalam agama tu tampil lah kehadapan.Jangan disorok apa ilmu didada kelak nanti susah di SANA.. Amin…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: