Pakatan Rakyat ‘gentar’ undi pos sebagai alasan pra-kalah

Pakatan Rakyat (PR) yang bersetuju meletakan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan Zulkefly Mohd. Omar sebagai calon Pilihanraya Kecil (PRK) N31 Bagan Pinang dijangkakan akan menghadapi kempen sengit untuk menang. Ini kerana faktor calon yang diketengahkan BN, iaitu Mantan Menteri Besar dan Pengerusi BN Negeri Sembilan Tan Sri Mohd. Isa Abd. Samad, yang disifatkan sebagai pemimpin berjiwa rakyat dan amat disenangi oleh penduduk pelbagai keturunan dan kepercayaan ugama tempatan. Berbanding dengan calon PAS yang bukan penduduk tempatan, calon BN amat dikenali dan mudah dirapati oleh pengundi sekitar Telok Kemang.

PAS juga mengaku bahawa calon mereka akan mendapat kesukaran untuk menang di N31 Bagan Pinang. Presiden PAS Dato’ Hj Hadi Awang sendiri mengaku demikian.

Laporan Bernama.com:

Hadi admits uphill task for Pas in Bagan Pinang

PORT DICKSON Oct. 3 — Pas president Datuk Seri Abdul Hadi Awang is of the view that it would be an uphill task for the party to win the Bagan Pinang by-election.

He alleged that a lack of transparency in postal voting would make things difficult for the Opposition Pakatan coalition in the by-election.

“We are aware our chances are slim but were not saying it is impossible (to win),” he told reporters after the nomination process for the by-election at the Port Dickson District Council hall here today.

There are 13,644 registered voters in the state constituency of whom 4,604 are postal voters.

In the 2008 general election, the Barisan Nasional (BN) captured 3,080 of the 5,191 postal votes while Pas obtained 1,189.

The by-election, polling of which will be on Oct 11, will see a straight fight between the BN’s Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, who is also former Negeri Sembilan menteri besar, and Zulkefly Mohamad Omar, the Negeri Sembilan Pas commissioner.

For Selangor Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, who is also the state’s PKR chief, voter support would determine the outcome of the by-election.

He asked that the Election Commission be more transparent in the postal voting process as the most of the postal voters were military personnel.

Meanwhile, Pas vice president Salahuddin Ayub, who is also the election director for Pakatan in Bagan Pinang, when asked about their chances said: “We admit we are the underdogs but there are indications that we do have a chance (of winning).”

Political observers hold the view that postal votes would one of the issues that the Pakatan coalition, made up of Pas-DAP-PKR, would be playing up in the run up to the election.

— BERNAMA

*******************

Kelemahan calon PAS ini perlu diperbaiki PR dengan serta merta. Usaha untuk meningkatkan penerimaan calon PAS adalah amat sukar, kerana Zulkefly bukan dari kawasan setempat. Ianya lebih rumit apabila Zulkefly dikatakan tidak mempunyai personaliti yang ramah dan ‘mersa rakyat’. Kemampuan Zulkefly unruk mudah didekati dan membawa aspirasi rakyat amat diragui dan kepimpinan PAS sedar keadaan ini. Oleh demikian, PR mengambil taktik yang sesuai untuk dijadikan ‘senjata’ dalam PRK N31 Bagan Pinang ini.

Pendekatan yang paling mudah untuk ‘menyerang’ kewibawaan faktor proses pengundian yang boleh dijadikan elemen keraguan sebagai modal kempen. Pengkalan Adnan (Port Dickson) merupakan ‘Bandar Tentera Darat’ kerana kedudukan tradisi beberapa pengkalan tentera pelbagai rejimen dan unit. Oleh demikian ujud lebih dari 4,500 orang pengundi yang berdaftar sebagai pengundi pos kerana tugasan dan sifat kerjaya mereka.

Undian pos ini sering dimodalkan Pembangkang, semenjak 1990an lagi sebagai ‘senjata’ untuk dijadikan alasan apabila mereka kalah dan modal untuk digunakan bahawa BN dan SPR tidak adil (gerrymandering) dalam proses pengundian. Keadaan sebenar, ianya tidak sebagaimana digambarkan. Undi pos merupakan proses pengundian yang dilaksana terlebih awal, dalam proses biasa kerahsiaan undian yang dikawal selia SPR dan wakil parti yang bertanding. Oleh kerana proses biasa pengundian, Pembangkang juga mempunyai peluang sama rata dalam proses undi pos.

Laporan Bernama.com:

Undi pos turut beri kelebihan kepada pembangkang

30/09/2009 4:49pm

SEREMBAN 30 Sept.— Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, undi pos yang dicanang oleh pembangkang kononnya menjadi senjata utama kepada Barisan Nasional (BN) sebenarnya memberikan kelebihan kepada pembangkang pada pilihan raya umum ke-12 lalu di Bagan Pinang.

Katanya, pada pilihan raya umum 2008, majoriti BN di Bagan Pinang merosot kerana undi pos berpihak kepada pembangkang.

“Pembangkang tidak boleh kata undi pos itu advantage (memberi kelebihan) kepada BN kerana pada 2008 disebabkan mereka dapat banyak undi pos pada ketika itu iaitu 1,800 undi kalau nak bandingkan dengan 2004,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Bulan Pertabalan Sempena Istiadat Pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan di sini hari ini.

Mohamad bagaimanapun yakin BN akan dapat mengukuhkan kedudukan kerana pada 2008, pengundi yang memilih BN bertambah kepada 6,430 berbanding hanya 5,000 lebih pada 2004.-Bernama

*******************

Sejarah menunjukan Pembangkang pernah meraih keuntungan dan kemenangan walaupun ujud sistem undi pos dalam sesuatu kawasan Parlimen atau DUN. Dalam PRK Parlimen Telok Kemang Jun 2000, calon BN S. Sothinathan dikalahkan calon KeAdilan Ruslan Kassim walaupun terdapat lebih 6,000 undi pos. Kali ini, sistem dan julat pengundi pos yang sama akan digunakan.

Alasan dakwaan tanpa bukti bahawa undi pos ATM akan di’salah guna’kan BN dengan ‘restu dan kerjasama’ SPR adalah fitnah semata mata. Modus operandi biasa Pembangkang ialah menimbulkan keraguan dan menafikan kewibawaan pihak berkuasa dan mengandaikan bahawa sistem undi pos akan disalah gunakan bagi kepentingan kelebihan BN merupakan skrip lama. Yang nyatanya, setakat ini tidak pernah sistem undi pos ini dibawa ke Mahkamah Khas pilihanraya. Berbanding dengan aduan lain, Pembangkang amat sedar bahawa dakwaan mereka hanyalah fitnah yang amat mudah digagalkan.

Pakatan Rakyat, kerjasama-“tidur sebantal, mimpi lain lain” yang kerap berubah nama dari Gagasan Rakyat dan Barisan Rakyat, akan mengunakan taktik terdesak apabila mereka sedar tidak akan menang. Cara mereka untuk meraih simpati terutama bila mereka berjaya menggambarkan bahawa mereka adalah ‘mangsa’ sistem yang berat sebelah (bias) dan pihak berkuasa lebih memihak kepada BN. Oleh demikian, taktik mengunakan kekerasan dengan menganjurkan provokasi agar penyokong dan pekerja parti BN hilang sabar dan berlaku pergaduhan. Sekiranya ini gagal, maka mereka akan bertindak untuk memulakan ‘serangan’ itu.

Tindakan terdesak ini yang berlaku kepada Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon, yang terpaksa menempuh penyokong PAS yang aggressif dan Ahli MT UMNO Dato’ Azeez Rahim, yang ditumbuk oleh penyokong PAS.

Laporan The Star:

Sunday October 4, 2009

Azeez alleges assault in report

Reports by SARBAN SINGH, C.S. NATHAN, MAZWIN NIK ANIS. SIMON KHOO and ZULKIFLI ABD RAHMAN

PORT DICKSON: Umno supreme council member Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim has lodged a police report alleging he was assaulted while making his way to the nomination centre here.

He claimed that the incident happened yesterday while he was walking through an area filled with PAS supporters towards the Port Dickson Municipal Council hall.

State police chief Senior Asst Comm (I) Datuk Osman Salleh said police were investigating the matter.

“Datuk Azeez claimed that he was shoved and punched in the back while walking through a crowd of PAS supporters.

“We do not have any suspects yet but we will be speaking to witnesses to ascertain what transpired,” he said.

*****************

Menteri Dalam Negeri Dato’ Hishamuddin Hussein diberitakan TV3 bahawa dalam siasatan awal, Polis telah dapat bukti visual penglibatan penyokong PAS. Pendekatan terdesak provokasi dan memulakan pergaduhan dalam sesuatu kempen PRK ini adalah siaran ulangan yang konsisten, sebagaimana yang pernah berlaku di Ijok (Apr 2007), Ketari (2003) dan Lunas (Dis 2000). Dalam PRK Anak Bukit (2003), seorang veteran PAS Abdul Razak “Pok Jak” Abas (yang juga merupakan sahabat akrab Murshidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat yang telah diberikan 5,000 ekar tanah hutan simpan kekal bagi tujuan ‘pertanian’ kelapa sawit) telah mengangkat kain dan menunjukan kemaluan beliau kepada beberapa Puteri UMNO yang menjalankan kempen dari rumah ke rumah.

Memang benar ‘keganasan’ bukanlah dasar parti, samada PAS atau PKR. Namun begitu sikap militan dan aggressif penyokong dan pekerja parti yang selalu terbawa bawa sehingga melampau, secara mudah tergamak untuk  menyifatkan pemimpin dan penyokong  UMNO dan BN sebagai golongan yang layak dikasari (termasuk tergamak untuk melakukan pertunjukan lucah), merupakan sesuatu yang menjadi lumrah dan berwaspada apabila berinteraksi dengan mereka.

*Perkembangan dikemas kini Isnin 5 Oktober 2009 0730pagi

Ahli MT UMNO Dato’ Azeez Rahim yang dipukul penyokong PAS sewaktu penamaan calon di Pengkalan Adnan (Port Dickson) hari Sabtu telah dimasukan ke hospital.

Laporan Utusan Malaysia:

Azeez dimasukkan ke wad HKL

Azeez in HKL

Ismail Sabri Yaakob berkata sesuatu kepada Abdul Azeez Abdul Rahim sambil diperhatikan isterinya, Datin Khadijah Mohd. Nor di Hospital Kuala Lumpur, semalam.

  

KUALA LUMPUR 4 Okt. – Pengerusi Biro Putera UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam tadi setelah mengalami kesan sampingan akibat ditumbuk oleh penyokong Pas di Port Dickson, semalam.

Beliau dimasukkan ke Wad Ortopedik apabila mengalami rasa tidak selesa dan mual ketika berada di kediamannya di Subang Jaya.

Sebelum itu, beliau telah mendapatkan rawatan di Hospital Teluk Kemang, Port Dickson.

“Doktor di Teluk Kemang membenarkan saya pulang berehat setelah diberi suntikan serta menjalani ujian X-ray di hospital itu tetapi sejurus selepas Maghrib di rumah, saya mula rasa tidak selesa,” katanya ketika ditemui di wad berkenaan di sini hari ini.

Menurutnya, beliau berasa seperti hendak pengsan serta mual dan terus ke HKL untuk pemeriksaan lanjut atas nasihat seorang rakannya.

Dalam kejadian semalam, Abdul Azeez mengalami lebam di leher dan mukanya selepas ditumbuk oleh penyokong Pas selepas cuba melindungi Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Penggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di kawasan pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang .

Ismail Sabri turut melawat Abdul Azeez di HKL hari ini untuk mengetahui keadaannya.

“Saya berasa bertanggungjawab kerana berada bersama beliau semasa kejadian dan mengharapkan agar pemimpin parti pembangkang dapat mendisiplinkan pengikut-pengikut mereka supaya tidak bertindak liar,” kata Ismail Sabri.

Menurutnya, kejadian seperti itu akan terus berlaku sekiranya penyokong parti pembangkang mengamalkan sikap tidak berhemah seperti itu.

Published in: on October 4, 2009 at 21:43  Comments (36)