Tun Dr. Mahathir berucap dalam ‘Suntikan Semangat Satria II’

umno_logo

Presiden UMNO V Tun Dr. Mahathir Mohamad akan memberikan ucaputama dalam program ‘Suntikan Semangat Satria II’ pada Sabtu, 10 Oktober 2009 jam 1000 pagi bertempat di Dewan MBPJ, Jalan Medan 12, Taman Medan, Petaling Jaya Selatan, Selangor.

Program ini adalah anjuran UMNO Cawangan Petaling Utama, yang terletak dalam Bahagian Petaling Jaya Selatan. Ini merupakan program tahunan agar ahli UMNO dalam Petaling Jaya mendekati dan diberikan ‘suntikan’ dalam Perjuangan yang mereka dukung, terutama cabaran memartabatkan kepentingan orang Melayu dalam kawasan urban/suburban.

Tun-Card[1]

Dalam program ‘Suntikan Semangat Satria’ 2008 yang sebenarnya dianjurkan UMNO Cawangan Seksyen 14, Pengerusi BN III itu mencadangkan agar MP BN meninggalkan BN (tetapi tidak menyertai Pembangkang dan/atau Pakatan Rakyat) dalam usaha untuk mendesak agar Perdana Menteri ketika itu PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan.

Program ‘Suntikan Semangat Satria II’ ini merupakan ucapan Tun Dr. Mahathir atas platform UMNO sebelum PRK N31 Bagan Pinang pada 11 Oktober 2009 dan EGM UMNO pada 13-16 Oktober 2009 untuk membincangkan pindaan perlembagaan.

Published in: on October 5, 2009 at 14:35  Comments (8)