Tun Dr. Mahathir berucap dalam ‘Suntikan Semangat Satria II’

umno_logo

Presiden UMNO V Tun Dr. Mahathir Mohamad akan memberikan ucaputama dalam program ‘Suntikan Semangat Satria II’ pada Sabtu, 10 Oktober 2009 jam 1000 pagi bertempat di Dewan MBPJ, Jalan Medan 12, Taman Medan, Petaling Jaya Selatan, Selangor.

Program ini adalah anjuran UMNO Cawangan Petaling Utama, yang terletak dalam Bahagian Petaling Jaya Selatan. Ini merupakan program tahunan agar ahli UMNO dalam Petaling Jaya mendekati dan diberikan ‘suntikan’ dalam Perjuangan yang mereka dukung, terutama cabaran memartabatkan kepentingan orang Melayu dalam kawasan urban/suburban.

Tun-Card[1]

Dalam program ‘Suntikan Semangat Satria’ 2008 yang sebenarnya dianjurkan UMNO Cawangan Seksyen 14, Pengerusi BN III itu mencadangkan agar MP BN meninggalkan BN (tetapi tidak menyertai Pembangkang dan/atau Pakatan Rakyat) dalam usaha untuk mendesak agar Perdana Menteri ketika itu PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan.

Program ‘Suntikan Semangat Satria II’ ini merupakan ucapan Tun Dr. Mahathir atas platform UMNO sebelum PRK N31 Bagan Pinang pada 11 Oktober 2009 dan EGM UMNO pada 13-16 Oktober 2009 untuk membincangkan pindaan perlembagaan.

Published in: on October 5, 2009 at 14:35  Comments (8)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/10/05/tun-dr-mahathir-berucap-dalam-suntikan-semangat-satria/trackback/

RSS feed for comments on this post.

8 CommentsLeave a comment

  1. bro…gua boleh selit kaa…yg kecam buat last saya sudah pi..tq

  2. Salam BD,

    Terlebih dahulu, maaf komen terkeluar topik.

    Elemen anti PPSMI dicanang lagi di Bagan Pinang. Mungkinkah Hassan Ahmad & Samad Said dikudakan lagi dan naik ke pentas kempen Pas di Bagan Pinang nanti?

    http://kembarapolitik.blogspot.com/2009/10/perkara-152-perlembagaan-persekutuan.html

  3. Dr M dah pencen jadi presiden. Dio dah mantan.

    Poi botolkan tu.

    Kasikan kau durian. Baru tau. 🙂

    • Baca betul-betul encik … Terima Kasih 🙂

    • banyak makan durian sampai tak reti boco. Poi main jauh jauh.

  4. mendedahkan bahawa dalam satu pertemuan di London pada sebelum 16 September 2008, Dr Yusof Qardawi telah menegaskan kpd TG Hadi Awang mengenai kesangsiannya terhadap Anwar Ibrahim, terutamanya apabila Rand Corporation & Smith Richardson Foundation mengesahkan penglibatan Anwar Ibrahim dlm strategi Amerika merosakkan Islam dgn tajaan dana Yahudi! Selepas itu, ramai dari kalangan pemimpin erdogan PAS, iaitu seperti Dr Hassan Ali, Dr Haron Din & Nasaruddin Mat Isa telah beralih arah berpaling tadah dari menyokong Anwar Ibrahim!

    • Saya minat nak tahu lebih fasal “Rand Corporation & Smith Richardson Foundation mengesahkan penglibatan Anwar Ibrahim dlm strategi Amerika merosakkan Islam dgn tajaan dana Yahudi” itu. Saya pun tak suka dengan unscrupulous Mat Leather King ini.

      Tolong beri sedikit butir lanjut siapa Rand Corp dan Smith Richardson Foundation itu.

      Saya ingat kebanyakan mereka kumpulan “Jewish Lobby” yang melanda landa kuasa dan pengaruh nya. Melainkan jika mereka kumpulan Henry Ford the automaker yang dahulu hantam Yahudi sebulat bulat nya.

  5. adakah ucapan Dr.M direkodkan??
    kalau ada mam mana saya nak tengok??
    dkt mana??


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: