Pakatan Rakyat makin terdesak untuk cari perhatian di Bagan Pinang

Pakatan Rakyat kini makin terdesak untuk ‘mencari perhatian’ untuk mendapat kelebihan dalam pertandingan satu-lawan-satu di PRK N 31 Bagan Pinang. Sebagaimana biasa, PR sengaja mencari kontroversi agar dapat menyalahkan pihak berkuasa yang mereka tuduh memihak kepada BN.

Kali ini, setelah menerima laporan, pihak berkuasa tempatan bertindak untuk menurunkan banner dan simbol parti yang tidak bertanding iaitu DAP dan PKR. Dalam kejadian siang tadi, pihak berkuasa tempatan Pengkalan Adnan (Port Dickson) dihamburkan perkataan “zalim” oleh Exco Kerajaan PR Selangor Ronnie Liu. Ini berlaku kerana banner DAP cuba diturunkan kerana pihak berkuasa tempatan menguat kuasakan larangan SPR agar apa apa simbol parti yang tidak bertanding tidak dibenarkan dipampang dalam tempoh masa berkempen.

Untuk rekod, Ronnie Liu merupakan antara pemimpin DAP yang ‘kaki drama untuk tarik perhatian’ dan mempunyai kemampuan dan kecenderungan untuk berlaku ‘samseng’ dan tidak menghormati undang undang, terutama di hadapan pihak kuasa termasuk dalam bangunan Kerajaan.

Dalam kejadian berlainan, calon PKR bagi Rembau Badrul Hisham “Cikgu Bard” menaikan sebidang banner mempersoalkan MP Rembau Khairy Jamaluddin mengenai janji janji pilihanraya beliau semasa berkempen PRU 12 tahun lepas. Perbuatan ini juga menyalahi peraturan pilihanraya yang diumumkan SPR.

Apabila pihak berkuasa mengambil tindakan keatas kesalahan pilihanraya sebegini, maka golongan yang tegar anti-establishment ini akan mengunakan peluang ini untuk memaparkan bahawa agensi Kerajaan adalah ‘zalim’ dan hanya memihak kepada BN. Sebelum hari penamaan calon lagi, PR telah memainkan isu ‘undi pos’ sebagai strategi jangka masa pendek untuk mempengaruhi polar pengundi yang rata rata mahukan Mantan MB Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad mewakili mereka.

Dalam pada itu, dikatakan ceramah PAS kini semakin hambar tidak mendapat sokongan dan perhatian penduduk setempat. Contohnya, malam ini sahaja dua ceramah PAS telah dibatalkan walaupun permit telah didapati. Ini perkembangan jelas bahawa kempen tohmahan PR yang tidak konstruktif dan produktif tidak lagi mendapat perhatian pengundi.

Published in: on October 6, 2009 at 23:53  Comments (15)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/10/06/pakatan-rakyat-makin-terdesak-untuk-cari-perhatian-di-bagan-pinang/trackback/

RSS feed for comments on this post.

15 CommentsLeave a comment

  1. Bro BD,

    Saya terbaca di Blog House PK. Amat menginsafkan bahawa selama hari ini Raja Petra sememangnya pembohong dan penabur fitnah keatas Datin Seri Rosmah dimana dalam SD beliau dia telah “reliably informed” bahawa Rosmah berada semasa Altantuya dikatakan dibunuh pada tahun 2006. Sila lihat foto Rosmah dan apa program beliau pada malam tersebut..

    http://parpukari.blogspot.com/2009/10/nizar-kkk-datin-seri-rosmah-difitnah.html

    Foto tersebut jelas menginsafkan kita fitnah jahat terhadap DS Najib dan DS Rosmah.

    Semoga Allah SWT memberi balasan yang Beliau janjikan keatas pembuat fitnah tersebut.

  2. Tu la Big Man, yang aku dok pelek nih, kenapa dia tak letak banner kata pembangunan oleh perasaan rakyat ke, janji2 perasaan rakyat untuk penduduk bagan pinang ke, kenapa nak menang dengan memburukkan orang lain? Tak boleh menang dengan kebaikan diri sendiri ke?

    Enche Apa Pasal, tu la dia, mana la RPK nih, main tuduh sedap dia je. Nih dia tuduh, buat cerita dengan bersumpah ni. Hahahaha…. sekarang, senyap je. Polis pun satu, kalau la altantuya yang kena letup dah bersepai tu pun bole cari, takkan la RPK yang chubby nih tak dapat?

    Bila orang gila cakap pun orang boleh percaya, macam ni la jadinya. Yang si badrul nih pun, orang seremban, bukan orang rembau pun, tak pernah dengar cerita dia pun kat seremban. Pandai2 buat cerita sana sini, tak dekat pada masyarakat pun. Asyik2 cerita pasal orang tu rasuah, orang nih rasuah, boss dia liwat tu tak la pulak dengar cerita. Nih la dia matlamat menghalalkan cara, tuan2 dan puan2.

  3. Aik, UMNO pun parti yang tak bertanding juga. Yang bertanding adalah Barisan Nasional. Kenapa UMNO boleh pasang bendera?

    Hujah-hujah bodoh

    • Zach mengapalah kau ni bodoh macam lembu ! Otak PAS macam kau ni tak berjalan langsung , patutlaa DAP mudah melembukan ulamak PAS yg tak guna satu sen pada agama tu !

      BN tu pertubuhan berdaftar , maka kalau nak guna mana-mana lambang dalam parti politik dalam gabungan BN memang boleh !

      • apa la bangang ko Sam. Mengikut SPR, segala parti yang tak bertanding, tak boleh letak bendera.

        Yang bertanding BN, bukan UMNO. Apa kejadah UMNO letak bendera?

        Brader, pi buka undang2 pilihanraya la, baru sembang.

      • hahaha Zach , bila masa pulak pasal parti tak bertanding , mana kau belajar ni dengan lembu mana ???

        Ini bukan pasal bertanding atau tak bertanding , ini pasal didaftarkan , BN tu didafarkan bersama 14 parti gabungan yg lain ,. Maka ahli gabungan dalam BN yg didaftarkan boleh pacak bendera laa !!! itupun mau putar belit ! aku tengok kat blog pembangkang pun main isu macam kau .

        Jika PAS , PKR dan DAPigs tu didaftarkan dalam Pakatan Rasuah maka boleh sama-sama pacak bendera . Tapi dah haram nak buat camana ..

        Kenapa takut nak kasi daftar !!!

      • Wei brader. Ko tak paham isu la brader. Apa pulak bila satu gabungan register semua buleh?

        Kalau macam tu, apa pasal tiba2 umno gelabah register parti ke SPR untuk pilihanraya 2008? Sebelum tu tak daftar, main naik bendera sahaja. Bila tau orang nak bantah, baru terhegeh-hegeh daftar

      • Hello Sam, Zacharias betul dalam fakta beliau. Cuba dengar Timbalan Pengerusi SPR cakap di tv.

      • bukan ke isa samad tu ahli umno. umno pulak dari BN. so apa masalahnya? kalau pakatan rakyat di daftarkan dan ada bendera. bolehla letak bendera pakatan rakyat, dan ahli parti mana yang bertanding. dalam kes bagan pinang nih bolehla letak bendera pakatan rakyat dan pas. moralnye di sini, daftarkan la pakatan rakyat dengan segera.

      • kahkahkah Zach , BN tu satu gabungan dan dah lama didaftarkan , Kalau UMNO dah didaftarkan macam yg kau cakap tu, kira dah boleh laa sekarang kalau nak kibarkan sekarang hahaha . PR apahal tak daftar , jadi camni baru nak kalut dan tunjuk poyo !

        KSP , kalau ikut kenyataan akhbar SPR pada 30 september ia bukanlah satu masalah pasal dalam BN adalah pertubuhan berdaftar dan legally parti dalam BN kira bebas juga kibarkan bendera , cuma satu logo sahaja yg dipilih utk logo rasmi iaitu BN utk tujuan dalam kertas pengundian .

        Zach sudah habis bacakah undang-undang SPR ?

  4. The challenge is for DAP, PKR and PAS to formalize their unholy alliance into a registered organization in playing an equal playing field as the law requires. But such a legalized arrangement is beyond the scope of their shallow thinking rogue leaders; they want to eat the cake and keep it. Rather than facing reality, these mindless stooges take the law into their hands in creating anarchy and chaos; that’s actually what they are only good at – talking cock with their half baked spins.

    It is indeed sickening to see PAS leaders accepting their kafir partners to quote the verses of the Quran in their ceramah. What has happened to PAS members who deemed themselves championing Syariah law in this country? The way of life of the believers is definitely not the same as those of the unbelievers. Agreed that there were non Muslims in the past who quoted verses from the Quran but under what context? Who and what are these present kafir bastards compared to of the said non Muslims of the past. PAS has become so callous of our faith, as many people I have spoken to said “PAS has sold their religion to the kafirs”. If PAS wants to be propagate/ dakwah, please do so and stop politics; half bake propagation only confuses non Muslims and that is not what Allah wants; He chooses who he wants to give His Enlightenment to, not Tok Guru. PAS President Hadi Awang sgould bring his flock into line soonest and not let the liberal group led by Tok Guru continue blemishing the religious values of their members.

  5. aku bekas ahli pas dan aku pon dah naik melaut tengok perangai samseng-samseng pas/pr ni..merosakkan nama islam dan melacurkan nama islam demi kuasa

  6. Ronnie Liu of DAPigs hanya mempermainkan isu TBH dan Kugan …

  7. […] Rakyat makin terdesak sampai mahu Mahkamah tangguh PRK Pakatan Rakyat (PR) makin terdesak dalam siri kempen PRK N 31 Bagan Pinang. Hari ini, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mengumumkan […]

  8. Kes liwat, anwar gelabah
    Lambat bicara, buat helah
    PRK N31,Pas bermasalah
    Nak minta tangguh diluah

    Fotokopi apa anwar buat
    Ke mahkamah nak panjat
    Badrulamin dakwa lumat
    Ngapa mahkamah diingat

    p/s:
    lumat = hancur
    (Dalam ceramah berkempen di Bagan Pinang ,Badrulamin dakwa mahkamah @ keadilan di Malaysia dah hancur ! )


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: