Tun Dr. Mahathir: Sokong dan kukuhkan Kepimpinan Najib dengan menolak pemimpin lemah dan korrupt

Presiden UMNO ke V, Pengerusi BN ke III dan Perdana Menteri Malaysia ke IV Tun Dr. Mahathir Mohamad mengesa agar akar umbi UMNO menyokong Kepimpinan Presiden UMNO ke VII, Pengerusi BN ke V dan Perdana Malaysia ke VI Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak dengan mengukuhkan UMNO dan menolak pemimpin yang lemah dan korrupt.

Tun Dr Mahathir @ PJ Selatan I

Beliau membuat gesaan demikian dalam program ‘Suntikan Semangat Satria II’ anjuran UMNO Petaling Utama, Bahagian Petaling Jaya Selatan di Taman Medan Baru, Petaling Jaya Selatan pagi ini. 250 akar umbi UMNO dan penduduk setempat menghadiri majlis yang juga merupakan jamuan merayakan Negarawan Unggul sempena Hari Raya Aidil Fitri 1430H.

P1040940

“PM Najib memerlukan UMNO yang kuat untuk menentukan kejayaan membangunkan negara dan orang Melayu”, dengan mengesa agar UMNO di peringkat Bahagian diperkukuhkan dan menerima keyakinan rakyat. “UMNO perlu menolak pemimpin yang mementingkan diri sendiri, terutama yang sanggup melakukan politik wang (amalan rasuah) untuk mengekalkan kedudukan masing masing”.

“Hari ini UMNO lemah! Kita kalah dari prestasi paling baik (PRU XI 21 Mac 2004) hingga paling buruk (PRU XII 8 Mac 200*) bukan sebab Pembangkang kuat”, sambil mengesa agar UMNO secara komprehensif, termasuk diperingkat bahagian melakukan proses untuk mengukuhkan kepimpinan dan jentera parti. Beliau percaya sekiranya UMNO diperkukuhkan, sokongan kepada parti komponen BN juga akan meningkat.

P1040911

Beliau juga menegaskan bahawa PM Najib bukanlah seorang pemimpin yang lemah. Namun lima tahun dibawah Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi menyaksikan gejala politik wang menular dan pemimpin hanya mementingkan diri sendiri. PM ‘Flip-Flop’ Abdullah membiuarkan diri dipengaruhi oleh orang tertentu, termasuk keluarga terdekat untuk membuat keputusan. Ini termasuk Kepimpinan yang enggan mendengar aspirasi sebenar rakyat tetapi lebih rela mendengar semua dalam keadaan baik belaka, walaupun ianya analisa palsu. “Akhirnya, akar umbi dan rakyat bertindak untuk ‘menghantar mesej’ semasa Pilihanraya Umum (PRU XII 8 Mac 2008)”.

Kelemahan kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah ini ditafsirkan sebagai ‘keterbukaan’ dan golongan minoriti mengambil kesempatan sepenuhnya peluang yang tidak pernah ujud ini, dan sekali gus  tidak lagi menghormati dan perihatin sensitiviti majoriti dalam permintaan mereka. Oleh kerana PM ‘Flip-Flop’ Abdullah membiarkan UMNO dan BN lemah, maka PM Dato’ Seri Najib mewarisi kepimpinan yang lemah. Beliau terpaksa memberikan kompromi kepada Bukan Melayu walaupun banyak dari ‘pemberian’ ini sebenarnya tidak akan menambahkan sokongan kepada Kerajaan dan/atau BN.

P1040925

Dalam sessi soal jawab, apabila isu dibangkitkan DAP kini membuka cawangan Melayu, beliau menjelaskan ini berlaku kerana Kepimpinan UMNO lemah dan tidak lagi membawa aspirasi yang rakyat mahukan termasuk orang Melayu, terutama isu keterbukaan dan kepimpinan yang bersih dan mengamalkan hidup keserdehanaan.

Amanat ini penting kerana UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan merupakan bahagian UMNO yang dibelengu masalah kepimpinan dan dalaman. Ketua Bahagianya Kept (B) Dato’ Zahar Hashim bertindak keluar dari parti dan menyertai PAS. Difahamkan ianya juga melibatkan kontrak yang melibatkan Eurocopter. Akibatnya satu pertiga AJK Bahagian mengikut beliau dan jentera pentadbiran UMNO bahagian hampir lumpuh, termasuk pejabat bahagian berubah menjadi Markas PAS serta merta dengan tindakan Zahar ini. Semasa keluar parti, Zahar dijangkan akan dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin UMNO.

Tun Dr Mahathir @ PJ Selatan II

Majlis ini diakhiri dengan jamuan Hari Raya Aidil Fitri 1430H. Jelas akar umbi dan warga Petaling Jaya Selatan amat berbesar hati dengan kesudian Tun Dr. Mahathir melawat dan memberikan amanat. Kali terakhir beliau datang ke Petaling Jaya Selatan ialah merasmikan Pusat Khidmat dan Tuisyen Puteri UMNO pada 2002.

 

Published in: on October 10, 2009 at 22:32  Comments (14)