Tun Dr. Mahathir: Sokong dan kukuhkan Kepimpinan Najib dengan menolak pemimpin lemah dan korrupt

Presiden UMNO ke V, Pengerusi BN ke III dan Perdana Menteri Malaysia ke IV Tun Dr. Mahathir Mohamad mengesa agar akar umbi UMNO menyokong Kepimpinan Presiden UMNO ke VII, Pengerusi BN ke V dan Perdana Malaysia ke VI Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak dengan mengukuhkan UMNO dan menolak pemimpin yang lemah dan korrupt.

Tun Dr Mahathir @ PJ Selatan I

Beliau membuat gesaan demikian dalam program ‘Suntikan Semangat Satria II’ anjuran UMNO Petaling Utama, Bahagian Petaling Jaya Selatan di Taman Medan Baru, Petaling Jaya Selatan pagi ini. 250 akar umbi UMNO dan penduduk setempat menghadiri majlis yang juga merupakan jamuan merayakan Negarawan Unggul sempena Hari Raya Aidil Fitri 1430H.

P1040940

“PM Najib memerlukan UMNO yang kuat untuk menentukan kejayaan membangunkan negara dan orang Melayu”, dengan mengesa agar UMNO di peringkat Bahagian diperkukuhkan dan menerima keyakinan rakyat. “UMNO perlu menolak pemimpin yang mementingkan diri sendiri, terutama yang sanggup melakukan politik wang (amalan rasuah) untuk mengekalkan kedudukan masing masing”.

“Hari ini UMNO lemah! Kita kalah dari prestasi paling baik (PRU XI 21 Mac 2004) hingga paling buruk (PRU XII 8 Mac 200*) bukan sebab Pembangkang kuat”, sambil mengesa agar UMNO secara komprehensif, termasuk diperingkat bahagian melakukan proses untuk mengukuhkan kepimpinan dan jentera parti. Beliau percaya sekiranya UMNO diperkukuhkan, sokongan kepada parti komponen BN juga akan meningkat.

P1040911

Beliau juga menegaskan bahawa PM Najib bukanlah seorang pemimpin yang lemah. Namun lima tahun dibawah Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi menyaksikan gejala politik wang menular dan pemimpin hanya mementingkan diri sendiri. PM ‘Flip-Flop’ Abdullah membiuarkan diri dipengaruhi oleh orang tertentu, termasuk keluarga terdekat untuk membuat keputusan. Ini termasuk Kepimpinan yang enggan mendengar aspirasi sebenar rakyat tetapi lebih rela mendengar semua dalam keadaan baik belaka, walaupun ianya analisa palsu. “Akhirnya, akar umbi dan rakyat bertindak untuk ‘menghantar mesej’ semasa Pilihanraya Umum (PRU XII 8 Mac 2008)”.

Kelemahan kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah ini ditafsirkan sebagai ‘keterbukaan’ dan golongan minoriti mengambil kesempatan sepenuhnya peluang yang tidak pernah ujud ini, dan sekali gus  tidak lagi menghormati dan perihatin sensitiviti majoriti dalam permintaan mereka. Oleh kerana PM ‘Flip-Flop’ Abdullah membiarkan UMNO dan BN lemah, maka PM Dato’ Seri Najib mewarisi kepimpinan yang lemah. Beliau terpaksa memberikan kompromi kepada Bukan Melayu walaupun banyak dari ‘pemberian’ ini sebenarnya tidak akan menambahkan sokongan kepada Kerajaan dan/atau BN.

P1040925

Dalam sessi soal jawab, apabila isu dibangkitkan DAP kini membuka cawangan Melayu, beliau menjelaskan ini berlaku kerana Kepimpinan UMNO lemah dan tidak lagi membawa aspirasi yang rakyat mahukan termasuk orang Melayu, terutama isu keterbukaan dan kepimpinan yang bersih dan mengamalkan hidup keserdehanaan.

Amanat ini penting kerana UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan merupakan bahagian UMNO yang dibelengu masalah kepimpinan dan dalaman. Ketua Bahagianya Kept (B) Dato’ Zahar Hashim bertindak keluar dari parti dan menyertai PAS. Difahamkan ianya juga melibatkan kontrak yang melibatkan Eurocopter. Akibatnya satu pertiga AJK Bahagian mengikut beliau dan jentera pentadbiran UMNO bahagian hampir lumpuh, termasuk pejabat bahagian berubah menjadi Markas PAS serta merta dengan tindakan Zahar ini. Semasa keluar parti, Zahar dijangkan akan dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin UMNO.

Tun Dr Mahathir @ PJ Selatan II

Majlis ini diakhiri dengan jamuan Hari Raya Aidil Fitri 1430H. Jelas akar umbi dan warga Petaling Jaya Selatan amat berbesar hati dengan kesudian Tun Dr. Mahathir melawat dan memberikan amanat. Kali terakhir beliau datang ke Petaling Jaya Selatan ialah merasmikan Pusat Khidmat dan Tuisyen Puteri UMNO pada 2002.

 

Advertisements
Published in: on October 10, 2009 at 22:32  Comments (14)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/10/10/tun-dr-mahathir-sokong-kepimpinan-najib-dengan-menolak-pemimpin-lemah-dan-korrupt/trackback/

RSS feed for comments on this post.

14 CommentsLeave a comment

  1. Ya, UMNO sepatutnya dengar nasihat Dr M dengan tidak memilih Isa sebagai calon. Tapi tak apa, memang UMNO sudah ketandusan pemimpin selepas Dr M bersara sehingga mereka sanggup mengambil mereka yang terbukti memberi rasuah.

    • Madey cakap MAT ISA tak bersih,tp anak murid Madey BDOG cakap tu conspirasi KJ,bukan ISA rasuah.Jadi nak caya sape?

      • Hang percaya kat diri hang sudah. Lepas tu jangan dok menyibuk kat sini.

  2. Saya ingin memetik tulisan Saudara:-

    “Oleh kerana PM ‘Flip-Flop’ Abdullah membiarkan UMNO dan BN lemah, maka PM Dato’ Seri Najib mewarisi kepimpinan yang lemah. Beliau terpaksa memberikan kompromi kepada Bukan Melayu walaupun banyak dari ‘pemberian’ ini sebenarnya tidak akan menambahkan sokongan kepada Kerajaan dan/atau BN.

    Perlukah lagi DS Najib mencuba “panadol” ini yang nampaknya tidak berkesan, sekurang-kurang di Bkt Gantang, Selambau, KT dan Penang? Perlukah DS Najib terus menerus mengenepikan perasaan Orang Melayu dalam berkompromi ini?

    Mungkinkah DS perlu duduk dan mula membaca Rukun Negara & Perlembagaan, seterusnya menghayatinya?

    – Jelas di Perak, kedaulatan Sultan Melayu susah cuba digugat

    – Terang lagi bersuluh, Bahasa Kebangsaan semakin hari semakin dipinggirkan oleh mereka-mereka yang berkiblatkan Bahasa Kedua (termasuk DS Najib sendiri dan pemimpin negara yang lain dalam urusan rasmi tempatan). Mereka yang ultra-kiasu dengan Bahasa Kebangsaan negara Komunis China dan Tamil Naidu.

    – Orang Melayu dicerca dengan meluas apabila diserang “dengan Ketuanan Melayu”, yang diperkatakan di mana-mana sehinggakan ada orang Melayu sendiri telah bersikap begitu apologetik.

    Sila baca muatan terbaru Sdr. KijangMas Perkasa di http://deminegara.blogspot.com.

    Mungkin kami telah lama menunggu untuk memberikan sokongan padu kepada DS Najib/Kerajaan tapi apakah beliau bersedia untuk menerima serta menghargai sokongan kami?

    “Hanya Satu Bangsa Dalam Satu Negara – Satu Bahasa”

    Semerah Padi

  3. Saya menyokong pendapat Semerah Padi.

    Ada kah DSN sedar bahawa “banyak dari ‘pemberian’ ini sebenarnya tidak akan menambahkan sokongan kepada Kerajaan dan/atau BN”? Sehingga bila kah dia mahu “berkompromi”? Mengapa kah dia perlu kompromi begitu sekali? Siapa yang banyak mendapat faedah dari dasar liberalisasi nya? Bagaimana kah Ekuinas akan menolong orang Melayu? Bagaimana faedah nya akan di agihkan?

    Ada kah memasak (dari perkataan “pasak”) Omar Ong ke dalam Petronas salepas di tolak BOD kali pertama nya juga satu kompromi? Tidak ada kah orang Melayu sepandai OO? Apa tujuan nya dengan OO? Orang ini di katakan bayar pinjaman “study loan” pun tidak, sehingga di hebohkan. Bukan kah ini tanda besar kurang tanggung jawab atau kemungkinan penyelewengan orang yang di jadikan ahli BOD Petronas?

    Hal OO di Ethos Consulting pun di katakan kontroversi. Apa kah dia akan di jadikan CEO Petronas, TS Hassan Merican di persarakan atau di jadikan Penasihat saperti TDM? Apa kah OO di jadualkan mengaut harta Petronas, masukkan ke Ekuinas dan mengagihkan nya? Di agihkan kapada siapa?

    Saya tak faham. Ada banyak so’alan.

    • Ada lagi so’alan2 yang berkaitan.

      Anwar Mat King Leather di katakan mengumpul RM2-3 billion di masa memegang jawatan Menteri Kewangan. Menteri Kewangan sabelom nya dan ada juga salepas nya mendapat kekayaan beratusan, malahan beribuan, juta Ringgit. Apa kah ini menjadi satu “trend”?

      Bagaimana kah boleh mendapat “transparency” yang memuaskan dalam urusan Kerajaan di negara ini? Bolehkan projek projek yang ribuan juta besar nya di tender oleh Unit Perancang Ekonomi? Boleh kah UPE membuat penilaian diatas “project proposal” berdasarkan “criteria” yang sama? Boleh kah segala penilaian bagi kesemua “project proposal” yang di buat bagi tiap tiap projek di umumkan, sekurang kurang nya harga dan cara melaksana tiap “project proposal” itu? Begitu juga “asset transfer” yang besar besaran di Petronas perlu di laku kan dengan pengtahuan umum, sekurang kurang nya salepas nya.

      Saya khuatir ada persaingan (competition) “membuat duit” di antara pihak pihak tertentu. Bukan ratusan juta sekarang, malah ribuan juta, saperti Mat Leather King Anwar di katakan telah buat. Jangan lah hendak nya OO satu alat ke arah ini. Harta Petronas dan lain lain GLC kepunyaan rakyat. Saya tidak rela sampai ke bila pun dan akan sumpah yang berkenaan porak peranda jika “membuat duit” sendiri dari nya.

      • Sdr Isa

        It is frightening. It may be the only reason.

        mohamed

      • Sdr Mohamed,

        Let’s be vigilant, always observe, in news reports and in relevant nooks and corners, try to detect any developments along that line, and cry foul here and everywhere we can. Hopefully Big Dog will let us do it here. In line with freedom of expression and a little contribution to society.

        We’ll not accuse when there are no facts or proofs. We’ll just report or convey information we come across and state our abhorrence. We’ll use the prefix “alleged” or “said to be”, etc, when allegations have been made, like on Mat Leather King Anwar and the RM2-3 billion reported to have been amassed.

        Society must continue to condemn endlessly such acts, otherwise they become the norm. One history Professor said precisely that in respect of Prohibitionism in the US which, over time, became the norm of American society. Drunkenness brought suffering and misery to so many people as a result.

        Corruption has become rampant in Malaysia for so long. The corruption perception Index published by Transparency International shows a worsening trend in this country for the past many years. This trend must be arrested. The Corrupt must be booked irrespective of their position in society.

        Even DAP and PAS, long claiming to be non-corrupt have now appeared to be corrupt. The Teoh Beng Hock case was all about corruption until it veered into possible murder. MACC must continue pursuing the corruption angle relentlessly.

  4. Bab pasal pilih pemimpin slalu buat aku bingung. Mula-mula orang yang kita pilih nampak bagus, bersih, amanah. Lepas 2-3 tahun lain jadi pulak. Betul jugak mak aku cakap, duit ni macam syiling. Ada dua muka, satu pemberian Ilahi dan satu lagi bala jika salah digunakan atau dapat secara haram.

    brahimpendek (Mcm Mat Isa)

  5. Isu Capt Zahar ni blah bukan soal politik. Capt Zahar
    ni blah tinggalkan UMNO & join PAS sebab kontrak Eurocopter dia Pak Lah Badawi Al-Flip-Floppy tolak.

    Padahal MB Selangor sejak zaman Mike Tyson & Khir Toyo dok jaga dia sikit punya baik. Tengok projek Mentari dia keliling Kg Medan + Lindungan. Itu sebab AJK bhg pun sanggup blah sama.

    Inilah salah seorg warlord UMNO S’gor. Zahar Hashim ni ‘Little Napolean’ PJS,

    Aku dgr cete Naib Ketua bhg Yahya Hamzah & SU Datuk Izat Emir punya berusaha utk gagalkan prog TDM dtg PJS. Maklumla, businessman yg nak ganti Zahar!

    Aku brani jamin,
    kalau UMNO PJS tak berubah, sampai
    bila pun UMNO tak mungkin menang! Sekang PAS PJS dah ada Zahar @ $$$!!!!

    • Betul ka?

      Kami lihat Naib Ketua Bahagian UMNO PJ Selatan Yahya Hamzah hadir dalam program ini (siap duduk barisan depan lagi!). Kalau benar Yahya berusaha untuk gagalkan program, ini bermakna beliau sebagai seorang pemimpin hanya mahu kelihatan (visible) tatkala Bahagian PJ Selatan membuat keputusan untuk program ini ditangguhkan.

      Inilah jenis pemimpin yang merosakan UMNO, semata mata kepentingan sendiri.

  6. yaaahooooo!!! Mat Isa menang. Aku dah cakap, Mat Isa ni power pasal kelapa muda Teluk Kemang. Teluk Kemang, here I come…

    brahimpendek (Mcm Mat Isa)

    • Sdr Brahim

      Saya pun turut gembira bersama

      mohamed

  7. Sdr Isa

    We must and we will. InshaAllah.

    Mohamed


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: