Apo nak dikato….

Isa wins

Calon BN dalam Pilihanraya Kecil (PRK) N31 Bagan Pinang Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad telah diumumkan sebagai pemenang. Beliau meraih 8,013 undi, dimana 5,435 darinya merupakan majoriti yang membawa kemenangan.

Laporan The Star:

Polling Day Live Coverage: Isa wins with thumping majority

By SARBAN SINGH and ZULKIFLI AND RAHMAN

PORT DICKSON: Barisan Nasional’s Tan Sri Mohd Isa Samad has won the Bagan Pinang by-election with a landslide 5,435 majority.

Isa, the former Negri Sembilan Mentri Besar, polled 8,013 votes against PAS state commissioner Zulkefly Mohamad Omar’s 2,578.

The by-election was held following the death of Barisan Nasional’s Azman Mohamad Noor due to a blood disorder on Sept 4.

Azman had won the seat against PAS’ Ramli Ismail in the last general election with a 2,333-vote majority, polling 6,430 votes against PAS’ 4,097.

Isa thanked the people of Bagan Pinang for the victory, saying it was a win for Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak’s 1Malaysia concept.

“The people of all races have spoken and this is an endorsement of the Prime Minister’s 1Malaysia concept,” he told reporters.

Isa also thanked the Barisan machinery for working tirelessly during the by-election.

“I’m also happy that the Malays, Chinese and Indians are now with Barisan. I hope this will have a domino effect for Barisan in the future,” he said.

Isa also thanked Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin, who has been leading the charge for the coalition here since nomination day, and Negri Sembilan mentri besar Mohamed Hasan.

*************

Kemenangan besar ini membuktikan Isa diterima amat baik oleh warga Pengkalan Adnan (Port Dickson). Isu mengenai Isa pernah digantung oleh UMNO atas kesalahan salah laku politikwang dilihat oleh warga Pengkalan Adnan sebagai ‘seorang yang pernah dimangsakan oleh PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi’.

Majoriti besar yang diperolehi Isa iaitu 5,435 berbanding dengan keseluruhan undi yang diperolehi Pesuruhjaya PAS Zulkefly Mohamad Omar berjumlah 2,578. Berbanding pada PRU XII 2008 dimana BN menang majoriti 2,333 dan PRU XI 2004 dimana BN menang 4,411, peningkatan prestasi BN kali ini dianggap luar jangka. Ini kerana BN telah dilihat telah gagal meraih keyakinan dan sokongan  rakyat, terutama dalam 8 PRK pasca PRU XII 8 Mac 2008, walaupun ada hujah yang mengutarakan dalam dua PRK kebelakangan ini BN telah memperlihatkan peningkatan walaupun kalah.

Isu yang dilihat sebagai ‘ketirisan modal politik dan terdesak’  dimana PAS perkudakan dalam kempen ini bertumpu keatas 4,600 undi Pos. Satu perkara yang menarik ialah walaupun BN memperolehi 5,435 undi, majoriti undi Bukan Pos (maknanya undi yang diperolehi dari pembuangan hari ini) ialah 2,419 undi. Ini bermakna undi yang dibuang hari ini memang secara nyatanya memihak kepada BN. Undi yang calon PAS terima meleset hampir 40% berbanding dengan PRU XII 8 Mac 2008.

Peningkatan ini hanya boleh diperolehi sekiranya pengundi Bukan Melayu kembali memilih BN. Majoriti dari 4,600 undi Pos merupakan anggota ATM, yang majoritinya orang Melayu. Lebih dari 4,700 pengundi Bagan Pinang merupakan Bukan Melayu dimana lebih 1,400 dari etnik Cina dan lebih 2,700 etnik India. Sekiranya diambil purata 81% dari pengundi ini, maknanya lebih 3,900 pengundi Bukan Melayu telah mengambil bahagian dalam PRK ini. Majoriti 2,419 undi Bukan Undi Pos maknanya sebahagian besar dari 3,900 Bukan Melayu sekitar Pengkalan Adnan yang membuang undi hari ini juga memilih BN.

Sekiranya 4,600 undi Pos ini dikeluarkan dari timbang-kira analisa N31 Bagan Pinang ini, maknanya lebih 9,500 -pengundi merupakan pengundi biasa. Ini jumlah sebegini, BN masih lagi mampu mendapat majoriti 2,419 undi. Sekiranya dimabil purata 82% pengundi keluar, maknanya PAS hanya mampu meraih tidak sampai 2,400 undi dari pengundi biasa. Ini sekaligus membuktikan bahawa isu undi Pos yang kunun kunun ‘senjata’ bagi BN untuk menang kerana tidak mampu meraih sokongan pengundi adalah alasan meleset dan usaha taktikal pati yang terdesak.

Faktor calon merupakan kekuatan BN dalam PRK ini, membatasi kekuatan startegi dan jentera kempen parti. Mantan Menteri Besar Negeri Sembilan untuk 22 tahun dan Menteri Wilayah Persekutuan, Isa disifatkan penduduk Pengkalan Adnan sebagai pemimpin berjiwa rakyat dan amat disenangi. Jelas pengundi N31 Bagan Pinang tidak memperdulikan isu isu nasional yang dibawa Pakatan Rakyat, walaupun cuba disensasikan.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Md. Yasin yang menyeliakan jentera kempen yang begitu effisyen dan berkesan. Jelas formula menengahkan calon yang selesa dan amat diterima penduduk dan pengundi merupakan startegi yang amat berkesan.

Apo nak dikato….? Ruponya bukan air yang bertambah masin di pokan Podeksen. Mulut oghang Podeksen yang bertambah masin di pokan Podeksen!

Published in: on October 11, 2009 at 20:27  Comments (12)