UMNO pasca pindaan Perlembagaan: Tanggung jawab 3K semua ahli

umno_logo2

Perhimpunan Agung Tahunan UMNO ke 60 dan Perhimpunan Agung Luar Biasa yang baru selelsai ini mem bawa ‘sinaran’ baru kepada Perjuangan kebangsaan yang Dato’ Onn mulakan 63 tahun dahulu. Pindaan perlembagaan yang menjadikan UMNO lebih demokratik dan merealisasikan perjuangan ‘1 Malaysia’ Presiden UMNO ke VII Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak dimana ‘rakyat didahulukan’ kini menampakan suntikan semangat baru unttuk memacu parti kebangsaan itu terus meneraju proses mengurus dan membangunkan rakyat dan negara.

Pengesahan (endorsement) secara mutlak pemimpin dan ahli semua peringkat dan menyeluruh ini juga mendapat sokongan negarawan seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad. UMNO kini masuk ke ‘gear’ baru.

Apa yang berlalu pasca 13-16 Oktober 2009 ini sekarang amat penting, malah menjadi tilik tolak segala semangat dan kesungguhan yang diluah dan tafsirkan sekitar Dewan Merdeka dan kompleks PWTC. Amanat Timbalan Presiden dan Presiden perlu dihayati dan diterapkan oleh seluruh warga UMNO secara total dan komprehensif.

Realitinya, UMNO sebagai tunggak Barisan Nasional (BN) hilang momentum sebagai wadah memperjuangkan kepentingan rakyat dan keyakinan untuk memacu pembangunan negara kerana sikap dan perangai segelintir pemimpin dan ahli UMNO. Rakyat menjadi muak dan meluat akibat keangkuhan, perangai menunjuk nunjuk dan cencerung kepada berpoya poya dan kemewahan melampaui jajaran kudrat sendiri oleh segelintir pemimpin dan ahli UMNO. Pemimpin UMNO juga, samada peringkat tertinggi, menengah maupun akar umbi dirasakan rakyat sebagai tidak lagi mendengar dan mendukung aspirasi sebenar akar umbi dan rakyat.

Rakyat, termasuk akar umbi UMNO sendiri hilang punca untuk meluahkan kegusaran, kekecewaan dan paling teruk, kemarahan mereka, walaupun ianya bersifat tertumpu kepada hanya individu tertentu. Rakyat yang cuba meluahkan persaaan dicabar dengan angkuhnya oleh Kepimpinan. Akibatnya, rakyat mengambil keputusan untuk ‘mencabar ego dan keangkuhan Kepimpinan’ dengan membuat tafsiran emosi mereka semasa pilihanraya umum (PRU). Tanggal 8 Mac 2008, pertamanya kalinya dalam sejarah 53 tahun mengamalkan demokrasi UMNO kalah dalam 5 + 1 negeri dan hilang kelayakan mentadbir.

Mesej jelas ini tidak lagi Kepimpinan terima dengan hati terbuka. Kepimpinan masih lagi liat melakukan perubahan drastik iaitu berundur. Setelah menerima tekanan yang begitu intensif, akhirnya Kepimpinan iaitu Presiden UMNO VI PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi hanya mengundur pada 28 Mac 2009, 385 hari selepas UMNO menerima ‘kejutan’ mesej jelas rakyat.

Perubahan yang didambakan itu pun bermula. Kepimpinan baru bawah Presiden UMNO VII Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak mula berusaha untuk meleraikan segala kepincangan dari dasar, perlaksanaan dan budaya yang dibawa oleh PM ‘Flip-Flop’ Abdullah. Antara halangan besar ialah legasi yang ditinggalkan oleh Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah, termasuk golongan minoriti diberikan begitu banyak ‘suara dan kuasa’ dan amat susah untuk meleraikan ‘pemangsa yang sudah merasa darah’ (predators who have tasted blood).

Dalam tempoh yang amat singkat, segelintir pemimpin UMNO dikaitkan dengan kemewahan, keangkuhan dan sikap ‘menunjuk nunjuk’ yang amat mejengkelkan. Oleh demikian, pemimpin UMNO disifatkan secara pukul rata sebagai mereka yang menikmati kemewahan atas mengambil kesempatan pengaruh kedudukan mereka dan usaha yang minima. Lebih buruk lagi, kemewahan ini hanya di’faraid’kan dikalangan kumpulan kecil (inner circle) pemimpin dan rata rata, akar umbi UMNO dan rakyat hanya melihat ini dengan ‘putih mata’.

Kemewahan yang diraih dalam tempoh yang singkat dan usaha minima ini digunakan sebagai alasan dalam proses pemimpin menjana program dan membiayaai jentera UMNO. UMNO yang lebih 3 juta ahli pada peringkat ini perlu sumber sebagaimana sebuah negara memerlukan sumber. Namun yang amat mengecewakan rakyat ialah produktiviti UMNO sebagai agen membawa aspirasi akar umbi dan rakyat tidak setimpal dengan sumber yang digunakan atau dijadikan alasan itu.

Saranan Presiden VII Dato’ Seri Najib untuk UMNO kembali kesemangat dan penghayatan amalan sukarela dalam proses mereka membawa aspirasi dan berkhidmat kepada Agama, Bangsa dan Tanahair amat tepat. UMNO semua peringkat amat perlu merakyatkan semula asas dan legasi asal parti kebangsaan itu sebagai parti massa, walaupun ianya bermula dengan Kepimpinan yang diterajui golongan bangsawan. Pemimpin UMNO semua peringkat  hari ini tidak perlu menjalani kehidupan sebagai ‘golongan bangsawan’ kerana realitinya, mereka diangkat sebagai pemimpin atas keyakinan dan sokongan massa.

Ahli UMNO perlu menghayati penuh sejarah penubuhan, perjuangan dan cabaran masakini untuk dijadikan modal untuk terus mewakili aspirasi massa dan rakyat, sebagaimana ianya berjaya selama lebih 60 tahun. Ahli perlu menaikan pemimpin yang mampu membawa keyakinan dan sokongan rakyat, terutama orang Melayu. Ini amat penting untuk menjana sejarah, peranan dan kedudukan UMNO sebagai parti politik massa. Apabila UMNO dan pemimpin berjaya menjadi parti massa kembali, rakyat terutama orang Melayu sendiri yang akan menjana pembiayaan parti dan Perjuangan, sebagaimana sejarah kaum ibu melurutkan gelang dan rantai emas kedalam tampi dan selendang yang dibentang, demi semangat membantu missi Tunku Abdul Rahman Putra ke London untuk merundingkan Kemerdekaan.

Apabila UMNO benar benar berjaya menjadi parti massa dan kepentingan merakyatkan UMNO untuk berhasil, maka 3.2 juta ahli akar umbi UMNO akan menjadi kekuatan dalam apa pun dasar parti dan Kerajaan. Secara statistiknya, ahli UMNO seramai ini merupakan satu perlima dari orang Melayu dan hampir satu perlapan dari warga Malaysia. Kekuatan ini perlu ditafsirkan dari ikrar ahli UMNO, “Bersatu, Bersetia, Berkhidmat”.  UMNO merupakan wadah penyatuan Bangsa Melayu. UMNO merupakan organ kesetiaan orang Melayu sebagai berdaulat dalam tanahair merdeka. UMNO merupakan Perjuangan bagi orang Melayu untuk memartabatkan kepentingan anak cucu dimasa hadapan.

Ahli UMNO semua peringkat wajar merealisasikan apa yang diluah dan tafsirkan diantara 13-16 Oktober 2009 ini secara kolektif, komprehensif dan konsisten (3 K), tanpa sebarang pengecualian. Pemimpin UMNO semua peringkat yang sudah hilang halatuju dalam kedudukan dan pendekatan mereka sebagai mewakili aspirasi akar umbi dan rakyat harus ditolak dan ganti dengan kadar segera. UMNO kini tidak mampu lagi memberi ruang dan peluang pada pemimpin yang tidak lagi menjana aspirasi massa. ‘Rakyat didahulukan’ kini menjadi kalimah baru sesiapa yang beraspirasi untuk menjadi pemimpin. Mereka yang berkepentingan sendiri tidak lagi mempunyai tempat dalam parti massa berlandaskan perjuangan kebangsaaan ini.

Kepimpinan telah membuka ruang dan memulakan langkah baru untuk melakukan ‘hijrah’ ini, sebagaimana majoriti akar umbi dan rakyat dambakan. Kini tanggung jawab pemimpin UMNO semua peringkat untuk merealisasikan sepenuhnya semangat yang berkobar kobar ini.  Ahli UMNO kini mempunyai ‘hak dan kuasa’ baru untuk membantu menguruskan parti, sebagai tanggungjawab tidak langsung menguruskan negara dan mencorakan masa depan.

UMNO dengan senjata 3K kini ada semangat, nada dan haluan baru untuk mendukung motto:

DULU, KINI dan SELAMANYA

 

Published in: on October 17, 2009 at 10:49  Comments (25)  

Happy Deepavali

 

deepavali

We at BigDogDotCom would like to wish all Hindus and Malaysians Happy Deepavali.

Published in: on October 17, 2009 at 00:07  Comments (1)