UMNO pasca pindaan Perlembagaan: Tanggung jawab 3K semua ahli

umno_logo2

Perhimpunan Agung Tahunan UMNO ke 60 dan Perhimpunan Agung Luar Biasa yang baru selelsai ini mem bawa ‘sinaran’ baru kepada Perjuangan kebangsaan yang Dato’ Onn mulakan 63 tahun dahulu. Pindaan perlembagaan yang menjadikan UMNO lebih demokratik dan merealisasikan perjuangan ‘1 Malaysia’ Presiden UMNO ke VII Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak dimana ‘rakyat didahulukan’ kini menampakan suntikan semangat baru unttuk memacu parti kebangsaan itu terus meneraju proses mengurus dan membangunkan rakyat dan negara.

Pengesahan (endorsement) secara mutlak pemimpin dan ahli semua peringkat dan menyeluruh ini juga mendapat sokongan negarawan seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad. UMNO kini masuk ke ‘gear’ baru.

Apa yang berlalu pasca 13-16 Oktober 2009 ini sekarang amat penting, malah menjadi tilik tolak segala semangat dan kesungguhan yang diluah dan tafsirkan sekitar Dewan Merdeka dan kompleks PWTC. Amanat Timbalan Presiden dan Presiden perlu dihayati dan diterapkan oleh seluruh warga UMNO secara total dan komprehensif.

Realitinya, UMNO sebagai tunggak Barisan Nasional (BN) hilang momentum sebagai wadah memperjuangkan kepentingan rakyat dan keyakinan untuk memacu pembangunan negara kerana sikap dan perangai segelintir pemimpin dan ahli UMNO. Rakyat menjadi muak dan meluat akibat keangkuhan, perangai menunjuk nunjuk dan cencerung kepada berpoya poya dan kemewahan melampaui jajaran kudrat sendiri oleh segelintir pemimpin dan ahli UMNO. Pemimpin UMNO juga, samada peringkat tertinggi, menengah maupun akar umbi dirasakan rakyat sebagai tidak lagi mendengar dan mendukung aspirasi sebenar akar umbi dan rakyat.

Rakyat, termasuk akar umbi UMNO sendiri hilang punca untuk meluahkan kegusaran, kekecewaan dan paling teruk, kemarahan mereka, walaupun ianya bersifat tertumpu kepada hanya individu tertentu. Rakyat yang cuba meluahkan persaaan dicabar dengan angkuhnya oleh Kepimpinan. Akibatnya, rakyat mengambil keputusan untuk ‘mencabar ego dan keangkuhan Kepimpinan’ dengan membuat tafsiran emosi mereka semasa pilihanraya umum (PRU). Tanggal 8 Mac 2008, pertamanya kalinya dalam sejarah 53 tahun mengamalkan demokrasi UMNO kalah dalam 5 + 1 negeri dan hilang kelayakan mentadbir.

Mesej jelas ini tidak lagi Kepimpinan terima dengan hati terbuka. Kepimpinan masih lagi liat melakukan perubahan drastik iaitu berundur. Setelah menerima tekanan yang begitu intensif, akhirnya Kepimpinan iaitu Presiden UMNO VI PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi hanya mengundur pada 28 Mac 2009, 385 hari selepas UMNO menerima ‘kejutan’ mesej jelas rakyat.

Perubahan yang didambakan itu pun bermula. Kepimpinan baru bawah Presiden UMNO VII Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak mula berusaha untuk meleraikan segala kepincangan dari dasar, perlaksanaan dan budaya yang dibawa oleh PM ‘Flip-Flop’ Abdullah. Antara halangan besar ialah legasi yang ditinggalkan oleh Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah, termasuk golongan minoriti diberikan begitu banyak ‘suara dan kuasa’ dan amat susah untuk meleraikan ‘pemangsa yang sudah merasa darah’ (predators who have tasted blood).

Dalam tempoh yang amat singkat, segelintir pemimpin UMNO dikaitkan dengan kemewahan, keangkuhan dan sikap ‘menunjuk nunjuk’ yang amat mejengkelkan. Oleh demikian, pemimpin UMNO disifatkan secara pukul rata sebagai mereka yang menikmati kemewahan atas mengambil kesempatan pengaruh kedudukan mereka dan usaha yang minima. Lebih buruk lagi, kemewahan ini hanya di’faraid’kan dikalangan kumpulan kecil (inner circle) pemimpin dan rata rata, akar umbi UMNO dan rakyat hanya melihat ini dengan ‘putih mata’.

Kemewahan yang diraih dalam tempoh yang singkat dan usaha minima ini digunakan sebagai alasan dalam proses pemimpin menjana program dan membiayaai jentera UMNO. UMNO yang lebih 3 juta ahli pada peringkat ini perlu sumber sebagaimana sebuah negara memerlukan sumber. Namun yang amat mengecewakan rakyat ialah produktiviti UMNO sebagai agen membawa aspirasi akar umbi dan rakyat tidak setimpal dengan sumber yang digunakan atau dijadikan alasan itu.

Saranan Presiden VII Dato’ Seri Najib untuk UMNO kembali kesemangat dan penghayatan amalan sukarela dalam proses mereka membawa aspirasi dan berkhidmat kepada Agama, Bangsa dan Tanahair amat tepat. UMNO semua peringkat amat perlu merakyatkan semula asas dan legasi asal parti kebangsaan itu sebagai parti massa, walaupun ianya bermula dengan Kepimpinan yang diterajui golongan bangsawan. Pemimpin UMNO semua peringkat  hari ini tidak perlu menjalani kehidupan sebagai ‘golongan bangsawan’ kerana realitinya, mereka diangkat sebagai pemimpin atas keyakinan dan sokongan massa.

Ahli UMNO perlu menghayati penuh sejarah penubuhan, perjuangan dan cabaran masakini untuk dijadikan modal untuk terus mewakili aspirasi massa dan rakyat, sebagaimana ianya berjaya selama lebih 60 tahun. Ahli perlu menaikan pemimpin yang mampu membawa keyakinan dan sokongan rakyat, terutama orang Melayu. Ini amat penting untuk menjana sejarah, peranan dan kedudukan UMNO sebagai parti politik massa. Apabila UMNO dan pemimpin berjaya menjadi parti massa kembali, rakyat terutama orang Melayu sendiri yang akan menjana pembiayaan parti dan Perjuangan, sebagaimana sejarah kaum ibu melurutkan gelang dan rantai emas kedalam tampi dan selendang yang dibentang, demi semangat membantu missi Tunku Abdul Rahman Putra ke London untuk merundingkan Kemerdekaan.

Apabila UMNO benar benar berjaya menjadi parti massa dan kepentingan merakyatkan UMNO untuk berhasil, maka 3.2 juta ahli akar umbi UMNO akan menjadi kekuatan dalam apa pun dasar parti dan Kerajaan. Secara statistiknya, ahli UMNO seramai ini merupakan satu perlima dari orang Melayu dan hampir satu perlapan dari warga Malaysia. Kekuatan ini perlu ditafsirkan dari ikrar ahli UMNO, “Bersatu, Bersetia, Berkhidmat”.  UMNO merupakan wadah penyatuan Bangsa Melayu. UMNO merupakan organ kesetiaan orang Melayu sebagai berdaulat dalam tanahair merdeka. UMNO merupakan Perjuangan bagi orang Melayu untuk memartabatkan kepentingan anak cucu dimasa hadapan.

Ahli UMNO semua peringkat wajar merealisasikan apa yang diluah dan tafsirkan diantara 13-16 Oktober 2009 ini secara kolektif, komprehensif dan konsisten (3 K), tanpa sebarang pengecualian. Pemimpin UMNO semua peringkat yang sudah hilang halatuju dalam kedudukan dan pendekatan mereka sebagai mewakili aspirasi akar umbi dan rakyat harus ditolak dan ganti dengan kadar segera. UMNO kini tidak mampu lagi memberi ruang dan peluang pada pemimpin yang tidak lagi menjana aspirasi massa. ‘Rakyat didahulukan’ kini menjadi kalimah baru sesiapa yang beraspirasi untuk menjadi pemimpin. Mereka yang berkepentingan sendiri tidak lagi mempunyai tempat dalam parti massa berlandaskan perjuangan kebangsaaan ini.

Kepimpinan telah membuka ruang dan memulakan langkah baru untuk melakukan ‘hijrah’ ini, sebagaimana majoriti akar umbi dan rakyat dambakan. Kini tanggung jawab pemimpin UMNO semua peringkat untuk merealisasikan sepenuhnya semangat yang berkobar kobar ini.  Ahli UMNO kini mempunyai ‘hak dan kuasa’ baru untuk membantu menguruskan parti, sebagai tanggungjawab tidak langsung menguruskan negara dan mencorakan masa depan.

UMNO dengan senjata 3K kini ada semangat, nada dan haluan baru untuk mendukung motto:

DULU, KINI dan SELAMANYA

 

Published in: on October 17, 2009 at 10:49  Comments (25)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/10/17/umno-pasca-pindaan-perlembagaan-tanggung-jawab-kolektif-semua/trackback/

RSS feed for comments on this post.

25 CommentsLeave a comment

  1. Salam Bro,dan salam Depavali,

    Persidangan UMNO telah selesai,pindaan PERLEMBAGAAN telah dipinda dengan mendapat sokongan sebulat suara para Perwakilan UMNO.Presiden,Timbalan ,Naib Naib Presiden semuanya menyeru agar semua lapis kepimpinan UMNO sanggup dan berani BERUBAH.

    Dalam Dewan semuanya bersemangat mahu berubah,luar dewan bagaimana ? adakah mereka betul betul serius mahu berubah ?

    Buatlah sebanyak mana pindaan pada PERLEMBAGAAN tetapi kalau SIKAP masih kekal SIKAP lama ianya tidak akan memberi apa apa kesan pada parti.

    Kata Ybhg Tun Dr Mahathir Mohamad “yang penting sekali dan perlu berubah ialah SIKAP “kalau ini dapat diperbetulkan UMNO akan menjadi sebuah parti yang sukar digugat oleh mana mana parti politik didalam Malaysia.

    Regards,

    1 Malay

    • SIKAP = kunci segala2nya !!

      Pindalah apa juga, berbiuh lah mulut, lelahlah lidah, jika sikap tidak mahu diubah – pimai, pimai dok tang tu lar jugak.

    • Mahukan maanusia tukar sikap itu memerlukan masyarakt terus menyuarakan tentangan dan pengkejian dan pengkritikan terhadap apa yang tidak baik berlaku di dalam masyarakt itu.

      Ada buku buku sejarah dan kaji masyarakat yang mengatakan jika tingkah laku salah di dalam masyarakt itu tidak sentiasa di kritik dan di keji, tingkah laku itu menjadi kebiasaan (norms) masyarakat itu, lama kelamaan menjadi budaya masyarakat itu. Keadaan itu boleh menjatuhkan masyarakat itu. Banyak masyarakat (civilizations) yang terkenal dalam sejarah sudah pupus. Contoh nya, Mesir (yang sekarang ha nya boleh membanggakan piramid dan artifak artifak purba), Aztec (Amerika Selatan) dan Khmer, yang suatu masa dahulu gilang gemilang, gagah perkasa.

      Politik wang dan rasuah ada lah contoh besar tingkah laku buruk di kalangan masyarakat Melayu. Masyarakt mesti jangan berpendirian bahawa jika tingkah laku tidak baik itu sudah banyak berlaku, biarkan sahaja, mengeluarkan kata kata jenaka saperti apo nak di kato, itu tugas Kerajaan, dan jangan sekali kali berkata kalau orang besar pun buat, kenapa aku tak boleh buat. Kritik dan keji orang besar rasuah itu sehabis habis nya sehingga di dakwa di mahkamah.

      Melayu tamaddun nya tidak begitu lama berbanding dengan Cina dan India. Memang Bangsa lain tidak kurang kelemahan nya. Tapi kita mesti fikir dan sedar bahawa kita perlu mengejar ketinggalan ekonomi dan sebagai nya yang kita hadapi selama ini. Rasuah melemahkan lagi Melayu dan kita akan di perkosa bangsa lain, di rasuahkan nya, menjadi semangkin lemah dan tidak tahu bila boleh mencapai 30% kekayaan korporat, apatah lagi kekayaan dalam bidang bidang ekonomi lain.

      Mari lah kita sentiasa kejikan dan kritikkan politik wang dan rasuah. Mari lah kita menggesa UMNO dan Kerajaan meneruskan langkah langkah mengikis politik wang dan rasuah di negara ini.

  2. HIDUP UMNO !!!
    HIDUP UMNO !!!
    HIDUP UMNO !!!

    Hanya satu lagi tugas untuk UMNO berubah yakni menyingkirkan Khairy Jamaluddin pengkhianat bangsa.

    • Hahahaha…. ko nih, penat mamat tu bertanding dan menang jadi ketua pemuda.

    • dan kalo buleh la, kj, kalau kau membaca rintihan kami nih, turun la cepat2. Takde maknanya kalau kau gila kuasa mcm gini, umno yang akan terima padahnya.

    • penat bertanding ke, penat bagi “benda” tu..

      • Mamat ni mana tahu rintihan, OKB ni akan buat apa saja. Dia ni patut disingkir saja. Cakap berdegar2 kat perhimpunan, taik sangkut celah gelegar!! Ha,ha, perosak dan penjahanam Melayu, asal sendiri jadi OKB tak per. Kawan aku menganggur takder kerja, dia papa kedana tp mamat ni tak der kerja pun ble jadi kaya? Sendiri mau fikir lar. Org ni takder roh umno dlm diri dia.

    • Setuju dgn cadangan Apa Pasal.

      Mungkin kj ni harus dihadiahkan kerakyatan pulau titik merah diselatan tu.

      • UMNO memang tiada harapan. Satu satu Melayu yang tidak cacat pun akan dihalau oleh Melayu sendiri. Teruskan 100 tahun dan selamanya, tanpa NEP, Melayu UMNO yang cacat tidak akan berdiri dengan sendiri.

      • siapa kata umno tiada harapan? hanya org penakut sahaja yg akan kata begitu demi melindungi “ketakutannya”..

  3. Saya khuatir apa yang di kata tidak di kota.

    Saya gembira pemindaan Perlembagaan itu di luluskan sebulat suara. Bagus sekarang Bahagain tidak memegang begitu banyak kuasa memilih pemimpin sebab itu lah yang membusukkan parti di masa lalu. Sekarang ratusan ribu ahli yang berkuasa memilih pemimpin. Saya tahu politik wang akan berterusan sebab banyak yang busuk dalam UMNO. Saya harap akan banyak berkurangan.

    Tun Dr Mahathir kata politik wang tidak mungkin boleh di kikis. Gejala politik wang mula berleluasa di zaman TDM. Dia yang mulakan sistem quota pencalonan Bahagian dan mula nya “warlordism”. Hampir semua Ketua Bahagian kaya raya. Hingga berlumba lumba mahukan kontrak, projek dan lain2 yang boleh memberi komisen. “Ali Babaism” balik semula. Mereka yang dapat kontrek dan projek bukan yang benar benar berniaga. Harap gejala ini akan bertukar mulai sekarang.

    Khuatir pulak fasal kemungkinan timbul nya gejala mengumpul harta beribu juta saperti yang di katakan Mat King Leather Anwar buat di masa tempoh Menteri Kewangan nya. Dua billion Ringgit mengikut laporan di akhbar. Jangan lah Omar Ong di masukkan ke dalam BOD Petronas sebagai alat ke arah itu.

  4. Lawak paling antarabangsa,…. KJ mahu Kerajaan tubuh Bank Belia… heheheh dia kan konon2nya “Investment Banker”…. Itulah saja profile dia….

    • Setiap cadangan dia tak sah sebab aku dengar mamat ni dpt jawatan melalui “gerak kerja” yg tidak sah!!

    • Ya, kj harus mula dgn projek ‘mat rempit dan minah boh sia’ dulu, janganlah ambil projek yg besar besar

      mula dgn yg kecil dan terdaya

      jangan asyik dgn duit aje …

  5. Semasa KJ “berkuasa”, semua projek Kerajaan tidak menjadi malah membebankan pentadbiran DSN. Saya senaraikan disini;

    1. Projek Bas Rapid – Semua maklum siapa yang membekalkan bas-bas dari China kalau bukan Kamaluddin. Kini, walau baru berusia 2-3 tahun, bas-bas tersebut telah usang dan penyelenggaraannya amat tinggi. Baru2 ini Rapid terpaksa naikkan tambang bas dengan menghapus sistem “one day ticket” Kenaikkan tambang 100%.

    2. Semua Koridor (Kecuali Koridor Tidur) – Habuk pun tak ada. Apa yang penting, Syarikat PR serta anak beliau telah mengaut keuntungan berjuta2 ringgit untuk fee perundingan.

    3. Apa jadi dengan National Feedlot Corporation? Dengan modal yang diberikan sebanyak RM500juta, apakah negara kini sudah tidak lagi mengimpot daging lembu?

    4. Apa perkembangan National Agrifood Corporation? Jugan dengan modal RM500juta, apa kah sudah terdapat ekspot sayur2an ke Jepun seperti polisi bodoh Bodohwi? Sila beri statistik.

    5. Apa jadi dengan Ninebio Sdn Bhd? Juga dengan modal RM500juta serta membayar consultant luar negara untuk membuat business plan, apakah produk yang telah dihasilkan?

    6. Apa jadi dengan Halal Hub? Satu pun tak ada lagi.

    7. Apa jadi dengan Taman Industri Halal? Sudahkan beroperasi?

    8. Apa jadi dengan PAMPENA? Malaysian Kitchen?

    Khairy hanya pandai tapi tak ada pengalaman serta wawasan. Tahukah beliau bagaimana caranya hendak berniaga? Tak usah lah berangan nak buka Bank Belia. Bank yang sedia ada pun golongan belia semua dah ada akaun.

    • Kami nak tambah dua lagi:

      9. Malaysian Biotech Corporation

      10. Halal Development Corporation

      Scandal ECM Libra ambil alih Avenue Capital janganlah dilupakan begitu sahaja. Dec 2005: Apabila The Star tanya PM ‘Flip-Flop’ Abdullah Badawi bagaimana kedudukan beliau sebagai Pengerusi MOF Inc Bhd sedangkan menantu beliau berkepentingan dalam cadangan ambil alih “Bilis makan Jerung” itu, beliau menjawab “I don’t know!”.

      • Tguk tidak astro history “Mao Last Battle” mlm td..Rencana itu patut dijadikan iktibar kpd penjenayah2 politik keatas jenayah2 politik yg dilakukan mereka serta akibat yg akan mereka terima keatas perlakuan2 mereka ketika berkuasa setelah kuasa pemerintahan beralih tangan. Apa jadi kpd balu Mao dan “kumpulan empat”nya apabila mereka tidak berkuasa lagi.

        Mujurlah mereka tinggal di Msia !!

  6. Macamana projek koridor di johor, iskandar malaysia nak bergerak, ceo lama, ikmal hijjaz, sibuk “menutuh” pekerja perempuannya di ofis. perangai lama kaki perempuan dia makin menjadi jadi. tak tau pulak kenapa ada betina2 irda yang sanggup mengadaikan maruah kat mamat tua ikmal nie. sorang tuh janda anak satu rambut blonde, dulu kerja kat cimb bank kl, lagi satu anak dara tua (tak dara pun) dulu kerja kat KPMG KL. Ikmal selalu la bawak betina2 tuh balik apartment dia kat belakang hyatt tuh. tanya la pakcik guard, banyak la cerita. org2 besar kat upenj pun tahu pasal nie. malu la, kadang2 ikmal bawak betina2 tuh pegi spore, mabuk2, driver dia yg bercerita. apa punya ceo la.

    jawa johor

    • Sedara,

      Ada bukti ka?

      Relevant atau tidak komen ini dalam artikel ini masih belum dipastikan.

      Yang nyatanya:

      Dato Ikmal Hijaz Hashim dah bersara dah pun. Tak guna nak bangkitkan komen ini sekarang, dalam artikel ini pulak tu.

  7. Make KJ disappear from UMNO and a hell lot of UMNO’s visible liability and bad image will disappear too.

    KJ should take cue from Zaid Ibrahim 6 months sabbatical leave from PKR and like Anwar Ibrahim, KJ will never ever taste being the PMship of Malaysia.

    I am very sure public perception of UMNO will jumped tremendously with KJ’s disappearance; the Silent Majority will never accept the seriousness of UMNO’s reforms while KJ still lurks around the halls of UMNO.

    Don’t equate Isa Samad with KJ; the former has paid his dues and he has done much for the people and state of N9. KJ has done nothing much except to take all for himself (and family) and glorify cronyism for his (and his family) self interest. He talks cock most of the time.

  8. Biggum Dogmannsteinberg,

    Memang la ada bukti. U tanya la kawan u BJ yg dekat JB tu. Dia tahu banyak cerita. Kalau u tak nak percaya suka hati u, tapi i cuma nak bagitau u org tua tu belum bersara pun. dia masih lagi chairman faber dan direktor uem land. pekerja2 di syarikat tuh tolong berhati2 dgn org tua gatal nie. kalau u ada nak perempuan dan kerja satu syarikat dgn org tua miang nie u sure tak boleh tidor malam punya. gerenti. kalau org tua tu tido kat hotel, malam2 meeting dekat bilik dia, u tau tak? apa punya jadah! sampai SB spore pun tahu aktiviti org tua tu. Ini ka ceo glc di malaysia yang patut di contohi? Podah!

    • So awak niw mcm RPK juga la…”reliably informed” ???

      Berdosa kalau menuduh orang tanpa bukti, tambahan awak bukan saksinya.

    • Kalau ada bukti, kemuakakanlah. Jangan setakat buat komen buta dalam blog saja.

      Sekarang ni zaman penyaluran maklumat bebas dan effisyen. Kalau betul ada bukti, kongsilah untuk semua orang nilai kesahihan atau relevan atau tidak.

      Kalau betul Dato Ikmal buat macam tu, kenapa keluor sekarang dan tidak semasa beliau masih lagi menduduki jawatan? Sekurang kurangnya boleh dimabil tindakan kalau maklumat itu didedahkan terlebih awal.

  9. […] 4. UMNO. Since taking the helm of the Presidency on 28 March 2009, Seventh UMNO President Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak’s stewardship left not so much to be desired for, in the perspective of reprimanding the people who dwelled into ‘money politics’. For the last nine months, none of the UMNO leaders who contested and their agents and/or supporters ever been reprimanded for the crime which left so many Malaysians, especially turn their back against UMNO. PM Najib should pave the way for the nationalist party to adopt the ‘3K’ approach. […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: