Tun Dr. Mahathir: Orang Melayu beruntung kerana ujud Kerajaan yang simpati kepada mereka

“Orang Melayu beruntung kerana ada kerajaan yang bersimpati kepada mereka” tegas Perdana Menteri Malaysia IV Tun Dr. Mahathir Mohamad “Oleh demikian, ujud peluang untuk mereka dibangunkan kerana ada kerajaan yang demikian”. MARA dan UiTM adalah contoh yang diambil sebagai mengupas bagaimana Melayu luar bandar berjaya dibangunkan kerana tindakan langsung Kerajaan.

P1050049

Beliau membuat ucapan dalam program ‘Wacana Intelek Ulung: Syarahan Perdana Bersiri  Bersama Tun Dr. Mahathir’, anjuran Alumni UiTM diYayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pagi ini. Ianya dihadiri oleh personaliti graduan UiTM seperti MP Sepang YB Dato’ Seri Mohamad Zain Mohamad dan Naib Cansellor UiTM Prof Tan Sri Dato Dr. Ibrahim Abu Shah.

“Orang Melayu mampu dilindungi Kerajaan kerana dasar dasar yang ada. Apa akan jadi sekiranya Kerajaan yang ujud tidak lagi bersimpati kepada orang Melayu, majoriti warganegara ini?” sambil menjelaskan dimasa lepas, Dewan Rakyat dikuasai 2/3 oleh MP yang ‘bersimpati kepada orang Melayu’. Beliau memberi amaran kepada orang Melayu sekiranya berlaku keadaan dimana 2/3 Dewan Rakyat dikuasai oleh golongan yang ‘Tidak bersimpati dengan nasib dan masalah orang Melayu’, termasuk mereka dikalangan orang Melayu sendiri.

Ada pihak yang merasa bangga kerana Kerajaan berjaya mengujudkan ‘Bandar Melayu’ seperti Shah Alam, Bangi dan Putrajaya. Menurut Presiden UMNO ke V itu kejayaan ini tidaklah boleh dibanggakan sangat kerana ianya kuasa peracangan bandar baru yang ada pada ‘tangan orang Melayu” dan “Lainlah kalau kita boleh jadikan (transform) tempat seperti Cheras, Puchong, Serdang dan Petaling Jaya sebagai ‘Bandar Melayu'”.

Orang Melayu juga perlu bergerak untuk mengadakan ‘Strategi Budaya’ yang menjuruskan kepada kemampuan Melayu tanpa kuasa politk. Sambil menyifatkan ‘budaya’ itu sebagai ‘nilai’ dan ‘cara hidup’, orang Melayu selama ini ‘membudayakan kehidupan’ yang berdasarkan kuasa politik berada ditangan mereka.

Diawal ucaputama, negarawan unggul beliau menyingkap dari perspektif feudalism bagaimana sistem sosio-politik Melayu bermula dan bagaimana orang Melayu akur kepada Raja Raja dan lahir sistem ke’raja’an.  Sejarah menunjukan Orang Melayu cukup terbuka untuk menerima kemasukan etnik lain untuk mencari rezeki dan mencari kehidupan dalam sebuah negeri, sehinggakan orang lain mengambil kesempatan apabila mereka diberikan kepercayaan.

Beliau mengulas mengenai cabaran globaliasi dari perspektif mana mana perjanjian perdagangan sebagai contohnya AFTA iaitu antara negara negara ASEAN.  “Sekiranya ianya tidak dikaji dan perhalusi, nanti kita akan rugi. Contohnya AFTA memperuntukan bahawa mana mana motorkar yang mempunyai hanya 40% kandungan tempatan boleh disifatkan sebagai ‘taraf motorkar nasional’. Ini yang berlaku kepada Proton dimana ianya mempunyai 90% kandungan tempatan berbanding dengan motorkar yang hanya dipasang diThailand, yang mempunyai 60% barangan impot (yang nyata mempunyai skala ekonomi (economies of scale) yang bagus). Akhirnya Proton menjadi mahal jika dibandingkan motorkar yang diimpot dari Thailand. Ini amat tidak menguntungkan kita!”.

Beliau juga mengulas mengenai  perjanjian perdagangan bebas antara Malaysia dan Amerika Syarikat yang disifatkan sebagai ‘lebih ‘menguntungkan Amerika Syarikat berbanding Malaysia’. “Dengan kuasa, pengaruh dan modal mereka, dengan mudah (firma) Amerika Syarikat menguasai pasaran walaupun dalam negara kita”, sambil mengambil contoh bank bank perdagangan Amerika Syarikat yang sengaja tidak dibenarkan membuka cawangan serata negara. “Negara perlu mengambil kira apa yang penting untuk kita sebelum bersetuju dengan sesiapa”.

“Firma Amerika Syarikat ini akan menjadi amat kuat dalam sesebuah negara hingga mampu memperngaruhi dan akhirnya menguasai kerajaan. Ini berlaku kepada penguasa ladangan pisang gergasi sekitar Amerika Tengah. Penguasaan ekonomi yang berjaya dikawal begitu menyeluruh sehingga mereka hingga mampu membuat kerajaan tunduk kepada telunjuk mereka dan inilah bermula ujud ‘Banana Republic’!”.

“Inilah falsafah dibelakang konsep ‘Dunia tanpa sempadan’. Penguasaan yang orang Barat buat ialah melalui ekonomi dan politik”.

Soalan mengenai kemampuan Bahasa Melayu menjadi bahasa penghantar peringkat global, beliau menjelaskan bahawa kemampuan itu bergantung kepada kemampuan orang Melayu, yang menggunakan Bahasa Melayu itu mampu untuk menguasai ilmu dan kecekapan tertentu sehingga memaksa orang lain menggunakan Bahasa Melayu untuk terma tertentu.

*Perkembangan dikemas kini 130pm

Apabila ditanya mengenai tindakan Perdana Menteri VI Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak untuk mengisytiharkan 16 September sebagai ‘Hari Malaysia’ dan cuti umum, Tun Dr. Mahathir memberikan komen amat sinis “Baguslah ada cuti lagi. Kita patut lebih banyak cuti. Cuti banyak lagi penting dari bekerja” sambil mengungkap senyuman sindiran “Orang kata saya ini ‘workoholic‘. Saya pun sudah lama bercuti”.

Published in: on October 19, 2009 at 11:03  Comments (9)