Tun Dr. Mahathir: Orang Melayu beruntung kerana ujud Kerajaan yang simpati kepada mereka

“Orang Melayu beruntung kerana ada kerajaan yang bersimpati kepada mereka” tegas Perdana Menteri Malaysia IV Tun Dr. Mahathir Mohamad “Oleh demikian, ujud peluang untuk mereka dibangunkan kerana ada kerajaan yang demikian”. MARA dan UiTM adalah contoh yang diambil sebagai mengupas bagaimana Melayu luar bandar berjaya dibangunkan kerana tindakan langsung Kerajaan.

P1050049

Beliau membuat ucapan dalam program ‘Wacana Intelek Ulung: Syarahan Perdana Bersiri  Bersama Tun Dr. Mahathir’, anjuran Alumni UiTM diYayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pagi ini. Ianya dihadiri oleh personaliti graduan UiTM seperti MP Sepang YB Dato’ Seri Mohamad Zain Mohamad dan Naib Cansellor UiTM Prof Tan Sri Dato Dr. Ibrahim Abu Shah.

“Orang Melayu mampu dilindungi Kerajaan kerana dasar dasar yang ada. Apa akan jadi sekiranya Kerajaan yang ujud tidak lagi bersimpati kepada orang Melayu, majoriti warganegara ini?” sambil menjelaskan dimasa lepas, Dewan Rakyat dikuasai 2/3 oleh MP yang ‘bersimpati kepada orang Melayu’. Beliau memberi amaran kepada orang Melayu sekiranya berlaku keadaan dimana 2/3 Dewan Rakyat dikuasai oleh golongan yang ‘Tidak bersimpati dengan nasib dan masalah orang Melayu’, termasuk mereka dikalangan orang Melayu sendiri.

Ada pihak yang merasa bangga kerana Kerajaan berjaya mengujudkan ‘Bandar Melayu’ seperti Shah Alam, Bangi dan Putrajaya. Menurut Presiden UMNO ke V itu kejayaan ini tidaklah boleh dibanggakan sangat kerana ianya kuasa peracangan bandar baru yang ada pada ‘tangan orang Melayu” dan “Lainlah kalau kita boleh jadikan (transform) tempat seperti Cheras, Puchong, Serdang dan Petaling Jaya sebagai ‘Bandar Melayu'”.

Orang Melayu juga perlu bergerak untuk mengadakan ‘Strategi Budaya’ yang menjuruskan kepada kemampuan Melayu tanpa kuasa politk. Sambil menyifatkan ‘budaya’ itu sebagai ‘nilai’ dan ‘cara hidup’, orang Melayu selama ini ‘membudayakan kehidupan’ yang berdasarkan kuasa politik berada ditangan mereka.

Diawal ucaputama, negarawan unggul beliau menyingkap dari perspektif feudalism bagaimana sistem sosio-politik Melayu bermula dan bagaimana orang Melayu akur kepada Raja Raja dan lahir sistem ke’raja’an.  Sejarah menunjukan Orang Melayu cukup terbuka untuk menerima kemasukan etnik lain untuk mencari rezeki dan mencari kehidupan dalam sebuah negeri, sehinggakan orang lain mengambil kesempatan apabila mereka diberikan kepercayaan.

Beliau mengulas mengenai cabaran globaliasi dari perspektif mana mana perjanjian perdagangan sebagai contohnya AFTA iaitu antara negara negara ASEAN.  “Sekiranya ianya tidak dikaji dan perhalusi, nanti kita akan rugi. Contohnya AFTA memperuntukan bahawa mana mana motorkar yang mempunyai hanya 40% kandungan tempatan boleh disifatkan sebagai ‘taraf motorkar nasional’. Ini yang berlaku kepada Proton dimana ianya mempunyai 90% kandungan tempatan berbanding dengan motorkar yang hanya dipasang diThailand, yang mempunyai 60% barangan impot (yang nyata mempunyai skala ekonomi (economies of scale) yang bagus). Akhirnya Proton menjadi mahal jika dibandingkan motorkar yang diimpot dari Thailand. Ini amat tidak menguntungkan kita!”.

Beliau juga mengulas mengenai  perjanjian perdagangan bebas antara Malaysia dan Amerika Syarikat yang disifatkan sebagai ‘lebih ‘menguntungkan Amerika Syarikat berbanding Malaysia’. “Dengan kuasa, pengaruh dan modal mereka, dengan mudah (firma) Amerika Syarikat menguasai pasaran walaupun dalam negara kita”, sambil mengambil contoh bank bank perdagangan Amerika Syarikat yang sengaja tidak dibenarkan membuka cawangan serata negara. “Negara perlu mengambil kira apa yang penting untuk kita sebelum bersetuju dengan sesiapa”.

“Firma Amerika Syarikat ini akan menjadi amat kuat dalam sesebuah negara hingga mampu memperngaruhi dan akhirnya menguasai kerajaan. Ini berlaku kepada penguasa ladangan pisang gergasi sekitar Amerika Tengah. Penguasaan ekonomi yang berjaya dikawal begitu menyeluruh sehingga mereka hingga mampu membuat kerajaan tunduk kepada telunjuk mereka dan inilah bermula ujud ‘Banana Republic’!”.

“Inilah falsafah dibelakang konsep ‘Dunia tanpa sempadan’. Penguasaan yang orang Barat buat ialah melalui ekonomi dan politik”.

Soalan mengenai kemampuan Bahasa Melayu menjadi bahasa penghantar peringkat global, beliau menjelaskan bahawa kemampuan itu bergantung kepada kemampuan orang Melayu, yang menggunakan Bahasa Melayu itu mampu untuk menguasai ilmu dan kecekapan tertentu sehingga memaksa orang lain menggunakan Bahasa Melayu untuk terma tertentu.

*Perkembangan dikemas kini 130pm

Apabila ditanya mengenai tindakan Perdana Menteri VI Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak untuk mengisytiharkan 16 September sebagai ‘Hari Malaysia’ dan cuti umum, Tun Dr. Mahathir memberikan komen amat sinis “Baguslah ada cuti lagi. Kita patut lebih banyak cuti. Cuti banyak lagi penting dari bekerja” sambil mengungkap senyuman sindiran “Orang kata saya ini ‘workoholic‘. Saya pun sudah lama bercuti”.

Published in: on October 19, 2009 at 11:03  Comments (9)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/10/19/tun-dr-mahathir-orang-melayu-beruntung-kerana-ujud-kerajaan-yang-simpati-kepada-mereka/trackback/

RSS feed for comments on this post.

9 CommentsLeave a comment

  1. Jika terjadi “Kerajaan yang ujud tidak lagi bersimpati kepada orang Melayu, majoriti warganegara ini”, Melayu akan memberontak. Sekurang kurang nya dengan cara mengundi Kerajaan itu keluar dalam pilihanraya yang berikut nya.

    Memang “Orang Melayu cukup terbuka untuk menerima kemasukan etnik lain untuk mencari rezeki dan mencari kehidupan” di sini, sehinggakan ada yang mengambil kesempatan apabila mereka diberi kerakyatan. Yang saya tak faham mengapa Kerajaan membenarkan etnik lain mengungkit, malahan memperso’alkan, Hak Istimewa Melayu walhal hak itu ada lah sebagai balasan (in exchange for) hak kerakyatan itu. Sehinggakan pihak berkenaan membuka 10% tempat kapada etnik lain dan memberi lain2 kemudahan.

    Bukan kah kerana yang satu itu sebagai balasan kapada yang satu lagi, maka kalau yang satu di perso’alkan, Melayu boleh memperso’alkan hak yang satu lagi itu? Bukan kah jika hak kerakyatan itu untuk selama lama nya, kesemua Hak Istimewa Melayu, termasuk DEB, MRSM, UiTM, dsb nya pun mesti untuk selama lama nya? Bukan kah yang 30% kekayaan korporat (sekarang bahru 19% di capai) itu ada lah ha nya satu bidang ekonomi negara sahaja dan kita mesti di bantu mendapat kekayaan di dalam lain2 bidang ekonomi juga?

    Kalau, sebagaimana Tun Dr Mahathir berkata, “orang lain mengambil kesempatan”, mengapa Melayu tidak mengambil kesempatan juga di negara nya sendiri? Walhal Hak Istimewa itu jelas di peruntukkan di dalam Perlembagaan negara. Menyambung kata kata Tun, Kerajaan mesti sentiasa bersimpati kapada kaum Melayu yang demikian lama ketinggalan di bidang ekonomi, pelajaran dan lain2 lagi. Kerana kemunduran tersebut, timbul padang yang tak sama rata dan Melayu mesti di bantu untuk dapat mengejar ketinggalan yang jauh itu.

  2. workaholic yang sensitif. contohnya di mingguan malaysia semalam. wartawan bertanya apa rahsia kebahagiaan rumah tangga tun dan tun dr siti hasmah yang telah bersama selama 53 tahun?
    jawapannya: dalam soal kebahagiaan rumah tangga, saya berpendapat bahawa apabila kita berkahwin, kita mesti bersikap bertanggungjawab. kalau ada perpisahan, ia menyakitkan orang lain termasuk anak saya. dan saya tak nak mereka menjadi tidak senang kerana kelakuan saya. sebab itu saya lebih suka walaupun kita memang ada masaalah, mungkin salah faham antara suami isteri, tapi akhirnya kita atasi dan kita balik berdamai.dan saya tak minat untuk menyakitkan hati sesiapa termasuk isteri saya dengan mengadakan kegiatan kegiatan yang kurang baik.

    semoga Allah melimpahkan keberkatan yang melimpah ruah utk ayahanda tun dr mahathir kerana jika semua lelaki di dunia berfikir seperti ini, maka amanlah dunia dari perkara yang tak elok. semua rumahtangga pasti aman damai. terima kasih tun dr m atas jasa dan kata kata ini.

    • Apa ini Marina Mahathir?

      Kalau betul pun, bagus lah, anak mempertahankan, mempromosikan imej ayah nya. Lebih banyak Melayu berbangga dengan emak bapak nya, lebih baik untuk masyarakat kita.

      • nama saya marina kamarulzaman. bukan marina mahathir.
        kebetulan nama serupa. maaf kerana mengelirukan. tapi saya memang mengkagumi tun dr mahathir sebagai tokoh yang cemerlang dari segi akademik, akhlak dan tindakannya.

  3. hey bd is it true the dr said something about malays being fat and also laughed when told about sept 16 being a holiday.

    • Really? That must have hit close to home.

  4. Aiya bd very sad so important subjek yet no comments.

  5. Gomen kesian dgn Melayu? What about Melayu kesian dengan pendatang2 di Tanah Melayu dahulu sehingga diberikan KERAKYATAN secara PERCUMA?

    Jadi apa yang hendak diungkitkan oleh anak cucu pendatang tersebut?

  6. MY IDOLS IS DR MAHATHIR … SAYA TABIK DR MAHATHIR…..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: