Nik Aziz hiprokrit

 

Nik-Aziz-Lim-Kit-Siang-DAPAS

Nik Aziz in a Chinese Chauvinists anti-Islam/Malay DAP function with Lim Kit Siang

Murshidul Am PAS dan MB Kelantan Dato’ Nik Aziz Nik Mat ialah seorang pemimpin yang hipokrit. Dalam bahasa Arab berthemakan Islamnya, sebagaimana yang sering PAS selalu perkudakan: Munafiq!

Ariffahmi

Ir Ariffahmi Abdul Rahman, CEO PMBK and Son-in-Law to MB Kelantan and PAS Murshidul Am Dato Nik Aziz Nik Mat

Ini kerana menantu kesayangan beliau, CEO PMBK Ir. Ariffahmi Abdul Rahman ialah seorang ahli UMNO.  Beliau yang bernombor keahlian 02666057 merupakan ahli berdaftar Cawangan Kg. Chakong, Bahagian Machang. Beliau merupakan seorang yang datang dari keluarga ahli UMNO.

Maklumat ini disahkan Kepimpinan UMNO Bahagian Machang.

Nik Aziz pernah mengeluarkan kata kesat “Pergi jahanam UMNO” semasa membuat komen keatas cadangan Presiden PAS Dato’ Hadi Awang dalam ucapan penggulungan Muktamar PAS mengenai ‘Kerajaan Perpaduan’ dan kemungkinan berkerjasama dengan UMNO ditimbulkan oleh media untuk ulasan.

PAS-TIPU

Nampaknya, kemelut Kepimpinan PAS yang melibatkan ‘warna sebenar’ pemimpin mereka, terutama yang diagungkan sebagai “Tok Guru” akhirnya mula menampakan apa yang sebenarnya. Pembohongan PAS memperkudakan emosi orang Melayu terhadap ugama Islam dijadikan senjata untuk dimodalkan sebagai sasaran politik hanya untuk meraih kuasa.

Hipokrasi Nik Aziz sebagai MB Kelantan bermula lebih awal lagi. Antara slogan PAS Kelantan semasa kempen pilihanraya ialah “Membangun bersama Islam” dan menyifatkan Kelantan sebagai “Serambi Mekah”. Setelah 19 tahun memerintah, pembangunan fizikal dan Islam dalam Kelantan amatlah mengecewakan.

Sebelum ini, Nik Aziz sebagai seorang hipokrit dibongkarkan apabila beliau pada mulanya menerima tawaran mengerjakan haji pada musim ini dengan empat orang ahli keluarga lain dengan kos RM 65,000.00 seorang, yang sepatutnya ditakrifkan sebagai rasuah. Namun setelah pendedahan tawaran dari sebuah kontraktor papantanda diKelantan itu dalam media alternatif dan mula mendapat perhatian rakyat Malaysia dalam tempoh yang amat singkat, Jumaat lepas beliau mengumumkan membatalkan pemergian itu yang sepatutnya dilakukan hari ini.

Isu ‘Baiah Cerai Talak Tiga’ yang mula mula diketengahkan oleh  ADUN PAS Gunung Semanggol Hj Ramli Tussin semasa PRK Bukit Gantang April 2009,  pada 10 Nov 2009 disahkan oleh MP Shah Alam Khalid Samad dan dipaparkan NST dan kemudian disahkan oleh Setiausaha PAS Selangor Mohd. Khairuddin Othman. Namun, setelah timbul kontroversi yang mendapat liputan meluas media, ianya dinafikan oleh Kepimpinan PAS sebagai dasar rasmi parti, termasuk Nik Aziz sendiri. 

Laporan Bernama.com:

10 November, 2009 17:25 PM

Nik Aziz Nafi Wujud Bai’ah Dalam Pas

 

KOTA BAHARU, 10 Nov (Bernama) — Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Selasa menafikan wujudnya apa yang dinamakan sumpah bai’ah yang membawa kepada perceraian isteri sehingga menjadi polimik baru dalam kepimpinan PAS sekarang.

Menteri Besar Kelantan itu berkata isu itu sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu di kalangan orang Islam sendiri yang dengki terhadap perjuangan PAS yang mula diterima oleh masyarakat umum.

“Sebenarnya PAS ini telah didengki oleh orang Islam sendiri, oleh kerana parti ini berkembang akhir-akhir ini maka golongan sekular ini berusaha juga dan mencari juga jalan yang boleh menggugat kedudukan PAS.

“Di Kelantan, isu bai’ah ini tak timbul langsung,” katanya kepada pemberita di sini hari ini, mengulas isu yang ditimbulkan oleh anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad baru-baru ini.

Khalid dari Pas, mengakui wujudnya syarat yang menghendaki pemimpin-pemimpin parti itu melafazkan bai’ah iaitu sumpah taat setia bahawa akan jatuh talak tiga terhadap isteri masing-masing jika mereka mengkhianati parti.

Bagaimanapun Naib Presidennya Salahuddin Ayub berkata Majlis Syura Pas tidak pernah mengeluarkan sebarang dasar yang menghendaki pemimpin-pemimpin parti itu melafazkan bai’ah sedemikian.

Namun Anggota Jawatankuasa Pas Pusat dan Anggota Exco kerajaan negeri Kelantan Datuk Husam Musa pula mempertahankan bai’ah yang wujud dalam parti itu dengan alasan untuk mengelak wakil rakyat mereka daripada dibeli oleh Umno.

Reaksi daripada itu Kerajaan mahu kepimpinan PAS memberi penjelasan mengenai dakwaan bai’ah itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom berkata ini kerana pihak kerajaan melihat bai’ah adalah suatu keputusan yang hanya dibuat sebelah pihak tanpa perbincangan dengan pihak wanita.

Bagaimanpun Nik Abdul Aziz mengakui sebelum calon PAS bertanding (dalam pilihan raya) ada angkat sumpah dan ianya terdapat dalam borang taat setia sebagai akujanji sebagai tanda setia dan amanah kepada parti.

“Kita kahwin dengan orang pun ada ijab kabul, ijab kabul itu yang dipanggil bai’ah,” katanya.

Ditanya mengenai wujudnya bai’ah sedemikian di kalangan PAS Selangor, Nik Aziz berkata sebagai Menteri Besar Kelantan masalah Selangor adalah masalah individu dan terserah kepada tugas jawatankuasa disiplin utuk menyelesaikannya.

Di KUALA LUMPUR, Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang berkata, PAS tidak akan mengambil sebarang tindakan atau memberikan penjelasan lanjut mengenai isu bai’ah kerana menganggap isu itu telah selesai.

“Tak payah (siasatan), tidak ada (bai’ah), benda tu tidak ada, ia sudah selesai, sudah habis,” jawabnya ringkas ketika ditanya pemberita di Lobi Parlimen.

Abdul Hadi berkata, perkara itu hanya dibangkitkan oleh media dan bukannya anggota PAS.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub berkata, parti itu tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Khalid yang membuat kenyataan itu memandangkan pemimpin tertinggi dan Majlis Syura PAS memberitahu bahawa sebenarnya bai’ah yang didakwa tidak wujud.

Baginya, isu bai’ah itu tidak menjadi liabiliti kepada parti itu bahkan ia dianggap sebagai satu percambahan minda yang sihat dalam parti serta mencerminkan kebebasan bersuara di kalangan anggota PAS.

— BERNAMA

************

Pemanipulasikan fakta ini merupakan hipokrasi PAS secara institiusi. PAS sebagai parti politik dan pemimpin mereka sebenarnya tergamak menguna dan manipulasikan Islam semata mata untuk menagih simpati, mengelirukan, meraih sokongan dan mendapat undi.

Nik Aziz tidak terkecuali dari amalan ini.

*Dikemaskini 400pm

 

Published in: on November 15, 2009 at 11:06  Comments (25)