Mukhriz untuk N03 DUN Kota Siputeh?

Semenjak ADUN N03 Kota Siputeh Dato’ Abu Hassan diisytiharkan hilang kerusi oleh Mahkamah Tinggi, maka timbul beberapa  cadangan   blogger pro–UMNO agar Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Dato’ Mukhriz Mahathir dicalonkan sebagai wakil BN apabila SPR mengumumkan Pilihanraya Kecil bagi DUN tersebut kelak.

Kepercayaan orang Kedah keatas MP Jerlun tersebut amat memberansangkan. Juga harapan dan aspirasi akar umbi UMNO Kedah, terutama dikalangan Bahagian Jerlun. Beliau juga seorang pemimpin yang disenangi akar umbi dan rakyat dan mudah didampingi.

 

Namun begitu, kesesuaian Mukhriz untuk dicalonkan adalah diragukan. Ini kerana bukanlah Mukhriz seorang politikus yang tidak mampu membawa aspirasi akar umbi dan rakyat atau berkhidmat sebagai DUN Kota Siputeh dengan baik. Namun, Mukhriz hari ini telah memikul tanggung ajwab yang berat dan mencabar, sebagai seorang MP dan juga Timbalan Menteri dalam sebuah kementerian yang strategik.

Sebagai Timbalan Menteri MITI, beliau dipertanggung jawabkan dalam pembangunan program industri kecil dan serdehana, terutama dikalangan usahawan dan industrialis Bumiputra. Fungsi yang sebelum ini dipikul oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) diambil alih oleh Mukhriz apabila MECD dimansuhkan dalam rombakan Kabinet sulung Perdana Menteri VI Dato Seri Mohd. Najib Tun Razak pada 8 April 2009. Begitu banyak harapan dan aspirasi SME/I Bumiputra dibebankan kepada Timbalan Menteri MITI ini, terutama segala program BICC.

 

Mukhriz juga seorang yang amat aktif dalam isu antarabangsa. Dalam Persidangan Memerangi Penjenayah Peperangan yang dianjurkan Perdana Global Peace Organisation (PGPO) bulan lepas, Mukhriz telah menjadi seorang panelis walaupun setelah menjawat Timbalan Menteri dan tidak lagi menerajui sebuah NGO. Pengalaman berharga beliau sebagai Pengarah Eksekutif PGPO dan selaku Exco Pemuda UMNO Hal Ehwal Antarabangsa merangkap Penyelaras Aman Malaysia melayakan pendapat beliau dalam isu antarabangsa masih lagi diperlukan. Ini pernah disaksikan apabila beliau berdebat dengan TYT Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia Boyd McLeary pada Ogos 2006 mengenai isu serangan dan penjajahan  Israel keatas Selatan Lebanon. Beliau juga mengetuai sendiri missi menghantar beakalan kepada Gaza semasa kawasan itu diserang dan  Isarel pada Februari 2008.

Jika diselami, UMNO Kedah kini menghadapi masalah mencari politkus yang kredibel, bagi mengembalikan keyakinan dan seterusnya sokongan rakyat kembali kepada UMNO. Selesaianya ialah untuk menengahkan calon yang bukan sahaja anak tempatan (Jerlun), malah mempunyai kedudukan dalam parti yang melayak beliau bukan sahaja mewakili aspirasi rakyat DUN Kota Siputeh, malah suara akar umbi UMNO dalam DUN Kedah.

UMNO Kedah wajar mempertimbangkan personaliti seperti Dato’ Maznah Hamid. Maznah bukan sahaja Ketua Wanita UMNO Jerlun, beliau juga Ketua Wanita UMNO Kedah dan ahli Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia. Sekiranya Dato’ Maznah berjaya dipilih sebagai ADUN Kota Siputeh, maka ianya akan menambah suara wanita mewakili BN dalam DUN Kedah. Setakat ini, hanya ADUN Sungai Tiang YB Suraya Yaakob suara tunggal wanita UMNO dalam DUN Kedah.

Akar umbi UMNO Jerlun wajar mempertimbangkan cadangan kami ini.

 

Published in: on November 19, 2009 at 17:23  Comments (25)