Apa yang sedia untuk di’Korban’kan, sempena Hari Raya Korban 1430H?

Aidil Adha 1430H

Hari ini merupakan hari Wukuf di Padang Arafah. Ini ialah permulaan musim Haji 1430H. Besok ialah Hari Raya Aidil Adha atau dikenali juga sebagai Hari Raya Korban.

‘Korban’ ialah erti simbolik Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam begitu taat kepada perintah Allah s.w.t. dengan rela dan redha bersedia untuk menyembelih putera kesayangan Nabi Allah Ismail Alaihissalam, tanpa sebarang kesangsian. Kita perlu kaji bagaimana roh ‘Korban’ ini membawa pengertian lain kepada kita, rakyat Malaysia yang terdiri dari majoriti Melayu-Islam.

Ini adalah masa sesuai untuk MB ‘Flip-Flop’  Nik Aziz Nik Mat untuk di”Korban’kan, demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat Kelantan dan ahli PAS. Ini kerana MB ‘Flip-Flop’ Nik Aziz sebagai Murshidul Am PAS mengamalkan nepotism dan kronyism, berdalih mengenai menerima ‘rasuah’ (imbuhan penajaan Haji bernilai sebanyak RM 65,000 seorang untuk beliau, isteri dan anak dan menantu), memperkudakan agama Allah s.w.t. (“Allah pun mencarut”, “Boleh berkawan dengan syaitan” dan “Pergi jahanam UMNO”) semata mata kepentingan politik dan membawa slogan yang tidak ditunaikan (“Membangun bersama Islam”) selama 19 tahun memerintah Kelantan.

Sepanjang tahun 1430H ini, 'Kepala Lembu' membawa simbol 'Korban' yang lain dan amat sensitif, terutama bagi penduduk Seksyen 23 Shah Alam

Ini juga masa yang sesuai untuk MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim untuk di’Korban’kan, demia kepentingan dan kesejahteraan rakyat Selangor. Ini kerana beliau gagal dalam negeri Selangor dan DYMM Tuanku Sultan Selangor juga dikhabarkan murka kerana isu ‘Wang Zakat bagi pembangunan’ cadangan MB Khalid. Isu ‘Kuil Seksyen 23 Shah Alam’ juga menunjukan dasar dan pendekatan pentadbiran Kerajaan PR MB Khalid yang lemah dan mengakibatkan keadaan yang hampir menjurus kepada rusuhan kaum dan ugama.

Ini juga masa yang sesuai bagi rakyat Malaysia yang cintakan konsep ‘Keadilan’ untuk memberikan tekanan agar kes liwat Anwar “Mat King Leather” Ibrahim keatas Saiful Bukhary Azlan disegerakan. Ini kerana rakyat sedar bahawa Anwar “Mat King Leather” Ibrahim cuba sedaya upaya untuk menggunakan pelbagai taktik, alasan dan “wayang” agar kes ini tertangguh dengan pelbagai helah teknikal. Buat masa ini, ‘Keadilan’ sedang di’Korban’kan dengan tindakan Anwar “Politikus-Anarkis” Ibrahim ini kerana “Pengadilan yang dilengahkan adalah pengadilan yang dinafikan” (Delayed justice is justice denied).

ADUN DAP sampai tergamak berdiri atas meja walaupun DYTM Pemangku Raja Perak masih berada dalam DUN Perak itu lagi

Proses pengadilan juga perlu diberikan ruang secukupnya dan tidak dijadikan ‘Korban’ modal politik, yang akhirnya rakyat sendiri akan menjadi ‘korban mangsa keadaan’. Proses mengubalkan undang undang juga jangan dijadikan ‘korban sarkas’ bagi golongan berkepentingan. Pemimpin Pakatan Rakyat juga wajar di’korban’kan bawah Akta Hasutan demi kepentingan rakyat.

Pemimpin yang pernah ‘mengorbankan diri sendiri’ semata mata kerana Anwar “Politkus-Anarkis” Ibrahim seperti Ezam Md. Noor, Dr. Chandra Muzaffar dan Dato’ S. Nalla Karupan kini dengan tegas mengesa agar mantan-banduan-salahguna-kuasa itu disingkirkan, bagi menjaga kepentingan perjuangan PKR. Raja Politikus-Anarkis Malaysia ini sedia bekerjasama dengan segala anasir termasuk Yahudi Neo Con agar kerakusan untuk mengambil kuasa tercapai, atas apa juga kos dan kesan kepada negara dan rakyat.

A quarter of million dollars bounty for Chin "Butcher of Malaya" Peng, from a 1950s Straits Time headline

Rakyat Malaysia juga tidak bersedia untuk ‘mengorbankan’ prinsip semata mata kesenangan dan keselesaan seorang individu, membatasi kepetingan dan sentimen majoriti. Dewasa ini, terdapat usaha pihak liberalist yang terdiri dari anasir anti-Melayu seperti DAP dan politikus-anarkis seperti Anwar Ibrahim yang mendesak agar Penjenayah Perang Chin “Butcher of Malaya” Peng dibenarkan kembali ke Sitiawan, Perak untuk menghabiskan sisa sisa hidup. Dalam tempoh 12 tahun Darurat, Chin “Butcher of Malaya” Peng dan warga Parti Kominis Malaya dipertanggung jawabkan dalam hampir 5,000 nyawa terkorban dengan kejam dimana 60% terdiri dari orang awam yang tidak bedosa, termasuk kanak kanak, wanita dan orang tua.

Ini juga masa yang sesuai bagi rakyat Malaysia membuat pertimbangan serious agar Pakatan Rakyat (PR) di’Korban’kan, demi kepentingan agama, bangsa dan tanahair. Ini kerana kegagalan menunaikan janji janji dan ‘pertelingkahan’ antara mereka samada dalam parti ataupun antara parti jelas memberikan gambaran bahawa prinsip, dasar, aspirasi dan pendekatan mereka yang bukan sahaja tidak sehaluan dan senada, malah bertentangan. Kekeliruan dan kekecohan yang mereka ujudkan kerana percanggahan pendapat, prinsip, dasar, aspirasi dan perjuangan ini sebenarnya ‘mengorbankan’ kepentingan rakyat yang memberikan mereka mandat sebagai alternatif kepada BN. Akhirnya, “Harapkan pagar, pagar makan padi”.

Wilayah tanahair juga perlu dipertahankan agar tidak di’Korban’kan untuk menjaga kepentingan ‘orang lain’. Ini amat perlu diberikan perhatian terutama apabila ‘orang lain’ itu bercita cita besar untuk menjarahkan ‘pengaruh keluasan kuasa mereka’, melalui penjajahan ekonomi.

‘Korban’ 1430H ini membawa pengertian yang jauh lebih mendalam, bagi senario politik Malaysia. Rakyat Malaysia, terutama orang Melayu-Islam perlu bersedia untuk ber’Hijrah’ dan melakukan ‘pengorbanan’, bagi menjamin masa depan anak cucu mereka.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1430H

 

 

 

Published in: on November 26, 2009 at 13:45  Comments (19)