Krisis ‘Ariffahmi Gate’ kini mengundang perebutan kuasa di PAS Kelantan

Semenjak kami menyiarkan amalan kronysim MB ‘Flip-Flop’ Dato’ Nik Aziz Nik Mat dan mendapat perhatian media perdana dan alternatif sehingga menjadi skandal ‘Ariffhami Gate’ dan Murshidul Am PAS itu di’bayang’kan untuk berundur, keadaan menjadi lebih kronik. Kini, bermula ‘perebutran kuasa’ antara Kepimpinan PAS Kelantan.

Laporan Berita Harian:

Drama PAS Kelantan calar imej Nik Aziz 

Oleh Jamhariah Jaafar

NOV 27 — Drama dalaman PAS Kelantan semakin menarik. Di kala Timbalan Pesuruhjaya II PAS negeri, Datuk Husam Musa mengatakan dia bukan calon yang layak untuk memegang jawatan Menteri Besar, anak Datuk Nik Aziz Nik Mat, merayu supaya jangan siapa menghalang ayahnya daripada meletak jawatan.

Nik Mohamad Abduh dalam blognya secara tegas berkata: “Ayahanda telah tua dan keletihan. Dia telah memberi yang terbaik. Jika suatu hari dia menyebut hasrat meletakkan jawatan, jangan ada yang bodoh datang mengatakan tidak dan jangan. Jika tidak, saya akan memanggilnya, “Wahai si bodoh!”.

Nyata ramai bersimpati dengan nasib yang menimpa Mursyidul Am PAS yang kini diselubungi kesedihan yang tidak kunjung padam, sehingga niatnya untuk menunaikan haji di Makkah tahun ini terpaksa dibatal.

Nik Mohamad Abduh di dalam blognya tidak menyembunyikan kekecewaan terhadap beberapa individu PAS yang mencetus pelbagai kontroversi, sehingga membuatkan ramai berasa sudah tiba masanya untuk Tok Guru berundur daripada kepemimpinan perdana.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali memberi 10 sebab mengapa Nik Aziz perlu meletak jawatan. Alasan diberi amat pedih, antaranya — Nik Aziz sudah terlalu lama bergelar wakil rakyat dan Menteri Besar; kerap uzur; nyanyuk; tidak kreatif dalam pemerintahan; menjadi alat pakatan pembangkang termasuk parti yang jelas menentang pelaksanaan negara Islam; dan ramai pemimpin PAS Kelantan dan pusat memang mahu dia bersara, tapi tidak berani bersuara.

Tok Guru sebenarnya sudah lama mencipta dilema di dalam PAS, tetapi tindakannya sejak akhir-akhir ini mencetus banyak kontroversi sehingga menjejaskan nama baik serta maruahnya sebagai seorang pemimpin dan ulama disegani.

Isu hangat dicetuskan tahun ini bermula daripada penentangan tegas kepada sebarang usaha untuk bekerjasama dengan Umno, membawa kepada usul supaya diadakan Mesyuarat Agung Khas (EGM) bagi berbincang mengenai tindakan ramai pemimpin PAS yang dilihat “amat cenderung untuk menubuh kerajaan perpaduan dengan Umno”.

Akhirnya semua bersetuju mengadakan satu seminar khas sehari yang memberi ruang kepada ahli akar umbi meluahkan pendapat. Antara persoalan yang timbul pada seminar itu ialah antara Mursyidul Am dan Presiden, siapa yang lebih berkuasa?

Namun, kontroversi tidak berakhir di situ dan ia bersambung di Kelantan. Bermula dengan isu tajaan mengerjakan haji sehingga Nik Aziz membatalkan pemergiannya dan keluarga ke Makkah, kepada pemecatan serta-merta pegawai kanan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Syed Azidi Syed Aziz atau lebih dikenali sebagai blogger Kickdefella… mengheret kepada suasana yang lebih parah.

Isu PMBK menjadi kronik apabila Nik Aziz membuat keputusan melantik menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PMBK. Tindakan itu menerima kritikan keras dan Syed Azidi menggunakan blognya untuk ‘menyerang’ Ariffahmi.

Nik Aziz kemudian membuat keputusan meminta Ariffahmi meletak jawatan CEO — selepas dinasihatkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, serta beberapa pemimpin PAS lain.

Melihat kepada kemelut yang menjejaskan imej PAS Kelantan dan mendengar suara akar umbi bahawa sudah tiba masanya Nik Aziz berundur, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, membuat saranan supaya Menteri Besar itu menamakan penggantinya lebih awal supaya tidak timbul kekalutan apabila beliau meletak jawatan nanti.

Justeru, apabila Nik Mohamad Abduh melabel Syed Azidi sebagai “Jebat yang berusaha membela si Tuah rakan pujaannya”, ramai tersenyum sinis tatkala Husam dengan pantas menepis tanggapan bahawa dia berminat untuk menjadi Menteri Besar.

Bagaimanapun, Husam kelmarin menegaskan dia tidak berminat untuk menjadi Menteri Besar Kelantan. Malah secara sinis tapi serius, dia berkata: “Kalau tawar Perdana Menteri saya nak… Menteri Besar ini kolam kecil sangat… saya jenis badan besar suka berenang kolam besar.”

Ramai pemerhati politik melihat kenyataan pemimpin muda PAS ini daripada pelbagai sudut dan ada antara mereka bersetuju bahawa Husam sebenarnya tidak menetapkan Kelantan sebagai sasaran, sebaliknya memang menumpu perhatian di gelanggang perdana.

Persoalannya ialah sama ada dia akan menjadi rakan atau pesaing Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam Pakatan Rakyat?

Drama PAS Kelantan masih belum berakhir. Syed Azidi melalui blognya semalam menyerlahkan kedudukan sebagai “penyokong setia Husam”, di samping mencetus beberapa persoalan yang bakal mencemarkan lagi imej Nik Aziz.

Daripada dakwaan wujud “sebuah dinasti keluarga Nik Aziz” di negeri Serambi Makkah itu, kepada isu berkaitan aktiviti Majlis Perbandaran Kota Bharu, Sekolah Darul Anuar, tanah wakaf di Pulau Melaka dan sebuah stesen minyak.

Nik Aziz adalah Menteri Besar Kelantan, yang harus bertanggungjawab atas setiap tindak tanduknya… sudah tiba masanya beliau membuat keputusan yang boleh mengembalikan kewibawaannya sebagai seorang pemimpin dan ulama yang disegani. — Berita Harian

******************

Kelantan merupakan negeri Pakatan Rakyat (PR) paling strategik kerana ianya sudah matang menjadi pentadbiran Bukan BN, selama 19 tahun ini. MB ‘Flip-Flop’ Nik Aziz, yang juga merangkap Murshidul Am PAS telah menduduki jawatan eksekutif negeri sepanjang tempoh itu.

‘Perebutan Kuasa’ ini mula menjadi nyata setelah ‘Ariifahmi Gate’ memungkinkan Kepimpinan PAS datang ke Kota Bahru dan mendesak agar CEO PMBK Ir Ariffahmi Abdul Rahman dipecat.  Exco Kelantan Dato’ Nik Amar mendesak agar MB ‘Flip-Flop’ Nik Aziz menamakan pengganti, dengan alasan bukan untuk mendesak menyegerakan pengunduran MB ‘Flip-Flop’ Nik Aziz tetapi ‘Plan Peralihan’ bagi PAS Kelantan dirangka.

Dalam pada itu, Exco Kanan Kelantan Dato’ Husam Musa yang diharapkan ramai penyokong PR untuk mengambil alih jawatan MB Kelantan pula bermain politik dengan menafikan beliau calon sesuai untuk jawatan itu. Husam disifatkan penyokong PR sebagai calon paling sesuai mengambil alih MB ‘Flip-Flop’ Nik Aziz kerana sebagai golongan ‘Erdigan’ dalam PAS, beliau merupakan ‘batu loncatan’ bagi Ketua Pembangkang-tanpa-parti Anwar “Mat Leather King” Ibrahim diterima oleh akar umbi PAS.

Kebarangkalian bagi PAS yang kunun kunun berjuang atas “landasan Al Quran dan Sunnah” “untuk mengukuhkan kerjasama dengan anasir anti-Islam seperti parti Chauvinis Cina DAP. Setakat ini, kerjasama yang berjaya dipupuk antara dua parti yang amat ekstrim pegangan dan prinsip itu sering menampakan percanggahan prinsip, dasar dan kedudukan yang amat nyata.

Dalam pada itu, kebarangkalian untuk Husam menggantikan MB ‘Flip-Flop’ Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan adalah lebih malap, berbanding dengan Timbalan Menteri Besar Dato’ Ahmad Yaacob dan Exco Kelantan Dato’ Nik Amar Nik Abdullah. Ini kerana ‘penerimaan’ Husam dalam pihak Istana tidaklah begitu memberangsangkan. Sebelum ini, dikhabarkan bahawa pihak Istana ‘menolak’ cadangan untuk menjadikan Husam sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Keadaan Pemimpin PAS Kelantan amat tidak selesa agar Husam jadikan penganti kepada MB “Fip-Flop’ Nik Aziz. Ini diluahkan melalui media dengan lantang.

Laporan Malaysian Insider:

Nik Aziz’s son blames Husam for state problems

Husam is being blamed for the troubles in Kelantan. — File pic

By Adib Zalkapli

KUALA LUMPUR, Nov 26 — Kelantan PAS continues to be rocked with apparent infighting with Mentri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat’s son Nik Abduh blaming his father’s protege Datuk Husam Musa for the problems in the state.

Nik Abduh, who is a PAS Youth executive committee member, blogged today that Husam’s aide Syed Azidi Syed Abdul Aziz, who was sacked from the Kelantan Mentri Besar Corporation (PMBK) early this month, has now started an attempt to topple his father.

Syed Azidi, who blogs as Kickdefella, joined the state investment arm in 2007 upon the invitation of Husam, a state executive councillor.

He was sacked by the PMBK CEO Ariffahmi Abdul Rahman, who is also Nik Aziz’s son-in-law, for allegedly conspiring with a Barisan Nasional (BN) assemblyman and leaking corporation’s information to the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).

“Why did you present roses to my father only to stab him the moment you step out of Kota Darul Naim?” asked Nik Abduh in his blog.

“Maybe it was not your fault. It was the person who brought you to Kelantan who is guilty, and now he is trying to cleanse and distance himself from you,” he said, claiming that Syed Azidi was given VIP treatment when he arrived in the state.

Last April, Nik Abduh slammed Nik Aziz’s advisers for instigating the PAS spiritual adviser to oppose moves to initiate political cooperation with Umno and his criticism was seen to be directed at Husam.

Since his removal, Syed Azidi has repeatedly accused Arrifahmi of abuse of power, an action described as cowardice by Nik Abduh.

“Why didn’t you criticise Ariffahmi privately in front of him like I did. No one was threatened by my father for criticising his son-in-law,” said Nik Abduh.

Ariffahmi, who is currently under the MACC investigation, was ordered to resign by Nik Aziz early this week after intervention by the PAS central committee led by president Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Nik Abduh described the controversy in PMBK as one of the toughest issues that has affected the family and he vowed to defend Ariffahmi from what he called slander.

Husam was Nik Aziz’s choice for the PAS deputy presidency and is seen as a leading light of the Erdogan faction, named after the Turkish prime minister, for promoting closer ties with opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.

But Husam lost to incumbent Nasharuddin Mat Isa, who was later accused of wanting PAS to unite with political rivals Umno.

Nik Aziz last month called for a special congress to sack leaders who are promoting unity with Umno in what was seen as a veiled attack against Abdul Hadi and his faction. The move failed but the party remains divided over the issue although Abdul Hadi has reiterated the party remains in the Pakatan Rakyat.

******************

Dalam pada itu, Husam Musa mengumumkan bahawa ujud ‘konspirasi’ menghalang beliau agar terus maju dalam politik dan Pentadbiran PAS Kelantan.

Laporan Malaysian Insider:

Husam claims conspiracy against him

By Adib Zalkapli

KUALA LUMPUR, Nov 20 – Kelantan executive councillor Datuk Husam Musa claimed today that there was a conspiracy to have him removed from the state government.

“There have been efforts to drive a wedge between me and Tok Guru,” said Husam (picture) referring to Kelantan Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“I am fully aware of the conspiracy against me,” he told The Malaysian Insider.

Rumours were rife yesterday that Nik Aziz was considering removing Husam from the state administration following the actions of his former aide, Syed Azidi Syed Abdul Aziz.

Syed Azidi was a corporate liaison officer at the Kelantan Mentri Besar Corporation (PMBK) until he was sacked early this month.

His removal was followed by a public argument between him and the PMBK CEO Ariffahmi Abdul Rahman, who is also the son-in-law of Nik Aziz.

Yesterday, Syed Azidi claimed that Nik Aziz had ordered Ariffahmi, who is under Malaysian Anti Corruption Commission (MACC) investigation, to leave PMBK to avoid further embarrassment to the state administration.

Ariffahmi had denied the allegations, claiming that Syed Azidi was trying to pressure Nik Aziz.

Rumours of Husam’s removal surfaced soon after Syed Azidi made the claim that Nik Aziz would announce Arrifahmi’s resignation yesterday.

“I know Tok Guru will not do that as he is a very rational man,” Husam told The Malaysian Insider.

He refused to say if Ariffahmi was behind the attempt to kick him out of the state government.

“They are outsiders, trying to get me, eventually the target is Tok Guru, and then they will move in to topple the PAS government,” said Husam.

Meanwhile, the Kelantan PAS liaison committee will convene a special meeting tomorrow morning and is expected to discuss the latest crisis in the state government.

The Malaysian Insider understands that many members of the state PAS committee are in favour of removing Ariffahmi from the Kelantan government investment arm.

Kelantan PAS secretary Zaki Ibrahim, however, said tomorrow’s meeting is a routine one and the PMBK issue is not on the agenda.

“The matter does not arise, but the committee members are free to speak up during the meeting,” Zaki told The Malaysian Insider.

**********

Perkembangan ini adalah bahan menarik, tatkala Pakatan Rakyat sedang sibuk mengstrukturkan pakatan antara parti yang berlainan prinsip, aspirasi dan matlamat itu. Dalam khutbah tradisi sempena sembahyang sunnat Hari Raya Aidil Adha, beliau berdoa atas mimbar agar PM Dato’ Seri Najib Tun Razak diberikan hidayah dan petunjuk agar  melepaskan tuntutan royalti berbading ‘wang ehsan’ yang diperuntukan. Sekiranya PM Najib degil, maka MB ‘FlipFlop’ mendoakan agar keenganan ini akan diturun bala’, kerena kunun kununnya menzali hak rakyat Kelantan,.

Published in: on November 28, 2009 at 00:33  Comments (15)