Krisis ‘Ariffahmi Gate’ kini mengundang perebutan kuasa di PAS Kelantan

Semenjak kami menyiarkan amalan kronysim MB ‘Flip-Flop’ Dato’ Nik Aziz Nik Mat dan mendapat perhatian media perdana dan alternatif sehingga menjadi skandal ‘Ariffhami Gate’ dan Murshidul Am PAS itu di’bayang’kan untuk berundur, keadaan menjadi lebih kronik. Kini, bermula ‘perebutran kuasa’ antara Kepimpinan PAS Kelantan.

Laporan Berita Harian:

Drama PAS Kelantan calar imej Nik Aziz 

Oleh Jamhariah Jaafar

NOV 27 — Drama dalaman PAS Kelantan semakin menarik. Di kala Timbalan Pesuruhjaya II PAS negeri, Datuk Husam Musa mengatakan dia bukan calon yang layak untuk memegang jawatan Menteri Besar, anak Datuk Nik Aziz Nik Mat, merayu supaya jangan siapa menghalang ayahnya daripada meletak jawatan.

Nik Mohamad Abduh dalam blognya secara tegas berkata: “Ayahanda telah tua dan keletihan. Dia telah memberi yang terbaik. Jika suatu hari dia menyebut hasrat meletakkan jawatan, jangan ada yang bodoh datang mengatakan tidak dan jangan. Jika tidak, saya akan memanggilnya, “Wahai si bodoh!”.

Nyata ramai bersimpati dengan nasib yang menimpa Mursyidul Am PAS yang kini diselubungi kesedihan yang tidak kunjung padam, sehingga niatnya untuk menunaikan haji di Makkah tahun ini terpaksa dibatal.

Nik Mohamad Abduh di dalam blognya tidak menyembunyikan kekecewaan terhadap beberapa individu PAS yang mencetus pelbagai kontroversi, sehingga membuatkan ramai berasa sudah tiba masanya untuk Tok Guru berundur daripada kepemimpinan perdana.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali memberi 10 sebab mengapa Nik Aziz perlu meletak jawatan. Alasan diberi amat pedih, antaranya — Nik Aziz sudah terlalu lama bergelar wakil rakyat dan Menteri Besar; kerap uzur; nyanyuk; tidak kreatif dalam pemerintahan; menjadi alat pakatan pembangkang termasuk parti yang jelas menentang pelaksanaan negara Islam; dan ramai pemimpin PAS Kelantan dan pusat memang mahu dia bersara, tapi tidak berani bersuara.

Tok Guru sebenarnya sudah lama mencipta dilema di dalam PAS, tetapi tindakannya sejak akhir-akhir ini mencetus banyak kontroversi sehingga menjejaskan nama baik serta maruahnya sebagai seorang pemimpin dan ulama disegani.

Isu hangat dicetuskan tahun ini bermula daripada penentangan tegas kepada sebarang usaha untuk bekerjasama dengan Umno, membawa kepada usul supaya diadakan Mesyuarat Agung Khas (EGM) bagi berbincang mengenai tindakan ramai pemimpin PAS yang dilihat “amat cenderung untuk menubuh kerajaan perpaduan dengan Umno”.

Akhirnya semua bersetuju mengadakan satu seminar khas sehari yang memberi ruang kepada ahli akar umbi meluahkan pendapat. Antara persoalan yang timbul pada seminar itu ialah antara Mursyidul Am dan Presiden, siapa yang lebih berkuasa?

Namun, kontroversi tidak berakhir di situ dan ia bersambung di Kelantan. Bermula dengan isu tajaan mengerjakan haji sehingga Nik Aziz membatalkan pemergiannya dan keluarga ke Makkah, kepada pemecatan serta-merta pegawai kanan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Syed Azidi Syed Aziz atau lebih dikenali sebagai blogger Kickdefella… mengheret kepada suasana yang lebih parah.

Isu PMBK menjadi kronik apabila Nik Aziz membuat keputusan melantik menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PMBK. Tindakan itu menerima kritikan keras dan Syed Azidi menggunakan blognya untuk ‘menyerang’ Ariffahmi.

Nik Aziz kemudian membuat keputusan meminta Ariffahmi meletak jawatan CEO — selepas dinasihatkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, serta beberapa pemimpin PAS lain.

Melihat kepada kemelut yang menjejaskan imej PAS Kelantan dan mendengar suara akar umbi bahawa sudah tiba masanya Nik Aziz berundur, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, membuat saranan supaya Menteri Besar itu menamakan penggantinya lebih awal supaya tidak timbul kekalutan apabila beliau meletak jawatan nanti.

Justeru, apabila Nik Mohamad Abduh melabel Syed Azidi sebagai “Jebat yang berusaha membela si Tuah rakan pujaannya”, ramai tersenyum sinis tatkala Husam dengan pantas menepis tanggapan bahawa dia berminat untuk menjadi Menteri Besar.

Bagaimanapun, Husam kelmarin menegaskan dia tidak berminat untuk menjadi Menteri Besar Kelantan. Malah secara sinis tapi serius, dia berkata: “Kalau tawar Perdana Menteri saya nak… Menteri Besar ini kolam kecil sangat… saya jenis badan besar suka berenang kolam besar.”

Ramai pemerhati politik melihat kenyataan pemimpin muda PAS ini daripada pelbagai sudut dan ada antara mereka bersetuju bahawa Husam sebenarnya tidak menetapkan Kelantan sebagai sasaran, sebaliknya memang menumpu perhatian di gelanggang perdana.

Persoalannya ialah sama ada dia akan menjadi rakan atau pesaing Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam Pakatan Rakyat?

Drama PAS Kelantan masih belum berakhir. Syed Azidi melalui blognya semalam menyerlahkan kedudukan sebagai “penyokong setia Husam”, di samping mencetus beberapa persoalan yang bakal mencemarkan lagi imej Nik Aziz.

Daripada dakwaan wujud “sebuah dinasti keluarga Nik Aziz” di negeri Serambi Makkah itu, kepada isu berkaitan aktiviti Majlis Perbandaran Kota Bharu, Sekolah Darul Anuar, tanah wakaf di Pulau Melaka dan sebuah stesen minyak.

Nik Aziz adalah Menteri Besar Kelantan, yang harus bertanggungjawab atas setiap tindak tanduknya… sudah tiba masanya beliau membuat keputusan yang boleh mengembalikan kewibawaannya sebagai seorang pemimpin dan ulama yang disegani. — Berita Harian

******************

Kelantan merupakan negeri Pakatan Rakyat (PR) paling strategik kerana ianya sudah matang menjadi pentadbiran Bukan BN, selama 19 tahun ini. MB ‘Flip-Flop’ Nik Aziz, yang juga merangkap Murshidul Am PAS telah menduduki jawatan eksekutif negeri sepanjang tempoh itu.

‘Perebutan Kuasa’ ini mula menjadi nyata setelah ‘Ariifahmi Gate’ memungkinkan Kepimpinan PAS datang ke Kota Bahru dan mendesak agar CEO PMBK Ir Ariffahmi Abdul Rahman dipecat.  Exco Kelantan Dato’ Nik Amar mendesak agar MB ‘Flip-Flop’ Nik Aziz menamakan pengganti, dengan alasan bukan untuk mendesak menyegerakan pengunduran MB ‘Flip-Flop’ Nik Aziz tetapi ‘Plan Peralihan’ bagi PAS Kelantan dirangka.

Dalam pada itu, Exco Kanan Kelantan Dato’ Husam Musa yang diharapkan ramai penyokong PR untuk mengambil alih jawatan MB Kelantan pula bermain politik dengan menafikan beliau calon sesuai untuk jawatan itu. Husam disifatkan penyokong PR sebagai calon paling sesuai mengambil alih MB ‘Flip-Flop’ Nik Aziz kerana sebagai golongan ‘Erdigan’ dalam PAS, beliau merupakan ‘batu loncatan’ bagi Ketua Pembangkang-tanpa-parti Anwar “Mat Leather King” Ibrahim diterima oleh akar umbi PAS.

Kebarangkalian bagi PAS yang kunun kunun berjuang atas “landasan Al Quran dan Sunnah” “untuk mengukuhkan kerjasama dengan anasir anti-Islam seperti parti Chauvinis Cina DAP. Setakat ini, kerjasama yang berjaya dipupuk antara dua parti yang amat ekstrim pegangan dan prinsip itu sering menampakan percanggahan prinsip, dasar dan kedudukan yang amat nyata.

Dalam pada itu, kebarangkalian untuk Husam menggantikan MB ‘Flip-Flop’ Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan adalah lebih malap, berbanding dengan Timbalan Menteri Besar Dato’ Ahmad Yaacob dan Exco Kelantan Dato’ Nik Amar Nik Abdullah. Ini kerana ‘penerimaan’ Husam dalam pihak Istana tidaklah begitu memberangsangkan. Sebelum ini, dikhabarkan bahawa pihak Istana ‘menolak’ cadangan untuk menjadikan Husam sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Keadaan Pemimpin PAS Kelantan amat tidak selesa agar Husam jadikan penganti kepada MB “Fip-Flop’ Nik Aziz. Ini diluahkan melalui media dengan lantang.

Laporan Malaysian Insider:

Nik Aziz’s son blames Husam for state problems

Husam is being blamed for the troubles in Kelantan. — File pic

By Adib Zalkapli

KUALA LUMPUR, Nov 26 — Kelantan PAS continues to be rocked with apparent infighting with Mentri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat’s son Nik Abduh blaming his father’s protege Datuk Husam Musa for the problems in the state.

Nik Abduh, who is a PAS Youth executive committee member, blogged today that Husam’s aide Syed Azidi Syed Abdul Aziz, who was sacked from the Kelantan Mentri Besar Corporation (PMBK) early this month, has now started an attempt to topple his father.

Syed Azidi, who blogs as Kickdefella, joined the state investment arm in 2007 upon the invitation of Husam, a state executive councillor.

He was sacked by the PMBK CEO Ariffahmi Abdul Rahman, who is also Nik Aziz’s son-in-law, for allegedly conspiring with a Barisan Nasional (BN) assemblyman and leaking corporation’s information to the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).

“Why did you present roses to my father only to stab him the moment you step out of Kota Darul Naim?” asked Nik Abduh in his blog.

“Maybe it was not your fault. It was the person who brought you to Kelantan who is guilty, and now he is trying to cleanse and distance himself from you,” he said, claiming that Syed Azidi was given VIP treatment when he arrived in the state.

Last April, Nik Abduh slammed Nik Aziz’s advisers for instigating the PAS spiritual adviser to oppose moves to initiate political cooperation with Umno and his criticism was seen to be directed at Husam.

Since his removal, Syed Azidi has repeatedly accused Arrifahmi of abuse of power, an action described as cowardice by Nik Abduh.

“Why didn’t you criticise Ariffahmi privately in front of him like I did. No one was threatened by my father for criticising his son-in-law,” said Nik Abduh.

Ariffahmi, who is currently under the MACC investigation, was ordered to resign by Nik Aziz early this week after intervention by the PAS central committee led by president Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Nik Abduh described the controversy in PMBK as one of the toughest issues that has affected the family and he vowed to defend Ariffahmi from what he called slander.

Husam was Nik Aziz’s choice for the PAS deputy presidency and is seen as a leading light of the Erdogan faction, named after the Turkish prime minister, for promoting closer ties with opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.

But Husam lost to incumbent Nasharuddin Mat Isa, who was later accused of wanting PAS to unite with political rivals Umno.

Nik Aziz last month called for a special congress to sack leaders who are promoting unity with Umno in what was seen as a veiled attack against Abdul Hadi and his faction. The move failed but the party remains divided over the issue although Abdul Hadi has reiterated the party remains in the Pakatan Rakyat.

******************

Dalam pada itu, Husam Musa mengumumkan bahawa ujud ‘konspirasi’ menghalang beliau agar terus maju dalam politik dan Pentadbiran PAS Kelantan.

Laporan Malaysian Insider:

Husam claims conspiracy against him

By Adib Zalkapli

KUALA LUMPUR, Nov 20 – Kelantan executive councillor Datuk Husam Musa claimed today that there was a conspiracy to have him removed from the state government.

“There have been efforts to drive a wedge between me and Tok Guru,” said Husam (picture) referring to Kelantan Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“I am fully aware of the conspiracy against me,” he told The Malaysian Insider.

Rumours were rife yesterday that Nik Aziz was considering removing Husam from the state administration following the actions of his former aide, Syed Azidi Syed Abdul Aziz.

Syed Azidi was a corporate liaison officer at the Kelantan Mentri Besar Corporation (PMBK) until he was sacked early this month.

His removal was followed by a public argument between him and the PMBK CEO Ariffahmi Abdul Rahman, who is also the son-in-law of Nik Aziz.

Yesterday, Syed Azidi claimed that Nik Aziz had ordered Ariffahmi, who is under Malaysian Anti Corruption Commission (MACC) investigation, to leave PMBK to avoid further embarrassment to the state administration.

Ariffahmi had denied the allegations, claiming that Syed Azidi was trying to pressure Nik Aziz.

Rumours of Husam’s removal surfaced soon after Syed Azidi made the claim that Nik Aziz would announce Arrifahmi’s resignation yesterday.

“I know Tok Guru will not do that as he is a very rational man,” Husam told The Malaysian Insider.

He refused to say if Ariffahmi was behind the attempt to kick him out of the state government.

“They are outsiders, trying to get me, eventually the target is Tok Guru, and then they will move in to topple the PAS government,” said Husam.

Meanwhile, the Kelantan PAS liaison committee will convene a special meeting tomorrow morning and is expected to discuss the latest crisis in the state government.

The Malaysian Insider understands that many members of the state PAS committee are in favour of removing Ariffahmi from the Kelantan government investment arm.

Kelantan PAS secretary Zaki Ibrahim, however, said tomorrow’s meeting is a routine one and the PMBK issue is not on the agenda.

“The matter does not arise, but the committee members are free to speak up during the meeting,” Zaki told The Malaysian Insider.

**********

Perkembangan ini adalah bahan menarik, tatkala Pakatan Rakyat sedang sibuk mengstrukturkan pakatan antara parti yang berlainan prinsip, aspirasi dan matlamat itu. Dalam khutbah tradisi sempena sembahyang sunnat Hari Raya Aidil Adha, beliau berdoa atas mimbar agar PM Dato’ Seri Najib Tun Razak diberikan hidayah dan petunjuk agar  melepaskan tuntutan royalti berbading ‘wang ehsan’ yang diperuntukan. Sekiranya PM Najib degil, maka MB ‘FlipFlop’ mendoakan agar keenganan ini akan diturun bala’, kerena kunun kununnya menzali hak rakyat Kelantan,.

Published in: on November 28, 2009 at 00:33  Comments (15)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/11/28/krisis-ariffahmi-gate-kini-mengundang-perebutan-kuasa-di-pas-kelantan/trackback/

RSS feed for comments on this post.

15 CommentsLeave a comment

  1. Not many in PAS/PR is thinking about damage control to contan the can of worms being open within TGNA’s household.His daughter further stokes the fire with her rantings against Kickdefellow which follow shortly after her brother’s uncouth ‘Wahai Si Bodoh’ statement.Its an abject PR failure.Clearly PAS couldnt handle this sort of personal onslaugh on their revered leader.After being so used in dishing out the dirt on others, not many know how to handle this sort of crisis.Where are the PR’s spin doctors? On the other hand,I must commend the MSM for their restraint in this as there are so many juicy bits that is there for the taking.

  2. ha ha ha. pembalasan allah telah sampai. rasa kan lah rakyat kelantan dan PAS. amin.

  3. Bolehkah seorang Islam mendo’akan bala’ kapada yang lain? Ada sesiapa tahu Hadith yang sahih atau fatwa berkenaan perkara ini?

    Saya fikir, kalau ada pun, tidak wajar bagi seorang “Tok Guru” berdo’a demikian. Di masjid, dihadapan orang ramai pulak tu.

    Kenapa hingga begini Nik Aziz ni. Sudah desperate ke dia. Patut benar dia meletakkan jawatan secepat mungkin.

    • tanyalah sendiri bagaimana parti
      yang membela [bn] bolih membawa
      kesialan kepada bangsa sendiri
      di terengganu dan kelantan?

      tak guna kalau kamu terus kutuk
      nik aziz dan kuncu kuncu nya kerana
      keperitan rakyat kelantan akibat
      penganaiyaan yang berlaku lebih 20
      tahun tak dapat dikambus dengan kutukan
      yang tak bermakna tuh

      sejak bila geng gerombolan behave macam
      orang islam ? Tidak kah kamu sedar
      politicos gerombolan lagak ala silvio
      berluconi -milionaire dan pm itali dan
      tokey kelab termashhur ac milan!

      • Orang bertanya. Sirejab ni pulak suruh tanya diri sendiri. Pasal apa yang tak ditanya pulak tu.

        Berdailoglah rejab. Sama ada jawab yang ditanya atau keluarkan pendapat diatas apa yang Big Dog tulis. Beri alasan dan hujah-hujah yang boleh diterima.

        Bila menohmah “penganyaan 20 tahun”, berilah bukti-bukti yang kukuh. Kalau tidak, budak Darjah 5 pun boleh cakap begitu. Kalu tak faham apa makna “bukti” sila beri tahu.

      • Entahnye sirejab nih, gile ke pe. Kezaliman lebih 20 tahun tu setahu aku sebab nik aziz nih jadi mb, dia tak bangunkan kelantan, tu yang lagi zalim. Royalti tu alasan je, dah tak cukup duit kerajaan dia nak kebas. Negeri lain tak semua pun dapat royalti, boleh je maju.

        Entahlah, gamaknya nik aziz nih, kalau takde orang bongkar pasal sponsor haji nih, entah2 dah lepas dah dia pegi haji. Tu takde la pulak salah. Bila orang ramai tahu, baru jadi salah, zalim. Kalau benda betul la kan, buat je la. Benda gila dia boleh buat, mcm doa bala kat najib nih, takkan la pegi haji orang sponsor pun tak boleh. Yang aku dok pelik nih, dia kata zalim sebab orang halang dia pegi haji, nak tanya jugak, siapa halang dia? Setahu aku, orang bongkarkan cerita je, SPRM pun takde kata nak jadikan kes pun, kerajaan persekutuan takde halang, sape yang halang? Dia yang batalkan sendiri, tak kira la apa alasan dia. Kiranya dia lah yang menzalimi diri dia sendiri kan?

        Rejab, beb, kalau nik aziz buat salah, kena ke compare dengan orang lain buat salah, dan adakah, jika orang lain buat salah lagi besar, maknanya nik aziz tu tak buat salah? Salah tetap salah beb, tak kisah kecik mcmana pun. Tak bermakna kalu orang lain buat salah lagi besar, salah kau yang kecik tu jadi betul. Bodo….

  4. TGNA samaada 1/2 gila atau bengong. Dengan UMNO tak bolih dekat pun tapi DAP bolih tidor sekatil.Apa yang dikatakan nya semua nya sudah balik kpd nya dan keluarga.Tunggulah Tok guru bala yang akan datang ni banyak lagi.

  5. Dato Seri Noh Omar pun curi duit. Caranya begini. First laporan akhbar dan kemudian sedikit komen.

    Utusan Malaysia 29 Nov 2009 : Sejuta keluarga layak

    JEMPOL 28 Nov. – Lebih sejuta keluarga yang dikategorikan sebagai miskin dan miskin tegar dijangka menerima kupon subsidi beras. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar memberitahu, setakat ini 248,000 keluarga . . berdaftar ..“Kerajaan hanya membelanjakan RM8.6 juta sebulan dari peruntukan RM60 juta. ..kita jangka ia akan mencecah sejuta keluarga memandangkan ada 222 kawasan Parlimen di seluruh negara….“bila borang permohonan diterima, ia bukannya akan diluluskan terus, tetapi akan dinilai oleh pegawai-pegawai kementerian selepas diberikan kursus oleh ICU (Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan) Jabatan Perdana Menteri (JPM)”. . . ..timbul rungutan serta aduan ada golongan miskin yang layak tetapi tidak disenaraikan sebagai penerima. . . .

    Ini komennya : pertama sekali jangan biar anak miskin dan orang miskin kelaparan hanya kerana ayah atau ibunya penyokong Pembangkang. Harap jangan bagi kepada orang UMNO atau BN sahaja. Lagi pun duit ini duit rakyat. Semua orang miskin layak. Jangan pilih bangsa. Orang Dayak, orang India , orang China , orang lain yang miskin semuanya perlu makan juga.

    Nombor dua, macam mana boleh ada satu juta keluarga miskin tegar? Apa jadi kenyataan Kerajaan bahawa kita telah berjaya membasmi kemiskinan di Malaysia ? Yang jadi miskin tegar kononnya hanya beberapa kerat saja keluarga Melayu? Tak silap saya, tak sampai 40,000 keluarga miskin di seluruh negara Malaysia. Sekarang sudah jadi satu juta orang miskin pula. Ataupun ada ke muslihat lain Noh Omar menyebut angka satu juta keluarga miskin?

    Ini ada cerita sikit. Negara kita impot beribu-ribu tan beras dari Thailand . Harga sekitar RM1500 satu tan. Impot beras perlukan AP. Baru ini Noh Omar batalkan AP untuk impot beras dari Thailand . Sebaliknya Noh Omar letak syarat untuk impot beras dari Pakistan . Harganya murah sikit, sekitar RM1350. Tapi AP impot beras dari Pakistan diberi kepada kroni Noh Omar yang letakkan harga RM1500 setan juga – sama harga dengan beras Thailand . Jadi kroni Noh Omar dapat habuan percuma RM150 setiap tan beras. Beras Pakistan kualitinya kurang, lewat, kotor dan begitulah. Noh Omar jadi kaya lah.

    Sekarang ada lagi muslihat baru – mencuri duit sabsidi beras. Ikut Noh Omar, peruntukan sabsidi beras RM60 juta sebulan tetapi hanya RM8.6 juta sebulan yang dibelanjakan. Apa maksudnya ? Maksudnya meleleh lah air liur Noh Omar.

    Lagi banyak duit sabsidi yang ada, lagi banyak AP beras boleh dikeluarkan. Lagi banyak duit untuk Noh Omar.

    Tetapi negara kita tidak cukup orang miskin – ikut Kerajaan hanya 40,000 keluarga miskin tegar dalam negara kita. Sebab itu tidak perlu belanja RM60 juta sebulan sabsidi beras. RM8.6 Juta sudah cukup. Maka Noh Omar terpaksa reka cerita bahawa terdapat satu juta keluarga miskin.

    Bilangan miskin yang sebenarnya tidak melebihi 40,000 keluarga. Untuk mencuri duit sabsidi beras, Noh Omar perlukan 1 juta keluarga miskin. Bagaimanakah Noh Omar akan ‘solve’ masalah “tak cukup keluarga miskin” ini? Apakah yang akan berlaku?

    Senang saja. Kupon sabsidi beras akan diberi kepada budak-budak UMNO. Mereka pula akan menjual balik kupon sabsidi kepada kroni Noh Omar untuk mendapat duit tunai. Kroni pula yang akan menggunakan kupon itu untuk mendapatkan beras sabsidi.

    Lepas itu kroni akan jualkan balik beras itu kepada gedung atau gudang (recycle) yang juga kroni punya. Dengan cara ini tak payahlah kroni Noh Omar impot beribu tan beras pun. Yang di niaga sini bukan beras tetapi kupon sabsidi.

    Satu tan beras pun sudah cukup. Boleh direcycle beribu kali.

    Sebab dalam negara kita tidak ada satu juta keluarga miskin. Yang ada tidak lebih 40,000 sahaja. Itu yang Kerajaan sebut dahulu.

    Kalau nak bukti senang saja. Tunggu sampai hujung tahun dan lihat jika impot beras meningkat atau sama sahaja. Jika impot beras betul meningkat, maksudnya memang ada satu juta keluarga miskin dalam negara kita. Tetapi kalau impot beras tidak bertambah, tetapi duit sabsidi beras RM60 Juta sebulan boleh habis, maksudnya Noh Omar dan kroninya main jual-beli kupon sabsidi saja.

    • Ini case berat.Pada zahirnya ada penipuan.

      Dato Noh Omar kena jawab. Kalau tak ada asas, sort this person out so that this sort of thing would not become “fodders” for PKR or PAS.

      Kalau berasas letak jawatan sajalah. Kerana cakap macam sedap ja.

      Another case for MACC?

      mohamed

  6. Di riwayatkan oleh Al Liwaati Wal Jubuuri bhwa dia tidak pernah membuat perkara yg terkutuk itu. Caya tak? Tok Kering Kucing kata boleh caya. Dia kata Al Liwaati mangsa fitnah. Elok lah tu.

    Dulu dia kutuk UMNO nepotisma. Sekarang dia tak nampak menantu sendiri nepotisma. Anak perempuan dia pun sudah bersuara ke? Dulu Tok Kering Kucing kata betina PAS tak leh bercakap di tempat umum – suara dia aurat. Kecuali kalu betina tu tak molek, dan bersuara kaldai. Sekarang anak perempuan dia dibenarkan bersuara. Sebab hodoh dan kaldai macam kaldai.

  7. Di riwayatkan oleh Al Liwaati Wal Jubuuri bhwa dia tidak pernah membuat perkara yg terkutuk itu. Caya tak? Tok Kering Kucing kata boleh caya. Dia kata Al Liwaati mangsa fitnah. Elok lah tu.

    Dulu dia kutuk UMNO nepotisma. Sekarang dia tak nampak menantu sendiri nepotisma. Anak perempuan dia pun sudah bersuara ke? Dulu Tok Kering Kucing kata betina PAS tak leh bercakap di tempat umum – suara dia aurat. Kecuali kalu betina tu tak molek, dan bersuara kaldai. Sekarang anak perempuan dia dibenarkan bersuara. Sebab hodoh dan suara macam kaldai.

  8. aku nak jemput bigdogdotcom masuk forum ni :

    http://www.carigold.com/

    kena reg. dulu, lepas tu dah lebih 50 post baru boleh masuk seksyen politik.

    dah jadi lubuk pembangkang dah forum tu. semua menda akan dipilitikkan. tak kira topik. negatif gile la jadinya forum tu.

    orang UMNO yang berani melawan tak banyak dalam tu.

    itu pon kalau bigdogdotcom sudi la…

  9. […] menantunya melepaskan jawatan serta merta, kerana skandal ‘Ariffahmi Gate’ kini mengundang perebutan kuasa diKelantan. Memandangkan Kelantan berada dalam keadaan yang tidak memberansangkan, ketirisan pentadbiran PAS […]

  10. […] Chief Executive, which drew a lot of flak even from PAS Leaders. At the moment, there are mounting pressures for Nik Aziz to leave and Kelantan be allowed to be managed by ‘new blood’, since his 19 years administration […]

  11. […] 7. Isu ‘Perang Dingin Dalaman’ antara pemimpin dan akar umbi PAS Kelantan sehingga menjadi ‘Ariffahmi Gate’ sebagai isu pergeseran intra-Kepimpinan PAS Kelantan […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: