Khairy diberikan jawatan dalam pentadbiran PM Najib?

Anak-Bapak: Rekod sokongan terbanyak hingga terburuk keatas BN, hanya dalam temphmasa satu terma pilihanraya umum sahaja

Khabar angin mengenai Ketua Pemuda UMNO yang kontroversi YB Khairy Jamaluddin akan diundang kedalam pentadbiran Perdana Menteri VI Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak sebagai seorang Timbalan Menteri amat marak, terutama dikalangan pemimpin Pemuda UMNO peringkat menengah. Bermula dari sebuah portal, kini ianya mendapat perhatian media arus perdana.

Laporan Utusan Malaysia:

Khairy Jamaluddin dilantik timbalan menteri?

KUALA LUMPUR 8 Dis. – Sebuah portal berita melaporkan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkemungkinan dilantik timbalan menteri dalam perubahan kecil peringkat kementerian yang akan dilakukan tidak lama lagi.

Menurut portal Malaysia-instinct.com, pelantikan itu kemungkinan menjadi kenyataan jika perletakan jawatan Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib diterima.

”Khairy dijangka diberikan jawatan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan tidak semestinya mengisi vakum di Kementerian Pelancongan jika Sulaiman Abdul Rahman berundur,” menurut portal berkenaan di sini hari ini.

Menurut portal itu, pelantikan itu akan dibuat sebagai menghormati jawatan Ketua Pemuda UMNO.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini memberitahu bahawa tiada rombakan Kabinet akan dilakukan dalam jangka masa terdekat melainkan beberapa perubahan melibatkan timbalan menteri.

Beliau juga mengesahkan bahawa Sulaiman telah menyampaikan hasrat untuk berundur sebagai Timbalan Menteri Pelancongan.

Khairy sebelum ini tidak diberikan sebarang jawatan dalam mana-mana kementerian sebagai memberikan ruang untuk beliau menumpukan perhatian menarik kembali sokongan golongan muda kepada UMNO.

*********

Semenjak Utusan Malaysia menyiarkan laporan, kami di BigDogDotCom menerima banyak pertanyaan mengenai khabar angin yang begitu ramai Pemuda UMNO ‘termakan’ dan mula percaya, lantas menjadi kegusaran lebih ramai ahli UMNO sekiranya tidak majoriti, seluruh negara.

Dalam sessi kursus Pemuda UMNO baru baru ini di Janda Baik, Pahang, Naib Presiden UMNO Dato’ Seri Dr. Zahid Hamidi dikhabarkan telah membuat kenyataan terbuka “Sekiranya saya menjadi Perdana Menteri pada 1200 tengahari, saya akan menlantik Khairy sebagai Menteri pada 1201!”. Ini memberi ‘nafas baru’ kepada mereka yang pro-Khairy dalam Pemuda UMNO yangamat berharap Ketua mereka diangkat kerana sebelum ini merasakan ‘terpinggir’ apabila PM Najib telah mengabaikan perlantikan seorang Ketua Pemuda UMNO (yang sama taraf dengan Naib Presiden UMNO) dalam pentadbiran Kerajaan pada Kabinet sulung beliau pada 8 April 2009. Kemudian, saranan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Dato’ Reezal Merican semasa Perhimpunan Agung UMNO baru baru ini juga mendapat respon sepi dari Kepimpinan.

Namun begitu, kami di BigDogDotCom berkeyakinan penuh bahawa PM Najib tidak akan melantik Khairy ke dalam pentadbiran, walaupun sebagai Timbalan Menteri kerana:

1. Tiada kekosongan jawatan Timbalan Menteri. Sekiranya ada pun (modal kenyataan PM Najib baru baru ini bahawa tidak akan berlaku rombakan Kabinet dalam masa terdekat tetapi akan berlaku “Sedikit perubahan Timbalan Menteri” dijadikan sandaran khabar angin ini), maka ianya akan melibatkan Timbalan Menteri Pelancongan yang disandang oleh Dato’ Seri Abdul Rahman Sulaiman Taib dari PBB dan Timbalan Menteri JPM yang disandang oleh Senator Dato’ T. Murugaiah (PPP). Sekirnya kedua dua ini berundur, maka parti PBB dan PPP akan dengan tegas mahukan jawatan itu diisi oleh wakil mereka dan tidak diberikan kepada UMNO.

2. Sekiranya PM Najib berhasrat melantik juga Khairy sebagai Timbalan Menteri, maka jawatan baru perlu diujudkan. Sekiranya ini berlaku, PM Najib sekurang kurangnya perlu mengujudkan tiga jawatan Timbalan Menteri kerana selain dari Khairy, PM Najib akan didesak parti komponen BN Sabah dan Sarawak untuk menambah peruntukan jawatan untuk mereka. Desakan ini lebih nyata kerana 2010 dijangkakan akan berlaku Pilihanraya Negeri Sarawak dan BN perlu ‘menenangi hati’ pengundi.

3. Memang tidak dinafikan lagi Khairy merupakan seorang yang berpendidikan tinggi (Falsafah, Politik dan Ekonomi lulusan Oxford) dan berfikiran strategik. Beliau juga sebagai Ketua Pemuda UMNO (yang bertaraf Naib Presiden UMNO) juga merangkap Ketua Pemuda BN. Ini menjadi kelebihan untuk Khairy dilantik PM Najib kedalam pentadbiran. Ianya dikuatkan lagi dengan hujah bahawa Ketua Wanita UMNO (merangkap Ketua Wanita BN) Dato’ Seri Sharizat A Jalil dan Ketua Puteri UMNO Dato’ Rosnah Abd Rashid Shirlin diberikan jawatan Menteri dan Timbalan Menteri. Dalam pertimbangan politik hieraki yang sama, Ketua Wanita MCA Dato’ Paduka Chew Mei Fun  dan Ketua Wanita Gerakan Dato’ Tan Lian Hoe juga diberikan jawatan Timbalan Menteri. Untuk rekod, Ketua Wanita UMNO Sharizat dan Ketua Wanita MCA Chew yang kalah dalam PRU 12 8 Mac 2008 dilantik sebagai Senator sebelum menyertai pentadbiran PM Najib.

Namun keburukan Khairy dilantik kedalam pentadbiran PM Najib jauh lebih menyebabkan masalah berpanjangan berbanding dengan kebaikan perlantikan itu.

Rata rata:

3.1. UMNO akan hilang keyakinan dan sokongan ahli sendiri dan rakyat, terutama golongan muda kerana keyakinan jitu disandarkan semasa PM Najib mengambil alih Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia dari PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Aspirasi akar umbi dan rakyat, terutama orang Melayu untuk melihat  UMNO di’bersih’kan dan pemimpin yang dianggap korupt wajar dipinggirkan

3.2. PM Najib akan kehilangan keyakinan pelabur dan masyarakat peniaga kerana Khairy Jamaluddin sebagai menantu PM ‘Flip-Flop’ Abdullah dilihat sebagai antara faktor utama ketirisan mutu pentadbiran, dasar dasar dan kelemahan dan kegagalan perlaksanaan Perdana Menteri Malaysia V itu dalam tempoh yang amat singkat, walaupun rakyat memberikan mandat yang begitu besar kepada ‘nafas baru’ dalam PRU 11 Mac 2004 kepada Kepimpinan yang disifatkan sebagai ‘bersih dan keturunan ulama’.

4. Perdana Menteri IV Tun Dr. Mahathir Mohamad dijangkakann akan memberikan reaksi negatif keatas perlantikan Khairy sebagai Timbalan Menteri.  Ramai berpendapat sekiranya perlantikan ini berlaku, maka Tun Dr. Mahathir akan mula ‘menyerang’  PM Najib, sebagaimana PM ‘Flip-Flop’ Abdullah di’perangi’ selama 3 tahun (2006-2009).

Episod dimana Khairy tidak dibenarkan berkempen semasa Pilihanraya Kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau April lepas kerana dikhuatiri akan menjadi ‘tarikan negatif kempen’ merupakan indikasi jelas bagaimana rakyat menolak pemilihan dan kepimpinan Khairy. Ini juga modal yang Tun Dr. Mahathir gunakan sebagai merujuk persepsi rakyat terhadap UMNO

5. PM Najib juga perlu mengunakan banyak sumber terutama media dan kerja hubungan awam (PR)  untuk membetulkan persepsi yang akan menjadi keruh dengan perlantikan Khairy kejawatan Timbalan Menteri.

Sehingga masa ini, semenjak proses kempen dan kemudian memenangi Ketua Pemuda UMNO 26 Mac lepas, media arus perdana meminggirkan Khairy dari merakamkan kenyataanya dalam pelbagai isu termasuk hal hewal Pemuda UMNO dan BN, terutama media elektronik. Sebaliknya jika ada apa apa kenyataan Pemuda UMNO dan BN, tumpuan diberikan kepada Dato’ Razali Ibrahim walaupun beliau hanya Naib Ketua Pemuda UMNO dan Naib Ketua Pemuda BN. Ini merupakan ‘alamat jelas’ bahawa berita mengenai Khairy tidak menjadi bahan yang media arus perdana tagih dan jauh sekali menjadi ‘bahan santapan’ pengguna media. Peminggiran media arus perdana ini jelas menunjukan beliau tidak disenangi majoriti rakyat Malaysia.

6. Kontroversi yang akan timbul dengan perlantikan Khairy kedalam pentabiran sebagai Timbalan Menteri adalah sesuatu yang tidak membantu proses mengembalikan keyakinan dan sokongan rakyat kepada PM Najib dan BN, terutama mengambil kesempatan kelemahan dan kegagalan pentadbiran Pakatan Rakyat dan perbicaraan kes sodomi Anwar “Mat King Leather” Ibrahim telah pun bermula dan mereka memerlukan pengalihan-perhatian

Perlantikan ini akan menjadi modal dan ‘nafas baru’ Pembangkang, yang kini menghadapi pelbagai masalah dalaman dan antara parti PR dan ketirisan modal politik yang meyakinkan

Kami berkeyakinan, PM Najib yang memberikan fokus utama keatas pembangunan dan ekonomi yang perlu distabilkan tidak akan membuat kesilapan strategik dan mengambil risiko besar dengan melantik Khairy Jamaluddin kedalam pentadbiran beliau sebagai Timbalan Menteri serta belajar dan ambil iktibar dari kesilapan besar PM ‘Flip-Flop’ Abdullah.

 

P/S: Sekiranya ramai dikalangan pemimpin dan ahli Pemuda UMNO merasakan teruja dan ‘termakan’ dengan ‘saranan politik’ Dato’ Seri Zahid di Pusat Latihan UMNO Janda Baik tempohari, maknanya kalian masih lagi ‘mentah politik’. Ini sebenarnya membimbangkan kerana secara simplistiknya membuktikan bahawa pemimpin pelapis UMNO ini merupakan mereka yang kurang-matang politik dan tidak bijaksana dalam membuat tafsiran dan kefahaman kepenggunaan-politik (political consumerism).

Published in: on December 9, 2009 at 23:59  Comments (163)  

Kepimpinan UMNO wajar mengambil tindakan atas aspirasi orang Melayu mengenai Nazri

Semenjak media perdana mengutarakan Menteri diJabatan Perdana Menteri Nazri Aziz menyifatkan Presiden UMNO V Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai “Bloody Racist” kerana mempertahankan modul BTN apabila polemik itu ditimbulkan musuh Melayu seperti PKR dan DAP dan bloggers mendesak Nazri dipecat dari Kabinet dan MT UMNO melucutkan keahlian UMNO beliau kerana ‘Mengkhianati Bangsa Melayu’, Kepimpinan mula mengambil perhatian keatas gelombang emosi Melayu terbaru ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin dikatakan amat tidak selesa dengan keceluparan melampau Nazri ini dan mengeluarkan kenyataan semasa ditanya media, walaupun dalam missi perdagangan ke Jepun.

Laporan Utusan Malaysia:

Label Dr. M rasis agak terlampau

TOKYO 8 Dis. – Tindakan melabelkan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai rasis hanya kerana bekas Perdana Menteri itu mempertahankan modul Biro Tata Negara (BTN) adalah agak terlampau, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berpendapat kenyataan sedemikian terutama daripada anggota kerajaan patut dielakkan supaya tidak terjebak dengan mainan politik pembangkang yang sememangnya cuba memperlekehkan pemimpin negara dan agensi kerajaan di mata rakyat.

Apatah lagi katanya, Dr. Mahathir merupakan pemimpin negara yang banyak berjasa malah pemikiran dan idea beliau masih diterima.

“Kita hendak mengelakkan timbul buruk sangka kerana dalam suasana politik negara sekarang, banyak yang boleh disalah tafsir.

“Jadi sebaik mungkin, saya rasa tidak perlulah berdebat atau berpolemik mengenai agensi-agensi kerajaan seperti BTN,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis ramah mesra dengan pelajar dan profesional Malaysia di Jepun di sini hari ini.

Muhyiddin berada di bandar raya kosmopolitan ini sejak semalam bagi mengetuai Misi Galakan Pelaburan Khas Ke Tokyo dan Osaka. Beliau bertolak ke Osaka malam ini.

Beliau mengulas tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang menuduh Dr. Mahathir sebagai rasis atau bersifat perkauman kerana menolak pandangannya supaya modul kurikulum BTN dirombak bagi menggambarkan konsep 1Malaysia.

Dr. Mahathir sebelum itu mempertahankan modul BTN yang sudah lama diguna pakai kerana ia berkesan untuk rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Dalam hal ini, Muhyiddin mengingatkan memang menjadi strategi pembangkang sejak berkuasa di beberapa buah negeri untuk memperlekehkan semua institusi kerajaan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), institusi diraja mahupun BTN supaya semua rakyat akan buruk sangka terhadap kerajaan dan pemimpin.

“Ini strategi mereka. Selama ini kita tidak berdebat soal-soal begitu. BTN adalah untuk kepentingan negara dan bukan bertujuan membawa kesan buruk kepada negara.

“Jadi kalau kita terperangkap dengan agenda pembangkang, saya rasa ia mungkin membawa kesan yang tidak baik seperti kes ini sehingga pemimpin terpaksa berlaga sesama sendiri dan mereka tersenyum sahaja apabila agenda mereka berhasil,” katanya.

Muhyiddin berkata, beliau bimbang dengan gerakan tertentu yang dibuat secara halus oleh pembangkang untuk melaga-lagakan pemimpin dan memperlekehkan institusi dan agensi kerajaan.

Beliau berkata, rakyat sudah bosan dengan politiking terlampau dan pemimpin sepatutnya menghentikan debat politik dan menumpukan soal-soal yang lebih penting seperti pembangunan.

“Tapi kita kadang-kadang terperangkap dan bergaduh sesama sendiri yang bagi saya ia tidak berfaedah,” katanya.

*********

Walaupun Kepimpinan Negara (Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak di Thailand dan Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin di Jepun) berada diluar negara ketika ini, namun kami yakin mereka peka dengan perkembangan amat negatif dari perspektif ‘Perjuangan’ dalam UMNO dan Kerajaan dengan episod BTN ini.

BTN sebagai agensi bawah JPM selama 35 tahun ini berusaha keras menentukan bahawa semangat patriotism dan nasionalism dipupuk, semarakan dan sentiasa dalam keadaan momentum untuk menentukan rakyat Malaysia, terutama orang Melayu sentiasa sedar akan tanggung jawab masing masing dan tidak leka dan lemah dalam menghadapi cabaran globalisasi.

Semangat yang sentiasa disemarakan ini merupakan asas bagaimana negara ini lahir, bermula dengan Dato’ Onn Jaafar berjaya mengumpulkan sokongan orang Melayu melalui UMNO pada 11 Mei 1946 untuk mengagalkan Malayan Union. Semangat ini juga landasan bagaimana Perjanjian Tanah Melayu berjaya dicapai pada 31 Januari 1948, yang menjadi asas Perlembagaan Persekutuan hari ini. Atas semangat yang sama, orang Melayu berjaya mengumpul dana untuk menaja rombongan Tunku Abdul Rahman Putra untuk merundingkan Kemerdekaan pada awal 1956, walaupun rata rata mereka daif dan serba kekurangan. Semangat jitu ini merupakan resolusi ‘Perjuangan’ apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957.

Semangat yang sama sentiasa menjadi pendoman rakyat Malaysia, terutama orang Melayu menghapai anasir kominis serantau dalam 1950-60an dan terbukti walaupun negara tidak mempunyai sumber yang banyak untuk menentang keganasan dan doktirnasi kominism, Malaya dan Malaysia berjaya mematahkan ancaman kominism berbanding dengan jiran serantau seperti Vietnam, Kemboja, Laos, Indonesia dan Filipina.

Dasar Ekonomi Baru, merupakan plan penstrukturan dan transformasi masyarakat Malaysia terutama luar bandar lahir atas semangat yang sama. Kegigihan agensi Kerajaan membangunkan mereka yang tertinggal arus pembangunan nyata berkesan dan mampu menjana negara sehingga tahap ini, termasuk program pembangunan yang amat ketara bagi orang Melayu selaku majoriti warga Malaysia dan masyarakat luar bandar.

Anasir anasir anti-Melayu dan berusaha untuk menangguk diair keruh dalam keadaan Melayu lemah dan berpecah seperti PKR dan DAP memang ternanti nanti dengan peluang ini. Kelemahan terutama jati diri orang Melayu merupakan modal yang sentiasa dicari untuk diatasi bagi mereka mengambil alih kuasa. Menyerang dan melemahkan program yang ternyata berkesan seperti BTN merupakan strategi musuk Melayu.

Apabila pemimpin UMNO sendiri men’gema’kan desakan anti Melayu yang secara strategiknya mem’bankrap’kan masa depan negar negara dan tergamak melabelkan mereka yang mempertahankan ‘Perjuangan’ menyemarakan secara berterusan semangat patriotism dan nasionalism sebagai “Bloody Racist” tidak syak lagi wajar disifatkan sebagai MENGKHIANATI BANGSA MELAYU!

Nazri Aziz: Mengkhianati Bangsa Melayu dengan menyifatkan 'Perjuangan' sebagai "Bloody Racist"

Ini adalah kontradiktori bagi Nazri kerana beliau mendapat kedudukan dalam parti dan seterusnya Kerajaan, sehingga jawatan Kabinet semenjak 1999 adalah kerana ehsan UMNO. Sekiranya mempertahankan semangat patriotism dan nasionalism yang menjadi roh Perjuangan UMNO semenjak 11 Mei 1946 disifatkan beliau sebagai “Bloody Racist”, maka Nazri sendiri merupakan seorang yang amat beruntung atas dasar dan amalan ‘perkauman’ UMNO selama ini.

NAZRI ADALAH HIPOKRIT DENGAN MENGKHIANATI ‘PERJUANGAN” DAN UMNO WAJAR MENOLAK PEMIMPIN SEBEGINI!

Polemik yang akan timbul dalam UMNO sendiri antara PM Najib dan Presiden UMNO IV Tun Dr. Mahathir atas isu ini sendirinya tidak sihat dan produktif bagi UMNO. PM Najib wajar mengelakan isu ini berpanjangan dan memberi fokus kepada isu yang lebih penting seperti usaha startegik dan taktikal musuh Melayu/UMNO dengan mengambil tindakan drastik dengan kadar segera untuk menyelesaikan isu yang berpontensi menjadi ‘kudis’ ini sekiranya dibiarkan meleret dan berpanjangan. Episod bagaimana dalam temph yang singkat majoriti orang Melayu sendiri berpadu dan paksikan kepada Tun Dr. Mahathir untuk ‘menolak’ keluar PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi walaupun ianya menentang arus perdana yang didukung jentera rasmi Kerajaan dan parti wajar menjadi pertimbangan Kepimpinan.

Oleh demikian, Kepimpinan UMNO dan seluruh warga kepimpinan atasan dan menengah UMNO wajar peka atas perkembangan yang secara strategiknya melemahkan Melayu dan mengambil tindakan drastik dengan segera. Kepimpinan UMNO terutama PM Najib dan TPM Muhyiddin wajar mengambil pendekatan tegas dan menunjukan bahawa ‘Perjuangan’ tidak sesekali boleh diperlekehkan, apatah lagi di’gadai’kan atas apa alasan pun kerana mempertahankan Hak Istimewa Orang Melayu itu adalah elemen penting dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan gagasan ‘1 Malaysia’ berlandaskan kepada Perlembagan dan prinsip Rukunegara.

Sekali lagi, kami mengulangi desakan serious bahawa:

NAZRI AZIZ WAJAR DIPECAT DARI KABINET DAN MT UMNO WAJAR MELUCUTKAN KEAHLIAN UMNO BELIAU

*Dikemaskini 300pm

Nazri Aziz makin biadap!

Laporan The Malaysian Insider:

Nazri: Dr M is ‘father of all racism’

Nazri said he would never resign because of the former PM. — File pic

By Asrul Hadi Abdullah Sani

KUALA LUMPUR, Dec 9 — Minister in the Prime Minister Department’s Datuk Seri Nazri Aziz attacked Tun Dr Mahathir Mohamad again and called the former Umno president the “father of all racism” as the row between the two men over the controversial National Civics Bureau (BTN) continued.

Nazri criticised the former prime minister for being a hypocrite and said: “Who does Mahathir think he is?”

“If he can comment on others, why can’t I comment on him? Who is he? People kept telling me that he’s been in the government for 22 years. Yes but that’s not right for him to abuse people the way he abused the former PM. You mean to say he was the former PM for 22 years he can do anything he likes? I cannot agree and he’s no longer in the government.

“Last time he told us you must support the government. He was a perfect PM, I never complained. It was only after he retired, he started to attack us. He used to tell us, if one day we become a candidate and if we are dropped, we should not be angry because once that person supported us, now it’s time for us to support them.

“What is he doing now? We all supported him before through thick and thin and yet when he retired, he attacks us even worse than the opposition. Today the opposition doesn’t need to do work. Dr M is the only one attacking us. Everything is not right. During Tun Abdullah’s time, everything was not right but he’s a gentleman, he didn’t argue. Now with Najib, there is something wrong. Does he (Mahathir) want to become a PM?” Nazri told reporters at the Parliament lobby.

Nazri said he would never resign because of Dr Mahathir.

“When he wanted to resign before, we told him not to but he wanted to step down. Now he has stepped down, he’s asking me to resign. What for? I’m not going to give him the pleasure of resigning to make him happy because I’m not stupid to fall into his trap,” he said.

Nazri pointed out that if he belongs to a racist party, then Dr Mahathir is the “father of all racism” because he was the president of Umno.

“He’s saying I’m in a racist party so he confirms what I said about him. If he says I’m in a racist party because I’m a member of Umno, then he is the father of all racism, he was the president of Umno for 22 years. It confirms that I said he was a racist. Please give him some other argument lah. As the ex-PM, he should give better suggestions. I feel sorry for him but I will continue,” he added.

Nazri maintained that he was not being disrespectful of Dr Mahathir but pointed out that the former premier should accept that he is also open to criticism.

“This is democracy and free speech. I meant no disrespect to him. It’s just counter-argument to his criticism. There is no need to write to papers to say I’m disrespectful. This is a way out of the argument. Although he is an old man, he got himself involved in a matter that invites criticism from others. Don’t say when I criticise him, I’m being rude,” he said.

He added that Dr Mahathir also criticised the first prime minister, Tunku Abdul Rahman.

“When he criticised Tunku Abdul Rahman, that’s not rude? He taught me. If he does it is OK, but if we do it then it’s rude? In the 1960s he criticised the then PM, so if people do it now, don’t get angry. He’s my teacher,” he said.

Nazri also wondered why Dr Mahathir did not like him since the former premier was the one who appointed him a minister.

“I didn’t force him, I didn’t put a gun to his head and force him. He knows I’m a good minister and I’ve been a minister for three terms. Each time a new PM takes over, there are rumours that I’ll be dropped. I’ve been a minister for 10 years. I only serve the rakyat,” he said.

The former premier and the minister in the Prime Minister’s Department have been at loggerheads over the need to revamp the BTN, which critics charge with cultivating racism instead of its original purpose of nation building.

Nazri had earlier called Dr Mahathir a “bloody racist” for defending BTN courses while reasserting the Cabinet’s earlier decision to overhaul the programme in line with the policy of 1 Malaysia mooted by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.

Nazri also lashed out at Dr Mahathir yesterday and described the former premier’s call for his resignation from the party as the “most stupid statement” that he has ever heard.

Dr Mahathir said that Nazri should resign from Umno because if he was against racism, he should not be in a racist party.

Published in: on December 9, 2009 at 08:43  Comments (29)