‘Ariffahmi Gate’: Kini PAS dalam konflik intra-parti

Sejak kami di BigDogDotCom memaparkan kisah MB Kelantan Nik Aziz dengan menantu kontroversi , amalan kronyism dan salah guna kuasa dan  timbul ‘Ariffhami Gate’ kerana amalan rasuah, sehingga SPRM menyiasat PMBK dan mengakibatkan pegawai media Syed Azidi “Kickdefella” Al Bukhary dipecat, PAS sedang melalui proses ‘perang saudara’ dimana Politiburo PAS sendiri mahukan CEO PMBK Ariffahmi Abd Rahman berundur serta serta dan bukan bulan Mac 2010, sebagaimana diumumkan.

Laporan Utusan Malaysia:

Segera letak jawatan

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my

 

KOTA BHARU 19 Dis. – Dewan Pemuda Pas Kelantan akan mengadakan mesyuarat Isnin ini bagi membincangkan cadangan mendesak Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) lebih awal tanpa menunggu Mac depan. Ketua Penerangannya, Dr. Rosli Allani Abd. Kader berkata, dewan itu mungkin akan membincangkan isu itu lebih mendalam termasuk mengadakan undian di kalangan ahli jawatankuasanya untuk membuat desakan tersebut. Sebelum itu jelasnya, pihaknya akan memanggil menantu Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu untuk kali kedua dalam tempoh terdekat bagi mendapatkan penjelasan berhubung peletakan jawatannya itu. Menurutnya, keputusan memanggil Abdul Ariffahmi yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas negeri itu dibuat pada mesyuarat harian dewan itu kelmarin walaupun sebelum ini beliau telah dipanggil.Katanya, ia bagi memastikan isu tersebut tidak berlarutan kerana akan menjejaskan tumpuan parti dan kerajaan dalam membangunkan negeri ini.

“Isu ini perlu diselesaikan dengan cepat kerana ia menjejaskan parti. Apa yang kita buat ini adalah bersandarkan kepada konsep parti menguasai kerajaan bukannya kerajaan menguasai parti. 

‘‘Lagi pun Abdul Ariffahmi ialah Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas negeri,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.  PMBK sebelum ini mengumumkan Abdul Ariffahmi akan meletakkan jawatan pada Mac depan selepas diarahkan Nik Abdul Aziz yang dinasihatkan berbuat demikian oleh kepimpinan Pas Pusat.  Bagaimanapun Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar mempertikaikan keputusan tersebut kerana tempoh tiga bulan itu terlalu lama dan memberi ruang yang banyak kepada musuh untuk menyerang.  Rosli Allani berkata, keputusan yang akan dibuat dalam mesyuarat penuh tersebut menunjukkan ketegasan dewan itu supaya isu berkenaan diselesaikan secepat mungkin.  Mengulas mengenai tulisan isteri Abdul Ariffahmi, Nik Amalina di dalam blognya Seri Suri, beliau berkata, tindakan anak perempuan Nik Abdul Aziz itu betul untuk mempertahankan suaminya yang dianggap tidak bersalah selagi mahkamah tidak menjatuhkan hukuman.  “Memang diakui tulisan yang meminta seorang Exco meletakkan jawatan sedikit sebanyak menjejaskan parti tetapi di sini ada dua isu yang berbeza terutama dalam mempertahankan institusi kekeluargaan. 

“Sebagai kawan lama, saya melihat Nik Amalina ada hak untuk mempertahankan suaminya daripada terus dihukum oleh orang ramai tanpa diberikan peluang membuat penjelasan,” katanya.

********

Nik Aziz wajar mendesak menantunya melepaskan jawatan serta merta, kerana skandal ‘Ariffahmi Gate’ kini mengundang perebutan kuasa diKelantan. Memandangkan Kelantan berada dalam keadaan yang tidak memberansangkan, ketirisan pentadbiran PAS Kelantan akan lagi menyusahkan rakyat yang pendapat per kapitanya itu antara terendah dalam Malaysia.

Sebagai seorang yang selesa dipanggil Murshidul Am PAS, Nik Aziz wajar menunjukan kepimpinan yang baik dan tidak mempertahankan agar nepotism yang ahli PAS sendiri tidak selesa itu dipanjangkan lagi, bagi memenuhi kepentingan peribadi.

Kami berharap agar SPRM menyelesaikan siasatan keatas Ir Ariffahmi Abd Rahman dan sekiranya cukup bukti, mencadangkan agar dakwaan dibuat demi menjaga integriti badan bebas itu.

 

Advertisements
Published in: on December 21, 2009 at 00:10  Comments (14)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/12/21/ariffahmi-gate-kini-pas-dalam-konflik-intra-parti/trackback/

RSS feed for comments on this post.

14 CommentsLeave a comment

  1. macamana orang PAS boleh kata AF tu orang UMNO ? senjata yang dihantar ..lojik ke ? apapun kesilapan dan dosa mereka semuanya dilonggokkan pada UMNO , tak ngaku kesilapan sendiri , menipu menipu dan menipu seumur2 , cakap bohong jadi hiasan mulut ..beginikah sikap parti yang mengaku memperjuangkan Islam , tang mana Islamnya ? dewan pemuda PAS sendiri dah ngaku AF itu ahli dorang ..

    • aku tak tau lar, pas ni islam jenis yg macamana..yg kita nampak, kebanyakan mereka cukup byk ciri2 munafiq..

  2. Kalaupun dikatakan Ariffahmi tu ‘dihantar’ oleh UMNO, ia satu faktor kecil kerana kesilapan berpunca kepada Nik Aziz yang melantiknya dan kesilapan itu makin besar apabila Nik Aziz dan Ariffahmi sengaja melewat lewatkan perletakkan jawatan malah Nik Aziz menuduh kesalahan terletak kepada Penasihat Undang Undang yang tidak berkata ‘tidak’ di atas perlantikan itu.

    Ada banyak perkara yang cuba ‘dilindungi’ di dalam kelewatan ini dan bagi yang mahu merebut kuasa pentadbiran di Kelantan sekaligus menjatuhkan Nik Aziz, mereka berlumba untuk mendedahkan.

    Kaitan Nazri dengan Anwar di kuatkan lagi apabila Nazri mengunjungi Nik Aziz dan sehingga sekarang SPRM masih membisu.

    Najib seolah mempunyai ‘masalah besar’ sehingga tidak mampu memeberi amaran kepada Nazri yang memperlekehkan Tun dan turut membisu bila Nazri memebri komen yang dia ‘diarahkab tutup mulut’ oleh Najib.

    • Sdr Kluangman,

      Najib akan sentiasa mempunyai ‘masalah besar’ dalam perkara-perkata yang memerlukan sifat-sifat seorang Ketua Agung/Pendekar/Jantan kerana Najib ini dari dulu lagi agak terkenal dgn perangai “playsafe” dia.

      Saya teringat dulu, MCA bergaduh. Bising juga kat suratkhabar beberapa hari. Sekali Tun M keluar kenyataan, terus selesai masalah dalaman MCA ketika itu. Tengoklah sekarang. Apa dia “kenyataan decisive” dari Tai Kor BN? Sehingga kini MCA masih dianggap bermasalah.

      Lihatlah Hishamuddin – masih menyorok dlm almari bersama-sama keris dia yg telah berdebu ke sedangkan sana sini dalam negara orang-orang yg tidak bertanggungjawab, terutamanya dari pihak DAP & pembangkang, melaung-laung perkara sensitif yang membawa keresahan. Mereka juga amat berani untuk celupar mulut sekarang ini.

      Kalau nak ambil tindakan ke atas orang Melayu Shah Alam dlm su kepala lempu – cepat sangat pula depa. Kerana apa? Kerana Orang Melayu tidak se celupar, se kurang ajar, se lantang kaum jahat ultra kiasu itu? Orang Melayu ini lebih lemah lembut, sopan santun?

      Time untuk orang Melayu bergabung, PAS & UMNO, kembalikan maruah bangsa, singkir pemimpin sendiri yg kecut dan take beers itu! Letakkan Pendekar Melayu sebagai Presiden Parti!

      • org2 yg main playsafe ni singkirkan saja dalam pr yg akan dtg..

  3. Ariffahmi bukannya bodoh!
    Dia mahu menggunakan masa yang cukup utk meminda minit2 mesyuarat dan memusnahkan dokumen2 yg boleh mensabitkannya dgn bukti2 penyelewengan yg telah dilakukannya di PMBK.
    SPRM Kelantan pula sedang bermain wayang dgn melengah2kan siasatan. Supaya nanti tidaklah terjumpa apa2 bukti yg kukuh utk mensabitkan kesalahan Ariffahmi dan TGNA.
    Hidup PAS!

  4. Apa muslihat Nazri mengunjungi Nik Aziz dan SPRM berikutnya membisu?

    Kerana Najib masih menyimpan Nazri walau pun kurang ajar kapada TDM, orang memikir Najib pun mahukan Nik Aziz terus pegang jawatan. Takut fasal royalti minyak Nik Aziz tuntut ke? Hendakkan Nik Aziz setuju usaha-usaha PAS-UMNO bersatu ke? Dia sudah cakap jahanam UMNO macam mana?

    SPRM perlu teruskan tindakan diatas Nik Aziz atas rasuah terima tawaran naik haji dari kontrekternya. Dengan tindakan saperti itu akan cepat Nik Aziz keluar. Keluar Nik Aziz keluarlah menantunya.

  5. “Of course everything will be destroyed, everything about Umno will be destroyed,” Zaid said.

  6. Apa punya rendah mentaliti barisan menteri yang DSN miliki ini? Tidak malukah dengan rakyat di luar sana? Orang-orang kampung yang ternyata lebih celik, lebih cerdik daripada barisan MP ini?

    YB Nazri Aziz adalah virus dalam UMNO. Bermula dengan diperbodohkan oleh Teresa Kok pasal wanita ketuk ketampi bogel hinggalah dengan jelas sekali menjadi peluru hidup DAP dan AI.

    UMNO adalah milik semua orang Melayu termasuk nenek tua di ceruk kampung. Jangan biarkan Nazri Aziz meruntuhkannya. Ternyata Nazri Aziz mulutnya LEBIH LAJU daripada otaknya boleh berfikir.

    Renungkanlah. DSN usah terlalu dibuai rasa macam bagus ke sana ke mari didendangkan kelunakan mimpi. Apa yang terjadi sebenarnya di luar sana ternyata berbeza. Lihat saja bagaimana The Star tak habis-habis menghentam UMNO. Ong Tee Keat langsung tidak demokratik. Ada resepi komunis dalam perjuangannya. Awaslah…

    Koh Tsu Koon hanya sayangkan posisi diri. Tidak fikir langsung kelangsungan BN di PP. Tidak realistik. Sudah kalah tertonggeng masih mahu bertempik nyaring!

    • Najib said everyone please stop barking. Case closed.

  7. nazri aziz perlu di pecat dari semua jawatan kerana sikapnya yang angkuh. dia seolah olah mengatakan yang dato seri najib lah yang mengarahkannya menghina tun dr mahathir. padahal semua yang di lakukan nya adalah atas sikapnya yang suka tunjuk kuasa dan tunjuk lagak.
    di harap dato seri najib akan membuat sesuatu ke atas nazri aziz.
    kalau tidak dato seri najib sendiri yang akan menerima padah atas perlakuan kurang ajar menterinya itu.( nazri aziz mengatakan yang dia hanya seorang samurai yang mengikut kata kata ketuanya. di sini dia seperti menekankan yang dato seri najib lah yang mengarahkan perlakuannya, walaupun dia mengatakan segala yang terjadi adalah kerana sikapnya. cakap berbelit belit macam loyar buruk. dato seri najib perlu berbuat sesuatu kerana nazri aziz telah memburukkan diri dato seri najib.)

  8. […] Nik Aziz episode evolved from the ‘Ariffahmi Gate’, will now has the possibility to split PAS in the middle, especially in Kelantan. The patronage of the ‘Erdogan’ faction within PAS will also be […]

  9. […] Isu ‘Perang Dingin Dalaman’ antara pemimpin dan akar umbi PAS […]

  10. Saya diminta Tok Guru membuat catitan sejarah tentang Bazar, Arked dan Pasar Lambak. Atas permintaan itu, saya perturunkan catitan ringkas ini.

    Pertalian sejarah menguatkan azam Tok Guru untuk menempatkan para peniaga di tingkat bawah Bazar Tok Guru yang akan dibina.

    Dua hari sebelum pilihanraya 2008, Tok Guru berucap di hadapan para peniaga kecil, bahawa menjadi hasrat beliau untuk membina satu bazar mercu tanda yang akan menjadi medan perniagaan baru para peniaga kecil di Kota Bharu. PAS mendapat kemenangan besar 2008 yang lalu.

    Ada sebab sejarah Tok Guru berucap begitu pada hari itu.

    Tiga tahun menjelang kemenangan besar bersejarah buat pertama kali Angkatan Perpaduan Ummah pada tahun 1990, jentolak-jentolak telah meranapkan gerai-gerai kecil peniaga ini buat selama-lamanya. Waktu itu dikenali sebagai Pasar Lambak. Lokasinya adalah di Medan Hijau di depan Bangunan UMNO Kelantan sekarang.

    MPKB bercadang mengindahkan persekitaran Bangunan UMNO Kelantan itu yang akan dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir pada masa itu. Tepatnya, perasmian tersebut berlangsung pada 12 Mach 1987 dan perobohan berlaku betul-betul sehari sebelumnya!

    Politik peminggiran peniaga kecil ini tidak harus diizinkan berlaku semula di zaman pentadbiran Tok Guru.

    Bagi generasi baru, mungkin rentetan sejarah ini tidak ada dalam ingatan mereka.

    Bagi seusia dengan saya, inilah tempatnya kami anak-anak belia masa itu membeli baju dan seluar, melalui celah-celah lorongnya memilih pakaian. Bersebelahan gerai-gerai ini ada kedai-kedai buku yang masyhur masa itu seperti Abu Bakar Al Ahmadi, Dian dan beberapa lagi yang saya telah lupa namanya.

    Selain membeli buku di Toko Abu Bakar Al Ahmadi, saya memasang telinga mendengar perbualan politik di situ. Tuan punya kedai seorang ustaz berserban tetapi sangat kuat UMNOnya dan di sini, selalu berlaku perbahasan politik.

    Saya sudah bergiat di Pejabat PAS Jalan Dato Pati ketika UMNO mengarahkan perobohan gerai-gerai ini. Masa itu, keangkuhan UMNO sedang memuncak. Berlaku juga apa yang digelar ’sepak bakul’. Akibatnya, UMNO kecundang di Kelantan tiga tahun kemudian.

    Sejarah Pasar Lambak Kota Bharu bermula sejak 1976, sewaktu Kerajaan Campuran PAS BN. Ia bertujuan menempatkan peniaga kecil yang berselerak di Bandar Kota Bharu secara bersepadu. MPKB telah menyediakan pelan tapak memuatkan 124 gerai bersaiz 8 X 10 dengan sewa permulaan RM 15 sebulan.

    Selepas hampir 5 bulan berniaga, Persatuan Penjual Pasar Lambak bermesyuarat dan bersetuju untuk membina sendiri gerai-gerai di atas lot tapak yang disediakan. Peniaga mengambil inisiatif sendiri membina dinding plywood dan bumbung zink yang menelan belanja hampir RM 150 setiap lot.

    Hasrat membina generasi usahawan melalui penempatan ini berjaya. Dari sini munculnya usahawan hartawan seperti arwah Hj Ibrahim Mat Min ( sahabat Tok Guru sendiri ) peniaga pakaian, Hj Talib ( seluar jeans ), arwah Hj Mohd Nor ( bapa Borhan Arked UDA ) pemborong pakaian siap dan seragam sekolah , arwah Tok Penghulu Hussin, Mat Kain Ela, Yusoff Selipar dan banyak lagi.

    Melihat kejayaan peniaga Pasar Lambak berniaga dan mendapat sambutan yang menggalakkan, maka MPKB telah menaikkan sewa RM 50 sebulan dengan alasan MPKB menyediakan kemudahan elektrik secara percuma. Persatuan Penjual menerima arahan kenaikan sewa MPKB dan harga tersebut kekal hingga Pasar Lambak menyembah bumi pada tahun 1987.

    Perundingan untuk merobohkan Pasar Lambak

    Pada tahun 1983 PKINK bercadang membina 3 tingkat Bazaar Buluh Kubu dan telah menawarkan kepada Persatuan Penjual Pasar Lambak untuk membeli lot-lot yang akan disediakan.

    Waktu itu, Persatuan mempunyai tabung yang kuat dengan kewangan ratusan ribu ringgit hasil sumbangan yuran tahunan ahli. Wakil Persatuan memohon kerjasama PKINK untuk menyediakan lot yang mencukupi ( 124 ) untuk menempatkan peniaga di aras bawah dan dipersetujui CEO PKINK dengan tawaran harga asal RM 1.83 sen sekaki persegi. Itu pada tahun 1984.

    Sayangnya rancangan tersebut tidak menjadi kenyataan. Sebilangan kecil mengambil langkahan sendiri dan telah berunding secara sulit dengan PKINK. Hasil gerakan sulit tersebut PKINK telah mengkucar kacirkan perpaduan di kalangan ahli.

    Setelah pengurusan PKINK bertukar maka pelan asal Bazar Buluh Kubu turut berubah dengan setiap tingkat hanya disediakan 65 lot bersaiz besar. Pengurusan baru PKINK juga memaklumkan bahawa PKINK tidak akan menjual Bazaar Buluh Kubu sebaliknya disewa kepada peniaga yang berminat.

    Cadangan Persatuan untuk menempatkan kesemua 124 peniaga di tingkat bawah tidak dilayan. Persatuan telah menolak tawaran PKINK untuk menyewa di tingkat bawah dan tingkat satu.

    Bazar Buloh Kubu dibuka secara rasmi pada tahun 1985 tetapi pada awalnya tidak mendapat sambutan. Dengan pelbagai kemudahan infrastruktur yang hebat tidak mampu menggugat dayatarikan Pasar Lambak dengan harga yang lebih murah dan pilihan yang lebih banyak.

    Perniagaan Bazar Buluh Kubu hanya mula mendapat sambutan hangat setelah Pasar Lambak dirobohkan. Perpindahan peniaga asal Pasar Lambak telah membuka ruang baru kepada peniaga Bazar Buluh Kubu untuk merasai nikmat sambutan Pasar Lambak dahulu.

    MPKB juga bercadang menyiapkan Pasar Lama MPKB yang terbengkalai hampir bertahun lamanya. Dato Rastom Ahmad Maher selaku Timbalan Menteri Besar dan juga YDP MPKB waktu itu telah berunding dengan Persatuan Pasar Lambak untuk memindahkan lokasi perniagaan ke Pasar Lama MPKB.

    Persatuan Penjual tidak bersetuju berpindah kerana disediakan lot Tingkat 1 yang tidak berdaya saing mengikut pendapat mereka. Walau bagaimanapun MPKB tetap berusaha untuk mendapat persetujuan Persatuan Penjual tetapi tetap gagal.

    Akhirnya, MPKB telah mengugut untuk merobohkan Pasar Lambak secara paksa kerana alasannya lokasi Pasar Lambak tidak mengindahkan Bandar Kota Bharu.

    Persatuan Penjual telah mengambil tindakan proaktif dengan melantik peguam untuk mendapatkan perintah injuksi dari mahkamah menghalang MPKB merobohkan tapak Pasar Lambak.

    Tindakan berani Persatuan Penjual telah membuahkan hasil dan akhirnya mahkamah mengeluarkan arahan menghalang MPKB dari merobohkan Pasar Lambak.

    Keputusan mahkamah telah disiarkan oleh akhbar Berita Harian, Utusan Malaysia dan New strait Times pada awal tahun 1987. Tajuk yang menjadi pilihan akhbar ialah PERSATUAN PENJUAL SAMAN MPKB dan MPKB DIHALANG ROBOH PASAR LAMA.

    Sebagai reaksi kepada keputusan mahkamah,MPKB telah membuat rayuan atas keputusan tersebut dan menghentikan rundingan dengan Persatuan.

    Kemuncak kepada isu Pasar lambak ialah apabila Bagunan UMNO Negeri Kelantan bersebelahan Pasar Lambak akan dirasmikan oleh bekas PM Dr Mahathir pada 12 Mach 1987. Demi untuk mencantikkan pemandangan di hadapan Bangunan UMNO yang bakal dirasmikan, peniaga diminta berpindah dengan segera.

    MPKB dan beberapa pegawai kerajaan telah memohon jasa baik Persatuan Penjual berpindah dan tempat baru disediakan di tingkat 1 Pasar Lama MPKB. Walau bagaimanapun pendirian rasmi Persatuan Penjual tidak berubah dan tetap berkeras untuk berniaga di pasar lambak.

    Setelah kesemua pimpinan Persatuan tetap tidak berubah maka MPKB telah membuat provokasi terhadap peniaga Pasar Lambak. MPKB telah mengadakan rundingan dengan kumpulan serpihan Persatuan Penjual yang tidak berautoriti membuat keputusan.

    Hampir 20 peniaga dari 124 orang telah dibawa bertemu Menteri Besar, Tan Sri Mohamad Yaacob untuk berunding.

    Ia berakhir dengan perobohan dimulakan ke atas gerai-gerai yang telah memberikan persetujuan.

    Sehari sebelum perasmian Bangunan UMNO maka berlakulah peristiwa yang menyayat hati. MPKB menghantar jentolak untuk merobohkan lot milik kumpulan 20 dan ia tidak lagi dapat dihalang oleh Persatuan.

    Tiada pilihan untuk bertahan, Persatuan Penjual menyeru kesemua ahli mengosongkan gerai bagi memberi laluan kepada kerja-kerja meroboh oleh MPKB. Dengan hiba dan susah payah kesemua peniaga memunggah stok-stok sehingga pukul 3 pagi. Berakhirnya empayar peniaga pasar lambak demi kepentingan UMNO bagi memberi laluan kepada pengindahan landskap untuk perasmian Bangunan UMNO negeri pada 12 Mach 1987.

    Berpindah ke Bangunan Pasar Lama dan Arked UDA

    Setelah gagal mempertahankan Pasar Lambak, para peniaga berpindah ke Pasar Lama MPKB. Pada masa itu, pembinaannya hanya 70 % siap. Kemudahan elektrik hanya disediakan 2 minggu setelah peniaga berpindah.

    6 bulan kemudian barulah peniaga berhenti menghidu debu kerana kerja-kerja pembinaan yang masih berjalan.

    Setelah berpindah, didapati lot-lot tidak mencukupi untuk menampung kesemua 124 peniaga asal. Peniaga merasa hairan bagaimana 300 lot yang wujud di tingkat 1 tidak mencukupi untuk menampung kesemua peniaga pasar lambak yang hanya seramai 124 orang. Rupanya wujud pembahagian gerai kepada kroni-kroni dan anugerah politik yang tertentu.

    Hasilnya, MB Tan Sri Mohamad Yaacob telah mengarahkan PKINK untuk membina gerai baru di tanah milik UDA seluas 1.5 ekar sekarang bagi menempatkan lebihan peniaga. Pembinaan mengambil masa selama 6 bulan untuk menyiapkan Arked UDA yang ada sekarang dengan menyediakan 216 gerai bersaiz 8 X 10 setiap satu.

    Sekali lagi masalah sama berulang, hampir separuh lot-lot terlepas kepada kroni tertentu.

    Hasil kemelut ini, ada juga peniaga yang dulunya berjaya, telah mengubah haluan masing-masing.

    Bagi peniaga generasi kedua, mereka terus berniaga di Pasar Lama MPKB dan Arked Uda hingga kini.

    UDA kini bercadang membina kondominium dan komponen komersial lain di tapak Arked Uda kini sementara Pasar Lama MPKB pula sudang usang dan tidak selamat untuk digunakan.

    Harapan baru mereka ialah Bazar Tok Guru, dan seperti telah dikatakan, ada sebab sejarah untuk Tok Guru terus berazam menjadikan keseluruhan tingkat-tingkat di Bazar Tok Guru sebagai Bazar para peniaga kecil.

    Saya merasa terpanggil menulis sejarah kecil ini bila Tok Guru mengarahkan saya menulisnya, supaya ‘ekor’ dan ‘kepala’ dapat disambungkan. (Terima kasih kepada para peniaga yang telah membantu penulisan ini)

    Sejarah peminggiran hendak diangkat kepada Sejarah Pemerkasaan.
    (hasil cetusan hati)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: