SSS: Nazri Aziz khianati Melayu, Artikel 153 dan Akta Pendidikan 1996

Nazri Aziz: Mengkhianati Bangsa Melayu dengan menyifatkan 'Perjuangan' sebagai "Bloody Racist"

Menteri DiJabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohamed Nazri Tan Sri Aziz yang baru baru ini menimbulkan kontroversi dengan kenyataan “BTN rasis”, “Tun Dr. Mahathir ‘Bapak Rasis'” dan “Teksi macam tandas awam”, yang telah menimbulkan begitu banyak kemarahan dan reaksi negatif, kini meneruskan ‘keceluparan’ beliau. Kali ini, beliau menolak usaha ‘Satu Sekolah untuk Semua’ (SSS).

Laporan The Sun:

Nazri against single stream school system

 
Kong See Hoh

Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz says he is against the proposal for single stream school system as “we cannot force other (non-Malay) races to sacrifice their characteristics and become Malays (Malaynised)”.What is more, he said, the 1Malaysia concept allows the non-Malays to use and preserve their languages.

“What we want is a united people and country, not forcing all races to become Malays (Malaynised).“Malaysia is a multi-ethnic country where the various races enjoy the right to learn their own languages. Multi-culture and multi-lingual are the strong points of Malaysia, something which cannot be denied,” he added.

“Chinese and Tamil primary schools can continue to to exist, as long as these schools teach Bahasa Malaysia as it is the national language with which (Malaysians of) various races communicate and interact with one another to promote unity.”

Nazri, who is currently overseas, told Sin Chew Daily that Chinese and Tamil schools are not meant for only the Chinese and Indians respectively, the Malays can also enter these schools.

Malay parents should encourage their children to study in Chinese schools to learn an additional language, he said.

“To acquire another language, be it Chinese, Tamil, Arabic, Japanese etc is to gain an advantage.

“I am now in Chengdu, China, and because I don’t speak Mandarin I feel I am at a disadvantage.

“We should regard language as a subject and there are benefits to gain from learning additional languages. Education should not be racialised.”

On writer/poet Eddin Khoo’s remark that he missed the chance to learn Chinese because his father, historian Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim who raised the ire of many with his single stream school remark recently, was too patriotic, Nazri said such thinking be discarded.

Nazri said the government cannot compel all the races to learn only Bahasa Malaysia, forcing the non-Malays to give up their own languages.

**********

SSS adalah usaha untuk merealisasikan ‘Gagasan 1 Malaysia’ PM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak untuk semua anak warga Malaysia menerima pelajaran semua peringkat dalam satu sukatan dan bahasa penghantar, sebagai alat untuk memupuk perpaduan, mengelakan prejudis antara etnik dan mengalakan kersefahaman dan kerjasama. Ini kerana dari peringkat awal, kanak kanak didedah dan biasakan dengan hidup dalam masyarakat majmuk dalam satu sistem yang seragam. SSS tidak bermaksud kumpulan etnik tertentu seperti Cina dan India dinafikan peluang untuk mempelajari bahasa ibunda mereka.

Kenyataan Nazri ini tidak melambangkan kedudukan beliau sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO. UMNO sebagai organisasi Melayu berlandaskan nasionalism memperjuangkan kepentingan Melayu. Perjuangan untuk memartabatkan kepentingan orang Melayu merupakan ‘roh’ Perlembagaan Persekutuan, seperti Artikel 152, 153 dan Akta Pendidikan 1996. Sebagai seorang pemimpin peringkat tertinggi UMNO, Nazri sepatutnya mempertahankan dan bukan menyelar usaha SSS.

Jelas Nazri sedang mengkhianati Bangsa Melayu, Artikel 153 dan Akta Pendidikan 1996. Tindakan Nazri kebelakangan ini seolah olah pra-muka agar seorang lagi pemimpin UMNO berpaling tadah dan mengkhianati Melayu dengan menyertai anasir anti Melayu dan Pembangkang, menuruti jejak Dato’ Zaid Ibrahim.

Sebelum ini kami diBigDogDotCom pernah menyiarkan sms antara beliau dan seorang ahli UMNO Bahagian Gelang Patah, yang sebenarnya memaparkan sikap buruk beliau sebagai seorang pemimpin dan memalukan UMNO kerana meangkat orang sebegini.

Maka, kami diBigDogDotCom mengulangi desakan agar:

PM NAJIB MEMECAT NAZRI AZIZ DARI KABINET DAN MAJLIS TERTINGGI UMNO MEMECATKAN KEAHLIAN NAZRI AZIZ!

*Dikemaskini Khamis 31 Jan 2009 0815am

 

Published in: on December 30, 2009 at 18:28  Comments (77)  

Polis wajar siasat Anwar mengenai anak Shamsidar

Keluarga bahagia Azmin Ali - Shamsidar

Semenjak kebelakangan ini, timbul beberapa penulisan mengenai anak bungsu pasangan Azmin Ali-Shamsidar Mohd Taharim merupakan benih Mantan-Banduan-Salahguna-Kuasa Anwar “Mat King Leather” Ibrahim. Anwar telah dikatakan mengarahkan Azmin untuk ‘menipu’ mengenai sampel darah anak bungsu Shamsidar, apabila diperintah oleh Mahkamah.

Dalam perbicaraan kes salahguna-kuasa sepuluh tahun lampau, surat Ummi Halfida Ali  dan kenyataan dalam buku Khalid Jafri “50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Layak Menjadi PM” mengenai anak bungsu Shamsidar merupakan benih dari Anwar dan bukan suaminya Azmin, menjadi bahan bukti dalam Mahkamah. Oleh demikian, Mahkamah telah mengarahkan siasatan DNA keatas kanak kanak tersebut.

Walaupun DNA telah membuktikan sebaliknya, cara sampel darah kanak kanak tersebut diambil adalah diragui. Dipercayai, Azmin telah pergi ke doktor terus dengan membawa anak tersebut dengan tujuan mengambil sampel darah tanpa melalui Polis (yang sepatutnya memantau proses ini). Polis gagal mengesahkan bahawa sampel darah yang diambil ialah dari anak yang didakwa sebagai dari hubungan Anwar-Shamisdar. Pegawai Penyiasat Kanan kes tersebut SAC 1 Musa Hassan (kini IGP) telah memberi keterangan mengenai ini yang dianggap meragukan itu dalam Mahkamah. Ada kemungkinan Azmin telah ber’pakat’ dengan doktor yang mengambil sampel darah kerana samada doktor itu sedar sampel darah yang diambil itu merupakan anak yang betul itu juga diragui.

Sekiranya ini dakwaan mengenai anak bungsu Shamsidar ini benar, maka pihak Polis wajar sekali lagi meminta, (kemungkinan melalui proses Mahkamah) agar Azmin mengulangi siasatan DNA bagi kanak kanak tersebut. Ini kerana kali ini doktor yang membuat siasatan itu mesti menentukan sampel darah diambil sendiri (bukan sebagaimana siasatan DNA lepas dimana Azmin datang kepada doktor yang menyiasat dan membawa anak tersebut terus tanpa melalui Polis) dan diperhatikan saksi pendakwaan dan/atau pihak Mahkamah.

Ini amat penting untuk menentukan Anwar tidak berbohong (manipulasikan bahan keterangan kes Mahkamah – dengan kerjasama Azmin Ali) semasa perbicaraan kerana isu ‘Anak Shamsidar ialah benih Anwar’ merupakan bahan penting dalam kes tersebut, yang bermula apabila Azmin membuat laporan Polis mengenai buku Khalid Jaffri “50 Dalil” tersebut. Ini juga amat penting sebagai rujukan dalam kes sumbang seks-liwat kedua yang Anwar “Mat King Leather” Ibrahim bakal harungi yang perbicaraan dijangka bermula 25 Januari ini.

Untuk rekod, Ketua-Pembangkang-tanpa-keahlian-parti Anwar “Drama King” Ibrahim dijatuhkan hukuman 6 tahun penjara kerana salahguna kuasa mengarahkan Cawangan Khas Polis DiRaja Malaysia ‘mengunakan kekerasan’ untuk mendapatkan penafian (retraction) Umi Halfida berkenaan surat beliau kepada Perdana Menteri ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai salahlaku seksual Anwar, termasuk perbuatan bersekedudukan dengan isteri Azmin Ali, Shamsidar Mohd. Taharim sehingga melahirkan seorang bayi perempuan. Hukuman ini telah dirayu sehingga Mahkamah Persekutuan dimana Anwar gagal untuk membebaskan diri. Hari ini, Anwar ialah dan masih lagi seorang mantan banduan kes jenayah.

*Dikemaskini 355pm

Published in: on December 30, 2009 at 00:29  Comments (44)