Isu ‘Kalimah Allah’: Raja Raja wajar bersidang dan memutuskan

Isu ‘Kalimah Allah’ yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi kegunaan Catholic Herald bagi gantinama Tuhan pada 31 Disember 2009 dan menerima reaksi negatif dan kemarahan memuncak dikalangan orang Melayu-Islam Malaysia. Kini, ianya menjadi bertambah rumit dan runcing, semenjak percubaan membakar tiga gereja semenjak malam Khamis dan memberikan imej buruk mengenai Malaysia, dari sudut toleransi ugama, menghormati hak orang lain, mematuhi undang undang  dan ujud elemen ekstremism.

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmood bertitah agar semua rakyat Malaysia bertenang dan menghormati hak semua pihak beribadah. Baginda juga mahukan Kerajaan mengambil tindakan sewajarnya untuk merayu melalui proses perundangan dan semua pihak menghormati kedudukan Islam sebagai ugama Persekutuan Malaysia.

Laporan Bernama.com:

08 Januari, 2010 22:30 PM

Agong Titah Semua Pihak Bertenang, Hormati Tempat Ibadah

 

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) — Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan seluruh rakyat Malaysia supaya saling menghormati tempat-tempat ibadah tanpa mengira kaum.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara, Seri Paduka amat berharap agar semangat perpaduan dan hormat menghormati antara kaum dan agama yang menjadi tunjang kekuatan negara ini sentiasa dijaga.

Tuanku Mizan menitahkan semua pihak terutamanya umat Islam agar bertenang berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkaitan penggunaan kalimah Allah.

Seri Paduka menzahirkan harapan itu memandangkan kerajaan sedang mengambil langkah-langkah yang perlu berikutan keputusan mahkamah itu dan semua pihak sentiasa menghormati kesucian ajaran dan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia.

“Bagi menjamin suasana aman dan harmoni di antara penganut yang berlainan agama, maksud dan rujukan kalimah Allah dalam konteks umum hendaklah menepati sifat yang ditetapkan oleh Islam kerana amalan ini sekian lama telah diterima baik oleh semua penganut agama lain di Malaysia,” titah Tuanku Mizan.

Menurut kenyataan itu, Tuanku Mizan memandang serius terhadap isu penggunaan kalimah Allah dalam majalah Herald-The Catholic Weekly oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini.

Rabu lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan penangguhan perintah yang dikeluarkan sebelum ini bagi membenarkan penggunaan kalimah “Allah” oleh majalah mingguan Katolik, Herald, berikutan persetujuan Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Paderi Roman Katholik Malaysia berdasarkan kepada kepentingan negara.

— BERNAMA

************

Peristiwa percubaan membakar tiga buah gereja ini dikecam pelbagai pihak, termasuk Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak. Beliau yang telah mengumumkan bahawa langkah Kerajaan ialah untuk merayu keputusan Hakim Lau Bee Lan ini dan telah mempersembahkan kepada SPB YDP Agong pada hari Rabu 6 Januari 2010, mengesa semua pihak bertenang dan tidak bertindak secara tidak rasional dalam meluahkan perasaan dan menangani isu sensitif ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri IV Tun Dr. Mahathir Mohamad memberikan pandangan mengenai isu yang amat sensitif ini yang disifatkan “Tidak boleh diselesaikan melalui proses Mahkamah”. Walaupun tidak menjelaskan pendekatan paling sesuai, difahamkan beliau mahukan perkara ini diselesaikan pada peringkat yang lebih tinggi dari Mahkamah: Majlis Raja Raja.

Walaupun Kerajaan mengambil keputusan untuk merayu dan menyelesaikan perkara rumit dan amat sensitif ini melalui proses Mahkamah, berkemungkinan ianya bukan tindakan paling sesuai dan bijak. Ini kerana apa pun interpretasi Perlembagaan Persekutuan dan keputusan yang bakal dibuat, oleh mana mana konfigurasi Jemaah Hakim yang bersidang, akan mendapat reaksi negatif  pihak yang kalah dan ketidak puasan hati itu akan mengundang hujah dan pendebatan yang berpanjangan dan tidak berkesudahan. Ianya mungkin juga akan mengundang lebih banyak proses Mahkamah lagi dan makin merumitkan keadaan.

Pada ketika itu, Islam dan pentadibran Islam dalam Malaysia berkemungkinan akan disifatkan sebagai tidak progressif, persepsi negatif yang makin kompleks dan tidak memberikan keadilan dan menganiayai kepentingan bagi Bukan Islam.  Setakat ini, masyarakat Bukan Islam antarabangsa sudah pun mengecam isu pentadbiran Islam dalam Malaysia, terutama bagi kes seperti murtad ‘Lina Joy’ dan komplikasi kes Bukan Islam ingin kembali keugama asal mereka setelah memeluk Islam.

PM Dato' Seri Mohd.Najib Tun Razak dan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmood

Oleh demikian, PM Najib wajar menimbangkan bagi Kerajaan mengambil pendekatan lain untuk menyelesaikan isu yang amat sensitif dan rumit ini. PM Najib wajar mengadap dan mempersembahkan kebawah duli SPB YDP Agong agar satu persidangan khas Majlis Raja Raja diusahakan dengan kadar segera. Sebagai perdana menteri, ini merupakan nasihat yang paling berkesan kerana memandangkan Islam iaitu ugama Persekutuan Malaysia ialah hak mutlak Raja Raja. Beliau juga wajar mengarahkan semua Menteri Besar mengadap sekelian baginda  DYMM Sultan dan mempersembahkan nasihat yang sama agar sekelian baginda DYMM Tuanku memperkenankan persidangan khas Majlis Raja Raja untuk membincangkan isu ini.

Persidangan Khas Majlis Raja Raja ini dicadangkan untuk menimbangkan bagi membincangkan keputusan muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan ke 82 yang membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah” pada 5 Mei 2008 dan telah membuat ketetapan:

Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Perlembagaan Persekutuan, SPB YDP Agong ialah Ketua Ugama Islam bagi Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, sekelian baginda DYMM Sultan ialah Ketua Ugama Negeri bagi negeri negeri beraja. Majis Raja Raja berhak mutlak menentukan apa apa keputusan mengenai Islam sebagai ugama Persekutuan Malaysia. Ini bermakna baginda sekelian DYMM berhak memutuskan bahawa “Allah” itu merupakan terma eksklusif ugama Islam dan tidak boleh digunakan oleh ugama lain. Keputusan ini akan sekaligus melenyapkan apa apa debat dan jhujah yang bakal akan timbul dari proses Mahkamah.

Inilah masa dan keadaan paling sesuai dan berharga bagi seorang Perdana Menteri untuk menasihatkan DYMM SPB YDP Agong dan mengarahkan semua Menteri Besar (termasuk negeri bukan BN sebagai parti pemerintah Kerajaan Pusat iaitu Kedah dan Kelantan) untuk mengadap sekelian baginda DYMM Sultan dan memberikan nasihat yang sama agar Majlis Raja Raja bersidang dan memutuskan.

Apabila krisis ini diselesaikan oleh Majlis Raja Raja, ianya akan menjadi precedence untuk mana mana pihak atau anasir (termasuk orang Islam sendiri) yang akan cuba membuat sebarang sudut ‘provokasi’ atau lebih buruk lagi ‘menghina’ terhadap Islam (dengan bertopengkan “wacana ilmiah” dan “hak asasi manusia”) sebagai ugama majoriti warga Malaysia dimasa akan datang. Kedudukan dan peranan DYMM Raja Raja sebagai Ketua Ugama Islam sebagaimana yang diperuntukan Perlembagaan Persekutuan akan diperkukuhkan lagi dalam minda setiap warga Malaysia.

 

Published in: on January 9, 2010 at 02:02  Comments (28)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/01/09/isu-kalimah-allah-raja-raja-wajar-bersidang-dan-memutuskan/trackback/

RSS feed for comments on this post.

28 CommentsLeave a comment

  1. Saya fikir setakat YDP Agong mengeluarkan kenyataan tersebut pun sudah cukup bagi pemimpin Kristian membuat apa yang patut bagi meredakan keadaan. KDN telah mengemukakan Rayuan undang-undang (Appeal) diMahkamah tetapi Pakiam harus tahu apa yang dia boleh buat selaras dengan kemahuan YDP Agong. Pakiam perlu menunjukkan perasaan tanggung jawab kapada negara, berganda lebih dari tanggung jawabnya kapada kaum Katholik sahaja.

    YDP Agong adalah lambang kedaulatan negara dan kuasa tertinggi dinegara ini. Siapa yang membangkangnya boleh dianggap menderhaka, jika melampau saperti kumpulan Al Maunah pemimpinnya telah dihukum mati. Yang tidak hemahkan kehendak YDP Agong sekurang-kurangnya jelas tidak setia kapada YDP Agong dan negara ini. Tindakan boleh diambil terhadap rakyat yang tidak setia atau derhaka saperti melucut anugerah Tan Sri yang telah diperkenankan YDP Agong sendiri kapada Pakiam, malah boleh keperingkat melucutkan kerakyatannya.

    Namun demikian, jika kesemua Raja-Raja juga menunjukkan pendirian yang sama dalam perkara ini akan menjadi lebih baik dan lebih kuat kesannya. Adalah sesuai bagi Majlis Raja Raja bermesyuarat dan mengeluarkan kata dua bagi menyelesaikan masalah yang telah menjadi serius dan menjejas keharmonian dan ketenteraman negara sekarang ini.

  2. Perception is all that matter.
    Now UMNO had made Malaysia headlines all over the world with this issue.
    Malaysia will be perceived to have emergence of the radical Islamists and probably join the list of ‘terrorist’ countries.
    There is no win win situation as the only way the Malaysian Muslim want is to pressure the East Malaysian
    Christian to follow their demand.
    This is the 1 MALAYsia that Najib is trying to achieve.

    • How can you said Malaysia Muslim want Christian to follow their demands only … This Pakiam is clearly dont even understand words God in Malaysian language , so pathetic Malaysian he is !

      2nd class do you christian ? , i see many pakatan rasuah non muslim and non christian want to champion this issue , and they also dont know the logic and with very limited knowledge about Christian .. soo funny !!!

      This people is the only one who spread hatred among Islam and Christian .

    • Utter nonsense. And you don’t bother to correct skewed and completely wrong perceptions? Calling yourself 2nd Class?

      You are talking thru your nose when saying Malaysia will join the list of “terrorits” countries. And thru your ass when saying Muslims want to pressure the East Malaysian Christians to follow their demand.

      The Muslims have been asking for reasonableness. In Malaysia the BM word Tuhan is sufficient to refer to the Catholic god. It is not inconsistent with the Trinity concept of The Father, The Son and The Holy Ghost. The word Allah refers to the only one and only.

      As the YDP Agong has said, it is hoped that “semua pihak sentiasa menghormati kesucian ajaran dan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia”.

      Don’t instigate and don’t be provocative, whatever you “perceive” your “class” to be.

    • Aku setuju cadangan BigDog.

      Umno ialah parti yg lahir dlm istana, atas usaha bangasawan macam Dato Onn Jaafar. Bukan cam PKR, lahir dijalanan oleh banjingan!

      Lambang Umno itu sendiri sinonim antara Melayu dan Islam.

      Sesuai sgt Presiden Umno mengadap YDPA utk selesaikan isu ini: Raja raja Melayu yg putuskan.

      BUKAN HAKIM CINA YG TIGA KALI SEMINGGU AJOR KELAS INJIL!

      Kalau warga bangsat kelas kedua tak puas hati, boleh berambus pergi mana mana negeri yg tidak disifatkan sebagai ‘terrorist’. Buat apa dok sini lagi, menyemak!

      Ini negara Melayu. Ini negara Islam. Islam adalah ugama Malaysia yg termaktub dlm perlembagaan. Jadi semua rakyat Malaysia kena akur krn kalau nak memandai, maknanya menentang perlembagaan!

      Wajar dilihat sebagai menentang YDPA!

    • 2nd class, have you ever asked why the CPF laws in Singapore, in effect, “treat” Malaysian workers just like singapore workers??

      I think they still harbour hopes of dominating Malaysian politics. Realising that the their minority status in West Malaysia is not enhancing their political status, they look beyond to East Malaysia.

      One way to pad up their majority status is to combine forces with the East Malaysian christians. This might help reduce the Malay Muslim majority.

      At first they tried with Malay Muslim faces like anwar, zaid, paklah, kj, nik aziz etc …

      But that “investment” looks like it’s not going to bear fruit …

      I can still remember LKY crying hoo hoo hoo …

  3. Sekiranya Pakiam mahu bertanggungjawab ….

    Selama ini ketua kaum ini bertanggungjawab kepada apa dan siapa yang dimana? …. sehingga begini kecoh jadinya negara tercinta ini?

    Dia memperlihatkan kebertanggungjawabannya teruntuk kepada kepentingan asing yang dipanggil pope yang di vatican … bukan kepada keamanan negara tempat bangsanya mustautin di bawah naungan DYMM Raja-Raja.

    Sungguh tidak bertanggungjawab si Pukiam ini.

    Kalau ada tindakan ISA, dia patut didahulukan.

  4. Big Bro,

    Kalau nak kira, keadaan sudah agak terlambat baru nak mengadap DYMM YDP Agong. Kes “Allah” ini sudah setahun lebih tapi tiada tindakan yang “wajar” diambil oleh kerajaan. Ini baru satu isu.

    Perlukah kita tunggu hingga “satu benda lagi dibakar” sebelum kita benar-benar bertindak dgn sewajarnya? Lihatlah isu-isu sensitif yg lain ini, apa gtindakan berkesan kerajaan setakat ini?

    – Isu menghina Raja

    – Isu memutarbelitkan makna sehinggakan maksud Ketuanan Melayu telah dijadikan begitu negatif sekali oleh anjing-anjing kurap.

    – Isu ‘bashing’ PDRM, MACC, BTN etc etc on the slightest opportunity oleh anjing-anjing haram

    – Isu Perlembagaan, apa lagi yg membabitkan hak-hak perlembagaan orang Melayu & Bumiputera

    – Isu menerbitkan apa saja berita ikut sedap lubang belakang mereka. Bacalah betapa bebasnya MT, Malaysia kini, umpama anjing kurap haram yang terlepas tali tengkuk

    – Memperlekehkan Bahasa Kebangsaan sehingga bahasa-bahasa asing lain di agong di bumi ini

    etc etc

    Najib/Hishamuddin dan kerajaan nak tunggu orang “bakar benda lagi” kah baru nampak nak bertindak? Sudah-sudahlah dengan perangai apologetik atau ketiadaan tulur itu!

    • Setuju dengan Sdr Antugomen

      Kerajaan harus mengambil tindakan tegas yang dihalalkan oleh undang undang dan perlembagaan negara yang sedia ada.

      Paklah telah membuka “ruang bebas” untuk mereka mengutuk dan menuduh sesuka hati. Paklah bersama anak menantunya telah pun serahkan paspot pada anwar, yang menjadi permulaan huru hara.

      Kini masanya untuk bertindak sebelum terlambat. Budi bahasa dan tata tertib Melayu tidak dihargai oleh kaum pendatang ini.

      Hanya tindakan tegas yang mereka faham dan hormati. Nama baik Malaysia harus dijaga dikalangan negara negara antara bangsa.

      • Sokong Antugomen dan ray bahawa DS Najib patut menagmabil tindakan tegas tentang berbagai isu yang diungkit kaum pendatang sekian lama.

        Pemerintahan lemah flip-flop dan auto-piloting Pak Lah telah menyebabkan mereka naik tocang. Najib saperti tak tentu haluan, tak nyata apa yang dia mahu dengan konsep 1Malaysia, hanya ciri-ciri yang umum dikeluarkan, minta rakyat beri pandangan dan cadangan kedalam blognya.

        Pendatang yang keras kepala saperti komunis PKM mengambil peluang “menggocoh” bila Kerajaan lemah. Mereka diharamakan diMalaysia tetapi kita tidak tahu pengaruhnya walau pun nyata ada pendapat-pendapat subversif dikeluarkan disana sini. Mereka mesti dibendong, ISA perlu digunakan supaya pengaruh mereka tidak merebak.

        Jangan khuatir fasal tahanan tanpa bicara kerana Amerika Syarikat yang kononnya sangat bebas itu pun menggunakan tahanan tanpa bicara diGuantanamo Bay.

  5. Many times I ponder if this is all happening because the chinese dominance somewhere is truly failing so much so that the Malay dominance context must also be made to fail.

    I do really ponder …

    Just don’t get trapped into a permanent chaos, which is exactly what these subversives really want to see happen in Malaysia.

  6. Salam,

    I am sure the fella succeeded in getting the court judgement is being paid and rewarded handsomely by some politically link groups: be it by the church or some other anti-harmonists.

    I for one while do not agree with the courts as the translation of God in Arabic is in fact ‘Rabb’, find it totally funny at the notion of some Christian fractions who do not even know their God’s name. Isn’y three enough that they need to add on one more should their God’s name be pronounced in Malay? Malay must be a really important language then, huh? I thot they already had a Malay translation to Jesus which is currently being used in Indonesia? And hey, Jesus or Cristo must be really fashionable to want to adopt different names when he goes cross borders… hahha I guess its only time before he adopts Versace when in Italy and Bachan in India! Hahhaha

    Puns aside, taking into account the massive want of Malaysians to address God as Allah, let make it blanket then. Let have Allah as God for everyone. Let have Allah as the name of God for EVERY RELIGION in Malaysia. So Muslims worship Allah, Christians worship Allah, Hindus worship Allah, Buddists worship Allah, even Sai Babas and everyone else worship Allah. Lets have the Courts rule that ALL GOD THAT IS WORSHIPPED IN MALAYSIA TO BE KNOWN AS ALLAH. If they were to worship any God by any other name those fractions or left wing religious extremist should be charged as murtad and pengikut ajaran sesat!

    And oh, burning of churches, thats great! They should also burn down mosques and temples. The administrators not only will get a half a million grant to rebuild the structure, they can also claim millions from insurance! Thats really a good idea to boost the economy, really!

    So, any lawyers out there? Let file a motion to outlaw all other names of God except for Allah!

    One Malaysia! One Allah!

  7. kerajaan dato seri najib perlu membuat siasatan utk kes barry wain dan tun dr mahathir serta kes pak lah perlu di buka semula.
    manakala kes kalimah “Allah”, tuanku telah bertitah, maka segala kes mahkamah sudah tidak perlu lagi. kerana jika kerajaan membenarkan juga kes ini selesai di mahkamah, dato seri najib akan menghadapi situasi yang tegang. harap dato seri najib mendengar permintaan kami. terima kasih.

  8. Isu ‘Kalimah Allah’: Raja Raja wajar bersidang dan memutuskan

    Sebagai orang Islam, saya fikir lebih wajar bagi kita untuk merujukkan perkara itu kepada Al Quran.

    “Kemudian, Kami wahyulan kepadamu Al Quran, yang mengesahkan dan mengatasi kitab-kitab sebelumnya. Maka hendaklah kamu mengadili diantara mereka mengikut Kitab ini dan janganlah mengikuti pendapat mereka selain daripada kebenaran yang nyata yang telah datang kepadamu. Kami telah menetapkan cara dan perundangan bagi setiap kamu, dan sekiranya Ia kehendaki, Dia boleh mebuatkan kamu satu ummat. Tetapi Dia hendak menguki kamu mengikut apa yang Dia telah wahyukan kepadamu….
    Maka hakimilah diantara mereka mengikut Kitab Allah..
    (Al Maidah: ayat 48:49)

    Salam.

  9. There’s a bigger agenda being played by the World Council of Churches in this High Court Judgment of “ALLAH”– that eventually our Constitution will ensure the Malaysian Civil Courts must preside over Syariah. The DAP must be laughing as one of their aged objective are being championed by their Muslim comrades in PAS. I would not believe seeing the day PAS willingly compromising with the World Catholic Church as their leadership has sold Islam for lust of power and blind hatred. How can Allah help us Muslims if we not help ourselves? PAS holy conscience is all “messed” because of its Pakatan connection

    The World Council of Churches is very rich and definitely competent to win under the pretext of western jurisdiction and therefore to rely on the courts to continue deliberating the issue based on western practices is a pure waste of time. The issue at stake is so basic – One (Allah) cannot be the same as Trinity (3 in 1) which is a world wide phenomena. And in Malaysia, the common blame game – Blame UMNO, Blame PM, Blame the Malays. But why the pseudo Muslims do and the non-Malays who are supportive of the High Court decision unaware of such sensitive ramifications- again it’s Oppression against the Minorities, not Oppression against the Majority? Typical DAP and PKR posture and you have PAS leadership kissing the bung hole of their ultimate spiritual bung lover. They are just all mother fuckers!!!!

    Perhaps this issue is resolved by the Ruler’s Council? NAY, But that would make Najib’s work too easy. Perhaps it’s better and timely to fill up the jails with ISA detainees again.

    Yes we can let the legal appeal process continue but if the eventual decision is still the same, there be real, real problem. In the meantime, its timely re-educate the Muslim masses on this sensitive issue during Friday prayers nationwide and increase the public pressure with more intensive demonstrations. No Muslims want to be eventually mocked around by people saying “ALLAH IS DEAD”. “THE ONE TRUE GOD IS THE SAME AS THE TRINITY, JESUS IS ALLAH, THE HOLY SPIRIT IS ALLAH SO IS THE FATHER. ETC”. THESE ARE ALL PURE BLASPHEMY. – I am sure many will run amok although I am sure arising from this continued heightened dilemma there will be more converts to Islam.

  10. Dear BigDog, Utusan Malaysia, UMNO, PERKASA, MAIS, KIMMA, MACMA, ABIM, GPMS, Tun Mahathir, PEKIDA, YADIM, JAKIM, JAIS, Mufti Perak dan kawan-kawan:

    When in doubt please refer back to the Al-Quran Chapter 29, Verse 46:

    “wa laa tujaadiluu ahlal kitaabi il-laa bil-latiy hiya aHsanu il-lal-ladhiyna Zalamuu minhum wa quuluu aaman-naa bil-ladhiy unzila ilaynaa wa unzila ilaykum wa ilaahunaa wa ilaahukum waaHiduw wa naHnu lahuu muslimuun”

    And O Muslims, do not argue with the People of the Book(s) except in the best manner – except (with) those among them who oppress, and say, “We believe in what has been sent down towards us and what has been sent towards you – and ours and your God is One, and we have submitted ourselves to Him.”

    http://multimediaquran.com/quran/029/029-046.htm

    • Dear Nicholas;

      People Of The Book refers to true followers of Jesus. He worship the God Jesus. Pukiam do not. People Of The Book dare not drag Allah into the court of mortals. But Pukiam did.

      The so called people of the book polluting the Malaysian air take Jesus as god, discarded the true God of Abraham, of Moses, of Jesus and of Muhammad s.a.w. They threw the Injil and Taurat into the dust bin and replaced them with their fictions. They blasphemed. They are no longer people-of-the-book.

      So the QURANic verse you quote do not apply. That verse refers to the people who takes Abraham’s Allah, which is Musa’s Allah, which is Isa’s Allah as his Allah. Pukian do not.

      This is precisely why the term “Allah” cannot be allowed applied by them, because to them “Allah” do not mean what “Allah” means and refer. Just as the verse you quote becomes void and deceives simply because YOU DO NOT BELIEVE OR BERIMAN TO IT, so too the term “Allah” will deceives when Pukiam utters it. Because Pukiam has no IMAN for Allah. When he says “allah” he does not mean “Allah”.

      You thought the verse refers to whom you thought it refers. You missed it because YOU ARE NOT THERE.

      I bet you do not even understand that last sentence.

      • Sorry. The second sentence should read “He worship the God of Jesus.”

        O Allah, please be witness I have made an effort to correct myself. Please accept it of me.

    • Copy paste only .. and what you argument ??? zero !!! coz you dont have anything to writes .. people like u just want to spread more hatred , if u dont know anything , just sit down and shut up !!!

      And dont forget to go church OK , you are free to practice your religion in Malaysia .

    • Nicki,

      You are the best example of how the christians in their quest for land GRAB use religion to sway the original inhabitants of rich lands.

      See, when they have failed to create chaos thru the “chin peng pejuang bangsa” issue, they now want to GRAB a term which is exclusive to Islam, knowing full well the provocation-potential to Muslims.

      Do not quote religion if your intent is EVIL – there usually is a backlash. Anwar can testify to this. You have been forewarned.

  11. Orang Melayu baik-baik. Orang Islam lagi baik. Itu sebab ada NGO Islam sudah siapkan sukarelawan untuk jaga gereja. Ini bukan kesesatan yang nyata ke? Nanti tengah bersengkang mata jaga gereja, ada pulak masjid yang kena bakar. Lebih baik berqiamullail dalam masjid daripada jaga gereja tu. Depa ada cukup banyak duit untuk upah pengawal keselamatan profesional. Yang selalu tak cukup duit ialah masjid. Sampaikan nak beli PA System pun kena buat tabung khusus macam di Pandan Indah. Hairan sungguh sikap orang Islam yang kununnya profesional sangat ni. Dah terang-terang hak Islam yang terancam, suka-suka aja depa nak tolong jagakan gereja. Kelakar sungguh.

  12. Hari ni lagi kelakar.

    Siapa yang bakar gereja tu masih tanda soal, dah nak bagi RM500,000 untuk renovate gereja. Baru 2 hari peristiwa tu berlaku… cepat sungguh orang Melayu kita ni nak tolong.

    Mesjid-mesjid and surau-surau kena curi barang2 ni kira kedengaran di mana-mana dan dah lama kita dengar. Sampai nak sembahyang pun mesjid kena kunci rapat. Tak de pulak dengar orang nak bagi duit untuk ganti. Orang Kristian nak bagi ke… jauh sekali, orng Islam kita pun susah, bila nak pilihanraya baru terhegeh-hegeh nak bagi. Dengan rumah Allah pun nak kira “personel interest”

    Kalau duit tu datang dari poket kocek sendiri, aku tak kisah sebab itu dia punya. Jadi jawap le sendiri kemudian hari nanti. Ini nak bagi duit rakyat. Majority adalah orang Melayu, termasuk duit aku jugak. Tak halal dunia akhirat.

    Duit rakyat digunakan untuk kegunaan rakyat bukan untuk gunaan individu. Utk mesjid lain le, dah termaktub dalam perlembagaan, Islam agama rasmi. Duit rakyat perlu digunakan untuk melaksanakan apa yang termaktub di perlembagaan….macam sekolah Cina dan sekolah tamil.

    Tunggang terbalik jadinya Malaysia ni akhir-akhir.

    p/s
    1) Agak-agak peristiwa Ambon di Indonesia tu, ada tak orang bayar ganti rugi?
    2) Di Amerika selepas 9/11, banyak mesjid dirosakkan. Obama/ Bush bayar ke ganti rugi?
    3) Di Selatan Thailand, banyak mesjid di rosakkan dan berlobang-lobang ditembak, G Thailand bayar ke ganti rugi?

    …Kalau le di bayar, dlm masa dua hari ke?

    Pelik-pelik..kenapa tak suruh orang yang rosak kan tu bayar ! KENAPA KAMI YANG KENA BAYAR ?????? (tax payer !)

    • Kau sudah lupa Dr M pernah cakap, 70% cukai adalah dibayar oleh bukan Islam.

      • Kenapalah ada kafir sengaja cari pasal & nak menyakitkan hati majoriti?????

        Sistem cukai pendapatan di Malaysia (incometax act) ialah berdasarkan keuntungan. Jadi kalau Bukan Melayu / Bukan Islam tak mau jadi 70% penyumbang cukai pendapatan, blah ajalah!

        Pergi buat keuntungan dlm negara lain.

        Buat apa menyemak dalam tanahair kami?

        Dari kacamata Islam, ada dua jenis kafir; kafir zimmi atau kafir harbi.

        Kafir Zimmi: Kena ikut pemerintah dan bayor cukai.

        Kalau Bukan Islam aka kafir enggan bayor cukai, baik blah & cari makan tempat.

      • Okay

        2nd class, how about this arrangement then?

        Charge rental fees for all kaum pendatangs for having used Tanah Melayu to reap their wealth and profits.

        Back date from when thay first stepped into Tanah Melayu.

        Sure you can also rescind the social contract, remove the NEP and render these kaum pendatangs as FOREIGN WORKERS to be sent back to their countries of origin once their employment contract expires.

        You should be thankful that 70% taxpayers are non-Muslims, otherwise thay would have LITTLE say in how Malaysia Inc is to be run.

        By the way taxpayers MEANS they are actually earning BIG BUCKS already.

  13. You know what, this ‘Allah’ controversy actually encourages people to surf and READ all about religions – Islam, Christinity, Hinduism, Buddhism, etc.

    Although the original intent is to win arguments – to prove that they are right, the end result surely is to create awareness and hopefully many will convert to Islam, as had happened after 9/11.

    • Agree with ray (ibn noor)

      After reading thousand of comments and write-ups on the issue, this one is truly THE RAY OF HOPE from a ray, an anon from the unknown. …. as had happened after 9/11.

  14. […] it is timely that PM Dato’ Seri Najib sought an audience with His Majesty and present for the Conference of Rule…, which has now brought the nation and its entire social fabric into a near crisis situation. PM […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: