Sumpah Raja Raja Melayu

Desakan agar Majlis Raja Raja bersidang dan mengeluarkan ketetapan mengenai isu ‘Kalimah Allah’ yang begitu senstitif sekarang ini walaupun proses untuk rayuan Mahkamah sedang berjalan kini menunjukan hasil. DYMM Sultan Selangor Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah kini bertitah bahawa tanggung jawab sekelian baginda untuk mempertahankan kesucian Islam.

Dipetik dari Utusan Malaysia:

Sumpah Raja-raja Melayu pertahankan kesucian agama Islam

Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kepada semua pihak umat Islam yang bernaung di bawah negeri itu supaya berpegang teguh kepada pendirian mengharamkan pengunaan kalimah Allah oleh agama selain Islam diharap turut memberi mesej kepada kerajaan negeri yang mempunyai Sultan masing-masing.

Ini kerana kesucian agama Islam bukan sahaja wajib dipelihara oleh Kerajaan Pusat tetapi juga semua kerajaan negeri.

Sebagai Ketua Agama Islam negeri, apa yang dititahkan oleh Sultan Selangor itu adalah tepat. Martabat dan kesucian agama Islam tidak patut direndah-rendahkan oleh sesiapa pun.

Apatah lagi jika ada pihak yang sengaja hendak menyelewengkan penggunaan kalimah suci ‘Allah.’

Kita sudah melihat kesan tidak baik hasil tercetusnya gerakan yang cuba melakukan penghinaan kepada agama rasmi negara serta Perlembagaan Persekutuan.

Semua pihak berasa tidak selesa dan tenteram. Ancaman dan pembakaran gereja tidak patut berlaku. Golongan yang cuba mencemarkan nama baik Islam ini perlu diburu dan diambil tindakan undang-undang.

Alangkah baiknya jika sebelum kejadian Jumaat lalu, ada pihak yang memahami dan menghormati agama Islam, maka tiada apa yang hendak dibimbangkan. Semua kaum boleh menjalankan amalan agama masing- masing tanpa ragu-ragu soal keselamatan.

Kini terjemahan kepada perkataan Tuhan telah mengundang kekeliruan dan sensitiviti keagamaan serta mengundang perasaan tidak harmoni di kalangan umat Islam dan Kristian.

Kini, rakyat mengharapkan agar Sultan- sultan sebagai Ketua Agama Islam negeri turut berpendirian seperti Sultan Selangor.

Malahan, amat penting pada masa ini majlis-majlis agama negeri memaklumkan kepada rakyat sama ada wujud atau tidak undang-undang menghalang penggunaan kalimah Allah dalam agama bukan Islam.

Kita yakin, jika maklumat ini ada, ia harus diterima dan difahami oleh semua rakyat berbilang kaum dan agama. Jadi tidak timbul usaha untuk mempertikaikan penggunaan kalimah ‘Allah’ yang khusus untuk umat Islam dan tidak boleh digunakan atau dimasukkan dalam agama lain.

Perlembagaan menetapkan Islam agama rasmi Persekutuan dan keputusan membenarkan penerbitan Herald – The Catholic Weekly mengguna perkataan ‘Allah’ jika diteliti sebenarnya bertentangan dengan Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 yang digubal berasaskan Perkara 11(4) Perlembagaan negara.

Semua pihak diharap sentiasa ingat bahawa penggunaan kalimah Allah bagi merujuk agama bukan Islam sepatutnya tidak dibicarakan di mahkamah kerana institusi itu bukan forum sesuai. Perkara melibatkan agama Islam adalah di bawah bidang kuasa Raja-raja Melayu.

Jadi kalau mahu dikatakan Sultan Selangor telah campur tangan dalam isu ini, tindakan itu adalah wajar kerana tanggungjawab baginda selaku Ketua Agama Islam negeri dan selaras dengan sumpah Raja-raja Melayu untuk mempertahankan Islam pada setiap masa.

******************

Kini menjadi tanggung jawab Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak untuk mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan mengarahkan semua Menteri Besar untuk mengadap DYMM Raja Raja agar merafak sembah menasihatkan satu persidangan khas Majlis Raja Raja dipanggil dan memutuskan ketetapan bagi merungkai dan menyelesaiakn masalah amat sensitif ini.

Ramai pihak berpendapat, isu amat sensitif dan berkemungkinan akan melarat kepada keadaan yang lebih buruk lagi akan berpanjangan sehingga tidak ditangani dan selesaikan segera. Setakat ini, sembilan buah gereja dan sebuah surau telah cuba diserang. Penylesaian melalui proses Mahkamah bukanlah cara yang paling baik kerana mana mana pihak yang gagal akan tidak puas hati dan berusaha untuk meluahkan kekecewaan dengan cara sendiri. Oleh demikian, penyelesaian melalui ketetapan Majlis Raja Raja merupakan cara paling sesuai dan menurut peruntukan Perlembagaan Persekutuan kerana isu ugama Islam merupakan hak mutlak Raja Raja.

Daulat Tuanku.

Published in: on January 13, 2010 at 08:47  Comments (41)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/01/13/sumpah-raja-raja-melayu/trackback/

RSS feed for comments on this post.

41 CommentsLeave a comment

  1. “… Golongan yang cuba mencemarkan nama baik Islam ini perlu diburu dan diambil tindakan undang-undang… ”

    Mereka telah melakukan perbuatan terkutuk ini kemudian menuding jari kepada Islam.

    Melayu, Islam dan Negara tidak dapat apa-apa faedah dari pembakaran tersebut. Kecuali pihak berkepentingan. Pihak yang mahu lihat negara ini huru-hara. Pihak yang mahu rakyat negara ini bersengketa. Pihak yang kononnya mehu memberi alternatif kepada rakyat. Pihak yang mahu menyerahkan kemerdekaan negara ini ke tangan musuh.

    Mula-mula Anuar dan pendokong Baratnya, kemudian Lim Kit Siang dan pengganas Chin Pengnya, sekarang Pakiam dan Vaticannya.

    Liberal Melayu? Mana tempat dia? Jahannam.

  2. inilah akibatnya kalau nafsu mengatasi akal yg waras….ugama. akidah dan iman ditolak ketepi asalkan cita2 bernafsu besar sebahagian pemimpin Melayu yang bacul, jahat, kurang ajar dan hipokrit masih wujud di TANAH MELAYU ini….pemimpin melayu yang lupa diri ini memang patut di humban saja ke dalam kolam buaya biar jadi ‘hidangan buaya2 yang kelaparan’ hidup pun hanya menyusah, mengelirukan rakyat, menjadikan rakyat marhaein bodoh macam lembu dan menyusahkan negara dan pemimpin negara…

  3. salam
    considering the lifestyles of rajah and sultanate these days, their sumpah will leads to nothing.

    • That is not the point.

      The point is that, HRH Rulers have absolute and constitutional powers over matters regarding Islam.

      For people, especially liberals and lawyers who goes around stating the maxim “The Federal Constitution is the Supreme Law of Malaysia”, then any decree Council of Rulers is LAW.

      No two ways about that and its unappealable.

      How and whether the lifestyles of HRHs and/or the families is material consideration for the ‘Sumpah’, is totally irrelevant. Since Catholic Herald took the matter to court, we shall let a higher power than the courts to decide.

      Its, constitutional.

      • BD,

        So essentially you’re saying that there’s no recourse for the non-Muslims. Isn’t that contrary to the provision in the constitution on freedom of practicing religion other than Islam? Isn’t that unIslamic? Yes, I’m one of those bleeding liberals if only because I don’t have any fear of any erosion of my belief of what essentially is a game of politics. In fact I welcome the ruling. Now perhaps those JAKIM fellas can actually earn their salaries by actually doing some work. Go to Sabah & Sarawak and work your butt off to convert those non-Muslims. Instead of hiding behind this call for the Sultans to act. Why wait. Go now. Show that you’re better than those missionaries.

      • What I am saying, matters regarding Islam HRH Rulers have the absolute and constitutional powers.

        The Non Muslims are free to practice their religion, as long as it does not encroach into Islam.

        This is what the Federal Constitution provided.

        Since the Catholic Herald reverend decided to take to the courts and these liberals, which include Muslims advocate “The Federal Constitution is the Supreme Law”, then let the Conference of Ruler decide on the matter, as per provided by the Federal Constitution.

        This is nothing to do with missionary work. This is all about using the Federal Constitution to set things straight, once and for all.

      • JefriRengas,

        You may think you are liberal but you are not. You may think you are intellectual but you are not. You are pseudo-liberal and pseudo-intellectual.

        Try to think about the average Malay/ Muslim, man. Talk to the man in the street, a few of the kampung fellows -you came from the kampung, too, originaly. You have your roots there. Have you forgotten your roots in the aura of so-called liberalism?

        Think about their level of education, the state of what Marina Mahathir calls “confidence” and not being “confused”. They are certainly not the same level as you and your elitist “Bangsar” group. They are the majority in this country – your elitist group is proportionately miniscule. They are the ones who will get confused when exposed to such thing as Allah, being the Maha Esa, the one and only, but now may also be The Father, The Son and The Holy Ghost.

        Don’t you think the Religious Department people already have enough problems on their hands with the loose morals exhibited by Muslims in recent times. Who do you blame now – globalisation, Astro, the Internet, and what else?

        Come down to earth, my friend. It’s not so bad down here but we all have to chip in to make it better.

    • Rahman, are you a Malay Muslim??

      Are you suggesting Malaysia be turned into a republic??

      Could this be the actual GOAL of subversives all along??

      Is this the very reason for all these “disturbances” occurring non-stop??

      Is this also a sign that anwar may be jailed soon??

    • aku dah agak dah. mesti ada melayu perasan mat saleh mcm RPK yg akan mersokan melayu sendiri. cina ngan india memang boleh ckp tp dia org tak boleh buat apa apa selagi ada melayu perasan dia liberal dan paling pandai dlm agama. tak lama lagi ada la melayu claim nak jual allah plak.alang alim rosak binasa.

  4. Kini tak dapat nak dibayangkan betapa tertekan dan kecewanya hati ini dengan apa yg berlaku sekarang.Kot mana pun we always end-up holding the dirty end of the stick.Melayu kini ditudoh bakar gereja,Melayu dikecam rasis,Melayu juga dianggap punca negara mundur ekonomi merosot.Pendek kata Orang Melayu kini dianggap bangsa serpihan yg tak tahu bertuan di bumi sendiri.Dan Melayu sering didesak supaya bersabar,bertenang,beralah dan bertolak ansur.Mereka dah pandang jijik kepada bangsa yg dinamakan ‘Melayu’ ni.Bijak sungguh muslihat baling batu sembunyi tangan ni sampai semua orang lupa siapakah punca segala permasaalahan itu.Wahai Raja-Rajaku Wahai Para Menteriku- Kalian bertanggungjawab untuk kembalikan maruah bangsa ku yg hini ini!

  5. brader pakiam had made his move.
    the courts have decided in his favour

    now the sultan has made a declaration
    -hands of Allah for roman catholicos

    what next pakiam old boy?

  6. tahniah big dog com..council of rulers are above the constitution..

  7. Alhamdulillah Tuanku Sultan Selangor mendahulu sultan negeri lain dalam hal ini.

    semoga selepas ini pihak Kristian akan bertolak ansur dan tidak terus meneruskan langkah yang boleh menyemarakkan lagi perasaan tidak puas hati orang Islam..

  8. Fuh, sumpah raja melayu. One of my friends say that we must be living under illusion if we think our sultans, that is our heads of religion, really care about religion, pray and don’t drink alcohol (and he is a staunch UMNO member)

    Bukankah Dato’ Onn dulu penat ketuk pintu bilik hotel nak minta para sultan tengok demo malay union, dan jangan tandatangan perjanjian malay union?

    • Assalamualaikum…

      Good point Zacharias…kita sibuk demo dengan perkataan ALLAH..tetapi akidah umat ISLAM yg ALLAH tuntut x pulak nak berdemo…Akademi Fantasia, Mentor (smpi bercium dengan mentor yg bukan muhrim..live pulak tu), Konsert Sure Heboh (Melayu Islam yang anjurkan), Drama Swasta (Melayu Islam bukan muhrim berpelukan), merempit, rasuah berjela-jela etc..(hish banyak lagi la..)..Budak Melayu Islam hanyut..rosak akidah..hancur lebur..pi la berdemo pasai benda2 mcm ni…awat x betulkan yang ni dulu…saya sebagai umat islam muslim yakin tuhan saya adalah ALLAH yg ESA walaupun org lain cuba nak perdayakan dengan penggunaan kalimah yang sama..kenapa saya boleh?..sbb akidah ISLAM saya mengatakan SALAH masuk AF, pegang tgn bukan muhrim (apatah lagi berpelukan dan berciuman), HARAM merempit, HARAM rasuah (sbbkan kemudaratan kpd org ramai), Majalah hiburan (artis melayu dah mcm org putih -seksi gile)…etc. Meaning in my opinion pemahaman kalimah ALLAH itu lebih penting untuk beriman kepada ALLAH daripada kekalutan penggunaan kalimah ALLAH…hish x tau la bigdog (xde nama samaran lain yg lebih sesuai ke sebagai org Melayu ISLAM..karang akidah lari nnt pakai doggie doggie ni..hehehe…sorry)….comment please bigdog…at least kita berdialog..lebih baik kan?..sekian..salam…

      • oh ya, lupa plak. patut nye PAS yg juara ISLAM perintah negara kan? kan? kan?

        zak,
        disebabkan sultan tak tengok demo malay union, maka dia tak berhak pertahan nama ALLAH?
        wow. mesti belajar kat oxford universiti ni…
        maka kerana byk peristiwa rempit,AF,pegang tangan, dgn ini, muslim tak boleh pertahan kan nama ALLAH.
        tsk tsk tsk… deduction mcm sherlock home la plak.

    • zacharias,

      Do you know that one of the earliest Popes in Christianity (the 5th, if I’m not mistaken) is recorded in history as having so many attributes of a non-Pope, including adulterer and murderer?

      This is not trying to incite or anyting like that but merely to point out to you that all human beings are, by the very name, human. Sinning by no means makes them less Muslim than you and your UMNO friend. Let’s not ask you the sins that you have committed. If you say you have never sinned, you are talking thru your nose.

      What is important is what is in their hearts and mind when it comes to the bigger picture involving the use of the word Allah to refer to The Father, The Son and The Holy Ghost. The Sultan of Selangor is performimg his role and he has his role under the Constitution of the country.

      Do try to get the bigger picture of what Big Dog tries to portray out there. This mention of a Muslim using the blogging name of dog and so on is so small minded that I feel pity for the commenter.

      • I am not talking sape yang layak, sape yang tak layak. Ok la, sultan selangor speaks, so he at least has some concerns.

        I am just saying, looking at the history, our sultans had bad track record in terms of concerns towards the nation.

        When the malays fought against the malayan union, dato onn has to pujuk the sultans not to sign the agreement. That’s what we learn in school anyway. If this is not correct, then correct the syllabus.

        See, looking at the track record, they never cared.

        So, it is good if sultan selangor cares. But I am not living in selangor, so sultan selangor has no jurisdiction over here. Sultans, together, should show some solidarity.

        And being the head of religion in selangor, given that we admit people can get confused, the head of religion should work harder in strengthening akidah umat islam.

        When I went to selangor, I really enjoyed the kuliah over there. Ok, so we can say sultan selangor has done his bit.

        What about other states? the sultans are quiet, and even then kuliah akidah are taken for granted.

      • zach biarlah kali ni Sultan nak bersuara , yg salah tu tetap salah tak mungkin mereka akan salah selama-lamanya . Kali ni beliau dah bersuara , jangan jadi macam PAS yg menjual agama demi politik …

        Baguslah kalau kau asyik cakap pasal akidah . Kenapa kau tak sebut hudud , kilang arak , disko maklumlaa org macam kau ni bila Selangor under kerajaan BN dulu yg melalak Selangor Darul Maksiat .. kali ni senyap pulak hahahaha

    • Zach oooo zach … Nak cakap pasal akidah pasal orang lain , akidah PAS pun dah tergadai dan dijual-jual . Dulu haram sekarang halal itulah motto PAS janji dapat kuasa , agama dorang dah campak dalam longkang . Hipokrit !!!

      • Ha, bab ni lagi best. Hadis Nabi s.a.w dan ayat quran jelas mengatakan, sesiapa yang mengharamkan yang halal, dan menghalalkan yang haram, tempat nya dalam neraka.

        Tak kira parti, sape pun buat camtu masuk neraka.. Jadi bolehlah encik Sam senaraikan semua yang haram yang PAS dah halalkan… supaya lagi senang nak reserve tempat orang PAS dalam neraka…

      • dan saya rasa orang PAS pun boleh senaraikan benda haram yang UMNO dah halalkan.

        Jadi, sibuk bersalamanlah orang PAS dan UMNO nanti.

        Ke nak buat PRU pula dalam neraka?

      • Baguslaa macam tu , jangan pulak ada ukuran nak tuduh org parti itu tak sembahyang dan sebagainya . Taktau laa kalau zach ada alat ukuran tersebut .

        Tiket syurga pun ada kee ??? lain kali cakap tu jangan macam diri sendiri sahaja yg sembahyang org lain yg tak bersefahaman pulak macam2 tuduhan fitnah yg dilemparkan demi politik … riak ni silap-silap jadi munafik !!!

      • Hehe, aku tak cakap orang umno ke orang pas ke solat ke tak. Sape tak solat, kalau tak taubat, memang la masuk neraka.

        kes yang aku pernah sebut tu, kes spesifik. Dah aku tanya, sebab tu aku tau depa tak solat. takkan marah lagi sampai sekarang kot, pasal sekumpulan mat moto pembawa bendera bn tak solat. dari hang marah aku, baik la hang pi nasihat budak2 tu.

  9. Can’t they send a better candidate. answering questions only from script. Is there no other Muslim scholar who can speak English?

  10. Kita nak ucap taniah kepada kejayaan pengkhianat nombor satu UMNO Ahmad Zahid Hamidi memporak-perandakan negara untuk kepentingan Boss sebenarnya Si Sodomi DSAI. Dia yang memulakan krisis ini sewaktu dia menjadi menteri dalam negeri.

    Dan kisah enjin jet hilang pun Zahid juga yang menjadi dalang. Dia sengaja menipu semua rakyat membuat seolah-olah PM Najib yang bertanggungjawab ke atas kehilangan jet enjin RM 50 juta ! Dia biarkan perkara ini berlarutan berminggu-minggu baru nak keluar kata harga enjin hanya RM 300 ribu saje.

    Fikir-fikirkan lah.

    • zahid Hamidi will always be DSAI man. And I do think saiful bukhari is also his man. There’s a greater plan by him that is still unrevealed

      • Pandai betul zach maklumlaa ada alat pengukur akidah . anwar sendiri pun dah takut nak bicara . Bukti hanya bakal didedahkan dimahkamah !

  11. Specially for zach & 2nd class

    Catholic Priest child abuse
    Pedophilia Religion The Canadian Holocaust

    [Estimates vary from 25-50% of Catholic Priests being homosexual1.]

    Pedophilia and Satanism in the Vatican

    http://www.priestsofdarkness.com/martin.html

    [2009 may] The Never-Ending State and Church Crime Story Like a little boy caught with a rock in his hand, Pope Joseph is in serious trouble, now that Canada has had to admit that thousands of native kids died at the hands of the Catholic church, which established and ran most of the Indian residential schools. But to make things worse, Joe himself is personally implicated in the whole mess, since in writing he ordered Bishops and priests to suppress evidence of the violence done against not only native children, but any victim of priestly sexual assault, on pain of excommunication. Covering up a crime is itself a crime, under any law, and Joe knows it. And so does the Oregon circuit court judge who ruled recently that survivors of any assault by a Catholic priest could sue the Vatican itself for damages.

    [2007] Catholic church in LA to pay £325m compensation to child abuse victims Each of the 508 claimants will receive about $1.3 million if a judge in Los Angeles this morning approves a deal that will also halt legal proceedings against 15 accused priests and spare senior church officials from taking the stand. ….The case is among the most prominent of several around the US that have cost the Catholic church more than $2 billion (£983 million) in compensation payments. The previous biggest pay-out to victims was $157 million by the Boston archdiocese in 2003. A year later, a report commissioned by the church revealed more than 4,000 of its priests had faced sexual abuse allegations in the last 50 years and that there were more than 10,000 victims, mostly boys. ….Steve Sanchez, who was abused by a Los Angeles priest when he was a boy, said: “Hundreds of hurting men and women desperately need intense therapy, addiction counselling, drug rehab, in-patient treatment and medical help.”

    [2006] Pope ‘led cover-up of child abuse by priests’ The Pope played a leading role in a systematic cover-up of child sex abuse by Roman Catholic priests,…..In 2001, while he was a cardinal, he issued a secret Vatican edict to Catholic bishops all over the world, instructing them to put the Church’s interests ahead of child safety. The programme also accuses the Catholic Church of knowingly harbouring paedophile clergymen. It reveals that priests accused of child abuse are generally not struck off or arrested but simply moved to another parish, often to reoffend. It gives examples of hush funds being used to silence the victims.

    [2006] Sex crimes and the Vatican It imposes an oath of secrecy on the child victim, the priest dealing with the allegation and any witnesses. Breaking that oath means excommunication from the Catholic Church.

    [2006] Sex crimes and the Vatican It imposes an oath of secrecy on the child victim, the priest dealing with the allegation and any witnesses. Breaking that oath means excommunication from the Catholic Church.

    [2006 USA] ‘Satanic’ art in Catholic Church exposed Could the Roman Catholic Church’s sex abuse crisis be tied to embedded Satanic and occultic imagery in its artwork – some of it hundreds of years old? ….The film, which is being released by Silver Sword International, contends a major cause of sexual abuse in the Catholic Church could be due to prolonged exposure to sexual and satanic images being incorporated into the religious art.

    [2002] Suing the Pope The Catholic Church did not tell the locals that Fr Fortune was a brutal, predatory paedophile. They organised delegations to two Bishops – wrote to the Papal Nuncio and the Vatican. The church promised it would do something. It never did….But what the locals did not know was that Fr Fortune already faced mounting allegations of child sexual abuse. The Catholic Church kept this knowledge to itself. 18 years after the first complaint, the Catholic Church was finally forced to remove him from duties.

    http://www.whale.to/b/catholic_abuse.html

    • These were the sin of human. When Christian commited sin doesn’t mean the Chritian God or Jesus is at fault. Similarly when Muslim carried out terrorist attack killing people by suicidal bombers doesn’t mean Islam is a bad religion.

      • Phew …

        Finally WORDS of wisdom coming from none other than 2nd class.

        Welcome sanity and rational thinking …

      • true. but catholics asked to use herald, and non-catholics church got bombed. Bodoh jugak la tukang bomb tu. Next time, he should learn how to identify which church is actually involved with the herald.

      • true. but catholics asked to use Allah in herald, and non-catholics church got bombed. Bodoh jugak la tukang bomb tu. Next time, he should learn how to identify which church is actually involved with the herald.

      • To the simple minded Muslims, they cannot tell the difference between the churches. To them, Roman Catholics = Christian. Hence, this is all about Christians challenging Muslims.

  12. I think it is in our psyche that we are reacting quite negatively under the current Pakiam onslaugh. We have been beaten too long and too hard as a race that the outcome is such.

    Why so? We could just behave condescendingly, unmoved and unpurturbed standing above the chaos in supreme confidence. The Judge had made a mistake. So what? Everybody knows that. Higher Courts will rectify it failing which there is the institution of the Sultan who has a Constitutionalrole to perform. Everything will be for us.

    Show our confidence all the time starting with the politicians.
    Keep cool.

    • Zirman dear

      But when incidents after incidents KEEP occurring with a common thread, we MUST begin to analyse the reasons behind these incidents.

      My assessment is that subversives have planned such issues to create chaos and disrupt Malaysia’s steady progress amid peace and harmony EVEN within a multiracial, multicultural and multireligious context.

      No where in the world has this delicate balance been maintained successfully.

      Now if movements to bring “home” chin peng as pejuang bangsa were started, isn’t it time for responsible citizens to ask WHY??

      If the word TUHAN is available in BM to be adopted for the translation of god, why ever not? Again it is the correct move if their INTENTION is to create chaos.

      So there is a need to sit down and analyse and take necessary precautions before things get out of hand – the stakes for INACTION is too high. Better err on the cautious side.

  13. zacharias zacharias zacharias

    Those masterminds will NEVER physically go down to the ground to dirty their hands by actually carrying out the bombing.

    They will send runners to do the job. There is no evidence yet as to whether these ‘tukang bomb’ are Malays or Muslims.

    In your self-righteous comment, you have shown to be the BODOH one, pandai aje komen, dua kali pulak tu.

    Aisehman, sedarlah diri sikit.

    • Regardless of islam or nonmuslim, still la mastermind to bodoh pi bomb church non-catholics yang tak ada kena mengena dengan tuntutan tu in the first place.

      And it was the blog owner who said something about being simple minded malays/ muslim.

  14. […] of Islam, the religion of the Federation of Malaysia. They have absolute powers on the religion. They vowed to protected Islam and recently, reiterated this vow. Any challenge, be it directly or indirectly against Islam should be regarded as a challenge […]

  15. […] of Islam, the religion of the Federation of Malaysia. They have absolute powers on the religion. They vowed to protected Islam and recently, reiterated this vow. Any challenge, be it directly or indirectly against Islam should be regarded as a challenge […]

  16. MENJUNJUNG DULI

    Allah adalah Raja segala Raja di bumi. Tiada sesiapapun yang berhak dan layak untuk menjadi Raja yang berkuasa dan berdaulat ke atas manusia. Erti berkuasa dan berdaulat adalah dimaksudkan kepada kuasa untuk membuat peraturan dan undang-undang serta untuk menguat kuasakannya ke atas manusia untuk ditaati dan dipatuhi manusia. Raja-Raja Melayu dan para pemimpin kita yang kini sedang berkuasa dan berdaulat ke atas manusia di dalam negara kita ini kesemuanya adalah Raja-Raja kerana mereka ini adalah orang-orang yang berkuasa dan berdaulat ke atas manusia.

    Firman Allah: al-Imran 26,
    Katakanlah (Wahai Muhammad): Wahai Allah yang mempunyai kedaulatan! Engkau memberi kedaulatan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau mencabut kedaulatan dari sesiapa yang Engkau kehendaki.

    Firman Allah : Yusuf 40
    Sesungguhnya undang-undang itu adalah hak Allah.

    Hak untuk berkuasa dan memerintah ke atas manusia itu adalah hak dan milik Allah sahaja, manusia tidak berhak ke atas undang-undang dan pemerintahan. Apabila manusia itu adalah berhak dan berkuasa untuk memerintah dan membuat undang-undang untuk manusia, mereka itu adalah orang-orang yang telah mengambil alih peranan Allah sebagai Tuhan kita, mereka itu adalah Tuhan-Tuan Manusia yang kafir, zalim dan fasik.
    Setiap Raja yang berkuasa dan berdaulat ke atas manusia adalah Tuhan-tuhan Manusia mengikut pengertian kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Oleh yang demikian, Raja-Raja Melayu kita ini adalah Tuhan-Tuhan Manusia dan justeru mereka ini adalah sekutu-sekutu Allah yang mengkufur ingkarkan Allah.

    Firma Allah : al-Mukminun 116
    Maha Suci Allah Raja yang sebenar .Tiada Tuhan melainkan Dia yang memiliki Arasy yang mulia.

    Firman Allah : Furqan 2
    Dialah yang memilki kerajaan langit dan bumi, Dia tidak mempunyai anak, Tiada sekutu dalam kerajaan-Nya.

    Allah sahaja adalah RAJA yang BERKUASA dan BERDAULAT di langit dan di bumi, dan tiada sekutu dalam kedaulatan, kekuasaan dan kerajaan-Nya yang bererti manusia tidak berhak ke atas kerajaan dan pemerintahan. Manusia tidak berhak untuk dinobatkan sebagai Tuanku, Maharaja, Yam Tuan Besar dan Yang Di Pertuan Agung kerana kesemuanya ini merupakan pangkat-pangkat kebesaran yang hanya layak bagi Allah sahaja, manusia tidak berhak untuk ditakbirkan dengan ucapan “DAULAT TUANKU!” kerana Allah sahaja yang BERDAULAT, BERKUASA dan MERDEKA.
    Menjunjung Duli Tuanku sedangkan ianya adalah didasarkan kepada Uluhiyah dan Rububiyah Manusia, bererti manusia menyerahkan kuasa politik kepada manusia serta mereka menyembah dan mempertuhankan Tuanku dengan menolak dan mengingkari sifat Uluhiyah dan Rububiyah Allah, iaitu yang menolak Allah sebagai Tuhan yang layak memerintah dan yang layak disembah. Menjunjung segala titah perintah Kerajaan Tuanku yang syirik, kufur dan Jahiliyah bererti menjadikan Tuanku dan pembantu-pembantu Tuanku sebagai Tuhan-Tuhan yang layak diberi kuasa dan disembah. Sikap dan perbuatan orang-orang Islam yang menganggap Raja kita sebagai Raja yang berkuasa dan berdaulat serta mereka mentaati segala peraturan dan undang-undang negara, mereka kesemuanya adalah orang-orang yang merosakkan pegangan dan amalan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang mengeluarkan mereka daripada agama Allah.
    Menjunjung Duli Tuanku dan Daulat Tuanku adalah adat tradisi Melayu yang berkekalan sejak turun temurun lagi dan yang telah menjangkaui masa berkurun-kurun lamanya. Ini bermakna orang-orang Melayu wujud dengan amalan adat tradisi yang syirik dan kufur sejak berkurun-kurun lagi yang diwarisi sejak turun temurun sehinggalah ke hari ini. Menjunjung Duli adalah kesyirikan dan kekufuran. Sebaliknya, mengingkari dan menderhakai Tuanku, Duli Tuanku dan Kerajaan Tuanku yang diidrikan di atas konsep Uluhiyah dan Rububiyah Manusia adalah titah perintah kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Orang-orang yang tidak mengingkari dan menderhakai Tuanku, Duli Tuanku dan Kerajaan Tuanku adalah orang-orang yang tidak menjunjung titah perintah Allah dan tidak berpegang teguh kepada konsep Nafi dan Isbat dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ – justeru mereka mengingkari Allah dan terkeluar daripada agama Allah. Erti Islam ialah MENTAATI PERINTAH Allah dengan mengingkari titah perintah Tuanku dan kerajaan Tuanku, sementara erti kufur ialah MENTAATTI Duli Tuanku, iaitu mentaati dan mematuhi Uluhiyah dan Rububiyah Manusia yang sekali-gus bererti mengingkari Uluhiuyah dan Rububiyah Allah dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ !
    Perkataan ‘DULI’ adalah berasal daripada bahasa Sanskrit yang dimaksudkan kepada ‘bekas tapak kaki manusia’, dan justeru ‘Duli Tuanku’ adalah dimaksudkan kepada ‘bekas tapak kaki Tuanku’. Mertabat Raja diletakkan ditempat yang amat tinggi dan mulia berbanding dengan manusia biasa sehinga kita ini semuanya dianggapkan sebagai orang-orang yang amat rendah dan hina yang hanyalah layak untuk berada di peringkat yang lebih bawah dan rendah daripada bekas tapak kaki Raja. Ini adalah sesuatu yang bersesuaian dengan kepercayaan orang-orang Hindu bahawa Raja-Raja mereka itu adalah dianggapkan oleh mereka itu sebagai Tuhan-tuhan atau Dewa-Dewa yang disembah oleh mereka. Kita ikut, tiru dan pinjam konsep orang-orang Hindu dalam menyembah Raja-Raja kita – kita kini meletakkan Raja-Raja kita sebagai Tuhan-tuhan kita kerana kita menyeru Raja-Raja kita dengan panggilan ‘ke bawah Duli Tuanku’ yang merendah dan menghinakan diri kita sehingga kita hanya layak untuk berada di bawah bekas tapak kaki Tuanku sahaja. Kita ini adalah orang-orang yang amat rendah dan hina di sisi Raja-Raja kita kerana kita ini adalah orang-orang yang tidak layak untuk menjunjung tapak kaki Tuanku, tetapi kita ini hanyalah orang-orang yang layak sekadar untuk menjunjung bekas tapak kaki Tuanku sahaja.
    Ini adalah adat tradisi kita yang syirik dan kufur, dan adat tradisi yang amat menghinakan manusia dan darjat kemanusiaan. Ini adalah adat tradisi Hindu dan amalan agama Hindu. Umat Islam kita perlu diberi peringatan bahawa kita ini bukanlah orang-orang Hindu, dan kita bukanlah orang-orang yang rendah dan hina, tetapi kita ini adalah orang-orang Islam yang mertabat kita adalah tinggi dan mulia di sisi Allah swt. Tuanku bukanlah Raja dan Tuhan kita, dan kita pula bukanlah para penyembah Tuanku. Tuanku bukanlah orang yang mulia, dan kita pula bukanlah orang-orang yang hina. Orang-orang yang mulia adalah orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang hina adalah orang-orang yang kafir, zalim dan fasik.
    Dalam sistem politik demokrasi kita ini, Raja-Raja Melayu kita ini adalah Tuhan-tuhan Manusia kerana mereka itu adalah orang-orang yang berkuasa dan berdaulat untuk memerintah ke atas manusia, mereka itu adalah orang-orang yang berkuasa dan berdaulat untuk membuat peraturan dan undang-undang untuk manusia, mereka itu adalah orang-orang yang berkuasa dan berdaulat untuk menguat kuasakan peraturan dan undang-undang manusia ke atas manusia, dan mereka itu adalah disembah oleh manusia sebagai Tuhan-tuhan yang layak disembah kerana peraturan dan undang-undang yang dibuat oleh mereka itu ditaati dan dipatuhi manusia. Raja-Raja Melayu kita ini adalah Tuhan-tuhan Manusia yang kafir, zalim dan fasik mengikut pengertian kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan merekalah orang-orang yang paling rendah dan hina mertabat mereka di sisi Allah swt! Apakah wajar bagi kita untuk menjunjung Duli Tuanku yang amat rendah dan hina di sisi Allah swt dan juga yang menderhakai dan mengkufur ingkarkan Allah swt ?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: