Khalid Vs YBK: Sultan Selangor ‘dipecat’ sebelum dilantik

Isu kontroversi antara Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dengan MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mula menampilkan ketamakan dan kerakusan sebenar Pemerintah* Negeri Selangor dibawah Pakatan Rakyat ini. Dalam kerakusan ini, Khalid mengarahkan keputusan ‘Flip-Flop’ yang melibatkan DYMM Sultan Selangor.

Dalam mesyuarat YBK pada 1 Oktober 2009, Khalid menggunakan mandat untuk mengarahkan agar DYMM Sultan Selangor Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dilantik sebagai Penaung dan YM Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda sebagai Pengerusi YBK.

Minit mesyuarat YBK pada 1 Oktober 2009:

Minit mesyuarat YBK 1 Okt 2009

Minit mesyarat YBK 1 Okt 2009

Samada “Penyusunan semula YBK” dan melantik Sultan Sharafuddin sebagai Penaung dipersembahkan kepada baginda atau tidak untuk mendapatkan perkenan, belum dapat dipastikan. Namun begitu pada mesyuarat YBK dua minggu selepas itu 14 Okt 2009, Khalid mengarahkan Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr. Hassan Md. Ali agar memutuskan bahawa Penaung diperuntukan kepadRaa Tan Sri Arshad dan MB Selangor Khalid dilantik sebagai Pengerusi YBK.

Minit Mesyuarat YBK 14 Okt 2009

Minit Mesyuarat YBK 14 Okt 2009

Jelas, keputusan mesyuarat YBK pada 14 Okt 2009  menunjukan minda ‘Flip-Flop’ Khalid dan wajar dilihat sebagai ‘menghina’ DYMM Tuanku. Ini tidak menjadi misteri kerana sebelum ini, Khalid tidak hadir mengiringi baginda dalam majlis rasmi dan baginda pernah meluahkan ketidak puasan hati atas cadangan Pemerintah Negeri Selangor berhasrat menggunakan wang zakat untuk pembangunan.

YBK telah menolak perlantikan MB Selangor Khalid ini sebagai Pengerusi. Oleh kerana  demikian, Pemerintah Negeri Selangor Khalid mengugut untuk “merampas” kembali tanah yang dikurniakan oleh MB Selangor Tan Sri Muhmmad “Mike Tyson” Muhd. Taib pada tahun 1995 sebagai asset bagi tujuan program pembangunan YBK.

Sebelum ini, MB Selangor Dato’ Dr. Abu Hassan Omar pernah menyemak samada beliau layak untuk dilantik sebagai Pengerusi YBK pada tahun 2000. Namun begitu, YBK telah tidak meneruskan cadangan ini.

Khalid sebenarnya berhasrat untuk menduduki jawatan Pengerusi YBK kerana tanah 1,600 ekar di Serendah yang dicadangkan untuk dibangunkan sebagai kampus cawangan UiTM dan pembangunan sekeliling sebagai mendukung kampus tersebut. Dalam kenyataan media Pejabat Menteri Besar pada 15 Januari 2010, tanah itu dinilai sebagai RM 540 juta selepas diubah kegunaan tanah dan premium dibayar.

Ini merupakan peluang ‘lombong emas’ bagi Pakatan Rakyat kerana begitu banyak peluang perniagaan boleh dijana dari pembangunan Serendah ini. Pemimpin Pakatan Rakyat yang telah dibuktikan mula mengamalkan rasuah, walaupun baru berkuasa kurang dari 18 bulan memang menantikan peluang keemasan ini. Ini  terutama denn dasar dasar baru yang tidak praktikal semata mata melaksanakan janji semasa kempen PRU 12, Pemerintah Negeri Selangor hanya mempunyai rezab simpanan sebanyak RM 500 juta sahaja lagi berbanding RM 1.4 billion semasa Dato’ Seri Dr. Khir Toyo meninggalkan jawatan pada 8 Mac 2008.

 

* Pemerintah = gantinama bagi Kerajaan, yang tidak sesuai digunakan kerana ‘Kerajaan’ itu berasaskan perkataan ‘Raja’. Ini jelas kerana Pakatan Rakyat tidak menghormati Raja dan bersifat membelakangkan kedudukan Raja. Satu lagi contoh ialah dimana MP Pakatan Rakyat terutama  Shah Alam Khalid Samad memberi sokongan pengunaan ‘Kalimah Allah’ oleh penganut Kristian  sedangkan Enakmen Selangor 1988 melarang sedemikian dan baginda Sultan Selangor ialah Ketua Ugama negeri.

Published in: on January 17, 2010 at 19:35  Comments (3)  

Persefahaman agama perlu berlandaskan Perlembagaan Persekutuan

Semenjak timbul krisis mengenai pengunaan ‘Kalimah Allah’ apabila Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur YA Lau Bee Lan membuat keputusan memihak kepada Catholic Herald, keadaan menjadi lebih rumit sehingga Kerajaan Persekutuan sedang menimbangkan satu inisiatif persefahaman agama sebagai susulan atas cadangan Presiden Just World Dr Chandra Muzaffar agar diujudkan ‘Majlis Rundingan Agama’.

Laporan Utusan Malaysia:

Inisiatif persefahaman agama – TPM

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
dan MOHD. ASRON MUSTAPHA
pengarang@utusan.com.my

Muhyiddin Yassin beramah mesra dengan sebahagian penduduk perumahan awam Taman Sentul Utama, Kuala Lumpur, semalam. – Mingguan/ Nooradzrene Mohd. Noor

KUALA LUMPUR 16 Jan. – Sudah tiba masanya kerajaan memikirkan secara lebih serius mengenai inisiatif-inisiatif yang boleh mewujudkan persefahaman antara agama di negara ini. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, walaupun ia tidak sampai ke peringkat penubuhan satu majlis atau badan, usaha ke arah membentuk persefahaman antara agama melalui satu landasan perlu disegerakan.

 ‘‘Perkara ini akan dibincangkan di peringkat mesyuarat Kabinet dan dalam masa sama kita akan meminta panduan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai bentuk inisiatif yang sesuai bagi kita wujudkan persefahaman antara agama.

 ‘‘Apa yang boleh difikirkan, inisiatif ini hendaklah diwujudkan dalam bentuk yang kekal dan bukannya bersifat ad-hoc seperti sekarang,’’ katanya selepas Majlis Mesra Rakyat di Bandar Baru Sentul di sini hari ini.

 Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai cadangan mewujudkan satu petugas khas yang bertanggungjawab mengendalikan isu-isu mengenai kefahaman antara agama.

 Dalam perkembangan berkaitan Muhyiddin berkata, antara tumpuan terhadap format inisiatif yang dirangka ialah mengenai keahliannya.

 ‘‘Bagi saya ia perlu diwakili oleh pemimpin setiap agama dan mereka bertanggungjawab untuk memberi pandangan supaya persefahaman antara agama dapat kita wujudkan.

 ‘‘Saya faham tugas utama mereka ialah menjaga agama masing-masing, tetapi dalam masa sama keamanan, keharmonian, muhibah antara kaum serta kesejahteraan negara juga perlu diambil kira,’’ katanya lagi.

 Mengenai dialog antara agama, Muhyiddin berkata, program itu tidak ada masalah untuk dianjurkan kerana ia mampu memberi kefahaman yang jelas mengenai sesuatu agama

******************

‘Inisiatif Persefahaman Agama’ yang dicadangkan diujudkan oleh Kerajaan Persekutuan ini perlu ditafsirkan sebagai tidak menyamai dengan cadangan Majlis Rundinga Agama (Inter faith Council). Ini kerana IPA ialah perbincangan antara ketua ketua agama untuk memahami dengan lebih mendalam manakala IFC pula bersifat badan formal yang seolah olah menjadi ‘penguasa’ keatas isu isu bertindan apabila soal agama dibincangkan dan berlaku pertelagahan.

Menurut Perlembagaan Perskekutuan, ugama Persekutuan Malaysia ialah ugama Islam dan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong  mempunyai hak mutlak atas isu ugama Islam pada Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak dan DYMM Raja Raja dalam negeri sekelian baginda. Ugama lain dibenarkan untuk  dianuti dan praktikan, selagi tidak bercanggah dan melibatkan orang Islam.

Pengujudan IFC bermaksud ianya perlu diberikan ‘kuasa’, sekurang kurangnya menyelesaikan isu bertindan antara ugama. Sekiranya isu isu ini melibatkan ugama Islam dan amalan fahaman orang Islam, maka ianya akan membelakangkan Perlembagaan Persekutuan.

IPA wajar membenarkan agama agama menengahkan permasalahan mereka untuk dibincangkan dengan bertujuan untuk memupuk kesefahaman yang lebih komprehensif.

TPM Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin membuat kenyataan bagi menimbangkan untuk mengujudkan IPA semasa melawat kawasan Rumah Pangsa Sri Perak, Sentul. Beliau yang merealisasikan Gagasan 1 Malaysia, ‘Rakyat didahulukan, pencapaian dipertingkatkan’ mengumumkan peruntukan RM 20 juta sebagai pembinaan Sekolah Sri Perak dan menyelesaikan masalah pelajar pelajar disini.

Published in: on January 17, 2010 at 12:05  Comments (8)