Khalid Vs YBK: Sultan Selangor ‘dipecat’ sebelum dilantik

Isu kontroversi antara Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dengan MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mula menampilkan ketamakan dan kerakusan sebenar Pemerintah* Negeri Selangor dibawah Pakatan Rakyat ini. Dalam kerakusan ini, Khalid mengarahkan keputusan ‘Flip-Flop’ yang melibatkan DYMM Sultan Selangor.

Dalam mesyuarat YBK pada 1 Oktober 2009, Khalid menggunakan mandat untuk mengarahkan agar DYMM Sultan Selangor Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dilantik sebagai Penaung dan YM Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda sebagai Pengerusi YBK.

Minit mesyuarat YBK pada 1 Oktober 2009:

Minit mesyuarat YBK 1 Okt 2009

Minit mesyarat YBK 1 Okt 2009

Samada “Penyusunan semula YBK” dan melantik Sultan Sharafuddin sebagai Penaung dipersembahkan kepada baginda atau tidak untuk mendapatkan perkenan, belum dapat dipastikan. Namun begitu pada mesyuarat YBK dua minggu selepas itu 14 Okt 2009, Khalid mengarahkan Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr. Hassan Md. Ali agar memutuskan bahawa Penaung diperuntukan kepadRaa Tan Sri Arshad dan MB Selangor Khalid dilantik sebagai Pengerusi YBK.

Minit Mesyuarat YBK 14 Okt 2009

Minit Mesyuarat YBK 14 Okt 2009

Jelas, keputusan mesyuarat YBK pada 14 Okt 2009  menunjukan minda ‘Flip-Flop’ Khalid dan wajar dilihat sebagai ‘menghina’ DYMM Tuanku. Ini tidak menjadi misteri kerana sebelum ini, Khalid tidak hadir mengiringi baginda dalam majlis rasmi dan baginda pernah meluahkan ketidak puasan hati atas cadangan Pemerintah Negeri Selangor berhasrat menggunakan wang zakat untuk pembangunan.

YBK telah menolak perlantikan MB Selangor Khalid ini sebagai Pengerusi. Oleh kerana  demikian, Pemerintah Negeri Selangor Khalid mengugut untuk “merampas” kembali tanah yang dikurniakan oleh MB Selangor Tan Sri Muhmmad “Mike Tyson” Muhd. Taib pada tahun 1995 sebagai asset bagi tujuan program pembangunan YBK.

Sebelum ini, MB Selangor Dato’ Dr. Abu Hassan Omar pernah menyemak samada beliau layak untuk dilantik sebagai Pengerusi YBK pada tahun 2000. Namun begitu, YBK telah tidak meneruskan cadangan ini.

Khalid sebenarnya berhasrat untuk menduduki jawatan Pengerusi YBK kerana tanah 1,600 ekar di Serendah yang dicadangkan untuk dibangunkan sebagai kampus cawangan UiTM dan pembangunan sekeliling sebagai mendukung kampus tersebut. Dalam kenyataan media Pejabat Menteri Besar pada 15 Januari 2010, tanah itu dinilai sebagai RM 540 juta selepas diubah kegunaan tanah dan premium dibayar.

Ini merupakan peluang ‘lombong emas’ bagi Pakatan Rakyat kerana begitu banyak peluang perniagaan boleh dijana dari pembangunan Serendah ini. Pemimpin Pakatan Rakyat yang telah dibuktikan mula mengamalkan rasuah, walaupun baru berkuasa kurang dari 18 bulan memang menantikan peluang keemasan ini. Ini  terutama denn dasar dasar baru yang tidak praktikal semata mata melaksanakan janji semasa kempen PRU 12, Pemerintah Negeri Selangor hanya mempunyai rezab simpanan sebanyak RM 500 juta sahaja lagi berbanding RM 1.4 billion semasa Dato’ Seri Dr. Khir Toyo meninggalkan jawatan pada 8 Mac 2008.

 

* Pemerintah = gantinama bagi Kerajaan, yang tidak sesuai digunakan kerana ‘Kerajaan’ itu berasaskan perkataan ‘Raja’. Ini jelas kerana Pakatan Rakyat tidak menghormati Raja dan bersifat membelakangkan kedudukan Raja. Satu lagi contoh ialah dimana MP Pakatan Rakyat terutama  Shah Alam Khalid Samad memberi sokongan pengunaan ‘Kalimah Allah’ oleh penganut Kristian  sedangkan Enakmen Selangor 1988 melarang sedemikian dan baginda Sultan Selangor ialah Ketua Ugama negeri.

Published in: on January 17, 2010 at 19:35  Comments (3)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/01/17/khalid-vs-ybk-sultan-selangor-dipecat-sebelum-dilantik/trackback/

RSS feed for comments on this post.

3 CommentsLeave a comment

  1. ada ta yang nak report SPRM apa yang berlaku dlm YBK..ada sub2 company??lagi?di bawah YBK??

  2. hehe. Patutlah ada khabar angin dulu yang Azmin Ali nak tumbangkan flip flop ni. Sedih saya. Kerabat Diraja makin tidak dihormati. Ini bukannya Sultan apa-apa. Ini Sultan Sharafuddin yang dihormati dan mempunyai kaliber serta kelulusan yang baik. Berpengetahuan dan berpengalaman luas.

    Saya percaya TS Khalid tidak mungkin menjadi MB pada penggal ke 13. Rasanya kita tahulah kini mengapa Anwar Ibrahim terpaksa memegang jawatan di Kerajaan Negeri Selangor. Utk bantu flip flop ni.

  3. Inilah gerombolan yang ada diantaranya dikatakan berhubung dengan “Underworld” (konsgi gelap, penjahat dan gengster). Disebut demikian oleh tidak lain dan tidak bukan seorang ADUN PKR dan seorang Ahli Parlimen PKR. Dikatakan melakukan hubungan tersebut diruang Ibupejabat Kerajaan Selangor itu sendiri. Masakan jenis ini tidak menggunakan taktik mengugut, mengseliuh tangan orang kebelakang (arm-twisting) dan sebagainya.

    So’al hormat kapada Raja dan hemahkan kedaulatan Sultan tidak lagi dihiraukan gerombolan saperti ini. Mereka terus menyondol, menggelabah dan coba menggunakan selagi apa kuasa yang ada pada mereka. Rakyat mesti sedarkan tabi’at kasar dan kudut mereka ini. YBK mesti pertahankan hak mereka dan kepentingan rakyat miskin dan kurang daya upaya. Jika premiam tanah sudah dibayar dan geran sudah dikeluarkan, jangan indahkan ugutan mereka. Jika mereka mula mengambil langkah merampas atau melucutkan hak diatas tanah tersebut, YBK mesti ambil tindakan undang-undang sehabis-habisnya serta merayu kapada pihak-pihak berkenaan, termasuk kaum Melayu biasa, supaya mengecam dan mengambil segala apa tindakan yang boleh membantutkan coba’an mereka itu.

    MB Selangor sudah menggelapar ketiadaan wang dikhazanah negeri dan dikocek sendiri. Hanya RM 500 juta didana dan lebih RM 60 juta hutang bank sehingga diheret kemahkamah dan diistiharkan terhutang.

    Cobalah dapatkan hasil-hasil negeri dari kilang-kilang bahru yang dikatakan banyak dibina dimasa pemerintahan mereka. Jika dibenarkan kilang dibina secara haram, bagagimana boleh dapat berbagai jenis hasil berthabit pembinaan kilang-kilang tersebut? Bayaran-byaran yang sepatutnya masuk kedana Kerajaan mungkin masuk kekocek mereka sendiri.

    Apakah tujuan sabenar mereka mahukan tempat diYBK? Apakah mereka nampak YBK boleh mendatangkan wang yang banyak untuk masuk kocek sendiri? Ingatlah bahawa ada gerombolan mereka yang sedang didakwa rasuah. Hinggakan wang RM 500,000 untuk faedah rakyat ada yang disonglap. Walau pun bahru 18 bulan dalam pemerintahan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: