Persefahaman agama perlu berlandaskan Perlembagaan Persekutuan

Semenjak timbul krisis mengenai pengunaan ‘Kalimah Allah’ apabila Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur YA Lau Bee Lan membuat keputusan memihak kepada Catholic Herald, keadaan menjadi lebih rumit sehingga Kerajaan Persekutuan sedang menimbangkan satu inisiatif persefahaman agama sebagai susulan atas cadangan Presiden Just World Dr Chandra Muzaffar agar diujudkan ‘Majlis Rundingan Agama’.

Laporan Utusan Malaysia:

Inisiatif persefahaman agama – TPM

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
dan MOHD. ASRON MUSTAPHA
pengarang@utusan.com.my

Muhyiddin Yassin beramah mesra dengan sebahagian penduduk perumahan awam Taman Sentul Utama, Kuala Lumpur, semalam. – Mingguan/ Nooradzrene Mohd. Noor

KUALA LUMPUR 16 Jan. – Sudah tiba masanya kerajaan memikirkan secara lebih serius mengenai inisiatif-inisiatif yang boleh mewujudkan persefahaman antara agama di negara ini. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, walaupun ia tidak sampai ke peringkat penubuhan satu majlis atau badan, usaha ke arah membentuk persefahaman antara agama melalui satu landasan perlu disegerakan.

 ‘‘Perkara ini akan dibincangkan di peringkat mesyuarat Kabinet dan dalam masa sama kita akan meminta panduan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai bentuk inisiatif yang sesuai bagi kita wujudkan persefahaman antara agama.

 ‘‘Apa yang boleh difikirkan, inisiatif ini hendaklah diwujudkan dalam bentuk yang kekal dan bukannya bersifat ad-hoc seperti sekarang,’’ katanya selepas Majlis Mesra Rakyat di Bandar Baru Sentul di sini hari ini.

 Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai cadangan mewujudkan satu petugas khas yang bertanggungjawab mengendalikan isu-isu mengenai kefahaman antara agama.

 Dalam perkembangan berkaitan Muhyiddin berkata, antara tumpuan terhadap format inisiatif yang dirangka ialah mengenai keahliannya.

 ‘‘Bagi saya ia perlu diwakili oleh pemimpin setiap agama dan mereka bertanggungjawab untuk memberi pandangan supaya persefahaman antara agama dapat kita wujudkan.

 ‘‘Saya faham tugas utama mereka ialah menjaga agama masing-masing, tetapi dalam masa sama keamanan, keharmonian, muhibah antara kaum serta kesejahteraan negara juga perlu diambil kira,’’ katanya lagi.

 Mengenai dialog antara agama, Muhyiddin berkata, program itu tidak ada masalah untuk dianjurkan kerana ia mampu memberi kefahaman yang jelas mengenai sesuatu agama

******************

‘Inisiatif Persefahaman Agama’ yang dicadangkan diujudkan oleh Kerajaan Persekutuan ini perlu ditafsirkan sebagai tidak menyamai dengan cadangan Majlis Rundinga Agama (Inter faith Council). Ini kerana IPA ialah perbincangan antara ketua ketua agama untuk memahami dengan lebih mendalam manakala IFC pula bersifat badan formal yang seolah olah menjadi ‘penguasa’ keatas isu isu bertindan apabila soal agama dibincangkan dan berlaku pertelagahan.

Menurut Perlembagaan Perskekutuan, ugama Persekutuan Malaysia ialah ugama Islam dan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong  mempunyai hak mutlak atas isu ugama Islam pada Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak dan DYMM Raja Raja dalam negeri sekelian baginda. Ugama lain dibenarkan untuk  dianuti dan praktikan, selagi tidak bercanggah dan melibatkan orang Islam.

Pengujudan IFC bermaksud ianya perlu diberikan ‘kuasa’, sekurang kurangnya menyelesaikan isu bertindan antara ugama. Sekiranya isu isu ini melibatkan ugama Islam dan amalan fahaman orang Islam, maka ianya akan membelakangkan Perlembagaan Persekutuan.

IPA wajar membenarkan agama agama menengahkan permasalahan mereka untuk dibincangkan dengan bertujuan untuk memupuk kesefahaman yang lebih komprehensif.

TPM Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin membuat kenyataan bagi menimbangkan untuk mengujudkan IPA semasa melawat kawasan Rumah Pangsa Sri Perak, Sentul. Beliau yang merealisasikan Gagasan 1 Malaysia, ‘Rakyat didahulukan, pencapaian dipertingkatkan’ mengumumkan peruntukan RM 20 juta sebagai pembinaan Sekolah Sri Perak dan menyelesaikan masalah pelajar pelajar disini.

Published in: on January 17, 2010 at 12:05  Comments (8)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/01/17/persefahaman-agama-perlu-berlandaskan-perlembagaan-persekutuan/trackback/

RSS feed for comments on this post.

8 CommentsLeave a comment

  1. Big Dog

    A person that failed to solve the MCA issue after claiming to be able to solve it… Is in no position to solve any other issue….. especially a religious one.

    • MCA Leadership refused any ‘assistance’ from anyone, even within veteran party. How could anyone fr UMNO ‘clean the house’, when the custodian of the house refused.

      Ong Tee Keat refused to meet up with DPM and when confronted by PM, he arrogantly said Tan Sri Muhyiddin is only a “Deputy President”!

      • BigDog

        Itulah, if one cannot gain respect from one’s colleagues…How to gain respect from others??

        So what’s the position of Timbalan Perdana Menteri for? To allow the TPM face to be rubbed in the dirt is denigrating the position……

  2. Bro

    “Menurut Perlembagaan Perskekutuan, ugama Persekutuan Malaysia ialah ugama Islam dan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong mempunyai hak mutlak atas isu ugama Islam pada Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak dan DYMM Raja Raja dalam negeri sekelian baginda. Ugama lain dibenarkan untuk dianuti dan praktikan, selagi tidak bercanggah dan melibatkan orang Islam.”

    Isu ni juga, melibatkan masyarakat sabah dan sarawak.

    Aku ingat, dalam salah satu point waktu depa sign jadi member Malaysia, peruntukan islam sebagai agama rasmi di malaysia tidak terpakai di Sabah dan sarawak.

    • DYMM SPB YDP Agong adalah Ketua Ugama Islam bagi Sabah dan Sarawak.

      • Ok, DYMM Agung ketua agama islam di sabah dan sarawak, tetapi islam bukan agama rasmi di sabah dan sarawak

  3. IPA will go no where when you have representatives of one polarized group of disgruntled portion of the population who just refused to appreciate the value of the name “Allah” in Islam which is the prerogative of the Royal Highness. This group, clouded in their understanding of the subject matter, will refuse to accede due to political vested interest. The Catholic Church will not let go the High Court ruling in their favor for they too are playing “dirty” politics; history has lots of precedents about the mischievous endeavors of the missionaries from the Catholic Church. Now you have the DAP leading the religious political on-slough. Let’s get this straight – the issue has been politicized, no use denying it.

    It’s timely to beat the drums louder at all the mosques and surau all over the country alerting the dangers confronting the Muslims in this country and about the (innocent) stupidity of the top leadership of PAS and other liberalized Muslims for the playing fiddle with the polarized parties who have no interest in solving the issue in the greater interest of peace and harmony in this country. When the Muslims are solidly united, I am sure the Catholic Church will eventually back away – Allah will not help us Muslims if we do not help ourselves.

    BEAT THE DRUMS NOW EVER FASTER AND LOUDER FOR ALLAH WILL HELP THE FAITHFUL WHO HAVE BEEN RIDICULED AND IN DANGER.

  4. Yes,the King is only the Head of Islam in Sarawak and not of other religion. And based on the 18 point agreement to the formation of Malaysia, Sarawak is a secular state.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: