‘Middle Malaysia’: Agenda tersirat racis DAP

Lim Guan Eng: Pewaris agenda racis Chauvinis Cina

Pengumuman Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengenai pendekatan ‘Middle Malaysia’ DAP dalam konvensyen parti Chauvinis Cina itu di Ipoh baru baru ini yang kunun kunun bersifat ‘merangkumi’ berbanding ‘konfrontasi’, ala agenda ‘Malaysian, Malaysia’ sebelum ini tidaklah sebagaimana digambarkan. Ia sebenarnya mempunyai agenda tersirat yang racis.

Sekiranya diterjemahkan perkataan ‘Middle Malaysia’ dalam bahasa Mandarin, ianya akan membawa maksud tersirat  ‘Malaysia untuk kaum Cina’.  Ini boleh ditafsirkan sebagai kaum Cina mahu menjadi ‘tauke Malaysia’ kerana ‘Chung’  adalah maksud sinonim dengan ‘Penguasa Cina’ di Malaysia.

Ini sebenarnya adalah agenda untuk meraih sokongan padu masyarakat Cina Malaysia untuk secara racis mengorak agenda untuk satu hari menjadi ‘kuasa’ dan menubuhkan Pemerintahan* dalam Malaysia.

Setakat ini, mereka telah pun berhasil untuk meraih tampuk kuasa dan pemerintahan (hampir mutlak) di Pulau Pinang, dan (pemerintahan boneka) di Selangor dan Perak. Agenda ‘Middle Malaysia’ ini perlu dijayakan dengan kerjasama PAS dan PKR, sebagai ‘topeng’ untuk meraih sokongan Melayu iaitu komposisi pengundi majoriti setiap kali proses demokrasi berlaku. Pemimpin Melayu parti komponen Pakatan Rakyat memperkudakan emosi orang Melayu  sepenuhnya untuk merealisasikan agenda tersirat yang sebenarnya racis ini. Sebellum ini pun PAS tergamak untuk menyokong ‘kebatilan dan maksiat’ dan membelakangkan prinsip ugama yang kunun kunun menjadi landasan perjuangan mereka.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang sebenarnya meneruskan warisan peninggalan PAP ‘Malaysian, Malaysia’ yang begitu taat dijana dan teruskan oleh bapa beliau Lim Kit Siang, yang menjadi Setiausaha Agung DAP lebih dari 30 tahun.

* ‘Pemerintahan’ merupakan gantinama paling sesuai apabila DAP mengambil kuasa, berbanding ‘Kerajaan’. Ini kerana DAP akan berusaha untuk mengenepikan sistem Raja dan dalam episod BN mengambil alih kuasa di Perak Februari 2009, Naib Pengerusi DAP Karpal Singh meluahkan hasrat untuk mengheret DYMM Paduka Seri Sultan Perak ke Mahkamah kerana ‘memecat’ MB boneka-DAP Nizar “Brother Yong” Jamaluddin dan sebaliknya melantik ADUN Pangkor Dato’ Sri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai MB Perak X.

Published in: on January 20, 2010 at 10:25  Comments (14)