Sultan Iskandar: Raja berjiwa rakyat

Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor

DYMM Sultan Johor  Tuanku Sultan Iskandar Al Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail Al Khalidi yang mangkat senja hari ini merupakan seorang Raja yang amat disayangi dan berjiwa rakyat. Baginda berumur 77 tahun pada 8 April lepas.

Sul Iskandar bersama PM 'Flip-Flop' Abdullah

Akhbar The Star menyifatkan baginda sebagai ‘Raja Yang Menginspirasi’.

Baginda naik takhta sebagai Sultan Johor apabila ayahanda baginda Almarhum Tuanku Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim mangkat pada 10 Mei 1981. Baginda menjadi Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong VIII antara 26 April 1984 hingga 25 April 1989. Semasa menduduki tahkta Kerajaan Persekutuan, baginda menunjukan keperihatin terhadap rakyat, terutama anggota pasukan keselematan. Baginda telah beberapa kali mencemar duli semasa perayaan Hari Raya Aidil Fitri melawat anggota pasukan keselematan diperbatasan dan sempadan. Ini termasuk terbang keatas kapal TLDM yang sedang membuat rondaan dilaut.

Sultan Iskandar semasa melawat LIMA

Baginda juga mendermakan keseluruhan elauns sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong sepanjang menduduki takhta kepada sebuah NGO, Yayasan Iskandar. Dana ini digunakan sebagai membantu pembiayaan pelajar mereka yang kurang berkemampuan.

Sultan Iskandar sebagai Kolonel Kehormat GGK

Baginda juga merupakan Kolonel Kehormat Rejimen Grup Gerak Khas dan menunjukan minat mendalam dalam aktiviti sukan, terutama sukan mencabar seperti permotoran, perahu layar, papan layar dan paling dekat dihati, polo dan ekuistrian.

Sebagai seorang ketua keluarga, baginda adalah seorang ayahnada dan nenda yang amat penyayang. Baginda menentukan cucunda baginda, Tunku Ismail Ibrahim Ibni Tunku Ibrahim Ismail agar dilatih sebagai pegawai kadet di Dehradum, India dan menyoroti perkembangan cucunda tersebut dengan rapat. Baginda juga minat kepada irama keroncong.

Sultan Iskandar semasa merasmikan WPI

Baginda membelakangkan protokol dan membuat kenyataan politik semasa upacara merasmikan Wilayah Pembangunan Iskandar di Danga Bay pada November 2006 apabila menitahkan agar Kerajaan tidak mempercayai orang asing terutama ‘orang putih’ dan mencadangkan wilayah itu dinamakan Wilayah Pembangunan Rahman Andak berbanding dengan nama baginda kerana menghargai pengorbanan Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor itu. Baginda juga menitahkan agar Tambak Johor dirobohkan, “Biar air lalu”, berbanding dengan keputusan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan agar projek Jambatan Bengkok dibatalkan pada bulan Mac 2006.

Sultan Iskandar bertitah

Semasa perasmian Dewan Undangan Negeri Johor ke XII pada tahun 2009, baginda menitahkan akan mengunakan saluran perundangan untuk mengambil kembali Pulau Batu Putih yang telah diputuskan oleh Mahkamah Antarabangsa menjadi milik Singapura. Baginda juga bertegas agar cadangan untuk ‘Jambatan Ke III’ tidak diadakan.

Hari Raya Aidil Fitri 1408H, Istana Besar, Johor Bahru

Kami di BigDogDotCom mempersembahkan salam takziah kepada DYTM Pemangku Sultan Johor Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar, seluruh keluarga diRaja, Kerajaan dan rakyat Johor.

Semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat keatas roh baginda.

Advertisements
Published in: on January 22, 2010 at 19:55  Comments (35)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/01/22/sultan-iskandar-raja-berjiwa-rakyat/trackback/

RSS feed for comments on this post.

35 CommentsLeave a comment

  1. Takziah kepada semua rakyat Johor terutamanya yang dari Muor. Alfatihah.

  2. Bernama.com
    Malaysian National News Agency

    Demolish Causeway – Sultan Iskandar
    General
    November 04, 2006 17:16 PM
    JOHOR BAHARU, Nov 4 (Bernama) — The Sultan of Johor, Sultan Iskandar, on Saturday called for demolition of the Johor Causeway, the southern gateway into Malaysia, to provide the passage for ships to pass through the Tebrau Straits which separates Malaysia and Singapore.

    He said the causeway, built by the British colonialists, was blocking ships from passing through the Tebrau Straits.

    This had subjected Johor to constant condemnation, he said.

    “The causeway has to be demolished, only then Johor will develop,” he said when launching the multi-billion ringgit South Johor Economic Region (SJER) project in Danga Bay here today. Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi was present.

    Built in 1920, the causeway, spanning 1,050m in length from Johor Baharu to Singapore and 18.18m in width, accommodates two railway lines and a 7.87m-wide road. A water pipeline from Johor to Singapore and a telecommunication cable also pass through the causeway.

  3. Soalan
    :
    Benarkah sekiranya seseorang meninggal pada hari jumaat maka dia akan terlepas dari fitnah atau siksaan kubur?.
    Jawapan
    :
    Ya, memang benar. Orang Mukmin lelaki atau perempuan yang meninggal dunia pada hari Jumaat sama ada di waktu malam harinya atau siangnya, akan terlepas daripada azab kubur.
    Rasulullah SAW ada bersabda, maksudnya:
    “Sesiapa yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau malamnya, diangkatlah daripadanya akan azab kubur.”
    *lihat buku “Tanqih al-Qaul” oleh Muhammad bin Umar Nawawy.

    Sabda Rasulullah SAW dalam riwayat yang lain, maksudnya:
    “Sesiapa yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau malamnya, nescaya dituliskan oleh Allah baginya pahala syahid, dipelihara daripada seksa kubur, dengan syarat dia beriman.”
    *lihat buku “AL-Ihya’) karangan Imam al-Ghazali..

    p/s semoga roh baginda almarhum sultan johor dicucuri rahmat. amin.

  4. berjiwa rakyat…

    u sure?

    • If you are not sure, you can always go ask his son.
      You up to it?

  5. damn sure. though he’s have his ‘own’ rules, but still the peoples’ needs are the 1st in his heart.
    proved it when he was the Agong, when he visited his people..

  6. baginda dah mangkat ni pown ko masih nak sombong ke?
    respect sikit. and you RAKYAT YG BERJIWA RAKYAT KER?

    Al-Fatihah

    • ade ke raja berjiwa raja ???
      rakyat berjiwa rakyat..

      • yerlah … kita rakyat biasa. tapi berlagak cam haper2 ntah. tu wa tanya lu rakyat yg berjiwa rakyat kew? atau lebih spesifik, lu RAKYAT MALAYSIA YANG BERJIWA RAKYAT MALAYSIA ker? tu jerr …

      • al Fatihah. What about Rakyat berjiwa Raja?

  7. bodoh siddiq azani nie..

    raja yg m,blkang protokol..
    smua mnsia same taraf..know it??

    raja yg zuhud..
    tgok ngeri maner yg still ‘kukuh’ shgga kini??

    perak??
    slangor??
    melaka??

    it,s johor dude..
    open ur eyes !!

    • kau yg patut buka mata, buka hati..bukan membuta tuli…

      • Alfatihah

      • May Allah blessed his soul.

        Siddiq Azani as a muslim you should know better how to respect other muslims when they passed away.

        Remember one day our turn will come too.

  8. tgook sjauh maner yyasan iskandar nie m,bntu owang miskin smuaa..
    anak2 jhor rame dpat bntuan ie..

    dier sowang yg dermawan yg xmnunjuk,cari pub cam vvip len..

  9. salam….
    suasana di istana johor agak suram, tidak maknanya sultan dah mangkat, sultan masih ada di hospital, dan belum mangkat lagi, hanya tidak sedarkan diri, jangan buat kenyataan sebulum majlis raja johor umum kan…

  10. Alfatihah…

    • sultan johor da mangkat…al fatihah….

  11. Al-Fatihah. Semuga Allah memberi rahmat keatas roh baginda .Ditempatkan rohnya bersama hambanya yang beriman . Amin,Salam takziah kepada sekelian kerabat baginda dan rakyat negeri Johor.

  12. dahlaa tu , buat apa gaduh2…
    biarkan masing2 dengan buah fikiran masing2,
    usah kita bertekak..

    Kalau nak sedekah al-fatihah, silakan.
    kalau tak mahu pun terpulang…

    carut-mencarut ni pun bukan ada pahalanya..kan?

    dahla, semoga pewaris takhta kita ni akan perform lebih baik dari yang sebelumnya..amin..

  13. tak suka btul ngan sikap sid azani tu..

  14. Aku memang amat dukacita keatas kemangkatan Tuanku. Baginda memang seorang Sultan yg amat mengambil berat permasalahan rakyat & mengikuti rapat perkembangan politik.

    Contohnya isu Jambatan Bengkok. Baginda amat bersetuju agar Tambak Johor dipecah & jambatan diganti. Tu sebab baginda balun depan muka Pak Lah Al-Flip-floppy semacam ja!

    Isu org asli juga amat rapat dihati baginda. Tu sebab Khaled Norden tak mungkin diterima sebagai MB, sebab kes tanah bekok (buat dgn sigemuk Haikal tu)!

    UMNO mmglah amat dekat dihati Tuanku. Baginda baginda UMNO lahir diistana nenda baginda. Baginda berucap semasa perayaan 50 taun UMNO.

    Baginda juga memberi UMNO sumbangan RM 1 juta utk menghadapi pilihanaraya 1999, tatkala begitu ramai org Melayu begitu emosi mempercayai Anwar Al Juburi dianayai Tun Dr. Mahathir!

    Begitu sayangnya Tuanku kpd PERJUANGAN!

    Allah mencucuri rahmat pada roh Tuanku. Amin.

  15. […] Sultan Iskandar: Raja berjiwa rakyat DYMM Sultan Johor Tuanku Sultan Iskandar Al Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail Al Khalidi yang mangkat senja hari ini merupakan seorang Raja yang amat disayangi dan berjiwa rakyat. Baginda berumur 77 tahun pada 8 April lepas. [bigdogdotcom] […]

  16. *Comments deleted

  17. big dog,

    Tatkala semua rakyat Johor sedang berkabung di atas kemangkatan almarhum Sultan Iskandar, irda dan khazanah tidak habis2 mendabik dada tentang projek Iskandar Msia yang tidak membawa faedah kepada rakyat johor kecuali rakan2 mereka dari MCKK. Sila baca The Star hari ini, Sabtu, ruangan business, ada 3-4 muka surat tentang Iskandar Msia.

    Kalau iya pun dah tak sabar nak puji diri sendiri, tak boleh tunggu minggu depan atau bulan depan bila dah tak berkabung? Dah la article tuh cuma cerita tentang Khazanah, IIB, dan UEM, yang lain2 seperti Johor Corp, MMC, peniaga2 kecil, satu haram pun tak de.

    IRDA nie memang la tak prihatin tentang rakyat dan peniaga2 di Johor yang sedang berkabung.

    Ada temubual dgn MB Johor sekali, Ghani dah desperate sangat ka nak dapat free credit?

  18. Ucapan setinggi tkziah buat ahli keluarga baginda. Sy rasa sedih sgt khilangan seorang sultan yg berjiwa rakyat.Bukan tu je, tarikh kemangkatan baginda sama dgn tarikh kematian bonda sy manakala tarikh lahir baginda sama pula dengan tarikh lahir anak sy. terharu sgt.. AL FATIHAH…

  19. *Comments deleted

    Last warning!

  20. orang yang mengulas mengenai segala bentuk keburukan tuanku adalah manusia uang sepatutnya jgn menjejakki johor darul takzim ,harapan saya selaku anak bugis johor agar manusia yg memberi pandangan buruk di bawa ke muka pengadilan

    • sibodo mane yg nak berangan bercerita tntang keburukan sultan.. heiiii…. kau jage skit eh.. johor masih berdaulat.. jgn sampai aku lihat kau di tanah johor nie.. jgn sesekali menghina sultan.. kau tak tauw pucuk pangkal cerita.. jahat beliau keran daulat dan tegasnya pada rakyat yg biadab.. seharusnya.. beliau sultan.. bukan nabi.. maka ia xterlepas dri buat kesilapan.. kau pandang keburukan dia hanya sekelumit.. sampai kau buang kebaikan dia kepada rakyat johor.. kau xrase sebab kau bukan rakyat johor.. atau sekadar mengemis dibumi kami.. petualang spt kau xamalu ker masih mencari kehidupan di tanah johor.. dah lah sultanya kau nak berlaknat.. aku akan laporkan pada kerabat.. tahu lah nasib kau nanti..jgn main2 dgn darah bugis..

  21. Dukacita sesangat. alfatehahh

  22. http://marahku.blogspot.com/2010/01/true-face-of-pas-supporters-its-not.html

    Ada bola tanggung nih.. apa lagi kasik smash kaw kaw laa.

  23. Hari ni ada satu peristiwa yg berlaku di office aku, kononnya ada serbuan dibuat dikilang2 utk mereka yg tidak memakai pakaian berkabung. Dijadikan cerita adalah sorg menyebarkan artikal daripada surat khabar the star yg menyatakan tiada paksaan dalam pakaian berkabung dan tiada denda dikenakan dan disebarkan satu office. Yang aku jadi angin.. adalah org tu tiba2 cuba membuka ikatan dilengan kiri member aku ni..dan sambil berkata “no need to ware this things”. Aku marah le… aku cakap “this is how we respect our king, show our love to the king and this is our culture, if you stay in Johor, born in Johor, work in Johor give some respect”. If you don’t want to follow it is up to you but respect others also.

  24. Ya, aku anak johor, mak aku anak johor, datuk aku juga pembesar johor.. dan aku sangat berbangga kerana masuk muzium diraja bayar RM1 sahaja, berbanding korang yang bukan anak johor kena bayar mahal.

    Antara koleksi kesultanan johor yang menarik adalah pengiktirafan kerajaan turki uthmaniah kepada kerajaan johor, yang telah turut mengambil undang2 islam turki untuk diaplikasi di negeri johor.

    Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa AsSultan Johor…

  25. Assalamualaikum… Saya mencari mana laman yg boleh menyampaikan aduan rakyat johor..dimasa ini.Air Banjir melanda dari Segamat sedang menyusur pulang ke laut melalui beberapa daerah dan perkampungan. Maka JKM,Pak Naib dll yg berkenaan bertungkus lumuslah mmbantu. MASALAH kami ialah : Peruntukan mangsa banjir seolah2 dipermainkan atau memang itu acara favourite mereka yg bertugas? Tahun ini, 2011 saya difahamkan bahawa JKM mengeluarkan 2 kategori mangsa banjir.1.Kediaman dimasuki air dan mangsa berpindah ke Pusat Pmindahan. 2. Kediaman tidak terjejas tetapi perhubungan terjejas.2 kategori ini LAYAK menerima bantuan. Saya persoalkan mengapa kategori 3 tidak di wujudkan? Iaitu, Kedaiamn dan perhubungan tidak terjejas tapi sumber Pencarian terjejas. Kumpulan ini ialah Buruh tani yang mengambil upah memetik kelapa sawit,menoreh getah, meracun dan menebas atau membaja dan lain2 kerja kuli, yg sedara langsung terjejas dengan bencana ini.JKM,Wakil Rakyat dan Pegawai Tadbir Daerah (DO) perlu mengambil tahu dan mengambil tindakan mambantu golongan ini. Ramai yang terlibat .
    Kami merayu pihak berkuasa membantu. kami ingin sampaikan kepada Yng Mulia Sultan Johor membantu kami.tapi kami tak tau bagajmana nak mnyalurkan maklumat ini. tolong lah kami. wassalam

  26. KEPADA MEREKA YANG BUKAN RAKYAT NEGERI JOHOR TOLONG JANGAN BUAT KENYATAAN YANG ANDA SENDIRI TIDAK TAU MENGENAI KESULTANAN JOHOR, HANYA ORANG JOHOR SAHAJA YANG BERHAK MEMPERTAHANKAN NEGERI BERSAMA
    SULTAN YANG MEMERINTAH NEGERI KAMI DAN JAJAHAN TAKLUKNYA

    BELAJAR SEJARAH NEGERI JOHOR DAHULU, SEBELUM MEMBUAT KOMEN.

    TAAT SETIA KU PADA TUANKU SULTAN IBRAHIM

    DAULAT TUANKU , DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU

    ALLAH HU AKBAR


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: