Kelemahan ketara DAP

Parti Chauvinis Cina DAP sebenarnya mempunyai kelemahan yang amat ketara.

Peringkat Pusat

  • Dua pemimpin di fahamkan sering tidak sependapat dengan Lim Guan Eng iaitu:
    • Teng Chang Khim, ahli jawatankuasa DAP Pusat merangkap speaker Dun Selangor. Kedua pemimpin kanan DAP bertelagah antara satu sama lain kerana berebut untuk menjadi calon di Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah;
    • Dr Boo Cheng Hau , Pengerusi DAP Johor juga tidak sebulu dengan Lim Guan Eng dan kerap mempertikaikan keputusan Lim Guan Eng yang mementingkan kroni semata-mata;
  • Manakala veteran-veteran DAP amat kecewa dengan dasar dan pendekatan politik Lim Guan Eng yang lebih mengutamakan golongan muda semata-mata dan singkirkan golongan veteran DAP yang telah banyak berjasa. Ini amat jelas dengan personaliti DAP yang ‘hilang’ dari radar politik perdana seperti Dr. Kua Kia Soong, Wee Choo Keong, Hu Sepang dan paling terbaru, Kerk Kim Hock.

 

 Pulau Pinang

  • Isu dakwaan penyelewengan Tan Beng Huat, wakil rakyat Jawi. Dakwaan dibuat oleh The Hock Yong, Pengerusi DAP kawasan parlimen Nibong Tebal. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dapati beliau tidak bersalah. Ekoran itu Tan Beng Huat mengugut untuk meletak jawatan ekoran masalah bayaran tempat letak kereta yang dia umpamakan cakap tak serupa bikin serta sebagai satu penipuan kepada pengundinya;
  • Phee Boon Poh, wakil rakyat Sungai Puyu ugut keluar parti kerana telah di ketepikan ole Chow Kon Yeow, Pengerusi DAP Pulau Pinang walaupun mempunyai jawatan exco negeri.;
  • Isu tanah kampong buah pala, penukaran status tanah yang dipohon PDC Heritage Hotel, kegagalan lulus permit peniaga bazaar ramadhan dan isu tanah rumah hijau;.
  • Pertelingkahan melibatkan PAS dan PKR seperti:-
    • Pelantikan Mokhtar Mohd jait sebagai YDP MPSP timbulkan rasa tidak puashati PKR dan PAS kerana pelantikan tanpa persetujuan mereka. Lapan Ahli Majlis PKR memboikot majlis pelantikan YDP MPSP;
    • Karpal Singh kritik kenyataan Yusmadi Yusog, wakil rakyat Balik Pulau mengenai jawatan KM Pulau Pinang;
    • Jeff Ooi, Ahli Parlimen Jelutong dakwa Mohd Razali Abdullah, ahli majlis daerah adalah ahli Jemaah islah yang ekstrimis. Kenyataan ini menyebabkan PAS dan PKR melenting;

 

Perak

  • Dakwaan penyelewengan tabung RM30,00.00 oleh Leong Mei Meng, wakil rakyat Jalung dan beliau bukan anak jati Perak;
  • Nga Kor Meng, Setiausaha DAP Perak cuba menyingkirkan Yew Tian Hoe, adun Aulong dalam PRU akan datang;
  • Monopoli kuasa oleh Ngeh Khoo Ham, Pengerusi DAP Perak dan Nga Kor Meng menimbulkan rasa tidak puashati rata-rata pemimpin DAP Perak;

 

Johor

  • Isu penyelewengan tabung kutipan bangunan DAP Muar sebanyak RM30,000.00 oleh Gwee Tong Hiang, ahli Parlimen Bakri;
  • Dr Boo Cheng Hau, Pengerusi DAP Johor bertelingkah dengan Gwee Tong Hiang yang disokong Lim Guan eng, Setiausaha Agung DAP;

 

Selangor

Pertelingkahan DAP dan PAS dalam isu:-

  • Rampasan arak di Shah Alam; dan tindakan CELCAT yang diketuai Teng Chang memanggil pegawai-pegawai kerajaan di Selangor untuk memberi keterangan menimbulkan bantahan Pas;
  • Pembabitan Kes Rasuah dan Kongsi Gelap; Teoh Beng Hock dan Ean Hian Wah Adun Seri Kembangan; Wong Chuan How, bekas pembantu Ronnie Liu, Adun Pandamaran dan Tan beng Huat, bekas Ahli Majlis Perbandaran Kajang
  • M. Manoharan, Adun Kota Shah Alam tidak puashati kerana Kerajaan Negeri gagal mempertahankan kaum india dan usaha beliau bagi merealisasikan impian kaum India seringkali di halang oleh pemimpin DAP Selangor

 

Sikap Racis Pemimpin DAP

  • Pemimpin etnik Cina dalam DAP amat memandang rendah kepada kaum lain yang ada dalam parti malahan secara halus tetapi penuh dengan agenda racism cuba menyingkir pengaruh pemimpin kaum India dan Melayu. Golongan ini di sekat dari mengembangkang pengaruh dalam parti kerana bimbang parti ini tidak lagi di kuasai etnik Cina.
  • Walau apa jua penafian dibuat oleh pemimpin DAP tetapi ia adalah hakikat sepertimana yang di sebut oleh mereka iaitu Middle Malaysia, yang jelas agenda tersirat memperkudakan komponen Pakatan Rakyat yang dapat meraih sokongan Melayu seperti PAS dan PKR dalam usaha kumpulan minoriti untuk ‘merampas kuasa’ melalui proses demokratik kumpulan majoriti.
Published in: on January 27, 2010 at 09:58  Comments (17)