Rancangan PR tawan Johor

 

Pakatan Rakyat cuba untuk meluaskan kuasa di seluruh Johor apabila memperkenalkan “Gagasan Pakatan Rakyat” yang bertemakan “Tawan Johor”.

Tawan ini membawa maksud seperti berikut:

 

  • T – Tus dan berintegriti mentadbir negeri
  • A – Adil dalam pemerintahan
  • W – Wibawa dalam kepimpinan
  • A – Amanah dalam sistem penyampaian
  • N – Niche (tiada tara, pilihan utama rakyat)

 

Gagasan Pakatan Rakyat peringkat Negeri Johor yang ditubuhkan pada 27 Sep 09 ini di lihat tidak mencapai matlamat sebenar kerana kerjasama yang cuba di jalinkan hanya setakat dengan kehadiran penceramah Pakatan rakyat yang lain dalam ceramah-ceramah Pas seperti Dr. Boo Cheng Hau, Ahli Dewan Negeri Skudai dan beberapa orang pemimpin PKR Pusat

 

PAS

PAS Johor kerap mengundang penceramah luar untuk menarik kehadiran orang ramai kerana Pas Johor sendiri kekurangan modal. Ceramah-ceramah yang di adakan bermaksud untuk menabur fitnah dan bukan mempamerkan kebaikan parti jika memerintah Johor. 

Antara penceramah yang kerap datang ke Johor ialah Shahril Long, seorang penceramah bebas dari Kedah, Dato Nik Akmar Nik Abdullah, Exco Kelantan dan ramai lagi. Penceramah luar ini akan memutar belit isu seperti PKFZ, penjualan enjin jet, kes altantuya dan kalimah allah yang mereka sendiri tidak jelas kebenaran maklumat yang di sampaikan kepada hadirin. Bagaimana pun hadirin mengangguk-angguk bila mendengar ceramah dan pembohongan oleh penceramah jemputan berkenaan.

 

PKR

PKR Johor di lihat sebagai sebuah parti politik yang hidup segan mati tak mau. Tanpa PAS dan DAP, maka PKR Johor akan berkubur. Kehadiran ceramah dan perjumpaan anjuran PKR tidak ramai malahan mencapai kegagalan kehadiran seperti yang mereka rancang. Contohnya seperti program “Wacana Ilmu Sepakat Sepasukan” hanya di hadiri bawah 50 orang sedangkan pemimpin PKR mengharapkan kehadiran 200 ke 300 orang. Maka berucaplah Dato Chua Jui Meng dalam dewan yang kosong dan penuh dengan kerusi meja.

Ini bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana pemimpin DAP sendiri menyifatkan PKR sebagai “Party of rejects“.

 

Masalah PAS dan PKR

PKR peringkat cabang tidak mampu sama sekali mengadakan aktiviti secara bersendirian dan amat bergantung kepada PAS. Bergayut sehingga PAS sudah tidak tahan menanggung biawak hidup. Pemimpin PKR juga lemah dan tidak berupaya untuk menarik “crowd” di ceramah anjuran mereka kecuali penceramah pusat hadir. 

Manakala PAS juga sangat marah pada PKR kerana perebutan kerusi. PAS dakwa PKR cuba merampas kerusi mereka dalam pilihanraya akan datang walaupun kerusi berkenaan merupakan kerusi tradisi PAS.

 

DAP

DAP Johor terus mengutamakan etnik Cina sahaja untuk mendapat pengaruh dan mengenepikan kaum lain. Golongan tua dalam DAP telah di ketepikan oleh pemimpin muda DAP kerana pada tanggapan pemimpin muda DAP golongan ini sudah tidak berguna lagi.

Pemimpin DAP Johor juga berbalah mengenai isu pembeliah Pusat Khidmat DAP Muar yang membabitkan komisyen RM25,000.000 oleh Gwee Tiong Hiang, ADUN Bentayan. Walaupun ada aduan telah dibuat oleh pemimpin DAP Johor tentang salah guna kuasa ini tetapi DAP Pusat tetap mempertahankan Gwee Tiong Hiang. Maknanya DAP juga galakkan pemimin mereka makan komisyen dan rasuah walaupun mereka sedar perbuatan itu salah dari segi undang-undang.

Published in: on January 28, 2010 at 09:21  Comments (12)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/01/28/rancangan-pr-tawan-johor/trackback/

RSS feed for comments on this post.

12 CommentsLeave a comment

  1. Apakah UMNO mula takut? Biarlah mereka cuba jika tidak. Rakyat akan tentukan sekali lagi kerajaan yang mereka hendak pada GE akan datang. Tak perlu heboh hebohkan kecuali oleh mereka yang mula resah.

  2. Orang Melayu Johor yg rata2 terdiri dpd Bugis dan Jawa merupakan orang2 yg bijak dan berfikiran waras. Maka tidak mudahlah PAS dan PKR nak kelentong mereka.
    Bukan macam orang Melayu Perak yg rata2 dungu dan termakan oleh dakyah2 PAS dan PKR!

    • Maka kesimpulannya:
      UMNO = bijak dan logik
      PAS / PKR = dungu dan bodoh.
      Sebab orang Melayu yang dungu dan bodoh ini, beberapa negeri jatuh ke tangan pembangkang!!!
      Ataupun lebih teruknya, semua orang Melayu Kelantan adalah ‘bodoh’ mengikut definasi sedemikian.
      Inilah masalah UMNO, walaupun sudah kalah, masih sombong dan tidak meneliti kekurangan diri. Inlah sebabnya Najib sudah nak membuat keputusan politik yang penting, terlampau ramai ‘warlords’.

  3. tak suma orang tahu citer ni, terhad hanya untuk orang yg tahu pakai komputer je. knapa tak pelbagaikan penggunaan media

  4. ingatkah 4 orang badul yang tak berani masuk dewan bila dicabar almarhum sultan dulu supaya masuk ke dewan tanpa memakai songkok semasa baginda merasmikan sidang…kalau raja pun tak suka jangan harap rakyat nak sokong…

  5. jgn terlalu angkuh dan lena org Johor..
    cuba tanya yb2 johor mereka2 ni buat kerje ke?
    xde complaint ke? macam2 yg kita dengar
    untungnya org2 Johor ni masih setia dgn UMNO
    bukan sebab pandai sgt atau yb2 buat kerja…hakikatnya
    party2 pembangkang agak lemah….

  6. Sial sidia itu yang kata orang Melayu Perak terdaya dengan dakyah PAS dan PKR. Apa pulak dengan orang Melayu diKelantan, Penang, Selangor dan lain-lain? Jangan lupa sekitar Malaysia satu masa benchi dengan sikeluarga mantan PM Abdullah terutamanya sibangsat anak mentua beliau dan beberapa sekutu mereka.

    Jangan sekali cuba memecah belah lagi orang Melayu dengan cakap demikian; apa beza orang begini dengan PAS, PKR dan DAP? Pakatan tak akan kemana, masa terdekat akan ditentukan.

    DAP adalah musuh utama negara ini termasuk orang Islam Melayu yang agak liberal dalam pendirian mereka demi kepentingan peribadi politik dan ego mereka. Kita semua patut waspada dengan segala gerakan parti kiasu cina ini dan segelintir ketua golongan Melayu yang telah lupa asal usul mereka dan juga pentinganya untuk bersatu padu menentang parti orang cina kiasu. Orang seperti Anwar Ibrahim dan Khalid Samad patut direjam.

  7. Secara rasionalnya semua orang Melayu ini adalah orang yang bijak, cuma mereka ni sedikit tamak, dengki dan lidah bercabang.

    PKR adalah satu nama yang melambangkan parti yang mewakili golengan yang patah hati, kecewa dan tidak dapat menerima takdir yang ditentukan oleh ALLAH.

    Oleh kerana tidak dapat menerima Qadak dan Qadar maka mereka mencipta sebanyak mana Onar untuk mereka mencapai citi-cita mereka.

    Perilaku sebegini sepatutnya dapat dibaca oleh golongan yang bijak.

    Jangan terpengaruh dengan segala janji yang dibuat akhirnya kita sendiri yang akan menyesal. Cth terdekat di PP

  8. Lu cakap “DAP Johor terus mengutamakan etnik Cina sahaja untuk mendapat pengaruh”.

    Ini satu penipuan.

    Aku Melayu. Orang DAP pernah datang mintak sokongan Melayu kat kampung aku dulu.

    Yang MCA tu yang menjadi adik kesayangan UMNO kau tak utamakan etnik Cina ke?? Turun temurun mereka gendangkan politik Cina untuk mendapat sokongan Cina… itu kau tak nampak ke? Gajah depan mata tak nampak, nak komen pasal kuman di seberang sungai.Kau jangan hipokrit la Big Dog, jangan nak perbodohkan Melayu.

  9. eleh..kalau org cine tak sokong kite..takpe..
    orang melayu boleh bersatu sebab kite majoriti!!!
    Semue sokong UMNO!!!UMNO dilahirkan untuk menentang MALAYAN UNION..Untuk konteks sekarang, UMNO mesti melindungi perlembagaan…yeah!!kite akan tunjuk semangat dulu!!yeah!!!Kelantan tu kite keluarkan dari Malaysia…mcm kite buat kat singapore..harap kelantan boleh berdikari, mencipta pekerjaan sendiri dan melabur…

    • tapi takleh..kite sayang org melayu…negeri kelantan masih bergantung dengan gabungan melaysia..

    • tapi takleh..kite sayang org melayu…negeri kelantan masih bergantung dengan gabungan melaysia..tak sampai hati kawe…kalo keluarkan penang ok gak..negeri penang ni ade potensi boleh berdikari…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: