Anwar pucat bila nampak muka Saiful

Perbicaraan kes liwat kali kedua Anwar “Mat King Leather” Ibrahim bermula pagi ini. Apabila tiba dalam Mahkamah dan tepandang raut wajah muka Mohd. Saiful Bukhari Azlan, mangsa liwat episod pusingan ini, kebimbangan jelas terpancar dimuka Anwar.

Riak mukanya jelas mengambarkan tekanan, ketakutan, pucat dan hampir  menggigil seolah olah nak marah, kerana Saiful nekad untuk sampai ketahap ini. Sekiranya gerak geri badan Anwar dan Saiful diperhatikan, maka dapat dibezakan antara siapa yang kelihatan bersalah dan yakin dan konfiden. Sebagai seorang mangsa, Saiful begitu yakin dan nekad untuk mendapatkan pengadilan berbanding dengan Anwar yang cuba sedaya upaya untuk mengelak dan melengahkan perbicaraan dengan segala ‘drama’.

Episod bagaimana Saiful sanggup bersumpah muhabalah menjunjung Al Quran dalam masjid dihadapan seorang imam berbanding Anwar jelas menunjukan keyakinan ‘Berani kerana benar’. ‘Pemangsa’ ini amat takut bala’ yang bakal menimpa sekiranya beliau bersumpah muhabalah dan ianya akan memakan diri. Sebagaimana dijangka, sebaliknya Anwar berdalih dan membawa kes pengaduan Saiful ini kepada Mahkamah Syariah agar tindakanQazaf diambil.

Kebimbangan Anwar juga merangkumi saksi saksi yang bakal memberikan keterangan dalam perbicaraan. Ini kerana dikatakan rantaian bukti (chain of evidence) adalah sangat kukuh dan pendakwa raya merupakan amat berpengalaman. Keyakinan yang ada pada pasukan pendakwa raya amat jitu, agar ‘KEADILAN’ dapat ditegakan.

Rakyat sebenarnya sudah bosan dengan sandiwara Anwar melengahkan perbicaraan. Pemimpin PKR termasuk MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dengan mudah cuba mengalihkan fokus tumpuan dan menyalahkan BN, terutama UMNO adalah ‘dalang’ konspirasi bagi kes liwat pusingan ini. Namun, nyata ianya tidak melibatkan UMNO kerana Saiful merupakan pembantu Anwar dan beliau sendiri mengambil risiko untuk tampil kehadapan untuk membuat laporan Polis dan dijadikan ‘bahan’ siasatan biasa kes jenayah.

Dalam pada itu, ramai penganalisa politik mengaitkan ‘krisis’ politik Pakatan Rakyat kebelakangan ini, terutama intra-PKR ialah peluang terbaik untuk ‘mengambil kesempatan’ tatkala Anwar sibuk menghadapi kes ini. PKR sendiri menghadapi krisis yang amat meruncing dan sebenarnya diambang perpecahan, walaupun Anwar begitu berusaha untuk menentukan PR terus utuh, relevan dan masih menerima sokongan rakyat. Ini termasuk laporan Polis MP PKR Kulim Zulkfili Nordin terhadap MP PAS Shah Alam Khalid Samad dan MP PKR Bayan Baru Dato’ Zahrain Hashim and MP PKR Nibong Tebal Tan Tee Beng menentang kepimpinan DAP Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang disifatkan sebagai ‘diktator’.

Anwar perlu terbuka dan berani mengaku bahawa PR sebenarnya gagal dan beliau sendiri gagal melunaskan janji untuk mengambil alih Kerajaan Pusat menjelang 16 September 2008. Kini setelah 16 bulan gagal laksana janji, PR lebih hampir kepada kehancuran berbanding mengukuhkan kedudukan dan memerintah Malaysia. Sekiranya dalam tempoh setahun ini Anwar didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman setimpal sebagai penjenayah sumbang seksual liwat, maka PR dijangkakan akan runtuh dan rakyat tidak akan lagi memberikan mereka mandat sebagaimana PRU 12 8 Mac 2008.

Rakyat perlu diingatkan bahawa semasa kes liwat pusingan I, dimana Anwar ditiuduh meliwat Azizan Abu Bakar dan Sukma Saasmitatmadja, Hakim Mahkamah Tinggi Ariffin Jaka mendapati beliau bersalah dan dihukum dengan 9 tahun penjara. Mahkamah Rayuan akur kepada penghakiman Hakim Ariffin. Namun apabila Mahkamah Persekutuan mendegar rayuan kes ini, majoriti tidak menafikan perbuatan liwat tersebut tetapi sebaliknya mempersoalkan teknikaliti fakta kes.

The Federal Court on September 2, 2004, by a majority decision of 2:1 acquitted Anwar on the charge of committing carnal intercourse against the order of nature – sodomy.

He was acquitted essentially on the grounds that it was unsafe to convict him mainly on the evidence of the complainant, one Azizan who the court held was an accomplice and therefore his evidence must be corroborated by other witnesses that he was sodomised on the dates that he complained of.

However, it is interesting to note that the majority decision of the Federal made a finding that:

“The testimonies of one Dr. Mohd Fadzil and one Tun Haniff and the conduct of the first Appellant (ie Anwar) confirmed the appellants’ involvement in homosexual activities. However such evidence did not corroborate Azizan’s story that the appellants sodomised him on the date, time and place specified in the charge.”

Additionally, the majority also held:

“even though reading the appeal record, we find evidence to confirm that the appellants were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen, sometime, this court, as a court of law, may only convict the appellants if the prosecution has successfully proved that the alleged offences as stated in the charges, beyond reasonable doubt.”

However, we should note the minority opinion:

“It will be too high a standard to require that in sexual offences no case can be made out if it is solely on the evidence of a complainant or a participant to the act. At the end of the day it is the credibility of the witness that matters and in these appeals, the learned judge correctly appreciated that position.”

**************************

Apa yang menarik ialah sandiwara yang Anwar dan pasukan pembelaan beliau akan lakonkan, semata mata untuk melengah lengahkan perbicaraan dan agar apabila penghakiman dibuat, rakyat makin meluat kerana proses yang amat memual dan mengelirukan secara berpanjangan itu. Ini lebih mengelirukan apabila media yang dikuasai Yahudi Neo Con mendukung penuh agenda Anwar termasuk konspirasi menjahanamkan Kepimpinan Perdana Menteri VI Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak dan UMNO, sebagai tunggak BN. Semasa perbicaraan kes liwat pusingan pertama, antara sandiwara Anwar ialah:

1. Diracun arsenik

2. Nyawa terancam kerana kemungkinan disuntik jarum yang terdedah kuman HIV

3. Konspirasi Peguam Negara, Ketua Polis Negara dan beberapa anggota Kerajaan

4. Sakit tulang belakang

Gelagat Anwar sepanjang perbicaraan kes liwat berprofil amat tinggi ini wajar diteliti. Ianya akan jelas menggambarkan siapa sebenarnya ‘Pemangsa’, sesiapa sebenarnya ‘Mangsa’.

Kes Anwar dituduh meliwat Saiful ini boleh diikuti secara laporan verbatim oleh:

Malaysian Story

dan

Gelagat Anwar

 

*Dikemaskini 1000pm

 

 

 

Published in: on February 2, 2010 at 14:45  Comments (35)  

Anwar rancang ‘kekacauan’ menjelang kes liwat bermula

Mantan-banduan-salahguna-kuasa Anwar “Mat King Leather” Ibrahim yang sedang menghadapi tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan dan perbicaraan akan bermula esok, sedang merancang untuk menganjurkan satu ‘kekacauan’. Ini adalah modus operandi biasa untuk mengalih pandangan dan melengahkan lagi perbicaraan yang dijangkakan amat kontroversi akibat ‘drama’ yang Anwar bakal gunakan Mahkamah sebagai pentas politiknya.

Ketua AMK Shamsul Iskandar Akin

Pada Isnin 1 Februari 2010 antara 2030 dan 2145hrs bertempat dikediaman Anwar Ibrahim di Bukit Segambut, Kuala Lumpur sebuah mesyuarat ‘pelarasan rusuhan’ telah dianjurkan. Mesyuarat ini dipengerusikan Presiden PKR Wan Azizah Ismail dan dihari oleh Anwar dan Ketua Angkatan Muda KeAdilan Shamsul Iskandar Akin.

Antara yang diputuskan:

1. Peguam Anwar, Karpal Singh akan memohon Mahkamah untuk sapina Perdana Menteri VI Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor sebagai saksi

2. Orang ramai yang akan berkumpul esok bukanlah secara sukarela untuk memberikan sokongan kepada Anwar malah terdiri dari mereka yang ditaja dan gembeling khas untuk memaparkan kekuatan orang ramai dan memberikan tekanan, ala ‘Reformasi’ yang sebenarnya telah mati dan tidak dipedulikan lagi. Mereka bercadang untuk mencabar dan provokasi pasukan Polis dan apabila tindakan diambil, termasuk meleraikan perhimpunan haram itu, maka Polis akan dilabelkan sebagai ‘zalim’.

3. Shamsul Iskandar dilantik sebagai ‘komander tempur medan’ (field commander) untuk mengepalai missi mencabar dan provokasi Polis yang menjalankan tugas menurut peruntukan undang undang

Ketua Polis Kuala Lumpur sudah pun mengeluarkan kenyataan amaran keras agar tiada perhimpunan dianjurkan sempena permulaan perbicaraan kes liwat ini dan Polis tidak pernah mengeluarkan sebarang permit.

Laporan Bernama.com:

02 Februari, 2010 00:39 AM

Polis Beri Amaran Jangan Sertai Perhimpunan Haram Esok

 

KUALA LUMPUR, 1 Feb (Bernama) — Polis hari Isnin memberi amaran kepada mana-mana pihak, khususnya penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berniat mengadakan perhimpunan haram di sini esok, supaya melupakan hasrat mereka itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata minggu lepas polis menerima maklumat bahawa ada pihak yang mengajak orang ramai berkumpul, hadir dan mendengar perbicaraan kes yang membabitkan Ketua Pembangkang itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok.

“Setakat ini polis tidak menerima sebarang permohonan oleh mana-mana pihak untuk mengadakan sebarang perhimpunan. Sekiranya ada perhimpunan esok, ia adalah satu perhimpunan haram sepertimana yang peruntukkan Seksyen 27 Akta Polis 1967, (kerana) ia tidak mendapat permit atau lesen untuk mengadakan perhimpunan orang ramai,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini.

Beliau berkata polis akan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa yang terlibat atau menyertai perhimpunan itu.

Khamis lepas Anwar memfailkan permohonan bagi menangguhkan prosiding perbicaraan kes liwatnya yang dijadualkan esok, dan menurut peguamnya S.N.Nair mahkamah menetapkan esok untuk mendengar permohonan itu di hadapan Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah yang akan menentukan sama ada perbicaraan itu akan diteruskan atau sebaliknya.

Muhammad Sabtu berkata perhimpunan haram itu pastinya akan menimbulkan kesesakan lalulintas di sekitar kawasan terbabit di samping mengganggu keselamatan dan ketenteraman orang awam.

“Saya harap orang ramai tidak menyertai perhimpunan itu demi menegakkan proses keadilan mahkamah yang akan berjalan esok kerana sebarang bentuk perhimpunan merupakan unsur-unsur kepada tindakan untuk menghalang kelancaran dan kelicinan proses keadilan itu,” katanya.

“Tolong dengar dan beri kerjasama, jangan libatkan diri (dengan perhimpunan) esok yang akan menyusahkan orang lain,” tambahnya.

— BERNAMA

********************

Anwar merupakan ‘Raja dan Dalang’ politik rusuhan jalanan Malaysia. Semasa dipecat dari Kabinet pada 2 September 1998 dan UMNO pada 3 September 1998 kerana salah laku sumbang seks meliwat dan hubungan luar nikah dengan beberapa wanita, Anwar bertindak  memperkudakan secara licik sentimen dan emosi rakyat dengan kemampuan oratorinya dan melancarkan ‘rusuhan jalanan’ Reformasi sebagai senjata serampang dua mata untuk mengalihkan pandangan terhadap kes dan menghancurkan keyakinan terhadap Kehakiman, Polis dan Peguam Negara dan ‘merampas kuasa’ dengan kuasa demokrasi ala ‘politik jalanan’.

Tindakan untuk sapina Dato’ Seri Najib dan Datin Seri Rosmah merupakan taktik biasa pasukan pembelaan Anwar untuk mengalihkan tumpuan dan membuang masa. Semasa kes liwat sepuluh tahun lampau, pasukan pembelaan Anwar juga cuba untuk sapina Perdana Menteri ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad. Dalam penghakiman Hakim Mahkamah Tinggi Dato’ Ariffin Jaka, ‘konspirasi politik’ merupakan modal pembelaan Anwar berbanding untuk membuktikan sebalik tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar dan Sukma Saasmitatmadja.

Apa yang diputuskan oleh ‘mesyuarat pelarasan’ malam ini telah pun dijangka. Selain dari melenyapkan keyakinan rakyat kepada agensi pernguatkuasa seperti Kehakiman, Polis, SPRM dan sebagainya,  anarki merupakan strategi Anwar untuk mengalihkan pandangan terhadap kes, yang mungkin akan mengakibatkan Anwar dipenjara sekiranya dibukti dan sabitkan dengan kesalahan meliwat. Ini dijangkakan akan meranapkan Pakatan Rakyat, yang buat masa ini berhadapan dengan masalah inter dan intra-parti yang amat kronik.

Published in: on February 2, 2010 at 00:42  Comments (8)