Anwar rancang ‘kekacauan’ menjelang kes liwat bermula

Mantan-banduan-salahguna-kuasa Anwar “Mat King Leather” Ibrahim yang sedang menghadapi tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan dan perbicaraan akan bermula esok, sedang merancang untuk menganjurkan satu ‘kekacauan’. Ini adalah modus operandi biasa untuk mengalih pandangan dan melengahkan lagi perbicaraan yang dijangkakan amat kontroversi akibat ‘drama’ yang Anwar bakal gunakan Mahkamah sebagai pentas politiknya.

Ketua AMK Shamsul Iskandar Akin

Pada Isnin 1 Februari 2010 antara 2030 dan 2145hrs bertempat dikediaman Anwar Ibrahim di Bukit Segambut, Kuala Lumpur sebuah mesyuarat ‘pelarasan rusuhan’ telah dianjurkan. Mesyuarat ini dipengerusikan Presiden PKR Wan Azizah Ismail dan dihari oleh Anwar dan Ketua Angkatan Muda KeAdilan Shamsul Iskandar Akin.

Antara yang diputuskan:

1. Peguam Anwar, Karpal Singh akan memohon Mahkamah untuk sapina Perdana Menteri VI Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor sebagai saksi

2. Orang ramai yang akan berkumpul esok bukanlah secara sukarela untuk memberikan sokongan kepada Anwar malah terdiri dari mereka yang ditaja dan gembeling khas untuk memaparkan kekuatan orang ramai dan memberikan tekanan, ala ‘Reformasi’ yang sebenarnya telah mati dan tidak dipedulikan lagi. Mereka bercadang untuk mencabar dan provokasi pasukan Polis dan apabila tindakan diambil, termasuk meleraikan perhimpunan haram itu, maka Polis akan dilabelkan sebagai ‘zalim’.

3. Shamsul Iskandar dilantik sebagai ‘komander tempur medan’ (field commander) untuk mengepalai missi mencabar dan provokasi Polis yang menjalankan tugas menurut peruntukan undang undang

Ketua Polis Kuala Lumpur sudah pun mengeluarkan kenyataan amaran keras agar tiada perhimpunan dianjurkan sempena permulaan perbicaraan kes liwat ini dan Polis tidak pernah mengeluarkan sebarang permit.

Laporan Bernama.com:

02 Februari, 2010 00:39 AM

Polis Beri Amaran Jangan Sertai Perhimpunan Haram Esok

 

KUALA LUMPUR, 1 Feb (Bernama) — Polis hari Isnin memberi amaran kepada mana-mana pihak, khususnya penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berniat mengadakan perhimpunan haram di sini esok, supaya melupakan hasrat mereka itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata minggu lepas polis menerima maklumat bahawa ada pihak yang mengajak orang ramai berkumpul, hadir dan mendengar perbicaraan kes yang membabitkan Ketua Pembangkang itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok.

“Setakat ini polis tidak menerima sebarang permohonan oleh mana-mana pihak untuk mengadakan sebarang perhimpunan. Sekiranya ada perhimpunan esok, ia adalah satu perhimpunan haram sepertimana yang peruntukkan Seksyen 27 Akta Polis 1967, (kerana) ia tidak mendapat permit atau lesen untuk mengadakan perhimpunan orang ramai,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini.

Beliau berkata polis akan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa yang terlibat atau menyertai perhimpunan itu.

Khamis lepas Anwar memfailkan permohonan bagi menangguhkan prosiding perbicaraan kes liwatnya yang dijadualkan esok, dan menurut peguamnya S.N.Nair mahkamah menetapkan esok untuk mendengar permohonan itu di hadapan Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah yang akan menentukan sama ada perbicaraan itu akan diteruskan atau sebaliknya.

Muhammad Sabtu berkata perhimpunan haram itu pastinya akan menimbulkan kesesakan lalulintas di sekitar kawasan terbabit di samping mengganggu keselamatan dan ketenteraman orang awam.

“Saya harap orang ramai tidak menyertai perhimpunan itu demi menegakkan proses keadilan mahkamah yang akan berjalan esok kerana sebarang bentuk perhimpunan merupakan unsur-unsur kepada tindakan untuk menghalang kelancaran dan kelicinan proses keadilan itu,” katanya.

“Tolong dengar dan beri kerjasama, jangan libatkan diri (dengan perhimpunan) esok yang akan menyusahkan orang lain,” tambahnya.

— BERNAMA

********************

Anwar merupakan ‘Raja dan Dalang’ politik rusuhan jalanan Malaysia. Semasa dipecat dari Kabinet pada 2 September 1998 dan UMNO pada 3 September 1998 kerana salah laku sumbang seks meliwat dan hubungan luar nikah dengan beberapa wanita, Anwar bertindak  memperkudakan secara licik sentimen dan emosi rakyat dengan kemampuan oratorinya dan melancarkan ‘rusuhan jalanan’ Reformasi sebagai senjata serampang dua mata untuk mengalihkan pandangan terhadap kes dan menghancurkan keyakinan terhadap Kehakiman, Polis dan Peguam Negara dan ‘merampas kuasa’ dengan kuasa demokrasi ala ‘politik jalanan’.

Tindakan untuk sapina Dato’ Seri Najib dan Datin Seri Rosmah merupakan taktik biasa pasukan pembelaan Anwar untuk mengalihkan tumpuan dan membuang masa. Semasa kes liwat sepuluh tahun lampau, pasukan pembelaan Anwar juga cuba untuk sapina Perdana Menteri ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad. Dalam penghakiman Hakim Mahkamah Tinggi Dato’ Ariffin Jaka, ‘konspirasi politik’ merupakan modal pembelaan Anwar berbanding untuk membuktikan sebalik tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar dan Sukma Saasmitatmadja.

Apa yang diputuskan oleh ‘mesyuarat pelarasan’ malam ini telah pun dijangka. Selain dari melenyapkan keyakinan rakyat kepada agensi pernguatkuasa seperti Kehakiman, Polis, SPRM dan sebagainya,  anarki merupakan strategi Anwar untuk mengalihkan pandangan terhadap kes, yang mungkin akan mengakibatkan Anwar dipenjara sekiranya dibukti dan sabitkan dengan kesalahan meliwat. Ini dijangkakan akan meranapkan Pakatan Rakyat, yang buat masa ini berhadapan dengan masalah inter dan intra-parti yang amat kronik.

Advertisements
Published in: on February 2, 2010 at 00:42  Comments (8)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/02/02/anwar-rancang-untuk-mengadakan-rusuhan-menjelang-kes-liwat-didengari/trackback/

RSS feed for comments on this post.

8 CommentsLeave a comment

  1. Big Guy,

    Seperti kata JebatMustDie, cepat-cepatkanlah selesaikan kes liwat ni. Lebih cepat selesai, lebih cepat Anwar dapat bebas dari pertuduhan liwat. Kan Anwar kata dia tu innocent? Kenapa nak tunda kes! tunda kes! tunda kes! Hai! Dah hampir 2 tahun dan lebih 20 kali kes tertunda!

    Teruk punya “innocent” ni?

  2. […] Juga baca disini tentang isu yang sama dan amaran polis mengenai perhimpunan haram esok! […]

  3. Itu sajalah. Apa lagi yang dia pandai buat dengan baik selain meny****t?

  4. Berilah peluang kepada Anwar untuk membuktikannya dia tidak besalah dan dikonspirsi.
    Biarlah dia menggunakan segala dan semua peluang, ikhtiar, tipu muslihat, strategi, agenda atau apa sahaja yang termasuk menghalalkan cara untuk melepaskan dirinya.
    Biarlah Anwar berhadapan dengan undang2 dan realiti dirinya sendiri, ‘saiful’ adalah hanya penyebab untuk meletakkan Anwar di mana dan bila?

  5. Mengikut mendiang Augustine Paul, sapina keatas Najib dan Rosmah adalah irreleven!
    Polis harus tangkap orang2 yg mengadakan perhimpunan haram. Sumbatkan mereka ke dalam lokap. Masukkan beberapa peliwat tegar yg positif HIV utk menghiburkan mereka!

  6. Haha BDDC, Anwar tunda lagi kes mahkamah dia. Dah kali ke 21 kalau tak silap.

    Justice delayed is justice denied

  7. Hmmmmmmm…makin lama makin teruk, dah macam politik kat india pulak….nak merusuh bagai…bila nak selesai kes…? Kenapa nak heret orang lain sekali. Apalah nak jadi…???

  8. […] baca disini tentang isu yang sama dan amaran polis mengenai perhimpunan haram […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: