Cubaan Anwarista ulangi ‘Reformasi’ ditolak oleh Pemuda PAS

Pada 6 Februari 2010 1445hrs, Angkatan Muda KeAdilan bertemu mengenai hala tuju sayap pemuda PKR itu terhadap Ketua Pembangkang Mantan-salahguna-kuasa Anwar “Mat King Leather” Ibrahim. Mesyuarat dianjurkan di ibu pejabat PAS Jalan Raja Laut dan dipengerusikan bersama oleh Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin, Ketua DAPSY Anthony Loke dan Ketua Pemuda PAS Nasharuddin Tantawi.

30 orang wakil ketiga tiga parti komponen Pakatan Rakyat, termasuk wakil NGO dan pelajar IPT. Mesyuarat berthemakan ‘Himpunan Gerakan Reformasi 98’ dengan slogan “Forever Strong” adalah bertujuan untuk menghidupkan kembali budaya politik membangkitkan emosi rakyat sehingga berlaku rusuhan jalanan. Ini adalah strategi sama yang digunakan semasa Anwar dibuang Kabinet dan UMNO pada 2 dan 3 September 1998 kerana salah laku sumbang seksual meliwat dan kemudian setelah berjaya menagih simpati dan membangkitkan emosi sehingga berlaku beberapa rusuhan jalanan ‘Reformasi’, menggunakan alasan penangkapan Anwar bawah Ordinan Darurat kerana menganjurkan perhimpunan awam sehingga menggugat keselamatan negara sebagai modal untuk meneruskan rusuhan.

Sepanjang mesyuarat membincangkan rancangan untuk mengadakan siri penerangan kepada ahli PR dan rakyat mengenai cubaan ‘memfitnah’ Anwar sekali lagi atas dakwaan meliwat. Mereka juga bercadang untuk menghidupkan semula demonstrasi sehingga berlaku rusuhan jalanan ‘Reformasi’ setiap Sabtu dan Ahad.

Bagaimanapun cadangan ini dibantah oleh Pemuda PAS dan 5 orang wakil AMK. Kematangan dalam proses pendewasaan Pemuda PAS ini menunjukan mereka tidak mudah dipengaruhi dengan gesaan terdesak puak Anwarista untuk ulangan semula demonstrasi sehingga berlaku rusuhan jalanan ini, yang sebenarnya secara strategik akan merugikan mereka kelak apabila terpaksa bertemu pengundi dalam PRU 13 antara 2012-3. Pemuda PAS juga mula sedar bahawa mereka sudah mula kehilangan sokongan akar umbi kerana ketaksuban memberi sokongan pukal kepada Anwar, dalam menghadapi masalah peribadi yang amat rumit. Dalam pada itu, PR sendiri menghadapi kegetiran dalam krisis antara dan intra parti, termasuk kebelakangan ini ‘pemberontakan’ dalam PKR sendiri.

Nampaknya, ‘drama’ lama tidak laku lagi. Memandangkan skongan amat hambar penyokong Anwar sendiri seharian di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semenjak perbicaraan bermula minggu lepas berbanding dengan 1999, menunjukan rata rata rakyat sudah bosan dengan ‘drama’ Anwar “Drama King” Ibrahim. Keyakinan Pendakwaraya Peguamcara Negara II Dato’ Mohd Yusof Zainal Abiden dalam penghujahan pembukaan kes dan testimoni mangsa liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan setakat ini mengakibatkan ‘drama lama’ ini tidak lagi meyakinkan, termasuk ‘pasukan’ sendiri.

 

 

 

Published in: on February 8, 2010 at 17:25  Comments (15)