Cubaan Anwarista ulangi ‘Reformasi’ ditolak oleh Pemuda PAS

Pada 6 Februari 2010 1445hrs, Angkatan Muda KeAdilan bertemu mengenai hala tuju sayap pemuda PKR itu terhadap Ketua Pembangkang Mantan-salahguna-kuasa Anwar “Mat King Leather” Ibrahim. Mesyuarat dianjurkan di ibu pejabat PAS Jalan Raja Laut dan dipengerusikan bersama oleh Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin, Ketua DAPSY Anthony Loke dan Ketua Pemuda PAS Nasharuddin Tantawi.

30 orang wakil ketiga tiga parti komponen Pakatan Rakyat, termasuk wakil NGO dan pelajar IPT. Mesyuarat berthemakan ‘Himpunan Gerakan Reformasi 98’ dengan slogan “Forever Strong” adalah bertujuan untuk menghidupkan kembali budaya politik membangkitkan emosi rakyat sehingga berlaku rusuhan jalanan. Ini adalah strategi sama yang digunakan semasa Anwar dibuang Kabinet dan UMNO pada 2 dan 3 September 1998 kerana salah laku sumbang seksual meliwat dan kemudian setelah berjaya menagih simpati dan membangkitkan emosi sehingga berlaku beberapa rusuhan jalanan ‘Reformasi’, menggunakan alasan penangkapan Anwar bawah Ordinan Darurat kerana menganjurkan perhimpunan awam sehingga menggugat keselamatan negara sebagai modal untuk meneruskan rusuhan.

Sepanjang mesyuarat membincangkan rancangan untuk mengadakan siri penerangan kepada ahli PR dan rakyat mengenai cubaan ‘memfitnah’ Anwar sekali lagi atas dakwaan meliwat. Mereka juga bercadang untuk menghidupkan semula demonstrasi sehingga berlaku rusuhan jalanan ‘Reformasi’ setiap Sabtu dan Ahad.

Bagaimanapun cadangan ini dibantah oleh Pemuda PAS dan 5 orang wakil AMK. Kematangan dalam proses pendewasaan Pemuda PAS ini menunjukan mereka tidak mudah dipengaruhi dengan gesaan terdesak puak Anwarista untuk ulangan semula demonstrasi sehingga berlaku rusuhan jalanan ini, yang sebenarnya secara strategik akan merugikan mereka kelak apabila terpaksa bertemu pengundi dalam PRU 13 antara 2012-3. Pemuda PAS juga mula sedar bahawa mereka sudah mula kehilangan sokongan akar umbi kerana ketaksuban memberi sokongan pukal kepada Anwar, dalam menghadapi masalah peribadi yang amat rumit. Dalam pada itu, PR sendiri menghadapi kegetiran dalam krisis antara dan intra parti, termasuk kebelakangan ini ‘pemberontakan’ dalam PKR sendiri.

Nampaknya, ‘drama’ lama tidak laku lagi. Memandangkan skongan amat hambar penyokong Anwar sendiri seharian di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semenjak perbicaraan bermula minggu lepas berbanding dengan 1999, menunjukan rata rata rakyat sudah bosan dengan ‘drama’ Anwar “Drama King” Ibrahim. Keyakinan Pendakwaraya Peguamcara Negara II Dato’ Mohd Yusof Zainal Abiden dalam penghujahan pembukaan kes dan testimoni mangsa liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan setakat ini mengakibatkan ‘drama lama’ ini tidak lagi meyakinkan, termasuk ‘pasukan’ sendiri.

 

 

 

Advertisements
Published in: on February 8, 2010 at 17:25  Comments (15)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/02/08/cubaan-anwarista-ulangi-reformasi-ditolak-oleh-pemuda-pr/trackback/

RSS feed for comments on this post.

15 CommentsLeave a comment

  1. As a close Chinese friend told me the other day “what kind of person is this C.I.F.U.T, at the back this guy is totally a different from what he represents himself in public”. This friend was usually supportive of C.I.F.U.T but having followed the ghastly disclosures on Sodomy II, I can sensed my good friend has changed his stand. I would not be surprised that many others too have followed suit.

    So if supposedly Permuda PAS and 5 PKR representatives at the 6/2/2010 1445 hours were not supportive, what about those representing the chauvinist party of Karpal Singh and family (amongst the defense team), LGE and his communist minded father as well as their portal, Malaysiakini? I guess their representatives were surely frustrated seeing their desperate desires to further create havoc and anarchy diminish into thin air; their will have been battered severely by the lurid disclosures.

    Lets give a big applause to these representatives of Pakatan for realizing that the current is too strong against them this time round against their C.I.F.U.T shameless leader..

    • Hahahahahahaha

      This new term C.I.F.U.T. B.A.B.I. is simply hillarious!

      It makes the “Mat King Leather” sound so kampungish!

    • For Karpal win or lose the SODOMI II, he still get his legal fee.. heheheheheh

  2. DAPSY? Mana ada Cina nak pergi berdemo? They leave it to the stupid Malays in PAS and PKR.

    • Amat tepat.

      Sudah sampai masa Melayu bangkit dari kealpaan diperkudakan Cina Chauvinis!

    • Ya BETUL sekali. Don’t say stupid Malays will ya. Say Stupid PR Malays.

    • Yeap Cuma Melayu dalam AMK yang termakan dengan janji untuk diberikan kedudukan CEO didalam syarikat kerajaan, bewriaya iya untuk terus memperbodohkan diri demi secebis harapan.

      DAPSY ber DEMO? Dia orang tak kan pergi beb!!!. Dia suruh lembu lembu Shamsul (sebab samsul pun lari dulu).

  3. Rancangan menjahanam. Otak kampung. Melawan undang2 dengan tangan.

    Nampak moden tapi mengalahkan orang tinggal di dalam hutan.

    Anwar silap. Ini bukan Indonesia. Orang sini semua kenyang. Ada kerja. Ada bill nak bayar. Kalau huru hara siapa nak bayar bil kita? Beras kita?

    Lain la dia duit datang dari langit.

    Pada Anwar kita akan buat apa saja demi pendirian kita. Pendirian kita ialah tentukan anak isteri cukup makan dan pakai. Jangan sampai kita menganggur

    Manjang jer idea idea bodoh dia ni.. hahahha

  4. perlu sangat ke kita kejalanraya utk demo……………lebih baik turun kat kg2 bantu org tua kat kg

  5. Akhirnya tersedar juga
    Begitulah sifat terbuka
    Tidak mahu lagi dikuda
    Kecuali penyokong setia

  6. C.I.F.U.T. B.A.B.I.?? Yekh!!! Ayam pun tak patuk … Itek pun tak sudu!!!

  7. […] now his ongoing personal hedious sexual deviant criminal case is affecting PR as a whole and PAS already abstaining their suffort for a bretheren political-in-partner-in-crime. The party which was formed for and around the […]

  8. […] perhatian masyarakat umum keatas kes ini tidak sebagaimana tahun 1998-2000 dan gagal. Ini termasuk keengganan Pemuda PAS untuk menganjurkan dan terlibat dalam demonstrasi jalanan ala Reformasi. Semenjak 12 tahun ini, PAS merupakan penjana guna-tenaga mana mana demonstrasi tajaan Anwar dan […]

  9. […] Recently, Anwaristas tried to go back on the ‘mobstreet-rule’ as a method to deflect the attention from the crux of the problem; Anwar has been charged for sodomy and this is all about one complainant, private citizen Mohd. Saiful Bukhari Azlan. However, his usual ‘partners-in-crime’ such as PAS Youth (which in the past provided the mainstay of demonstration force) refused to get involved. […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: