Lim Guan Eng: Diktator, chauvinis, komunis

Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Pulau Pinang menghadapi krisis apabila Dato Seri Zahrain Hashim, MP Bayan Baru dan Tan Tee Beng, MP Nibong Tebal masing-masing dari Parti KeAdilan Rakyat (PKR) mempertikaikan cara pentadbiran Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang  sebagai diktator, chauvinis dan komunis.

Sikap diktator Lim Guan Eng yang jelas apabila didakwa membuat keputusan sendiri tanpa berbincang dalam menentukan sesuatu perkara. Bagi mereka yang menjadi ahli parlimen mewakili PKR tidak dilantik menganggotai sebarang jawatan dalam pentadbiran negeri berbanding ahli parlimen DAP seperti Jeff Ooi Ketua Staf di Pejabat Ketua Menteri, dan beberapa pemimpin DAP yang lain. Disamping itu juga, Lim Guan Eng bukan sahaja hanya mengawal keseluruhan pentadbiran PR di Pulau Pinang dan menentukan kedudukan DAP di negeri tersebut malah cuba campur tangan dalam pentadbiran Parti di Selangor dan Johor sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati serta bertentangan pendapat dengan pucuk pimpinan DAP negeri seperti Teng Chang Khim (Selangor) dan Dr. Boo Cheng Hau (Johor). Selain itu, Lim Guan Eng juga cuba mengenepikan golongan veteran di dalam DAP. Dalam hal ini (diktator) memang benarlah kenyataan MP Kulim Bandar Baru Zulkifli Nordin bahawa DAP parti “ anak bapak” saja menguasainya.

Sikap chauvinis Lim Guan Eng pula dapat ditafsirkan melalui dasar-dasar yang dilaksanakannya di Pulau Pinang lebih mementingkan kaum Cina berbanding kaum Melayu apabila gerai dan kedai milik bumiputera yang telah wujud sudah berpuluh tahun dirobohkan sedangkan gerai dan kedai kaum Cina tidak diambil tindakan. Begitu juga dengan pengamalan sistem tender terbuka yang banyak memberi ruang kepada kaum bukan bumiputera sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang.

Manakala sikap Lim Guan Eng didakwa seperti komunis apabila beliau tidak pernah menyanggah untuk membantah kepulangan Chin Peng ke Malaysia malah pendirian DAP tetap menyokong kepulangan Chin Peng ke Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan pembelaan terhadap perbicaraan Chin Peng. Turut dikatakan Lim Guan Eng telah mengarahkan beberapa pemimpin DAP untuk mengadakan siri perbincangan dengan Chin Peng di luar negara.

Dalam pada itu, maka terbukti benarlah Lim Guan Eng adalah seorang diktator, chauvinis dan komunis. Tambahan pula kewibawaan Lim Guan Eng sebagai bukan anak tempatan untuk mentadbir Pulau Pinang adalah menafikan hak anak Pulau Pinang yang berkebolehan sebagai Ketua Menteri. Jika dibiarkan kemungkinan kedudukan Lim Guan Eng di Pulau Pinang bolehlah disamakan seperti Presiden Fujimori yang berketurunan Jepun menjadi pemimpin di Peru yang banyak terlibat dengan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan ketika pemerintahannya.

Advertisements
Published in: on February 13, 2010 at 08:07  Comments (6)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/02/13/lim-guan-eng-diktator-chauvinis-komunis/trackback/

RSS feed for comments on this post.

6 CommentsLeave a comment

  1. We should have thousands of Zaharins and zeros of Anuars.

  2. Biggie
    Do you think only LGE is a chauvinist? All of DAP are chauvinists and the Chinese in PKR as well. A Chinese ADUN from Selangor (Sekinchan) hit a Malay student with his car and is now critical in hospital. Not a hint of sympathy from them but what if a Malay ADUN hit a Chinese student? What would you think would have happened? A Royal Commission?

    • I do not seem to see this in the mainstream papers.
      MAybe it’s just me.
      I would have thought issues on safe driving,lead by example and all that would be splashed all over the papers.
      Guess we have to wait for a Malay ADUN to hit a chinese kid to get the “hype-up” coverage.

      • Yeah

        Most likely scenario, remember the ketok ketampi case, almost a diplomatic row

        then suddenly sheer SILENCE – coz the lady turned up to be a fair MALAY

        sheeesh

        the super teresa kok suddenly got amnesia

      • Melayu mmg suka ambil mudah semua perkara..kenapa kita tidak mahu bersusah payah sedikit membantah kejadian itu? Dengarnya student tu orang kelantan dan penyokong totok PAS..kenapa rang2 PAS senyap sahaja? Oooooohh, masih dialam percintaan dgn parti anti Islam dan anti Melayu tu!! Elok lah tu, jual Melayu dan lacurkan Islam..Mudah2an kamu semua termasuk tok guru yg tak sedar diri tu akan dijadikan umpan api neraka kelak diatas kemungkaran yg kamu laukan.

    • Memang tepat!

      Semua DAPigs adalah DIKTATOR, CHAUVINIS, ALA KOMINIS, PELINDUNG/PROMOTER PENJENAYAH KONGSI GELAP & SALAH GUNA KUASA BILA ADA KUASA!!!!

      Tengok ja Selangor.Semenjak PKR bagi DAPigs berkuasa, berapa banyak pusat maksiat diujudkan???

      Polis kata 4,000 pusat maksiat, rumah urut (health spa), karaoke haram BARU DIBENARKAN BERNIAGA, TANPA LESEN!!!!

      Tengok masa Nizar “Tali batur DAPigs” Jamaludin memerintah Perak! Cina Chauvinis waris pengganas kominis dpt tanah 999thn! Askar Melayu & Polis pencen dpt apa????

      Padan muka Melayu Pulau Pinang! Pi bagi undi pd DAPigs lagi!!!!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: