LGE: Habis madu, sepah dibuang

Dalam pada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sibuk dengan urusan dan Istana Kebalnya di Komtar, Pulau Pinang, segelintir rakyat negeri Melaka yang dulu mengundi DAP kini terumbang ambing ibarat anak-anak tidak berbapa kerana para pemimpin DAP Melaka bercakaran sesama sendiri.  Setelah kalah dalam pemilihan Ahli Jawatankuas DAP Melaka, Guan Eng dan isterinya Betty Chew yang menyangka mereka diterima oleh akar umbi lari pula ke Pulau Pinang.

Kini Guan Eng macam tidak peduli apa jadi dalam DAP Melaka? Sejauh mana kebenaranya atau adakah Guan Eng menunggu masa untuk bertindak balas terhadap seterunya ADUN Kota Melaka, Sim Tong Him yang tidak menyokong Guan Eng dalam pemilihan berkenaan. Mungkin ada yang tidak sedar Guan Eng mempunyai kemnya tersendiri yang dianggotai isterinya sendiri dan ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong. Manakala Sim Tong Him disokong ADUN Bachang, Lim Jak Wong dan ADUN Kesidang, Lim Jak Wong yang semenangnya tidak mahu Guan Eng menerajui DAP Melaka.

Betty Chew sendiri juga amat jarang sekali dilihat di kawasan yang diwakilinya iaitu DUN Kota Laksamana. Mungkin dia lebih aman tinggal dalam Istana Kebal bersama suaminya daripada menyelesaikan masalah penduduk di DUN Kota Laksamana. Maka…sanggupkah orang Melaka memberikan undi sekali lagi kepada isteri Ketua Menteri yang kini menikmati gaji dan elaun ADUN sedangkan dia sudah hidup senang lenang dalam istananya…? Tepuk dada, tanya selera!

Sedangkan Lim Guan Eng sendiri gagal selesaikan masalah kepimpinan di negerinya sendiri…macamana pula ‘Anak Terbuang Negeri Melaka’ ini hendak menyelesaikan masalah di Pulau Pinang? Patutlah kini ramai pemimpin dan ahli Pakatan Rakyat dan DAP Pulau Pinang memberontak dengan gaya kepimpinan kuku besinya. Inilah rupa sebenar Lim Guan Eng yang kononya mencontohi Khalifah Umar Abd Aziz dan cuba pula mempermain-mainkan orang Melayu/Islam di Pulau Pinang.

Penyokong DAP Melaka merungut kerana mereka di tinggalkan tanpa pesan dalam pilihanraya lepas dan kini mereka telah di anak tirikan. Perjuangan mereka telah di sia-siakan oleh Lim Guan Eng dan isterinya dan menyifatkan Lim Guan Eng lebih mementingkan diri dan mengamalkan politik rumah tangga dari mengutamakan penyokong sendiri.

Advertisements
Published in: on February 24, 2010 at 08:02  Comments (5)